Friday, July 29, 2016

449. Mohon Hilang sikit.



Aku ada satu misi kecil dalam hidup aku.

Apa misi kecil aku?

Misi kecil aku adalah menawan semua bukit yang disenaraikan di laman web ini. Laman web tu menyenaraikan 10 bukit seluruh Semenanjung yang boleh korang naik untuk cabar diri korang kalau korang malas nak naik gunung.

Kalau dalam tu, laman web tu senaraikan Bukit Keluang di Terengganu, Bukit Tabur dan Bukit Saga di Kuala Lumpur, Bukit Batu Putih di Negeri Sembilan, Bukit Broga, Bukit Batu Condong dan Bukit Kutu di Selangor, Bukit Batu Lebah di Melaka, Bukit Panaroma di Pahang dan yang terakhir Bukit Arong di Johor.

Kalau dari pembacaan aku, kalau perlahan-lahan, aku boleh tawan semua bukit-bukit tu. Cuma aku perlu mengambil kira beberapa perkara iaitu kos dan masa. Kedua-duanya mungkin akan membantutkan sikit untuk aku tawan bukit-bukit ini.

Lagipun dah beberapa bukit aku dah tawan iaitu Bukit Broga dan Bukit Tabur yang aku sempat buat ketika bekerja. Lagipun masa tu WanK pun tak kahwin lagi. *dia penguat semangat aku*

Siang tadi aku sempat buat Bukit Keluang. Takdelah susah sangat berbanding Bukit Tabur tapi apa-apa pun, tetap lawa bohhh.

Apa-apa nanti aku update lain. Keep support me ye.

NotaKaki : Tak sampai 20 hari je ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...