Saturday, January 17, 2015

339. Siapa Punya Angkara?


Kelihatan empat pemuda sedang menunggu teksi di tepi jalan besar berhadapan sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam. Aliff, Iman, Afiq dan Iqbal. Mereka berempat memang agak rapat sejak berkenalan ketika mula-mula menyambut pelajaran di pusat pengajian tinggi tersebut.

Aliff yang paling tua lepasan STPM, Iman lepasan diploma manakala Afiq dan Iqbal pula lepasan matrikulasi.

Petang itu mereka ingin ke bandar. Menghabiskan masa sementara menunggu hujung minggu habis. Di bandar bolehlah mereka berjalan-jalan atau mencuci mata mengusha awek-awek bandar. Dress-up katanya berbeza sedikit jika dibandingkan ketika waktu mereka bersekolah dulu.

"Wehh, tu teksi tu. Tahan cepat." Kata Iman.

Aliff mengangkat tangan menahan teksi. Teksi berhenti di hadapan mereka. Pemandu teksi tersebut menurunkan tingkap.

"Mana?" Tanya pemandu teksi pendek.

"Bandar. Boleh?" Tanya Aliff.

Pemandu teksi mengangguk, tanda boleh. Mereka berempat memasuki teksi satu persatu. Aliff di bahagian hadapan. Yang lain di bahagian belakang.

"Ni student lagi ke?" Tanya pemandu teksi.

"Ah ahh. Student." Jawab Aliff.

"Baru ke?"

"Baru je masuk. Tak sampai sebulan pun bang." Jawab Aliff lagi.

"Owh, baguslah. Korang ambil kos apa?" Tanya pemandu teksi lagi. Agak peramah. Mungkin untuk menghilangkan kebosanan membawa kereta sejak pagi lagi.

"Errmm, macam saya amik bisnes. Yang tu kulinari. Lagi dua sains sukan." Tunjuk Aliff ke arah Iman, Afiq dan Iqbal.

"Owhh, baguslah. Belajar rajin-rajin. Jangan nak beromen je nanti." Pemandu teksi tersengih.

"Haha, takdela." Balas Aliff.

Tiba-tiba hidung mereka berlima tercium sesuatu. Bau yang kurang enak. Masing-masing melihat ke arah satu sama lain.

"Woi, sape kentut ni?!" Tanya pemandu teksi ni.

"Tu la, tengik siot." Kata Afiq.

"Kau ke?" Tanya Iqbal ke arah Iman.

"Mana ada aku kentut."

"Lain kali nak kentut tu beragak la sikit. Busuk seyhh." Kata Aliff.

"Kau?" Tanya Iqbal ke arah Afiq pula.

"Ekelen, agak-agakla." Balas Afiq.

"Korang ni tak beragak kan.?" Kata pemandu teksi.

"Ntah-ntah pakcik yang kentut." Kata Iqbal.

"Pakcik ni kalau kentut jenis ngaku. Jangan risau." Balas pemandu teksi itu.

"Dah tu sape ni?" Tanya Iqbal.

"Dah la. Lupakan jela. Lagipun ni dah sampai dah ni. Sini boleh?" Kata pemandu teksi itu lagi.

"Bolehlah pakcik." Balas Aliff.

Pemandu teksi tersebut memberhenti teksinya di tepi sebuah hentian bas.

"Semuanya RM20 je. Ni bayar camne ni?" Kata pemandu teksi usai berhenti kereta.

"Asing-asing." Balas Aliff.

"Kalau camtu RM5 sorang la."

Masing-masing mengeluarkan duit daripada beg duit sendiri. Menghulurkan ke arah pemandu teksi tadi. Usai bayar, mereka berempat keluar dari teksi tersebut dan berjalan ke arah pusat membeli belah di hadapan mereka.

Tak sampai beberapa meter, pemandu teksi tadi membunyikan hon ke arah mereka. Mereka berempat memandang ke arah pemandu teksi tersebut. Lagaknya seperti memanggil-manggil kembali mereka berempat. Mereka pelik tetapi tetap berjalan kembali ke arah teksi tadi.

"Nak, ni yang kentut tadi tak bayar lagi ni." Kata pemandu teksi apabila mereka berempat berdiri di tepi tingkat yang diturunkan.

"Ehh, apa pulak. Saya dah bayar la." Kata seseorang.

"Owh, kau la yang kentut tu. Okaylah." Pemandu teksi tersebut menaikkan tingkapnya dan memandu teksinya menjauhi mereka berempat. Mencari pelanggan lain pula.

"Hehe, aku tak sengaja la tadi. Sorry." Kata Iqbal tersipu-sipu malu. Yang lain malas nak layan meninggalkan Iqbal sendirian.

NotaKaki : Cerita ni dicerita turun temurun sejak aku kecik lagi. Sorry kalau tak paham. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...