Tuesday, September 19, 2017

473. Lagu Hari Ini : Tabah Oleh Elizabeth Tan.



NotaKaki : Yup, aku mahu kau ada masa tu.

472. Big Family




Aku baru dapat anak buah baru. Lelaki. Gembira? Mestilah gembira kerana keluarga makin besar.

Tapi

Jauh dalam lubuk hati aku, sedih. Rindu.

Sangat kuat.

Aku akan hormati apa yang kau pinta selagi mana aku mampu. Biarlah orang nak kata aku bodoh ke apa.

Ye, aku sayang kau.

Jodoh? Seperti yang kau kata, kalau ada, adalah walaupun kau memilih untuk menggembirakan hati keluarga kau. Apa yang aku mampu lakukan hanya berdoa kepadanya selepas usaha yang aku lakukan sebelum ini dari 2015.

Dia tahu apa yang terbaik untuk aku dan kau.

NotaKaki : Semester pertama tanpa kau.

NotaKukuKaki : Mungkin ini sahaja cara untuk berhubung dengan kau? Itu pun kalau kau sudi baca lagi.

Sunday, July 9, 2017

471. Tunjukkan Jalan.


Apa yang aku buat selama ni yang salah ye?

Bukan taknak perbaiki diri tetapi kalau orang yang tahu apa yang aku buat salah larikan diri dan tidak menegur diri, bagaimana aku nak perbaiki diri?

Tiada guna berlaku baik jika selama ini tidak dihargai.

Terima kasih untuk selama ini.

NotaKaki : Selalu ketika ini.

Thursday, June 1, 2017

468. Luahan Terakhir?


Ada satu tahun setengah lagi sebelum aku habiskan pengajian kat sini termasuk interm. Dia sem depan dah interm, semoga berjaya awak.

Dah lama kan tak menaip kat sini? Kalau aku menulis pun, tak ramai yang baca. Ya, sekarang bukan lagi zaman blog, kawan-kawan aku sendiri pun nampak gaya macam tak menulis dah. Aku sahaja yang masih berada di takuk lama, kawan-kawan aku dah berumah tangga, dah ada anak atau sekurang-kurangnya dah mempunyai pendapatan tetap setiap bulan.

Aku? Entah. Ada la silap mana-mana tuhan nak ingatkan aku balik. Mungkin dari kecik aku banyak silap dengan dia. Aku lupa dia bila aku gembira. Aku lupa dia bila senang. Aku lupa dia bila aku tidak memerlukan apa-apa.

NotaKaki : Kadangkala manusia tidak silap, keadaan yang silap.

467. Music Video Today - Until It's Gone by Linkin Park


NotaKaki : Harap tak berulang lagi, aku penat.

Friday, May 5, 2017

465. Musim Panas Atau Hujan?


Aku dah jumpa satu lagi masalah aku, tak berani untuk hadapi perubahan. No, aku tak maksudkan parti kat uni tu, tapi perubahan dalam kehidupan.  Aku sanggup telan sampai aku sendiri sakit. Biar aku yang merana asalkan bukan orang lain yang sakit.

Maybe sebab malu? Sebab takut dikecam? Terpulang pada persepsi masing-masing nak memilih yang mana.

Saban kali aku ulang sesuatu perkara perlukan usaha yang panjang jika ingin dijayakan. Bukan sahaja usaha perbuatan tetapi usaha mulut. Kalau sendiri duduk canang sana sini, so jangan mimpi benda tu terjadi.

Mama kata apa yang dicanangkan, itu ada doa. Aku ingat pesan mama sampai bila-bila.

Untuk aku yang dah berumur 29 pada tahun 2017 ni, ianya bukan lagi masa untuk aku main-main.

NotaKaki: Sejarah pasti berulang untuk yang tidak mahu melihat sejarah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...