Monday, August 3, 2015

386. Andai Aku Pergi Dulu


Dah kenapa tajuk camtu?

Saja.

Rasa nak tulis warkah je. Kalau-kalau aku pergi dulu sebelum korang.

Yela, ajal dan maut ni bukan kita yang tentukan. Semua dah tertulis oleh yang lebih berkuasa dari kita. Sampai masa kita kat dunia ni, kita akan pergi jugak.

Tak kira usia. Tua ke muda ataupun yang baru lahir, kita takkan dapat lari dari ajal yang telah tertulis.

Cuma apa yang kita boleh buat?

Cukupkan ilmu kita supaya ketika sampai masanya nanti kita akan redha dan bukannya menyesal.

Hargai orang sekeliling kita. Jika kita ada keluarga, tegurla sapa. Yup, nasihat untuk diri sendiri. Jika kita ada kawan, tegurlah. Jika kita suami, tegurlah. Jika kita ada isteri, tegurlah. Jika kita ada anak, tegurlah.

Kerana apa?

Kerana seperti yang aku tulis di atas, kita tidak tahu bila kita akan pergi tinggalkan dunia ini.

Ramai yang kata tak suka berkata tentang kematian. Ini yang bahaya. Kenapa? Ianya akan menyebabkan kita alpa dengan keduniaan semata-mata. Mencari rezeki siang dan malam tanpa henti.

Katanya bukan untuk sesiapa tetapi untuk ahli keluarganya juga. Ataupun untuk membantu ahli keluarganya. Tidak ingin menyusahkan ahli keluarganya.

Pernah terfikir kenapa sampai begitu sekali kita mencari rezeki? Kerana telah dikaburi dengan keduniaan. Ehh cantiklah, ehh lawalah, ehh style gila, ehh aku kena ada jugak ni, ehh dia ada kenapa aku takde.

Sedangkan sebahagian darinya bukanlah keperluan, ianya adalah lebih kepada kemahuan semata-mata.

Selain dari mencari rezeki, mencari hiburan tanpa henti sehingga menyisihkan diri dari keluarga sendiri. Lepak tanpa henti siang dan malam, release tension katanya. Naik gunung, release tension katanya. Bersukan tanpa henti, release tension katanya.

Bukanlah tidak boleh langsung buat perkara-perkara di atas, tetapi berpada-padalah.

Kalau korang baca warkah aku ini untuk kali kedua atau ketiga, mungkin ianya dah terlambat untuk aku. Tapi untuk korang belum terlambat.

Andai ditakdirkan aku pergi dulu, pejamkan mata. Doakan aku dan jangan berhenti ingat aku.

Sekian sahaja dari aku.

NotaKaki : Sebulan, harap bila aku buka mata tamatlah engkau.

1 comment:

  1. Jangan buang tabiat woi. Org2 tua ckp tanda2 ajal kita da dekat hidung jatuh. Ce ko tengok cermin? Hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...