Friday, January 30, 2015

345. Hanya Dua Hari.


Kalau korang ada baca pasal ni tempohari, korang mesti tahu apa yang aku tengah nak perkatakan lepas ni.

Lepas je siap TM betulkan pada hari ahad yang lepas, aku sekeluarga gembira bukan main. Dapat menggunakan telefon kembali. Alhamdullilah. Terima kasih TM menyiapkan kerja korang.

Ye, bukan kitorang nak guna telefon pun, sebenarnya nak guna internet je.

Malangnya, tepat jam 12.00 tengah malam hari selasa malam rabu, kabel kena potong balik. Memang perangai dorang ni serupa macam setan. Aku tak tahu nak kata apa lagi dah. Nak doa yang teruk-teruk kang kata tak boleh. Tapi tahu tak aku ni nak kena pakai internet urgent. Perlukan line yang stabil celaka!

Kadang-kadang tertanya-tanya jugak aku, banyak sangat ke dorang ni dapat sampai sangup menyusahkan orang. Betul ke dalam kabel tu pakai tembaga? Aku rasa kalau betul, TM patut tukar dah. Nak harapkan kabel unifi masuk kampung aku ni entah bila aku pun tak tahu.

Ada jugak aku nak pihak TM membuat cubaan menaik dalam satu atau dua meter tiang. Aku rasa itu penyelesaian jangka pendek yang amat sangat. Apa agaknya penyelesaian jangka panjang yang bernas? Kena jadikan kampung aku ni jadi bandar ke? Hmmm.

Kalau letak bawah tanah agak-agak senang ke payah ek?

Ni pun aku try pakai data plan celcom. Dalam kawasan rumah aku ni pun ada kawasan okay ada kawasan macam tahi. Tak tahu nak kata la.

NotaKaki : Jumaat blues.

Monday, January 26, 2015

344. Aku Buntu!


Tu dia, bukan main aku bagi tajuk kat korang semua. Nampak tak aku ni macam serius sikit untuk menulis? Nampak?!

Buntu? Ye aku buntu ni.

Aku nak kena cari seluar slack or kakies ni. Masalahnya di sini aku ni jarang-jarang sekali membeli seluar. Jadinya apabila aku menyopping (Ambik kau ayat aku), aku tak reti. Aku tak reti nak pilih seluar yang aku nak, aku tak reti nak bertanya kat pelayan-pelayan di kedai itu. Aku tak reti nak bercakap secara tiba-tiba.

Ada seluar cantik tapi mahal nak mampus. Ada seluar tak cantik tapi mahal jugak. Ada seluar murah tapi bukan jenis yang aku nak cari. Adoiii.

Tiba-tiba aku jadi blank atau blur. Jadinya aku pun buntu.

Sekarang ni aku nak tanya kat korang semua, memang payah ke nak beli seluar ni?

Takde ke sesiapa nak isi borang untuk menjadi pembeli seluar untuk aku seumur hidup aku? Kira kalau cukup pakej, boleh aku masuk meminang. Okay jauh menyimpang.

NotaKaki : Mama suruh pakai tie sekolah. Boleh?

Sunday, January 25, 2015

343. Apa Patut Dibuat?


Tahukah anda, kita semua berada di zaman kecanggihan teknologi maklumat yang tinggi. Sehinggakan kalau tak dapat menggunakan internet dalam masa satu jam pun boleh membuatkan seseorang menjadi tidak keruan?

Tahu ke tak ni?

Tak tahu?

ke tahu?

Kalau tahu, baguslah. Aku bukan apa, baru-baru ni line telefon area rumah aku kena potong setelah hampir setahun mereka-mereka ini tidak melakukan aktiviti-aktiviti terkutuk itu. Fuhh, bukan main ayat aku.

Jadi ianya telah mengganggu perjalanan seharian hidup aku selama tiga hari setengah. Lama kan? Ada la jugak aku try guna mobile data ke apa ntah panggilnya daripada Celcom. Malangnya area rumah aku yang berada agak ke dalam kawasan ceruk kampung ni agak kurang kelajuannya. Hanya di area-area tertentu dalam rumah ni sahaja yang akan membuatkan fuhh lega ada internet daripada Celcom.

Dah la pulak tu, aku kena buat sesuatu pada 22 Januari yang lepas. Nasib baik boleh.

Jadinya, benda ni terjadi pada hari rabu lepas. Call untuk report pada hari yang sama tapi alah ke tengahari sikit. Ada jugak aku dengar operator repair-repair tu datang tengok hari rabu. Tak elok lagi, kemudian kitorang tunggu mungkin dorang nak siapkan hari khamis kot. Dan hari khamis memang ada yang datang. Cuma bila dekat-dekat jam 2.00 petang tu aku rasa dorang dah berhenti buat kerja. Aku ingat dorang berhenti untuk lunch dan sembahyang zohor tapi tak.

Hari jumaat? Cuti.

Hari sabtu? Cuti jugak.

Pagi tadi baru start buat. Aku tak sure dorang start pukul berapa tapi bila jam 3 lebih kurang baru macam setel. Itu pun ada masalah lagi. Terpaksa report sekali lagi bagitau tak setel lagi. Lepas asar lebih kurang baru setel.

Itu dia. Panjang lebar aku menulis. Agak-agak korang apa patut aku buat lagi? Bukan ke TM ni sekarang dah jadi swasta? Kenapa tak macam swasta cara dorang kerja ek? Hmmm.

NotaKaki : Nak cari beg baru ke ek? Hahaha.

342. Syukur.


Gua saja nak bersyukur kat sini. Harap-harap takde apa-apa rintangan di masa hadapan.

NotaKaki : Masa makin pendek.

Tuesday, January 20, 2015

341. Tolong Beli Buku Keluaran SePena Raya.


Hari ahad yang lepas berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 29. Tahun-tahun sebelum ni aku ada jugaklah sempat tengok kat tv. Malahan beberapa tahun lepas aku sempat jugak dibawa oleh kawan aku untuk melihatnya secara live. Ye, aku pergi tempat lagha. Sekali sekala.

Tahun ni entah kenapa aku langsung tak berminat nak tengok. Walaupun sedikit. Padahal dalam fb, twitter bukan main lagi rancak orang komen. Aku tak tahu la. Mungkin atas beberapa faktor.

Tapi faktor paling besar adalah penajanya. Aik, rasa macam Chef Wan la pulak. Seriusly, aku rasa benda ni memang dah patut bawak ke tengah.

Topik penaja ni dari saban tahun aku tengok makin menjadi-jadi. Cuba korang tengok filem-filem terbitan Malaysia, kalau disponsor kalau boleh sepanjang masa akan ada produk placement. Benda ni sedikit sebanyak akan merosakkan filem tu sendiri.

Cuba la cari idea sikit, tengok sikit filem-filem luar camne dorang buat product placement tu. Memang dorang tonjolkan tapi bukannya setiap masa kena tunjuk. Yang ni pun takkan nak aku yang ajar.

Kalau korang tengok cerita-cerita korea lagi gila, dorang siap sensor mana-mana product. Aku tak tahu apa polisi dorang tapi aku takdelah sampai mintak jadi camni. Tapi kita boleh memandang ke arah sana apa. Bak dasar Dr.Mahathir yakni Dasar pandang ke timur tu. Dah lupa ke?

Tu belum lagi kalau korang tengok show-show yang ada kat Malaysia. Mak aihh, tak sampai seminit dok ulang je. Boring gila.

Aku paham yang mana dorang ni mengeluarkan duit untuk memberitahu semua orang yang produk dorang ada di pasaran dan sila dapatkan segera supaya dorang dapat cover balik duit yang dorang keluar untuk sponsor show-show ni semua. Tapi come on la. Ianya perlu diberhentikan.

Macam biasa, bila aku rasa aku dah start mengarut. Aku nak berhenti taip.

NotaKaki : Dia dah pakai kain pelikat. Wow!

Sunday, January 18, 2015

340. Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya.


Lama benar tak melepas perasaan kat sini. Hmm.

Apa aku duk buat dari awal tahun sampai ke hari ni? Penganggur memang la takde buat apa-apa pun. Busy dengan urusan family jela. Last week ke Rawang, Klang, Shah Alam, Melaka, Dengkil dan Nilai.

Apa aku buat kat sana?

Urusan keluarga. Kena rungkaikan ke?

Rawang takde apa-apa urusan sangat cuma melawat saudara sahaja. Klang pun melawat saudara. Shah Alam pula urusan kakak aku. Melaka urusan adik aku. Nilai dan Dengkil urusan mama aku.

Jadi apa urusan aku? Mungkin melawat abang kawasan Meru je kot. Bincang sikit-sikit. Harap apa yang dibincang menjadi la. Amin.

Dan saja nak bagitahu, yang Kelantan aku tak dapat. Sedih jugak la. Nak tapi tak dapat. Ada orang dapat tapi tak nak. Itu la orang kata rezeki masing-masing.

Dan aku rasa apa yang ditulis semakin bercelaru, baik aku berhenti. Mandi, ambil Tok Ayah dan pergi ambil MyKad baru dia kat JPN Bachok.

NotaKaki : Nasi dah jadi bubur pun sedap dimakan.

Saturday, January 17, 2015

339. Siapa Punya Angkara?


Kelihatan empat pemuda sedang menunggu teksi di tepi jalan besar berhadapan sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam. Aliff, Iman, Afiq dan Iqbal. Mereka berempat memang agak rapat sejak berkenalan ketika mula-mula menyambut pelajaran di pusat pengajian tinggi tersebut.

Aliff yang paling tua lepasan STPM, Iman lepasan diploma manakala Afiq dan Iqbal pula lepasan matrikulasi.

Petang itu mereka ingin ke bandar. Menghabiskan masa sementara menunggu hujung minggu habis. Di bandar bolehlah mereka berjalan-jalan atau mencuci mata mengusha awek-awek bandar. Dress-up katanya berbeza sedikit jika dibandingkan ketika waktu mereka bersekolah dulu.

"Wehh, tu teksi tu. Tahan cepat." Kata Iman.

Aliff mengangkat tangan menahan teksi. Teksi berhenti di hadapan mereka. Pemandu teksi tersebut menurunkan tingkap.

"Mana?" Tanya pemandu teksi pendek.

"Bandar. Boleh?" Tanya Aliff.

Pemandu teksi mengangguk, tanda boleh. Mereka berempat memasuki teksi satu persatu. Aliff di bahagian hadapan. Yang lain di bahagian belakang.

"Ni student lagi ke?" Tanya pemandu teksi.

"Ah ahh. Student." Jawab Aliff.

"Baru ke?"

"Baru je masuk. Tak sampai sebulan pun bang." Jawab Aliff lagi.

"Owh, baguslah. Korang ambil kos apa?" Tanya pemandu teksi lagi. Agak peramah. Mungkin untuk menghilangkan kebosanan membawa kereta sejak pagi lagi.

"Errmm, macam saya amik bisnes. Yang tu kulinari. Lagi dua sains sukan." Tunjuk Aliff ke arah Iman, Afiq dan Iqbal.

"Owhh, baguslah. Belajar rajin-rajin. Jangan nak beromen je nanti." Pemandu teksi tersengih.

"Haha, takdela." Balas Aliff.

Tiba-tiba hidung mereka berlima tercium sesuatu. Bau yang kurang enak. Masing-masing melihat ke arah satu sama lain.

"Woi, sape kentut ni?!" Tanya pemandu teksi ni.

"Tu la, tengik siot." Kata Afiq.

"Kau ke?" Tanya Iqbal ke arah Iman.

"Mana ada aku kentut."

"Lain kali nak kentut tu beragak la sikit. Busuk seyhh." Kata Aliff.

"Kau?" Tanya Iqbal ke arah Afiq pula.

"Ekelen, agak-agakla." Balas Afiq.

"Korang ni tak beragak kan.?" Kata pemandu teksi.

"Ntah-ntah pakcik yang kentut." Kata Iqbal.

"Pakcik ni kalau kentut jenis ngaku. Jangan risau." Balas pemandu teksi itu.

"Dah tu sape ni?" Tanya Iqbal.

"Dah la. Lupakan jela. Lagipun ni dah sampai dah ni. Sini boleh?" Kata pemandu teksi itu lagi.

"Bolehlah pakcik." Balas Aliff.

Pemandu teksi tersebut memberhenti teksinya di tepi sebuah hentian bas.

"Semuanya RM20 je. Ni bayar camne ni?" Kata pemandu teksi usai berhenti kereta.

"Asing-asing." Balas Aliff.

"Kalau camtu RM5 sorang la."

Masing-masing mengeluarkan duit daripada beg duit sendiri. Menghulurkan ke arah pemandu teksi tadi. Usai bayar, mereka berempat keluar dari teksi tersebut dan berjalan ke arah pusat membeli belah di hadapan mereka.

Tak sampai beberapa meter, pemandu teksi tadi membunyikan hon ke arah mereka. Mereka berempat memandang ke arah pemandu teksi tersebut. Lagaknya seperti memanggil-manggil kembali mereka berempat. Mereka pelik tetapi tetap berjalan kembali ke arah teksi tadi.

"Nak, ni yang kentut tadi tak bayar lagi ni." Kata pemandu teksi apabila mereka berempat berdiri di tepi tingkat yang diturunkan.

"Ehh, apa pulak. Saya dah bayar la." Kata seseorang.

"Owh, kau la yang kentut tu. Okaylah." Pemandu teksi tersebut menaikkan tingkapnya dan memandu teksinya menjauhi mereka berempat. Mencari pelanggan lain pula.

"Hehe, aku tak sengaja la tadi. Sorry." Kata Iqbal tersipu-sipu malu. Yang lain malas nak layan meninggalkan Iqbal sendirian.

NotaKaki : Cerita ni dicerita turun temurun sejak aku kecik lagi. Sorry kalau tak paham. Hehe.

Tuesday, January 6, 2015

338. Ayam Madu Bakar


"Ma, tengok abah makan tak henti-henti."

"Abah mu tu memang suka ratah-ratah ni." Balas Mama.

"Sedap kan ayam madu bakar ni?" Kata Alang.

"Memangla sedap." Jawab Arie.

"Sekarang ni tak peduli dah sedap ke tak sedap, yang tu takde orang nak habiskan ke?" Abah bersuara.

"Ermm, takde kot." Jawab Alang.

"Dah tu mai ke abah la." Kata Abah.

"Tapi, tapi, tapi. Ermmm, nanti boleh makan malam nanti." Kata Alang.

"Alah, malam nanti makan mende lain je." Balas Abah.

"Tapi memang beli tu nak buat makan malam ni abah." Sambung Alang perlahan.

Alang terpaksa menahan selera bagi membiarkan abahnya makan. Boleh jatuh derhaka jika alang tetap tidak ingin memberi abahnya meneruskan niat menghabiskan ayam madu bakar. Walaupun niat asalnya membeli ayam madu bakar tersebut bertujuan untuk makan ketika menonton filem Real Steel malam nanti bersama Arie.

"Hmm." Keluh Alang sendirian mengenangkan ayam madu bakarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...