Friday, July 29, 2016

449. Mohon Hilang sikit.



Aku ada satu misi kecil dalam hidup aku.

Apa misi kecil aku?

Misi kecil aku adalah menawan semua bukit yang disenaraikan di laman web ini. Laman web tu menyenaraikan 10 bukit seluruh Semenanjung yang boleh korang naik untuk cabar diri korang kalau korang malas nak naik gunung.

Kalau dalam tu, laman web tu senaraikan Bukit Keluang di Terengganu, Bukit Tabur dan Bukit Saga di Kuala Lumpur, Bukit Batu Putih di Negeri Sembilan, Bukit Broga, Bukit Batu Condong dan Bukit Kutu di Selangor, Bukit Batu Lebah di Melaka, Bukit Panaroma di Pahang dan yang terakhir Bukit Arong di Johor.

Kalau dari pembacaan aku, kalau perlahan-lahan, aku boleh tawan semua bukit-bukit tu. Cuma aku perlu mengambil kira beberapa perkara iaitu kos dan masa. Kedua-duanya mungkin akan membantutkan sikit untuk aku tawan bukit-bukit ini.

Lagipun dah beberapa bukit aku dah tawan iaitu Bukit Broga dan Bukit Tabur yang aku sempat buat ketika bekerja. Lagipun masa tu WanK pun tak kahwin lagi. *dia penguat semangat aku*

Siang tadi aku sempat buat Bukit Keluang. Takdelah susah sangat berbanding Bukit Tabur tapi apa-apa pun, tetap lawa bohhh.

Apa-apa nanti aku update lain. Keep support me ye.

NotaKaki : Tak sampai 20 hari je ni.

Sunday, July 24, 2016

448. Trailer Mode On Again.


Nerdgasm againnnn.

Tiga trailer aku nak kongsi dengan korang.


Suicide Squad.

Yang ni dah lama keluar trailer, aku je yang tak sempat nak update. Next month dah keluar panggung!!


Wonder Woman.

Do i need to say more?

And lastly is,


It is Justice League!!!

Yup, aku ada guilty pleasure pada DC punya film. Aku tak peduli apa-apa review pasal filem-filem sebelum ni.

Enjoy!

NotaKaki : Kenapa?

Friday, July 22, 2016

447. Please.


Saja nak ingatkan yang aku tak pernah main-main.

NotaKaki : Lapar.

Thursday, July 21, 2016

446. Ole!


Pernah tak korang main futsal ke atau main bola padang, pastu kawan korang masukkan bola celah kangkang korang.
Tiba-tiba dia kata 'ole!'

Haha, pernah tak terfikir kenapa? Sebab iklan ni la jadinya situasi camtu sekarang.


Aku saja nak kongsi benda ni sebab semalam masa game Kelantan vs Selangor, borak-borak dengan adik aku. Dia kata sampai sekarang main futsal masih menggunakan perkataan ole tu tapi tak tahu dari mana datangnya benda ni.

So, enjoy it while you still can.

NotaKaki : What I'm doing wrong?

Tuesday, July 19, 2016

445. Rahsia Yang Orang Dah Tahu Rasanya.


Aku saja nak kongsi, kalau korang bercinta, untuk kekalkan hubungan korang tu, rahsia dia korang kena selalu berkomunikasi.

Yup, komunikasi tu antara salah satu yang sangat penting. Terpulang la nak percaya atau tidak tapi ini adalah dari pemerhatian dan pengalaman aku sendiri.

Camne korang nak teruskan hubungan kalau korang tak tahu apa-apa pasal pasangan korang? Ambil berat la sikit, tanya khabar ke, tanya apa dia buat ke hari tu or sekurang-kurangnya tanya dia dah makan ke belum.

Entahlah, aku rasa ramai je dah tahu pasal benda ni tapi ramai jugak yang buat tak tahu pasal benda ni.

Dah la, malas nak sambung. Gua sakit belakang, nak rest jap.

NotaKaki : Tak sampai beberapa hari.

Thursday, July 14, 2016

444. Cuba La Kalau Berani.



Korang try la kalau berani. Aku tak rasa aku boleh control muka macam dia.

NotaKaki : Seriously siapa ada kerja kosong untuk dua atau tiga minggu?

443. One More Era End.


Hopefully i hope you guys can give a proper doa for my Tok Ayah. For who are follow my blog without stop will know that my Tok Ayah have in sick condition more that a year.

And sadly, he's gone. It's quite for a while. Two months ago if I'm not mistaken.

Walaupun aku dan Tok Ayah takdelah rapat mana, tapi aku masih ada kenangan-kenangan yang aku takkan lupa.

Aku berharap yang dia ditempatkan di tempat-tempat yang beriman. Aku harap dia tenang di sana. Aku harap dia dapat pergi dengan lega dan tenang tanpa kempunan apa-apa.

Aku masih terasa sedih lebih-lebih lagi bila aku teringat nenek aku berkata sambil memandang Tokayah dan berkata "lepas ni takde dah panggil-panggil."

Alfatihah and innalillah. You are a great a man!

NotaKaki : Sapa ada kerja kosong?

Sunday, July 10, 2016

442. Hargainya.


Aku sebenarnya dah tak ingat nak tulis apa pasal gambar ni. Cuma yang aku ingat nak gitau yang aku rasa gambar ini terlalu cantik dan menari. Jadi sila hadam gambar ini ye.

Gambar ini diambil ketika berbuka puasa di Noodliceous, Jitra bersama geng aku.

NotaKaki : Sedang bercuti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...