Monday, August 29, 2016

459. To Know Malaysia Is To Laugh Malaysia (2015)


Video ni dah lama tapi saja nak share kat korang apa yang aku suka tengok. Boleh buat korang berfikir sikit.


Enjoy!!

NotaKaki : Nak cari beg!!

Sunday, August 28, 2016

458. Trans Inas.


Alhamdullilah, lebih kurang pada 15-18 Ogos 2016, aku telah mengikut satu program under Kembara Uniutama iaitu Trans Inas. Boleh google untuk tahu apa maksud trans.

Dorang memang padu beb. Cam haram aku nak ikut. Kitorang naik dari Pekan Selama, Perak dan turun di Gerik, Perak.

So, saja nak kongsi dengan korang gambar-gambar masa tu. Sorry, tak tau nak tulis apa.


Ni masa kitorang training kat Bukit Kachi. Jujurnya masa ni dah start mental koyak gila.


Ni pulak masa kat atas puncak Gunung Titiwangsa.



Yang ni masa di atas puncak Gunung Inas.

Tempoh perjalanan kitorang memakan masa selama 4 hari 3 malam. Yang paling-paling aku koyak masa hari terakhir sebab kaki aku melecet teruk. *Sorry Wank, plan tak jadi sebab ni*

So, aku nak ucapkan terima kasih, tahniah dan mintak maaf kepada semua. Korang memang padu gila babi.

Sambung sini sikit.

NotaKaki : Kena cari beg gak ni.

Saturday, August 13, 2016

457. Doakan Aku.


Inshaallah esok pagi aku akan ke Selama, Perak dengan budak-budak kelab ni. Lusa pulak akan hiking melalui Trans Inas iaitu melalui trekking melalui dua gunung.

Gunung Titiwangsa dan Gunung Inas. Aku harap takkan menyusahkan semua semasa di sana nanti. Amin.

Tolong doakan aku ye semua. Kalau ada yang baca blog aku ni.

Dulu malam sebelum aku naik Gunung Bintang, dia call bagi kata semangat. Ni entah dapat tak.

NotaKaki : Kau yang berkuasa.

Friday, August 5, 2016

456. Korang Pilih.


Human are capable to do something really amazing and touch the people's heart. To me, after so many years, there are many great stories that can be share to others and hopefully can inspire others to make so.

Such as like this video.



Korang boleh cari video-video lain sendiri. Cuma nak bagitau yang kita boleh memilih untuk sekadar menjadi insipirasi kepada generasi muda ataupun masyarakat 

ataupun 

kekal di mana korang berada sekarang yang mana mungkin sudah menggembirakan hati korang.

Erti kegembiraan tidak sama bagi setiap insan.

NotaKaki : Apa lagi ek yang perlu?

455. Sila Singgah.


Saja nak bagitau kat korang, kalau korang ada di area Pasir Puteh, Kelantan atau Besut, Terengganu dan nak cari kerepok lekor, bolehlah pergi kat kedai ni.


Seriously keropok kat kedai ni sangat-sangat sedap. Sorry kalau tak berapa nampak. Kedai ni terletak di antara jalan Pasir Puteh ke Besut. Dalam kawasan Tok Bali tu rasanya. Aku tak berapa pasti.

Selain keropok, kedai ini ada jugak jual sata goreng yang mana sata ni dibalut macam popia tu dan digoreng. Not bad at all.

NotaKaki : Esok nak pergi Sintok dah.

Tuesday, August 2, 2016

454. Same Old, Same Old.


Masalah lama yang sentiasa berulang-ulang. Aku tak tahu apa masalah, tapi setiap sem pasti akan terjadi. Masa minggu add drop dan masa check result. Mesti akan ada masalah takleh nak access.

Ya, biasala tak ramai yang try access, yang ni ramai. Jadinya baru nak buat itu buat ini untuk perbaik dan lepas beberapa tempoh baru boleh access. Jumlah pelajar bukan berbeza sampai satu juta untuk setiap sem, tapi entah.

Dan yang paling best, YDP menggunakan perkataan BIASALAH, nak marah-marah buat apa. He really good in doing his job but bila dia kata camtu, aku kecewa. Dan ada beberapa pelajar yang mula bagi cadangan seperti bagi result ke email student atau biar berperingkat untuk di access. Ini pun cadangan yang bagus.

Harap ada yang mula buka minda untuk terima cadangan-cadangan mereka yang mana ada beberapa universiti di Malaysia yang dah buat which is good. Dah ada satu benchmark untuk bermula.

Dah, aku nak rest. Harap bangun boleh pergi jogging.

NotaKaki : Become nescafe addicted.

453. Terima Kasih Tuhan.


Alhamdullilah, terus menerus tuhan tolong aku. Aku betul-betul terkejut bila tengok result sem lepas aku.

Ya, sem lepas sem yang baru start mencabar pada aku. Aku tak didedahkan dari dulu lagi. Apa yang aku takut, semua lepas.

Takdela dapat dekan macam orang lain, result pun jauh dari dekan tapi still alhamdullilah. Pointer aku masih atas 3.00 dan mula berkurang tapi ianya seperti diperkatakan dari dulu, aku bersyukur sebab takde fail.

Aku ingat sem depan nak try tukar cara study la.

NotaKaki : Reyling, Sisling and Nae Salang.

Monday, August 1, 2016

452. Checklist Misi Kecil.


Seperti yang dikatakan sebelum ini.

1. Bukit Broga.

Ni je yang ada sebagai bukti.

2. Bukit Broga.



3. Bukit Keluang.



Akan disambung sehingga selesai. Inshallah, doakan aku.

NotaKaki : Rindu REY!

451. Untuk Yang Sakit Gout, Tryla.


Apa yang korang baca kali ini aku just copy paste dari apa yang dihantar oleh kawan aku, Meor. Ya, hari tu aku dah confirm ada gout.


Cerita dari kawan yg mengalami sakit GO OUT..

Saya berpengalaman 20 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan.

Saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika..! Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah SWT saya ditemukan  dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.

Dia tanya saya, "Sakit apa ya..?"

Saya jawab, "Gout Pak..!"

"Cuba cari sebiji nanas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus..!" Katanya.

"Berapa kali minumnya..?" Tanya saya lagi.

"Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali..!" Katanya menegaskan.

Saya buat sebagaimana yang diajarkan. Gout saya dah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah..!

Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nenas yang masak
- Lobak putih 250gm
- 3 biji Buah Keras.

Selamat mencuba! Untuk aku juga. Kalau menjadi, aku akan kongsi. Inshallah.

NotaKaki : Tak kering-kering pun.

450. Tiada Apa Yang Pasti.


Aku percaya pada tuhan yang mana dia dah ciptakan setiap manusia di muka bumi ini dengan pasangannya yang masing-masing.

Ianya hanyalah antara kita mahu mencarinya atau tidak. Ianya antara kita mahu mengejarnya atau tidak. Ianya antara kita mahu memilih untuk bersamanya atau tidak. Ianya antara kita mahu percaya terhadap nya atau tidak.

Tuhan dah kata, semuanya perlu disertakan bersama usaha. Barulah adanya hasil. Sama juga dengan jodoh, kalau asyik ulang kalau ada jodoh, adala.

Jodoh apa-apa pun semua dengan usaha. Mana ada orang duduk saja ja, tiba-tiba esok dah kahwin. Takde!

NotaKaki : Bukit Keluang, sekali lagi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...