Tuesday, February 24, 2015

356. Dunia Kecik Atau Besar?


Dah lama aku tertanya-tanya pasal benda ni. Aku rasa benda ni subjektif. Dari sudut mana korang tengok dunia.

Kalau korang cuba berjalan keliling dunia memang akan rasa dunia ni sangat-sangat besar. Tapi cuba kalau korang naik atas kapal terbang dan tengok ke bawah, nampak kecik je kan? Ye aku mengarut je.

Kenapa kali ni aku nak tulis pasal ni?

Kalau siapa yang ikut blog aku dari awal akan tahu la yang aku ni membesar kat Segambut, Kuala Lumpur. Cuma sekarang ni family aku dah pindah Kota Bharu, Kelantan. Jadinya aku dah banyak tinggalkan kawan-kawan aku yang ada kat sana. Lagi-lagi aku ni jenis pemalu sikit. *Ye, pemalu kan?*

Kalau orang kata tuhan tu maha kaya dan maha mengetahui, aku percaya. Lebih-lebih lagi setelah hampir 10 tahun keluarga aku berpindah ke Kota Bharu, alhamdullilah aku dapat sambung pengajian. Ye, sangat lambat berbanding kawan-kawan aku. Malahan lambat dibandingkan dengan adik-adik aku. Seorang tengah sambung Master, seorang lagi dah masuk tahun ketiga. Memang ketinggalan betul

Nak dijadikan cerita, tempat aku sambung belajar ni bagi 100% tempat penginapan kepada pelajar-pelajar dia. Jadinya aku tak tahu nak kata kebetulan atau suratan takdir ataupun tuhan nak tunjuk sesuatu, budak sebilik aku ni pun berasal dari Segambut, Kuala Lumpur. Cuma beza dia, family aku tinggal kat Taman Segambut (SPPK), dia kat Segambut Dalam.

Kecik kan dunia ni? Pergi sana pergi sini, last-last kat sempadan siam jugak jumpa budak dari Segambut.

Tapi betul ke kecik? Kenapa tak pernah kebetulan terjumpa dia?

NotaKaki : Tak bawak kasut futsal woi!!!!!

355. Teka-teki Malam Hari

"Aku ada satu teka-teki ni untuk korang." Azam membuka bicara apabila melihat masing-masing kebosanan.

"Korang nak dengar tak?" Sambung Azam.

"Kau bagi jela." Balas Meran.

"Okay. Dalam banyak-banyak kemas, kemas apa paling orang malas nak buat?" Tanya Azam.

"Kemas?" Mior mengangkat sebelah kening tanda pelik.

"Iye, kemas."

"Ni main-main ke betul-betul?" Celah Akim.

"Nama pun teka-teki. Mana boleh bagitau. Korang teka la."

"Hmmm. Kemaskan rumah?" Jawab Mior.

"Salah." Kata Azam pendek.

"Kemas kereta?" Akim cuba menjawab.

"Salah gak."

"Kemas beg kalau nak jalan jauh kot." Mior mencuba lagi.

"Haha, apa mende la jawapan kau. Salah." Balas Azam.

"Aku rasa ni soalan trick ni." Meran menunjukkan bakatnya yang ala-ala penyiasat terkenal.

"Takde trick-trick pun. Teka-teki biasa je." Balas Azam.

"Ntahla. Kau bagi jela jawapan dia." Kata Akim. Mengalah.

"Kau Meran? Mior?" Tanya Azam.

Kedua-duanya mengakat bahu berulang kali tanda tidak tahu.

"Apa la korang ni. Tu pun tak tahu ke. Jawapan dia ke masjid." Azam memberi jawapan. Dengan muka selamba tanpa rasa bersalah.

Yang lain terpinga-pinga. Melihat wajah yang lain. Akim lihat Mior, Mior pandang Meran, Meran pandang Akim, Akim balas pandangan Meran kembali.

Azam megambil telefon pintarnya dan mula bermain permainan video yang selalu dimainnya.

NotaKaki : Staff ke student? Aku keliru.

Monday, February 23, 2015

354. Review Filem : Kingsman: The Secret Service


Lama jugak aku rasa dah tak review filem ni. Last week aku berpeluang menonton filem ni kat Penang.

Sinopsis filem ni?

Mengenai pertubuhan penyiasat yang rahsia. Seorang budak yang cuba masuk dan apa yang jadi. Nak tahu lebih-lebih tengok sendiri.

Apa kata aku?

Best. Aku suka cerita-cerita mengenai spy-spy ni. Jadi mungkin aku ada bias sikit kat sini. Lain daripada yang lain. Kostum yang smart gila. Aku bias dengan orang pakai baju full suit. Smart. Atur cerita yang sedang elok je.

Cuma storyline ada macam kurang logik sikit. Tapi ada ke cerita yang logik?

So, korang pergi la tengok. Aku tak rasa rugi sikit pun.

NotaKaki : Cukup dah aku rasa harini 10,000 langkah.

353. Muzik Video : Ada Apa Dengan Cinta Oleh Melly Goeslaw & Eric


NotaKaki : Hari pertama.

352. Malam Yang Pendek

"La tak tidur lagi?" Kata Meran bila melihat Mior masuk ke biliknya.
"Hmm. Tak." Jawab Mior pendek.
"Resah ke?" Tanya Meran.
"Apa dia?" Tanya Mior balik. Tak dengar.
"Kau resah esok ke?" Jelas Meran.
"Nervous la tu." Akim menyampuk.
"Hehe, takdela." Jawab Mior pendek.
Mior melihat ke luar tingkap. Suasana gelap. Mior tidak dapat melihat apa-apa. Melihat kembali ke arah Azam yang senyap sejak tadi.
"Boleh tak buat?" Mior tanya kepada Azam. Merujuk kepada pinjaman pelajaran yang ingin dibuat Azam dari tadi lagi.
Mior melabuhkan bontotnya di sebelah Akim sambil menunggu jawapan dari Azam.
"Tak boleh. Lembap sangat." Jawab Azam.
"Aku rasa kau kena buat time subuh esok
la." Akim cuba melawak.
Lawaknya disambut secara hambar. Rasanya Akim boleh melupakan hasratnya untuk menyertai pertandingan Pelawak Paling Kelakar 2015.
"Tidur la Mior. Esok tak bangun kang." Kata Meran.
"K la. Aku tidur dulu."
Mior keluar dari bilik Akim dan Meran dan menuju ke arah biliknya yang bertentangan dengan bilik mereka. Menutup dan mengunci pintu biliknya.
Dua minit kemudian. Mior membuka pintu biliknya kembali. Menutup lampu dan kipas. Mengambil bantal dan selimutnya dan menuju ke arah bilik Akim dan Meran.
"Weh, malam ni aku tidur bilik korang la. Aku takut dowh." Kata Mior.
"La patutla dari tadi duk ulang alik." Balas Meran.
Puncanya Mior tinggal keseorangan. Masih tiada teman sebilik. Tidak ketahui akan duduk keseorang sehingga habis atau teman sebiliknya masih tidak berdaftar.
Teman wanita boleh pula bertanya takut ke tidak duduk keseorangan.
NotaKaki : Mengharapkan empat tahun yamg cemerlang, gemilang dan terbilang.

Thursday, February 12, 2015

351. Al-Fatihah Kepada Tok Guru Nik Aziz



                                إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
                                                          Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Walaupun beberapa tahun kebelakangan ni aku dah kurang berjinak dalam bab-bab politik tetapi bila dapat tahu pasal Tok Guru dah meninggal dunia memberi impak sedikit sebanyak dalam diri aku sendiri. Aku dapat berita ni masa tengah tengok twitter time aku tunggu turn nak gunting rambut. Takut salah dapat berita aku tanya family aku, adik aku confirmkan. Memang lain.

Satu lagi era dah berakhir.

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan takziah kepada keluarga Tok Guru Nik Aziz. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Seorang lagi yang pergi meninggalkan kita tanpa kita ketahui bila pula masa kita kan?

NotaKaki : Dua hari lagi.

350. Berapa Pendapatan Korang Sebulan? Bersih.


Tahun 2008

Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

"Mu percaya ke Wawasan 2020 akan tercapai?" Ayong tanya aku.

"Percayalah. Kenapa?" Aku jawab.

"Aku rasa tak." Jawab Ayong.

"Kenapa pulak?"

"Kalau ikut kajian aku, Malaysia takkan capai." Sambung Ayong.

Aku pelik. Aku diam. Aku pandang ayong.

"Owh, dan satu lagi. Kalau Malaysia tak capai apa yang dirancang pun mesti akan ada yang cakap KITA MENCAPAI KEMAJUAN DENGAN CARA KITA TERSENDIRI." Sambung Ayong lagi.

Aku diam lagi. Aku pandang ayong. Aku tak tahu apa nak jawab.

"Mu ingat kata-kata aku ni." Pesan Ayong.

Tahun 2015

Kampung Mentuan, Jalan Tali Air Binjai, Kota Bharu, Kelantan.

Aku termenung. Membaca artikel-artikel membincangkan mengenai Wawasan 2020 secara amnya. Terfikir berapa ramai kawan-kawan yang mempunyai pendapatan tinggi?

Secara azalinya Wawasan 2020 hanya beberapa tahun je lagi ni. Aku sendiri baru nak sambung belajar balik. Lagi jauh ketinggalan dengan kawan-kawan aku yang lain.

Owh ya, Nasib seseorang itu takkan berubah jika diri sendiri tak nak berubah. Jom buat bisnes.

Haha.

NotaKaki : Seluar kakies boleh tak ni?

Sunday, February 8, 2015

348. Enam Hari Lagi.


Asalamualaikum.

Amacam? Gua bagi salam kat korang semua ni. Jawab la. Tok Ayah kata kalau boleh jawab di bibir bukan di hati. Gua sampaikan ke korang je.

Jadinya, apa yang enam hari lagi?

Bukan ada apa-apa pun, cuma satu family gua nak berjalan ke Penang hari sabtu depan. Insyallah hari isnin pulak family gua terasa nak ke Sintok. Gua nak try duduk situ beberapa bulan tengok best ke tak. Family gua tanpa gua pulak akan ke Alor Star. Lama tak melawat saudara mara gua kat sana tapi apakan daya gua tak berkesempatan ke sana.

Sehari atau dua hari kemudian, mereka akan ke Penang kembali. Dan beberapa hari sebelum tahun baru cina, mereka akan ke Kuala Lumpur. Jauh kan berjalan family aku? Nak buat camne, rezeki masing-masing. Adik aku sorang di Bangi, sorang di Labuan. Nak taknak kena la pergi katanya.

Dah banyak kali aku kata, takpe, aku pergi sendiri je. Abah tak bagi, mama pun tak bagi. Aku tak tahu kenapa. Padahal aku tahu family aku pun kesempitan wang jugak. Lagi-lagi aku sendiri takde pendapatan tetap. Tapi aku tetap tak boleh halang. Aku iyakan saja la.

Harap-harap semuanya berjalan lancar.

NotaKaki : Kelantan menang woi semalam!

Wednesday, February 4, 2015

347. Wordless Wednesday : Masih Mencari

NotaKaki : Sempat tak ni?

346. Tips Berumah Tangga.


Ye, aku ni belum berkahwin lagi. Tak kira, aku tetap nak bagi tips-tips berumah tangga untuk korang-korang. Lagipun boleh jadi rujukan untuk aku in future kan? Seperti biasa borang-borang masih boleh diambil ye.

Tips-tips yang diberi bukanlah berdasarkan pengalama sendiri tetapi lebih kepada pemerhatian kasar dari mata turun ke hati.

1. Memasak.

Pada aku, inilah yang paling-paling penting dalam berumah tangga. Suami korang takkan cari lain punya kalau korang suka memasak. Aku jamin 99 peratus. Satu peratus lagi aku tak berapa jamin sebab tuhan itu lagi berkuasa. Apa-apa pun boleh jadi kan? Owh ya, ini tips lebih kepada isteri berbanding suami. Maaf.

Cuma dalam islam, sebenarnya suamilah yang patut menguruskan hal makan.

2. Makan bersama.

Walau camne sibuk pun korang, walau camne penat pun korang. Tolonglah cuba untuk makan bersama sekurang-kurang sekali sehari. Duduk bersama di meja makan. Isteri pandang muka suami, suami pandang muka isteri. Sebab apa? Masa ni lah kemesraan korang akan terjalin sentiasa. Korang akan berborak. Bila berborak korang akan bercerita hal-hal yang terjadi kan? Sebab apa bila korang berhenti bercakap, korang takkan tahu apa-apa antara satu sama lain. Hubungan tu lama-lama akan terputus sendiri.

3. Berhias

Sebolehnya-bolehnya bercantiklah untuk suami walaupun ketika di atas katil. Kenapa? Yang ni memang sifat semulajadi manusia iaitu sukakkan yang cantik sahaja,  So paham-paham sendiri jela ye. Si suami pun, kalau boleh buat yang sama.

4. Komunikasi

Cari masa untuk berhubung jika masing-masing terlalu sibuk. Macam apa yang aku tulis di point 2 aku tadi. Korang berhenti berhubung. Habis. Jadi, kalau boleh sekurang-kurangnya tanya dia dah makan ke belum, balik pukul berapa, nak makan apa, apa plan hujung minggu ke. Pastikan korang ada komunikasi antara satu sama lain.

5. Kerjasama

Tolong jangan suami harapkan isteri, isteri harapkan suami.Korang kena ingat, korang memerlukan antara satu sama lain. Tolong menolong itu lebih bagus. Jika suami nampak isteri penat untuk memasak, ajak masak bersama, bukan berleter suruh masak la apa. Jika isteri nampak suami sedang bertukang, duduk sebelah dia. Tanya apa boleh tolong. Ambil tahu.

6. Ambil tahu

Yang ni aku rasa antara yang penting. Ambil tahu kehidupan pasangan masing-masing. Bukan buat endah tak endah. Si isteri suka shopping, teman. Si suami suka bersukan, teman. Walaupun korang tak suka, pastikan korang ada untuk diorang. Bukannya membiarkan pasangan korang mencari orang lain untuk teman dorang.

Aku rasa cukuplah sampai di sini dahulu tips-tips yang diberi oleh aku, lagi-lagi bila aku dah start merapu. Sekian terima kasih.

NotaKaki : Serabut woi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...