Friday, July 17, 2015

385. Selamat Hari Raya Tahun 2015


Di sini saya mewakili diri saya dan bakal isteri saya dan anak-anak saya, turut serta keluarga saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada pembaca blog ini.

Err ada ke? Lantak. Yang penting aku wish.

Semoga syawal ini sama seperti-seperti yang lepas jika baik, yang buruk kita tinggal-tinggalkan. Haha

NotaKaki : Manis sampai potong kaki!

Sunday, July 12, 2015

Wednesday, July 8, 2015

383. Beritahu


Beritahu,
Lelaki ini bodoh,
Beritahu,
Lelaki sangat bodoh,
Beritahu,
Jangan pendam,
Beritahu.

NotaKaki : Tak makan satu hari boleh? Tengok boleh tahan ke tak. Haha

Monday, July 6, 2015

382. Dialog Seisi Keluarga Ketika Berbuka Bersama Di Rumah Abah Dan Mama


"Banyaknya makan?" Kak Long kata kepada Ayong.

"Mana ada banyak."

"Tu banyak, kata diet." Kata Kak Long lagi.

"Alaa, kat sini ja. Nanti kat Penang makan sikit balik." Jawab Ayong. Sini yang dimaksudkan oleh Ayong adalah rumah Abah dan Mama.

"Eleh, yela tu." Kak Long mencebik muka.

"Lagipun dalam diet ada cheat day. So kalau balik sini kenalah cheat."

"Haha, sebab tu Alang pun kat taknak balik." Mama menyampuk.

"Alaa, Alang tu taknak balik sebab ada bunga kat sana." Balas Ayong.

Alang tersenyum malu. Yang lain hanya memerhati tanpa berkata apa-apa. Abah seperti biasa diam.

"Owh, ada bunga kat sana." Kata Achik yang kebetulan duduk di sebelah Alang.

"Ehh, mestila ada." Jawab Mama.

Alang tunduk malu. Pipinya kemerahan. Sangat malu.

"Tunggu bunga habis exam baru nak balik." Tambah Mama.

"Mama, kalau boleh jangan lebih-lebih ye." Kata Alang memecah kesepian. Bertegas kononnya walaupun secara hakikatnya Alang memang ingin menunggu bunganya habis exam.

NotaKaki : Kalau ditanya, jangan dirahsia-rahsia ya.

Sunday, July 5, 2015

381. Pinggan Yang Pecah Tak Boleh Digunakan lagi.


Siang tadi kecoh dekat media sosial yang ada satu syarikat yang menggunakan seekor babi yang berpakaian baju melayu dan mengucapkan selamat hari raya.

Apa yang menyebabkan kecoh?

Kecohnya adalah kerana babi dan baju melayu dan ucapan selamat hari raya. Yes, tanpa periksa, pihat tersebut melontarkan tuduhan.

Jap. Korang tak nampak lagi apa pointnya kat sini?

Sebenarnya kecohnya kat sini adalah disebabkan sebenarnya binatang tersebut bukanlah seekor babi tetapi adalah seekor beruang. Yang mana beruang tersebut adalah maskot bagi syarikat tersebut.

Jadinya apa yang aku nak sampaikan kat sini, siasatlah dulu sebelum nak buat tuduhan melulu.

Cumanya, pihak syarikat tersebut sepatutnya tengok betul-betul. Sebenarnya kalau perhati seimbas lalu, sesiapa pun boleh tersilap. Lagi-lagi orang-orang tertentu.

Tak paham? Lupakan.

Maaf tajuk macam takde kaitan. Muahahaha

NotaKaki : Jeles woi!

380. Music Video - Knock Knock by Brunettes Shoot Blondes


NotaKaki : Takut. Seorang. Malam. Sunyi.

Saturday, July 4, 2015

379. Tunggul.

Aku dah kata maaf
Aku dah kata maaf sekali lagi
Aku dah kata maaf berulang kali
Aku tak tahu apa lagi
Aku rasa aku tak salah
Aku biarkan masa berlalu
Aku hanyut menunggu

Apa aku ini hanya tunggul?

Wednesday, July 1, 2015

378. Kenapa Aku Kurang Gemar Ke Bazaar Ramadhan?


Malam ni malam ke 13 terawih tak silap aku. Aku tak kira mana, malas. Kalau betullah 13 malam dah terawih, saja nak bagitau kat korang yang aku hanya sempat ke bazaar ramadhan hanya sekali. Iye, ulang sekali lagi. Sekali.

Menakjubkan tak? Tak? Lantak korang. Pada aku ianya amat menakjubkan.

Kenapa? Sebab kalau korang pergi ke bazaar ramadhan korang akan nampak bertapa ramainya umat manusia di situ. Fuhhh..

Berbalik kepada soalan utama aku, kenapa aku kurang gemar ke bazaar ramadhan? Ada beberapa sebab.

Pertamanya, sebab aku malas. Serius weh, malas aku nak berhimpit-himpit dalam kawasan yang penuh sesak tu. Tu belum lagi yang badan berbau. Wangi ke busuk ke semua ada. Cukup pakej. Pulak tu, dengan jem yang amat kat kawasan-kawasan bazaar ni. Malas woi nak layan semua ni.

Keduanya, aku rasa takde yang sedap. Okay, tipulah takde yang sedap. Maksud aku, contoh ada 10 gerai, mungkin 1 atau 2 sahaja yang sedap. Yang lain? Tangkap muat. Jual tak ikhlas. Malahan ada yang dah basi. Tapi nak salahkan penjual pun tak boleh sebab penjual tu sendiri berpuasa.

Ketiganya, sebab aku rasa membazir. Perut ketika lapar dan melihat makanan depan mata, semuanya akan rasa nak. Jadi untuk elak semua ini, baik aku tak payah pergi kan?

Keempatnya adalah untuk menjimatkan duit. Kenapa aku kata gini? Sebab aku rasa kalau masak memang akan jauh lebih jimat dari mengeluarkan duit di bazaar. Dengan risiko-risiko seperti dia atas. Baik aku masak.

Kelima dan mungkin yang terbesar pada aku adalah untuk makan masakan mama aku lah. Mama aku masak sedap.

k bye.

NotaKaki : Mahu beli ke idok ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...