Friday, May 29, 2015

371. Tiada Lagi Harapan.


"Awak, awak rasa saya bagi harapan ke ek?" Dia tanya aku.

"Harapan? Harapan apa?" Aku tanya dia balik.

"Yela, harapan." Dia angguk.

"Saya tak faham la." Aku jawab.

"Hmmm, awak rasa awak dengan saya ni boleh pergi jauh tak?" Dia tanya soalan lain.

"La, boleh je kalau kita isi minyak banyak." Aku jawab. Konon tidak faham. Sengaja ingin soalan yang lebih jelas.

"Alaa, saya tak reti la tanya." Dia mencebik.

"Dah tu?"

"Awak rasa cukup ke tempoh kita kenal ni?" Dia tanya lagi. Dengan soalan yang lain.

"Awak tak nak saya ek?" Aku tanya balik. Dia tergamam,

"Ermm. Bukanla."

"Dah tu? Cuba awak explain betul-betul. Saya tak faham ni." Aku minta penjelasan.

"Dah la, malas dah. Jom pi makan. Kedai mana ni? Yang tu ke?" Dia melarikan diri.

"Awak nak tak couple dengan saya?" Aku tanya dia. Mata dia terbeliak. Tersenyum.

"Ermm, camtu je?" Dia tanya.

"Yela, camtu je." Aku jawab.

"Tak naklah kalau camtu je."  Dia membalas. Walaupun senyuman masih terukir di bibirnya.

"Alaaaa, orang tak retilah nak susun-susun ayat ni." Aku kata.

"Kalau tak reti, tak mau la." Dia membalas.

"Haa, azan dah habis. Jom solat dulu."

"Jom. Kat situ kan?" Dia menunjuk ke arah RTC bertentangan dengan aku dan dia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...