Tuesday, January 19, 2016

432. Susahnya Nak Cari Oat


Kadang-kadang aku duduk diam, seorang diri.

Apa aku buat?

Tangan aku pegang mouse laptop, mata aku ke arah skrin laptop. Tapi otak aku tak pun. Telinga aku pun tak.

Jadi ke mana?

Otak dan telinga aku ke arah bahagian sebelah aku yang ada beberapa orang di situ. Orang tersebut ada kaitan dengan aku. Aku mendengar satu persatu perbualan dorang.

Ianya membuatkan aku terfikir yang mana pernah ke mereka ini merasa malu dengan apa yang keluar dari mulut mereka? Pernah tak berfikir sebelum melontarkan kata-kata yang dikeluarkan?

Kamu dah kahwin, bukannya seorang yang tidak berkahwin. Mempunyai tanggungjawab. Hentikan letakkan diri di tempat mereka-mereka yang belum berkahwin.

Perangai kamu seperti budak-budak yang masih belajar di sekolah rendah padahal kamu sudah berumah tangga.

Memalukan.

NotaKaki : Tudung pulak.

Tuesday, January 12, 2016

431. 2015 Dalam Kenangan.


Seperti tahun-tahun yang sudah, kebiasaannya aku akan menceritakan kejayaan dan kegagalan aku. Jadinya pada tahun 2015, apa yang aku berjaya dan apa yang aku gagal?

Jaya or gagal dulu?

Gagal.
  1. Masih tidak mampu menerbitkan sebuah buku.
  2. Masih tidak berjaya memiliki sebuah kedai.
  3. Masih tidak mempunyai pendapatan tetap.
  4. Masih belum berumah tangga.
  5. Masih belum mempunyai seorang anak.
  6. Tidak berjaya menghabiskan 12 buku dalam masa setahun yakni satu buku satu bulan.
Jaya.
  1. Menyambung pengajian di peringkat ijazah. Ya, aku tangguh terlalu lama sampmaikan rakan-rakan aku banyak yang sudah berjaya dan berumah tangga dan mempunyai anak.
  2. Berjaya menawan dua gunung iaitu Gunung Bintang dan Gunung Baling (Inshaallah akan diceritakan).
  3. Berjaya menulis di blog ini secara konsisten walaupun ada lubang sana dan sini.
  4. Dia ada di sisiku. *BIG SMILE*

NotaKaki : Harap segalanya berjalan dengan lancar.

Saturday, January 2, 2016

430. Hanya dirimu.

Aku buka mata, harapkan mu di sisi ku,
Tapi sayang, hanya bantal pelukku,

Tidak sabar untuk berada di sisi mu tiap masa,

Siang dan malam.

Saat mu susah, saat mu senang.

Aku mengimpikan wajahmu yang mengukir senyuman dibibir merahmu.

Tawa yang menyenangkan hatiku.

Gelakmu.
Tidak boleh ku gambarkan betapa cairnya hati ini.

Aku harap dapat hentikan masa tika bersamamu.

Aku harap dapat cepatkan tika kau tiada disisi ku..

Aku tak mampu dan tidak mahu memikirkan saat kau tiada disisi ku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...