Thursday, June 1, 2017

468. Luahan Terakhir?


Ada satu tahun setengah lagi sebelum aku habiskan pengajian kat sini termasuk interm. Dia sem depan dah interm, semoga berjaya awak.

Dah lama kan tak menaip kat sini? Kalau aku menulis pun, tak ramai yang baca. Ya, sekarang bukan lagi zaman blog, kawan-kawan aku sendiri pun nampak gaya macam tak menulis dah. Aku sahaja yang masih berada di takuk lama, kawan-kawan aku dah berumah tangga, dah ada anak atau sekurang-kurangnya dah mempunyai pendapatan tetap setiap bulan.

Aku? Entah. Ada la silap mana-mana tuhan nak ingatkan aku balik. Mungkin dari kecik aku banyak silap dengan dia. Aku lupa dia bila aku gembira. Aku lupa dia bila senang. Aku lupa dia bila aku tidak memerlukan apa-apa.

NotaKaki : Kadangkala manusia tidak silap, keadaan yang silap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...