Tuesday, January 12, 2016

431. 2015 Dalam Kenangan.


Seperti tahun-tahun yang sudah, kebiasaannya aku akan menceritakan kejayaan dan kegagalan aku. Jadinya pada tahun 2015, apa yang aku berjaya dan apa yang aku gagal?

Jaya or gagal dulu?

Gagal.
  1. Masih tidak mampu menerbitkan sebuah buku.
  2. Masih tidak berjaya memiliki sebuah kedai.
  3. Masih tidak mempunyai pendapatan tetap.
  4. Masih belum berumah tangga.
  5. Masih belum mempunyai seorang anak.
  6. Tidak berjaya menghabiskan 12 buku dalam masa setahun yakni satu buku satu bulan.
Jaya.
  1. Menyambung pengajian di peringkat ijazah. Ya, aku tangguh terlalu lama sampmaikan rakan-rakan aku banyak yang sudah berjaya dan berumah tangga dan mempunyai anak.
  2. Berjaya menawan dua gunung iaitu Gunung Bintang dan Gunung Baling (Inshaallah akan diceritakan).
  3. Berjaya menulis di blog ini secara konsisten walaupun ada lubang sana dan sini.
  4. Dia ada di sisiku. *BIG SMILE*

NotaKaki : Harap segalanya berjalan dengan lancar.

1 comment:

  1. Tahniah atas pencapaian 2016. Apa jua kegagalan yang tersenarai bagi tahun 2015 bukanlah kegagalan sepenuhnya, tapi hanya kejayaan yang tertangguh. Tidak ramai orang yang boleh menulis, mengingati, dan menilai kejaya dan kegagalan mereka. Ciri-ciri ini hanya dimiliki oleh orang yang mempunyai potensi untuk berjaya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...