Sunday, August 30, 2015

403. BERSIH4.0 - Apa Kata Aku?


Seriously aku betul-betul dah lama tak berbicara tentang ini dalam blog aku. Isu-isu berat.

Tak silap, pernah aku katakan aku tidak berapa minat untuk berkongsi tentang ini lagi tetapi sejak isu ini semakin bermaharajalela di ruang-ruang media sosial, ianya membuatkan aku ingin berkata-kata.

First of all, korang boleh check sini dulu untuk tahu apa yang aku pernah rasa tentang perhimpuan ini. Maaf, aku terasa ayat aku kelakar masa tu, dan agak kasar mungkin?

Ada sesetengah pendapat aku masih tak berubah. Pada aku, isu yang cuba diketengah oleh pihak terbabit bukanlah isu politik, ianya adalah isu negara yang mana harus dipandang serious oleh semua pihak.

Cumanya masalah di sini, hanya sebelah pihak sahaja yang menggunakan peluang ini sepenuhnya, sebelah pihak lagi masih tidak berubah. Sedaya upaya mengatakan perhimpunan ini haram, perhimpunan ini menyusahkan, perhimpunan ini tidak akan mendatangkan hasil, perhimpunan ini merugikan dan pelbagai lagi yang tidak sedap didengari oleh telinga dan dibaca oleh mata kita.

Pada aku, hentilah mengampu orang di atas itu. Biarlah dia berundur secara hormat. Janganlah sehingga negara kita betul-betul tidak dapat diselamatkan sehingga menjadi seperti negara-negara lain.

Sila buka mata anda dan ketahuilah pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang meniupnya. Jap, ada orang sengaja goyangkan pokok? Jadi siasat dengan betul dan telus, benarkah ada orang yang menggoyangkan pokok tu? Apa tujuan asal dia goyang pokok tersebut? Bukan dengan hanya menafi secara membabi buta sahaja.

Satu lagi, berhentilah menipu rakyat. Hanya orang yang kurang menggunakan akal fikiran sahaja yang akan mengatakan semakin ramai orang semakin rugi bisnes kamu. Belajar ke tak sebelum keluar statement tu? Cukuplah.

Kalau tanya aku, sokong ke tak dengan perhimpunan?

Secara jujur dan telus, tak. Sebab? Aku tak nampak motif utama yang solid kenapa. Dan aku tetap percaya cara terbaik untuk menurunkan kerajaan adalah ketika PILIHAN RAYA UMUM.

TETAPI aku takkan menghalang mereka-mereka yang ingin meminta satu perubahan yang telus dari akar umbi bagi kebaikan masa hadapan

Dan juga, Tun Dr Mahathir turut menyuarakan sokongan terhadap perhimpuan Bersih4.0 ini. Pelik kan? Sebelum-sebelum ini, dia lah salah seorang yang sangat-sangat tidak menyokong. Jadi kenapa kali ini dia menyokong? Salah satunya negara kita memang sudah tenat.

Sedarlah. Bangun dari tidur.

NotaKaki : 3 jam je boleh tidur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...