Friday, October 30, 2015

425. Boleh Tak Nak Format Otak Sikit?


Sakit kepala.

Itu apa yang aku rasa sekarang. Dalam dua bulan ni banyak sangat yang aku pikirkan. Sampaikan aku rasa otak ni dah nak meletup. Apa yang lecturer ajar dalam kelas pun haram tak masuk.

Entahlah, aku tak tahu nak cerita camna.

Aku nak lari dari semua orang.

Aku dah penat. Aku perlukan rehat. Aku malas belajar, aku malas berfikir, aku malas.

Ataupun satu bilik kecik. Yang kedap bunyi, yang tertutup, yang tiada pintu, yang jauh dari orang.

Aku nak jerit sorang-sorang. Aku nak nangis sorang-sorang. Aku nak ketawa sorang-sorang. Aku nak senyum sorang-sorang. Semua aku nak buat sorang-sorang.

Mungkin dengan cara tu aku takkan kecewakan orang, aku takkan sedihkan orang, aku takkan marah orang, aku takkan gembirakan orang.

Mungkin. Siapa tahu kan?

NotaKaki : Lima ikatan.

Wednesday, October 28, 2015

424. Etika.


Etika.

Rakyat Malaysia masih banyak yang perlu belajar apa itu etika. Tapi sebelum tu apa maksud etika? Etika tu bermaksud korang tahu membezakan antara baik dan buruk, apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat.

Contoh?

Buang sampah keluar kereta, membuang sampah merata-rata, membuat bising ketika pensyarah sedang mengajar *Ye, aku selalu buat yang ni.* dan lain-lain lagi.

Dah kenapa aku nak bising pasal etika ni?

Aku bising sebab aku sangat-sangat pantang apabila office hour dah habis tapi majikan masih mencari pekerjanya membincangkan pasal kerja ataupun pensyarah/tutor mencari pelajarnya untuk menyuruh membuat sesuatu yang sepatutnya bukan tugas pelajarnya.

Okaylah, kalau nak jugak mintak tolong, bukan cari masa lewat malam. Habis lewat pun sebelum jam 10.00 malam. Itu limit paling teruk sepatutnya.

Sebab?

Pekerja ada kehidupannya sendiri, pelajar ada kehidupan sendiri. Majikan dan pensyarah/tutor tiada hak untuk kacau kehidupan mereka kecuali bersebab. Dan sebab inilah paling aku tak suka. Selalunya sebabnya adalah tak lain selain sebab peribadi.

Bodoh.

Itu perkataan paling sesuai untuk orang begini. Tak guna belajar tinggi-tinggi tapi tak reti nak menghormati kehidupan orang lain.

Office hour adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ataupun lari pun setengah jam sahaja, Selain dari itu, stop.

Manusia adalah manusia. Bukan robot yang boleh kau arah-arah tanpa henti.

Stupid ass.

Sorry terkasar bahasa. Teremo.

Sebab aku memang pantang. Harap kalau korang-korang ada yang camni, tolong ubah. Lagi-lagi tutor yang dari Kelantan yang ada kat Universiti kat Utara Semenanjung Malaysia yang sedang membuat PhD. Yup, engkau. Stop it.

Dah la. Aku jauh menyimpang dah ni.

NotaKaki : Serabut kepala.

Monday, October 26, 2015

423. Seketika.


Mati.

Satu perkataan yang kuat. Bila gua terdengat perkataan mati tu, pasti jantung gua bergetar. Gua tak boleh bayangkan kalau sesiapa dalam keluarga atau kenalan gua yang akan pergi dulu.

Semalam.

Gua ada gunakan perkataan tersebut. Tak sampai lima minit kemudian, rangkaian bisnes kereta sewa gua call. Dia kata ada budak nak cari kereta sewa nak hantar kawan dia kat Changlun. Urgent katanya.

Sebab?

Nenek kawan dia meninggal.

Tak sangka kan? Baru saja aku guna perkataan tu, ada yang berkaitan call. Banyak lagi perkara-perkara yang tidak disangka boleh berlaku.

Hargailah masa yang korang ada dengan keluarga atau rakan-rakan korang.

Chaloo..

NotaKaki : Sabar itu sebahagian daripada iman.

Wednesday, October 14, 2015

422. Thanks Google!


Google yang tak pernah kenal siapa aku pun boleh wish kat aku.  Yup, aku tahu benda ni dia set ja tapi tak kisah la. Ada yang aku tunggu dari malam tadi, senyap. Terima kasih sebab buat macam ni.

Ego takkan bawak ke mana pun. Sorry kali ni aku tak kan mengalah.

NotaKaki : Sakit tekak.

421. Selamat Hari Tua Orang Tua!


Yup, gua dah tua dah. Tapi kehidupan gua tak berapa meyakinkan lagi. Alhamdullilah tahun ni gua dah tak statik macam tahun sudah. 

Tahun ni gua dah sambung belajar. Yup, walaupun kalau dibandingkan kehidupan aku dan rakan-rakan sebaya dengan aku, aku agak ketinggalan. Ada yang dah kahwin, ada yang dah ada anak.

Gua? Nak ajak orang tunang pun kena tolak. Ini kan pula nak ajak kahwin dan mempunyai anak.

Takpela, tuhan tahu apa untuk hamba-hambanya. Siapa tahu rezeki aku di kemudian hari kan?

Tiada.

Selamat hari tua yang ke 27 untuk gua sendiri. Banyak lagi gua kena belajar.

NotaKaki : Tiada kata

Monday, October 5, 2015

419. Kenapa Saya Tak Tunjuk Saya Sokong Mana?

Ke main kan gua punya tajuk hari ni?

Di UUM sekarang sedang berlangsungnya Pilihan Raya Kampus (PRK) di mana pada siang tadi pernamaan calon sudah dilakukan.

Jadi ketika gua sedang menulis entry ini, ketika ini adalah masa berkempen. Gua perati rakan-rakan gua sudah ada yang mula menunjuk yang mana satu pilihan mereka.

Ada yang pernah tanya gua, gua sokong mana. Gua takkan jawab. Pada gua, cukup lah korang dengar aku bercakap dan ambillah dari kata-kata gua. Kemudian korang semua nilailah sendiri gua di pihak sebelah mana.

Baik kanan atau kiri.

Berbalik pada tajuk gua di atas, kenapa gua tak tunjuk gua sokong mana? Sebab gua tak sokong sebab parti. Maaf gua tak tahu istilah dalam kampus.

Gua akan sokong mana yang akan memberi kebaikan kepada diri gua sendiri, rakan-rakan gua, masyarakat dan negara.

Biarlah orang nak mengatakan gua ini lalang. Gua lebih sanggup dikatakan lalang daripada mengundi atas dasar gua kenal siapa calon itu, gua sokong parti itu atau apa-apa yang berkaitan

Pada gua, suasana mengundi sudah patut berubah yang mana kita bukan mengundi atas dasar parti tetapi apa calon tersebut boleh berikan. Calon yang mana boleh berikan yang terbaik. Itulah sepatutnya calon yang dipilih.

Cukuplah gua rasa kat sini saja, gua berhenti jela. Panjang-panjang pun, bukan gua tercalon. Gua cuma mengundi. Gua akan jalankan tanggungjawab gua supaya tiada sesiapa boleh pertikaikan gua ada hak atau tidak untuk mempertikai apa-apa yang dilakukan pihak-pihak tertentu jika terdapat kesalahan.

Kepada calon-calon baik dari Perubahan, Transformasi Mahasiswa, Hijrah dan Bebas. Aku doakan hanya yang terbaik yang akan menang. Dan kepada sesiapa yang menang, buat kerja yang terbaik. Bukan dah menang, korang lupa janji-janji korang.

NotaKaki : Tak terkejut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...