Monday, August 31, 2015

407. Apa Korang Kata?


Ada yang kata, kalau lah ada yang tu.

Ada yang kata, alhamdullilah ada.

Ada yang kata, syukur ada.

Ada yang kata, ekelen itu aja?

Ada yang kata, tak cukup ni.

Ada yang kata, kena tukar ni.

Ada yang kata, ini kesukaan kami.

Ada yang kata, kau ada aku kena ada.

Jadi, di mana kita berada?

NotaKaki :

406. Isn't SHe Lovely - Stevie Wonder


Kan?

NotaKaki : Cukuplah sampai di sini saja. Bawak-bawaklah diet sikit. Haha

405. Lawok. Kata dia.


NotaKaki : Kurang dah sikit debor. Harap tak debor dah lepas ni.

404. Malaysia! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke ....?




Tahniah Malaysia. Masih dapat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke ....?

Haha.

Apesal aku letak dot dot dot?

Sebab kalau ikutkan birthday Malaysia ialah pada 16 September bukannya 31 Ogos. Jadinya aku keliru di sini.

Jadinya kalau merdeka dan tertubuhnya Malaysia adalah pada tarikh yang berbeza? Begitu? Keliru kan?

Apa-apa pun.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!

NotaKaki : Hari tak selalunya cerah, hari juga tak selalunya mendung. Kadang kala panas terik, kadang kala ribut dan kadang kala hujan.

Sunday, August 30, 2015

403. Setahun Hanya Dua Kali Ianya Datang. Harap Ianya Adalah Yang Terakhir.

Bapak panjang tajuk

Ada tak ek perkhidmatan mendengar orang melepaskan makian?

Haha

Ataupun perkhidmatan mendengar orang melepaskan perasaan kecewa?

Haha

Kalau ada, aku memang memerlukan sangat-sangat perkhidmatan tu.

Tu pun entah boleh hilang ke tak nanti perasaan yang aku rasa sekarang ni.

NotaKaki : Masih menggigil dan tidak dapat tidur. Berpeluh juga. Migrain tu camne ek?

403. BERSIH4.0 - Apa Kata Aku?


Seriously aku betul-betul dah lama tak berbicara tentang ini dalam blog aku. Isu-isu berat.

Tak silap, pernah aku katakan aku tidak berapa minat untuk berkongsi tentang ini lagi tetapi sejak isu ini semakin bermaharajalela di ruang-ruang media sosial, ianya membuatkan aku ingin berkata-kata.

First of all, korang boleh check sini dulu untuk tahu apa yang aku pernah rasa tentang perhimpuan ini. Maaf, aku terasa ayat aku kelakar masa tu, dan agak kasar mungkin?

Ada sesetengah pendapat aku masih tak berubah. Pada aku, isu yang cuba diketengah oleh pihak terbabit bukanlah isu politik, ianya adalah isu negara yang mana harus dipandang serious oleh semua pihak.

Cumanya masalah di sini, hanya sebelah pihak sahaja yang menggunakan peluang ini sepenuhnya, sebelah pihak lagi masih tidak berubah. Sedaya upaya mengatakan perhimpunan ini haram, perhimpunan ini menyusahkan, perhimpunan ini tidak akan mendatangkan hasil, perhimpunan ini merugikan dan pelbagai lagi yang tidak sedap didengari oleh telinga dan dibaca oleh mata kita.

Pada aku, hentilah mengampu orang di atas itu. Biarlah dia berundur secara hormat. Janganlah sehingga negara kita betul-betul tidak dapat diselamatkan sehingga menjadi seperti negara-negara lain.

Sila buka mata anda dan ketahuilah pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang meniupnya. Jap, ada orang sengaja goyangkan pokok? Jadi siasat dengan betul dan telus, benarkah ada orang yang menggoyangkan pokok tu? Apa tujuan asal dia goyang pokok tersebut? Bukan dengan hanya menafi secara membabi buta sahaja.

Satu lagi, berhentilah menipu rakyat. Hanya orang yang kurang menggunakan akal fikiran sahaja yang akan mengatakan semakin ramai orang semakin rugi bisnes kamu. Belajar ke tak sebelum keluar statement tu? Cukuplah.

Kalau tanya aku, sokong ke tak dengan perhimpunan?

Secara jujur dan telus, tak. Sebab? Aku tak nampak motif utama yang solid kenapa. Dan aku tetap percaya cara terbaik untuk menurunkan kerajaan adalah ketika PILIHAN RAYA UMUM.

TETAPI aku takkan menghalang mereka-mereka yang ingin meminta satu perubahan yang telus dari akar umbi bagi kebaikan masa hadapan

Dan juga, Tun Dr Mahathir turut menyuarakan sokongan terhadap perhimpuan Bersih4.0 ini. Pelik kan? Sebelum-sebelum ini, dia lah salah seorang yang sangat-sangat tidak menyokong. Jadi kenapa kali ini dia menyokong? Salah satunya negara kita memang sudah tenat.

Sedarlah. Bangun dari tidur.

NotaKaki : 3 jam je boleh tidur.

402. Aku Ingin Kongsi Nasi Lemak Dengan Engkau.


Terasa ingin buat second blog yang mana mau dirahsiakan segala isi dalam tu.

Terasa seperti perlu ruang untuk tidak berkongsi dengan sesiapa.

Kat situ mungkin aku akan bebas sedikit.

Jika kecewa, tiada yang tahu.

Jika gembira pun tiada yang tahu.

Jika menangis pun tiada yang tahu.

Jika marah, tiada yang tahu.

Jika riang pun tiada yang tahu.

Jika sakit, tiada yang tahu.

Jap, ada tak yang ambil tahu? Kadangkala seperti ada, kadangkala seperti tiada. Chipsmore ke? Kejap ada kejap tiada.

Haha.

NotaKaki : Esok mungkin lewat lagi dia balas. Harapnya tidak.

401. Apa Kerja Yang Ada?


Takpe, akan aku ingat kata-kata kau kawan.

Aku takkan buat.

Dua kali.

Aku kuat. Insyallah.

Dia lupa aku pun takpe asalkan dia gembira.

Aku terseksa pun takpe asalkan dia gembira.

Aku akan cuba buat-buat sibuk walaupun takde kerja supaya aku tak terlalu memikirkan pasal tu.

Aku akan cuba fikir yang baik-baik. Insyallah tuhan akan jaga dia dari segalanya baik dan buruk.

Amin.

Untuk mintak kau tidak bergambar sebegitu pun aku tak tau nak halang. Cuma aku mintak, tolong jangan letak gambar ada camtu..

Aku tak kuat untuk tu. Maaf.

NotaKaki : Ya, aku menggigil. Dua kali gigil.

Tambahan

Tak boleh tidur. Menggigil. Berpeluh.

Friday, August 28, 2015

400. Terima Kasih Tak Terhingga.


Alhamdullilah dah masuk entry ke 400. Entry ni aku tujukan kepada Tokayah dan nenek aku.

Aku berharap semoga aku mendapat jodoh seperti mereka.

Walaupun mama aku dah berumur 55 tahun yang mana petunjuk kepada sekurang-kurangnya jodoh mereka dah 55 tahun, mereka masih bersama.

Susah senang bersama. Tipulah tak pernah bergaduh dan bermasam muka, itulah asam garam sebuah perkahwinan.

Ya Allah, mungkin aku ada lalai. Tak. Bukan mungkin. Memang aku lalai selama ini. Tetapi aku memohon pada mu agar jodoh aku nanti sekuat mereka. Dalam masa yang sama, ingatkan aku untuk saling mengingati agar tidak melupakan mu.

Semoga aku mampu. Dan juga maafkan aku selama ini. Memang dosa-dosa aku ada yang tak layak dimaafkan tapi aku tau kau maha pengampun lagi maha  mengasihi.

Amin.

NotaKaki : Aku berserah. Lapaq!

Thursday, August 27, 2015

399. Teaser Kisah Cinta #2


Aku hanya mampu berharap dan berdoa agar satu hari nanti hanya aku sahaja lelaki yang kau ingin bergambar.

Maaf kerana tamak.

Maaf.

NotaKaki : Terima kasih kawan.

398. Hati Ayam Tak Elok Dimakan Selalu.


Bagitau je. Kalau terluka pun mungkin sekejap ja.

Takpe kot. Kau tak payah la fikirkan pasal perasaan aku.

Mungkin aku boleh tahan. Mungkin.

Kalau tak boleh pun, takpe. Fikir jela perasaan kau.

Aku harap dapat jaga kau sampai mati. Kalau aku terseksa pun takpe kot. Kot.

Jangan risau, insyallah aku tak balas. Tu janji aku dengan tuhan.

NotaKaki : Terima kasih tuhan kau sempurnakan diri ini.

397. Pesan Nabi


Nabi pernah berpesan,

Kalau marah jangan bercakap.

Kalau marah ketika berdiri, duduk.

Kalau marah ketika duduk, baring.

Kalau marah ketika baring, bangun dan ambil wudhuk, kemudian solat sunat.

Insyallah kurang kemarahan.

Tapi,

Kenapa aku susah sangat nak ikut?

Ya Allah, bantu umatmu yang kerdil ini. Aku memohon kepadamu.

NotaKaki : Aku takkan buat.

Wednesday, August 26, 2015

396. Keliru.


Kau kata kau dah besar,
Tapi,
Kadang kala lagak gaya seperti budak kecik.

Kau kata kau seperti budak kecik,
Tapi,
Kadang kala lagak gaya seperti orang dah besar.

Aku keliru.

Yang mana satu engkau yang sebenar?
Yang besar atau yang kecik?

NotaKaki : Aku sang pengcinta.

Tuesday, August 25, 2015

395. Semuanya Dah Disusun Cantik Olehnya.


Kata orang, kalau dah takde rezeki tu, buatlah macam mana pun, tetap takkan dapat. Korang semua setuju tak? Setuju? Tak setuju? Terpulanglah.

Aku?

Sebelum ni, tak pernah kot terfikir pasal ni. Aku just ikut ja flow yang telah ditentukan atau ditetapkan oleh keadaan sekeliling aku. Yup, walaupun dah almost 27, aku masih camtu. Pretty bad when it's come like that. *Okay, stop english start malay. Dah-dah, berhenti.*

Cumanya, baru-baru ni, aku telah membuat satu keputusan yang agak besar dalam hidup aku yang mana mungkin memakan masa untuk menghabiskannya. Ya, mungkin untuk aku agak besar, untuk lain agak kecil. Kehidupan masing-masing.

Ini adalah cara untuk aku memulakan hidup aku kembali selepas beberapa kali jatuh tersungkur. Kalau dikira, lebih kurang tiga kali aku jatuh tersungkur. Aku tak boleh putus asa, harap ini adalah kali terakhir.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang aku merepek ni kan? Camni jela, apa yang aku boleh kata ke korang, nasi lemak takkan sedap jika tiada yang membuatnya. Okay, aku dah merepek di sini.

Aku bagi teaser dah la, SV dan PLUS.

Ada baik dan buruknya jugakla. Aku redha.

NotaKaki : Rupa-rupanya maksud sebenar TEASER dalam bahasa melayu ialah PENGGODA. Baru aku tahu.

394. Panas Terik Di Siang Hari.


"Mana pulak dorang ni?" Tanya aku sendirian. Menunggu dia dan rakan-rakannya sampai. Katanya hampirnya sampai. Dah hampir setengah jam aku menunggu di V-mall. Mati kutu. Aku mengeluarkan telefon pintar, mungkin dia ada menghantar chat yang aku tidak baca.

Tiada.

"Lama lagi ke dorang ni? Tanya aku lagi. Sendirian lagi. Bukan apa, aku malas berdiri di hadapan gerai kek ni. Takut tak boleh tahan. Terliur. Nampak menyelerakan.

"Baik aku pusing jap." Aku buat keputusan. Bergerak ke arah kedai buku yang terbesar di V-mall. Membelek-belek buku. Sebuah demi sebuah.

Te ne ne nung te teng nu neng na. Telefon pintar aku berbunyi.

"Dia ke?" Kata aku. Aku tersenyum bila melihat wajah dan nama dia terpampang di permukaan telefon pintar.

"Hello?" Aku jawab.

"Hello, ni orang dah nak sampai dah ni. Mu kat ne?" Dia kata.

"Kat V-mall." Aku balas.

"Owh, okay-okay. Ni kereta ada masalah sikit ni." Dia kata lagi.

"Masalah pe?" Aku tanya.

"Nanti mu tengok-tengokla." Dia kata lagi.

"Owh, okay. Orang tunggu kat depan V-mall. Kat parking." Tup dia letak.

Ya, dia memang suka letak macam tu ja. Rasa nak cubit-cubit ja pipi dia bila dia buat macam tu. Aku terus menunggu dan menunggu.

"Hmm, mana ni? Kata nak sampai dah." Aku merengek. Lama sangat dah ni. Aku risau.

Tup-tup aku nampak ada sebuah kereta Perodua Viva dari jauh menuruni bukit. Tersangkut-sangkut. Aku pelik.

"Dah kenapa pulak tu?" Tanya aku sendirian lagi.

 Perlahan-lahan dan tersangkut-sangkut kereta tersebut menghampiri aku dan berhenti di ruang parkir yang kosong.

"Hah nape ni?" Tanya aku kepada dia.

"Entohla. Ce mu tengok-tengok." Dia kata. Kawan-kawannya senyap. Malu barangkali.

"Kereta berasap ke? Panas? Temperature? Okay?" Tanya aku. Lagak tahu apa yang ditanya. Padahal satu apa pun tak tahu.

"Tak pun, temperature pun okay je." Jawab salah seorang kawan dia.

"Ce try start engine keta tu. Nak tengok." Aku buat pandai. Depan dia, mana boleh kata tak tahu. Jatuh saham.

Kawan dia yang memandu tadi memulas kunci, Beberapa kali. Gagal.

"Hmm, tadi isi minyak tak?" Tanya aku.

"Isi." Dia jawab pendek.

"Berapa?" Tanya aku. Pendek.

"Hmmm, 10. Mula-mula 5 pastu 5." Jawab dia lagi.

"Gi mana je tadi? Changlun kan?"

"Gi mana je. Changlun, pastu sekolah. Tu jela."

"Rasanya minyak takde ni." Aku buat pandai lagi.

"Takkanla. Sebab memang dok tersangkut-sangkut dari balik Changlun lagi."

"Hmm, dah tu. Takde sebab lain dah ni." Balas aku, Cubaan buat pandai sekali lagi.

"Ce kau try call abang keta sewa ni." Dia menyuruh salah seorang kawannya.

"Aku takde kredit."

"Yela-yela. Meh nombor abang tu." Dia minta nombor abang tu dan menghubungi abang kereta sewa tersebut. Aku lihat dan mendengar sahaja.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta menghampiri aku, dia dan rakan-rakan dia. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut.

"Haa, apa cerita ni?" Tanya lelaki itu.

"Entahla. Tanya dorang, saya tak tahu apa-apa." Aku mengelak.

"Ni, kereta ni semput-semput, sangkut-sangkut. Rosak ke apa ni?" Dia balas.

"Tadi isi minya tak? Gi mana je tadi?" Lelaki tu tanya apa yang aku dah tanya.

"Isi, gi Changlun ja. Isi 15 inggit." Dia jawab.

Aku tersenyum.

"Owh, yeke?" Lelaki itu cuba melakukan apa yang aku lakukan tadi.

"Yela bang. Kereta ni rosak ke apa ni." Dia balas lagi.

"Jap, saya try isi minyak. Rasa minyak takde ni."

"Ish, sama jela. Kitorang dah isi minyak dah tadi." Kawan dia pula yang balas.

"Takpela, saya try je." Lelaki tu mengisi minyak yang dibawa di dalam botol ke dalam tangki minyak kereta yang disewa oleh dia dan rakan-rakan dia.

"Yela-yela."

Aku hanya tersenyum. Melihat mata dia.

Lelaki tersebut memulas kunci kereta tersebut beberapa kali.

Vromm, vrooom, vroommm. Enjin kereta berbunyi. Senyuman aku bertambah lebar dan memandang ke arah dia. Dia membuat isyarat tanda diam ke arah aku. Aku menahan gelak. Tetapi dalam hati gelak berdekah-dekah tanpa henti.


HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!


NotaKaki : Apesal aku dok gian minum kopi sejuk ni?

Monday, August 24, 2015

393. Teaser Kisah Cinta


NotaKaki : Seminggu ke dua minggu?

392. Sehati Sejiwa.


Buku. Siapa kat sini yang suka baca buku, sila tarik bulu hidung. Okay, maafkan saya. Rasa tak kelakar pulak, tak sama masa saya berfikir untuk menulis.

Cuba korang semua cari sepuluh secara rawak dan tanya pada mereka, suka membaca buku tak? pada mereka. Catat jawapan mereka, jika tidak biarkan. Jika ya, tanya soalan seterusnya, buka apa? pada mereka.

Saya berani katakan tidak ramai yang akan memberi jawapan buku sejarah, lebih-lebih berkaitan sejarah negara kita sendiri yakni negara Malaysia.

Bila saya perhatikan di kedai-kedai buku pun, kalau ada buku-buku sejarah yang laku pun terdiri dari sejarahwan islam yang tiada kaitan dengan negara Malaysia. Ya, ianya ada kaitan dengan agama kebanyakkan rakyat Malaysia.

Saya jadi tertanya-tanya, mahukan rakyat menyintai negara tetapi kurangnya buku-buku sejarah berkaitan negara Malaysia.

Jap-jap, apa saya mengarut ni? Apa kaitan dengan gambar yang saya selitkan ni? Saya kurang pasti.

Tapi apa yang pasti, jika ada usaha-usaha menerbitkan buku-buku tersebut. Harganya terlalu mahal. Ya, saya faham ianya memerlukan modal. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan cetakan bewarna.

Tapi, pada saya, tidak perlu pun cetakan bewarna dan bersaiz besar gabak pun. Hitam putih dan bersaiz A5 pun sudah memadai.

Cukuplah takat ni aku serious, lepas-lepas ni balik ke asal pula. Sweetness overload. K bye.



NotaKaki : Nasi kerabu golok dengan nasik kerabu kelantan lain tau.

Sunday, August 23, 2015

391. Satu Tambah Satu Sama Dengan Dua.


Tokayah aku sedang sakit. Lama. Dari awal tahun lagi.

Aku sedih.

Aku masih perlukan penunjuk jalan. Masih banyak aku perlu belajar.

Tapi tuhan lebih tahu mana bagus untuk umatnya.

Aku memohon padamu tuhan.

Berikan yang terbaik untuk tokayah, untuk keluarga aku, untuk rakan-rakan aku, untuk dia dan untuk aku.

Apa yang kau rancang adalah yang terbaik untuk umatmu. Aku banyak melakukan salah dan silap, harap kau tidak berhenti menunjuk cahaya ke dalam jalan aku.

NotaKaki : Tiada nota.

390. Aku Tidak Sempurna.


Tiada manusia yang sempurna, yang ada hanyalah manusia yang sedar kekurangan diri dan ingin cuba membaiki dirinya tanpa berselindung di sebalik kekurangannya.

Ataupun

Manusia yang terus-menerus melakukan kesilapan tersebut walaupun tahu dirinya sedang melakukan kesilapan tersebut da melarikan diri dari mencuba untuk memperbaiki masalah tersebut.

Pilihla yang mana terbaik untuk diri sendiri. Tuhan tidak pernah menghalangnya.

Saling tegur menegur antara satu sama lain.

Kerana manusia tidak pernah sempurna.

NotaKaki : 2weeks to go. Sabarlah hati.

Wednesday, August 19, 2015

389. Buat Silap Lagi.


Di sini saya ingin mengutarakan permintaan maaf saya.

Saya berjanji akan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan itu lagi.

Ianya adalah kesilapan kecil sahaja.

Apa yang terjadi memang salah saya sendiri 95% dan dimana lagi 5% adalah kesilapan awak sendiri.

Kenapa saya berkata begitu? Sebab masa gayut sokmo-sokmo awak panggil saya sayang.

Eh. Ok. Saya silap 100%. Tak boleh salahkan orang lain.

Saya minta maaf ye awak.

NotaKaki : Lapar la pulak malam-malam gini. Nyesal makan biskut ja.

Monday, August 17, 2015

388. Tahniah


Pengantin tu adik aku dengan bini dia yakni adik ipar.

Tahniah. Saja spam muka aku sikit.

NotaKaki : Kuatkan hati ini.

387. Punya Engkau.


Bila aku punya engkau,
aku tidak perlu yang lain.

Bila aku punya engkau,
masa aku hanya untuk engkau,

Bila aku punya engkau,
Jiwa ini terarah ke engkau.

Bila aku punya engkau,
Aku berhenti mencari.

NotaKaki : Tiada.

Monday, August 3, 2015

386. Andai Aku Pergi Dulu


Dah kenapa tajuk camtu?

Saja.

Rasa nak tulis warkah je. Kalau-kalau aku pergi dulu sebelum korang.

Yela, ajal dan maut ni bukan kita yang tentukan. Semua dah tertulis oleh yang lebih berkuasa dari kita. Sampai masa kita kat dunia ni, kita akan pergi jugak.

Tak kira usia. Tua ke muda ataupun yang baru lahir, kita takkan dapat lari dari ajal yang telah tertulis.

Cuma apa yang kita boleh buat?

Cukupkan ilmu kita supaya ketika sampai masanya nanti kita akan redha dan bukannya menyesal.

Hargai orang sekeliling kita. Jika kita ada keluarga, tegurla sapa. Yup, nasihat untuk diri sendiri. Jika kita ada kawan, tegurlah. Jika kita suami, tegurlah. Jika kita ada isteri, tegurlah. Jika kita ada anak, tegurlah.

Kerana apa?

Kerana seperti yang aku tulis di atas, kita tidak tahu bila kita akan pergi tinggalkan dunia ini.

Ramai yang kata tak suka berkata tentang kematian. Ini yang bahaya. Kenapa? Ianya akan menyebabkan kita alpa dengan keduniaan semata-mata. Mencari rezeki siang dan malam tanpa henti.

Katanya bukan untuk sesiapa tetapi untuk ahli keluarganya juga. Ataupun untuk membantu ahli keluarganya. Tidak ingin menyusahkan ahli keluarganya.

Pernah terfikir kenapa sampai begitu sekali kita mencari rezeki? Kerana telah dikaburi dengan keduniaan. Ehh cantiklah, ehh lawalah, ehh style gila, ehh aku kena ada jugak ni, ehh dia ada kenapa aku takde.

Sedangkan sebahagian darinya bukanlah keperluan, ianya adalah lebih kepada kemahuan semata-mata.

Selain dari mencari rezeki, mencari hiburan tanpa henti sehingga menyisihkan diri dari keluarga sendiri. Lepak tanpa henti siang dan malam, release tension katanya. Naik gunung, release tension katanya. Bersukan tanpa henti, release tension katanya.

Bukanlah tidak boleh langsung buat perkara-perkara di atas, tetapi berpada-padalah.

Kalau korang baca warkah aku ini untuk kali kedua atau ketiga, mungkin ianya dah terlambat untuk aku. Tapi untuk korang belum terlambat.

Andai ditakdirkan aku pergi dulu, pejamkan mata. Doakan aku dan jangan berhenti ingat aku.

Sekian sahaja dari aku.

NotaKaki : Sebulan, harap bila aku buka mata tamatlah engkau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...