Friday, February 26, 2016

438. Cetak atau Curi?


Copyright?

Hak cipta?

Dari pemerhatian aku yang agak lama, rata-rata rakyat Malaysia tidak beberapa mementingkan perkara ni. Ya, ianya termasuk diri aku ini. Bukanlah aku tidak mencuba untuk membeli sesuatu perkara yang original, ketika aku bekerja aku sudah buat sehabis mampu.

Contohnya, aku tidak membeli permainan video cetak rompak, aku akan mengumpul duit dan membeli yang original. Ya, kat sini boleh dikatakan aku kurang bermain permainan video lagi. Lagipun ianya membantu aku tidak membuang masa. Ok, tipu, aku suka bermain permainan video dan ianya langsung tidak membuang masa pada aku walaupun ianya sangat-sangat membuang masa bagi sesetengah orang.

Lagi? aku tidak memuat turun filem yang berasal dari Malaysia atau melihat secara atas talian yang haram. Jadi, apa yang aku buat? aku muat turun filem luar negara sahaja. Dorang dah kaya, takpa. Haha. Okay-okay, tu bukan point utama aku. Apa aku nak kata, aku kurang muat turun filem dan aku sedaya upaya akan melihat di panggung selagi aku mampu.

Kenapa aku tiba-tiba menulis tentang ini?

Bukan apa, sekarang aku menyambung pengajian di salah sebuah universiti di Utara (ya, korang boleh agak rasanya dan ya lambat). Apa yang aku boleh katakan, penjualan buku yang dicetak secara haram dilakukan seperti tiada pengawasan.

Jadi aku terfikir, di mana kita punya rasa tanggungjawab? Tiada sikit rasa bersalah ke? Malahan, rata-rata pensyarah bagaikan tidak kisah pelajarnya menggunakan buku yang dicetak secara haram. Memang ada sesetengah pensyarah yang menggunakan bahasa kiasan dengan mengharapkan pelajar-pelajar faham, tetapi tak. Mereka tidak akan faham.

Ok, mungkin ianya di luar bidang pensyarah? Apa yang aku rasa, sekurang-kurangnya, pihak yang menguruskan perkara ini boleh melakukan sesuatu. Contoh pada aku apa yang boleh dilakukan? Tidak membiarkan kedai-kedai yang mencetak buku-buku tersebut secara berleluasa di dalam universiti sendiri. Selain itu, cuba senangkan pelajar-pelajar mendapat buku ini secara murah, mungkin dengan membeli secara pukal.

Last but not least, aku rasa semua ini atas diri masing-masing. Kalau kita tak suka orang mencuri barang kita, jangalah kita buat perkara yang sama.

Aku nak buat kerja ni. Tulisan bebas, any idea?

NotaKaki :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...