Tuesday, February 24, 2015

355. Teka-teki Malam Hari

"Aku ada satu teka-teki ni untuk korang." Azam membuka bicara apabila melihat masing-masing kebosanan.

"Korang nak dengar tak?" Sambung Azam.

"Kau bagi jela." Balas Meran.

"Okay. Dalam banyak-banyak kemas, kemas apa paling orang malas nak buat?" Tanya Azam.

"Kemas?" Mior mengangkat sebelah kening tanda pelik.

"Iye, kemas."

"Ni main-main ke betul-betul?" Celah Akim.

"Nama pun teka-teki. Mana boleh bagitau. Korang teka la."

"Hmmm. Kemaskan rumah?" Jawab Mior.

"Salah." Kata Azam pendek.

"Kemas kereta?" Akim cuba menjawab.

"Salah gak."

"Kemas beg kalau nak jalan jauh kot." Mior mencuba lagi.

"Haha, apa mende la jawapan kau. Salah." Balas Azam.

"Aku rasa ni soalan trick ni." Meran menunjukkan bakatnya yang ala-ala penyiasat terkenal.

"Takde trick-trick pun. Teka-teki biasa je." Balas Azam.

"Ntahla. Kau bagi jela jawapan dia." Kata Akim. Mengalah.

"Kau Meran? Mior?" Tanya Azam.

Kedua-duanya mengakat bahu berulang kali tanda tidak tahu.

"Apa la korang ni. Tu pun tak tahu ke. Jawapan dia ke masjid." Azam memberi jawapan. Dengan muka selamba tanpa rasa bersalah.

Yang lain terpinga-pinga. Melihat wajah yang lain. Akim lihat Mior, Mior pandang Meran, Meran pandang Akim, Akim balas pandangan Meran kembali.

Azam megambil telefon pintarnya dan mula bermain permainan video yang selalu dimainnya.

NotaKaki : Staff ke student? Aku keliru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...