Tuesday, July 3, 2018

477. Malaysia Baharu?


Sebelum ni aku tak ingat pernah berkongsi atau tidak pendirian aku yang mana tidak akan mengundi Barisan Nasional selagi mana mereka berkuasa dan mengusai Kerajaan Malaysia kerana aku ingin melihat mereka kalah. Ianya bukan disebabkan aku tidak menghargai mereka ataupun mereka terlalu corrupt tetapi aku ingin melihat rakyat Malaysia khususnya orang-orang yang berusia untuk melihat yang mana Barisan Nasional bukanlah Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia bukanlah Barisan Nasional.

Bulan Mac haritu kita rakyat Malaysia dapat melihat kekalahan teruk Barisan Nasional yang menyebabkan hasrat aku tercapai. Dengan itu, Kerajaan Malaysia kini dikuasai oleh Pakatan Harapan pula. Aku berharap dengan peristiwa itu akan terjadinya perubahan-perubahan secara drastik yang mungkin tidak dapat dilihat sebelum ini. Malahan kalau dilihat dari tarikh tersebut, media mula bebas daripada mana-mana pihak.

Dan hari ini dalam sejarah aku sendiri dapat membaca berita di mana buat pertama kalinya bekas perdana menteri ditahan oleh SPRM bagi kesalahan yang dilakukan. Aku harapkan kebaikan-kebaikan yang akan datang pula selepas ini.

Satu lagi, aku tak harap yang Pakatan Harapan berkuasa terlalu lama kerana takut peristiwa yang sama kembali berulang. Pada aku, Malaysia masih sama cuma kerajaan sahaja yang dikuasi parti pemerintah yang baru.

NotaKaki: Boring tinggal sorang-sorang kat rumah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...