Tuesday, August 25, 2015

394. Panas Terik Di Siang Hari.


"Mana pulak dorang ni?" Tanya aku sendirian. Menunggu dia dan rakan-rakannya sampai. Katanya hampirnya sampai. Dah hampir setengah jam aku menunggu di V-mall. Mati kutu. Aku mengeluarkan telefon pintar, mungkin dia ada menghantar chat yang aku tidak baca.

Tiada.

"Lama lagi ke dorang ni? Tanya aku lagi. Sendirian lagi. Bukan apa, aku malas berdiri di hadapan gerai kek ni. Takut tak boleh tahan. Terliur. Nampak menyelerakan.

"Baik aku pusing jap." Aku buat keputusan. Bergerak ke arah kedai buku yang terbesar di V-mall. Membelek-belek buku. Sebuah demi sebuah.

Te ne ne nung te teng nu neng na. Telefon pintar aku berbunyi.

"Dia ke?" Kata aku. Aku tersenyum bila melihat wajah dan nama dia terpampang di permukaan telefon pintar.

"Hello?" Aku jawab.

"Hello, ni orang dah nak sampai dah ni. Mu kat ne?" Dia kata.

"Kat V-mall." Aku balas.

"Owh, okay-okay. Ni kereta ada masalah sikit ni." Dia kata lagi.

"Masalah pe?" Aku tanya.

"Nanti mu tengok-tengokla." Dia kata lagi.

"Owh, okay. Orang tunggu kat depan V-mall. Kat parking." Tup dia letak.

Ya, dia memang suka letak macam tu ja. Rasa nak cubit-cubit ja pipi dia bila dia buat macam tu. Aku terus menunggu dan menunggu.

"Hmm, mana ni? Kata nak sampai dah." Aku merengek. Lama sangat dah ni. Aku risau.

Tup-tup aku nampak ada sebuah kereta Perodua Viva dari jauh menuruni bukit. Tersangkut-sangkut. Aku pelik.

"Dah kenapa pulak tu?" Tanya aku sendirian lagi.

 Perlahan-lahan dan tersangkut-sangkut kereta tersebut menghampiri aku dan berhenti di ruang parkir yang kosong.

"Hah nape ni?" Tanya aku kepada dia.

"Entohla. Ce mu tengok-tengok." Dia kata. Kawan-kawannya senyap. Malu barangkali.

"Kereta berasap ke? Panas? Temperature? Okay?" Tanya aku. Lagak tahu apa yang ditanya. Padahal satu apa pun tak tahu.

"Tak pun, temperature pun okay je." Jawab salah seorang kawan dia.

"Ce try start engine keta tu. Nak tengok." Aku buat pandai. Depan dia, mana boleh kata tak tahu. Jatuh saham.

Kawan dia yang memandu tadi memulas kunci, Beberapa kali. Gagal.

"Hmm, tadi isi minyak tak?" Tanya aku.

"Isi." Dia jawab pendek.

"Berapa?" Tanya aku. Pendek.

"Hmmm, 10. Mula-mula 5 pastu 5." Jawab dia lagi.

"Gi mana je tadi? Changlun kan?"

"Gi mana je. Changlun, pastu sekolah. Tu jela."

"Rasanya minyak takde ni." Aku buat pandai lagi.

"Takkanla. Sebab memang dok tersangkut-sangkut dari balik Changlun lagi."

"Hmm, dah tu. Takde sebab lain dah ni." Balas aku, Cubaan buat pandai sekali lagi.

"Ce kau try call abang keta sewa ni." Dia menyuruh salah seorang kawannya.

"Aku takde kredit."

"Yela-yela. Meh nombor abang tu." Dia minta nombor abang tu dan menghubungi abang kereta sewa tersebut. Aku lihat dan mendengar sahaja.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta menghampiri aku, dia dan rakan-rakan dia. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut.

"Haa, apa cerita ni?" Tanya lelaki itu.

"Entahla. Tanya dorang, saya tak tahu apa-apa." Aku mengelak.

"Ni, kereta ni semput-semput, sangkut-sangkut. Rosak ke apa ni?" Dia balas.

"Tadi isi minya tak? Gi mana je tadi?" Lelaki tu tanya apa yang aku dah tanya.

"Isi, gi Changlun ja. Isi 15 inggit." Dia jawab.

Aku tersenyum.

"Owh, yeke?" Lelaki itu cuba melakukan apa yang aku lakukan tadi.

"Yela bang. Kereta ni rosak ke apa ni." Dia balas lagi.

"Jap, saya try isi minyak. Rasa minyak takde ni."

"Ish, sama jela. Kitorang dah isi minyak dah tadi." Kawan dia pula yang balas.

"Takpela, saya try je." Lelaki tu mengisi minyak yang dibawa di dalam botol ke dalam tangki minyak kereta yang disewa oleh dia dan rakan-rakan dia.

"Yela-yela."

Aku hanya tersenyum. Melihat mata dia.

Lelaki tersebut memulas kunci kereta tersebut beberapa kali.

Vromm, vrooom, vroommm. Enjin kereta berbunyi. Senyuman aku bertambah lebar dan memandang ke arah dia. Dia membuat isyarat tanda diam ke arah aku. Aku menahan gelak. Tetapi dalam hati gelak berdekah-dekah tanpa henti.


HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!


NotaKaki : Apesal aku dok gian minum kopi sejuk ni?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...