Friday, February 26, 2016

438. Cetak atau Curi?


Copyright?

Hak cipta?

Dari pemerhatian aku yang agak lama, rata-rata rakyat Malaysia tidak beberapa mementingkan perkara ni. Ya, ianya termasuk diri aku ini. Bukanlah aku tidak mencuba untuk membeli sesuatu perkara yang original, ketika aku bekerja aku sudah buat sehabis mampu.

Contohnya, aku tidak membeli permainan video cetak rompak, aku akan mengumpul duit dan membeli yang original. Ya, kat sini boleh dikatakan aku kurang bermain permainan video lagi. Lagipun ianya membantu aku tidak membuang masa. Ok, tipu, aku suka bermain permainan video dan ianya langsung tidak membuang masa pada aku walaupun ianya sangat-sangat membuang masa bagi sesetengah orang.

Lagi? aku tidak memuat turun filem yang berasal dari Malaysia atau melihat secara atas talian yang haram. Jadi, apa yang aku buat? aku muat turun filem luar negara sahaja. Dorang dah kaya, takpa. Haha. Okay-okay, tu bukan point utama aku. Apa aku nak kata, aku kurang muat turun filem dan aku sedaya upaya akan melihat di panggung selagi aku mampu.

Kenapa aku tiba-tiba menulis tentang ini?

Bukan apa, sekarang aku menyambung pengajian di salah sebuah universiti di Utara (ya, korang boleh agak rasanya dan ya lambat). Apa yang aku boleh katakan, penjualan buku yang dicetak secara haram dilakukan seperti tiada pengawasan.

Jadi aku terfikir, di mana kita punya rasa tanggungjawab? Tiada sikit rasa bersalah ke? Malahan, rata-rata pensyarah bagaikan tidak kisah pelajarnya menggunakan buku yang dicetak secara haram. Memang ada sesetengah pensyarah yang menggunakan bahasa kiasan dengan mengharapkan pelajar-pelajar faham, tetapi tak. Mereka tidak akan faham.

Ok, mungkin ianya di luar bidang pensyarah? Apa yang aku rasa, sekurang-kurangnya, pihak yang menguruskan perkara ini boleh melakukan sesuatu. Contoh pada aku apa yang boleh dilakukan? Tidak membiarkan kedai-kedai yang mencetak buku-buku tersebut secara berleluasa di dalam universiti sendiri. Selain itu, cuba senangkan pelajar-pelajar mendapat buku ini secara murah, mungkin dengan membeli secara pukal.

Last but not least, aku rasa semua ini atas diri masing-masing. Kalau kita tak suka orang mencuri barang kita, jangalah kita buat perkara yang sama.

Aku nak buat kerja ni. Tulisan bebas, any idea?

NotaKaki :

Tuesday, February 16, 2016

437. Gunung Baling.


Cerita dia, ni cerita  gua and the geng naik Gunung Baling di Baling, Kedah pada 25 Disember 2015 yang lalu. Kitorang naik 6 orang semuanya. 5 dari Sintok dan seorang dari Sungai Petani.

Gua cerita kan kisah gua dan geng gua dari Sintok. Yang Sungai Petani tu pandai-pandai korang lah.

Kitorang gerak dari Sintok pada jam 12.30 pagi, isi minyak dan berhenti rehat di RNR Gurun. Kitorang sampai di Baling dalam jam 3.30 pagi. Ingatkan mula-mula nak tunggu rakan kitorang sorang lagi dari Sungai Petani, dia ni pernah naik gunung ni. So ingatkan nak mintak dia jadi guider kitorang tapi hampeh dia tak gerak lagi.

Jadinya, kitorang buat keputusan gamble je naik sendiri. Dengan berbekalkan Iphone Wank yang jugak datang dari Sungai Petani. Kitorang guna GPS dan cari starting point sendiri. Kitorang start jam 4.00 pagi.

Memang gelap, jadi masing-masing berbekalkan head lamp dan torchlight, kitorang berjalan. Masa tu tawakkal ja sebab memang sorang pun tak pernah naik.

Alhamdulillah lepas perjalanan hampir satu jam setengah kitorang sampai di puncak. Masa tu belum masuk waktu subuh lagi, jadi kitorang rilek dulu tunggu subuh sambil tambah tenaga berbekalkan roti dan coklat. Ingatkan nak tunggu matahari timbul. Dengar azan, kitorang solat secara bergilir disebabkan ruang yang sempit.

Habis saja solat, dah ada geng-geng pendaki lain yang sampai. Jadinya dua orang dari geng aku cuba jalan lagi dan rupanya puncak ada dalam 200meter lagi. Jadi kami bergerak ke atas dan apa yang boleh aku katakan.

LAWA!!!!!
Maaf, kabus tebal.
Maaf, gambar ni ja aku ada. Aku takdak kamera cantik, jadi harapkan orang lain. Tapi, hmmm. Malasla cerita. Haha

Jadi, silalah daki Gunung Baling ni. Tak tinggi mana pun walaupun ianya dipanggil gunung. Harap lepas ni dapat naik Gunung Pulai pulak. Sebelah Gunung Baling ja.

Jumlah kerugian lebih kurang tak termasuk makan tapi termasuk tol dan minyak tak sampai RM100 sahaja dari Sintok ke Baling.

NotaKaki : Alhamdulillah flawless muka aku. Hahahahahaha!!!


436. Satu Tambah Satu Jadi Dua.


Result exam gua sem lepas dah keluar, alhamdulillah je gua boleh ucap lepas tengok result tu. Mungkin pada orang lain, bila tengok result macam gua akan menangis, akan ketawa, akan terduduk atau akan buat-buat tak nampak.

Tapi pada gua, ianya sudah mencukupi. Bukanlah gua tak ingin dapat lebih tetapi gua tahu usaha gua macam mana dan gua tahu limit gua sampai mana.

Ya, gua ada rasa sedikit kecewa kerana ada penurunan berbanding sem yang lepas tetapi gua tetap syukur. Gua nak jadikan result gua tu sebagai batu pemangkin untuk gua. Baiki mana gua silap, baiki mana gua salah.

Tapi jangan risau, gua tak berubah. Gua tetap sama. Masa main, kita main. Masa bersukan, kita bersukan. Masa belajar, kita belajar. Masa bercinta, kita bercinta.

NotaKaki : Khamis petang.

435. Movie Review - Star Wars Episode VII: The Force Awakens




Ya, aku tau aku lambat. Sibuk oi.

Aku tak nak cerita banyak dalam review ini sebab aku tau akan bias gila-gila punya. Cuma aku ada satu sahaja soalan untuk korang.

Pernah tak korang rasa meremang masa sedang tonton filem? Baik di panggung atau di rumah. Tak kisah meremang sebab apa-apa pun.

Aku? Pernah. Dan salah satunya adalah filem ini.


Saat aku mula meremang.
Yup, aku tak peduli apa orang akan kata. Memang teruja yang amat. Dari mula sampai habis. Pada aku ianya adalah filem yang baik untuk memulakan triology yang baru untuk saga Star Wars ini.



Mana-mana filem memang akan ada cacat cela tetapi aku tetap tak peduli dan menutup sebelah mata. Jadi, aku tak nak spoil kan filem ni untuk korang, mana-mana yang tak tengok lagi, pergilah tengok.

Oppss, lupa. Kat panggung dah takde, so pandai-pandai koranglah nak tengok kat mana.



NotaKaki : Alhamdulillah.

434. Sedangkan Gigi Boleh Rosak, Inikan Pula Telefon Bimbit.


Dengan ini secara hormatnya, gua ingin mengumumkan yang mana gua punya telefon bimbit sudah selamat rosak.

Jadinya, untuk sementara waktu, jika ingin menghubungi gua, bolehlah menghantar message atau terus call ja. Nombor gua masih sama macam dulu.

Ataupun korang boleh cari gua di Facebook.

Sehingga gua beli phone baru atau baik phone gua tu. Tengoklah mana gua rajin.

Satu lagi, gua dah tutup akaun twitter gua secara rasmi. Selepas ini jika ingin mengetahui apa yang gua luah, gua akan update di blog ini. Inshallah kalau gua rajin. Walaupun begitu, ingin gua tekankan akaun twitter syarikat bersama gua masih hidup. Cuma gua tak rajin la nak update akaun tu jika tiada apa-apa pengumuman rasmi dari syarikat bersama gua itu.

Sekian, terima kasih.

Friday, February 5, 2016

433. Walaupun Binatang, Ayam Jantan Tetap Hormat Ayam Betina.




Sekarang ni zaman yang bahaya, kau parking kat area masjid, siang hari, bersebelahan dengan kereta orang dan hanya 4-5 meter dari orang yang sedang bekerja pun masih ada yang berani buat kerja gini.

Ni kisah yang terjadi pada kereta aku 2-3 minggu lepas. Yang hilang beg laptop dan beg adik aku yang ada dompet dan telefon bimbit dia. Lepas kena tu, terus buat report polis.

owh, lupa pulak. Ini terjadi di Masjid Keroh, Kuala Krai, Kelantan.

NotaKaki : Esok Kota Bharu, Tanah Merah, Gerik, Kuala Kangsar, Kuala Lumpur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...