Sunday, December 27, 2015

429. Teaser Of Disember Walaupun Dah Nak Habis.


Gua ada banyak benda nak tulis sebenarnya ni. Memandangkan gua sibuk, gua akan bagi teaser dulu apa yang gua akan tulis pada masa akan datang.


  1. Review Star Wars : The Force Awaken
  2. Kisah tentan gua ke Gunung Baling
  3. Kisah gua dan dia. *BIG SMILE*
  4. Kisah kesibukan gua.
  5. Pencapaian gua di 2015
Gua harap gua dapat tulis semuanya kat atas nanti.

Friday, December 11, 2015

428. Kura-kura Tidak Selaju Arnab.


Aku ajak makan, ko buat tak tahu.

Aku excited nak pergi kelas dengan ko, ko kata ko tak pergi kelas.

Aku excited nak makan dengan ko, ko tidur

Aku call ko nak tanya nak makan apa, ko tak angkat.

Aku call ko tanya kat mana, ko jawab endah tak endah.

Tiba-tiba ko yang merajuk?

Sekarang apa salah aku ek?

Maafla tak mampu nak puaskan hati ko. Nanti kalau ko rasa ko nak cerita kat aku, cerita jela, aku tunggu.

Takpa, aku dah biasa.

NotaKaki : Seminggu je tinggal.

Saturday, December 5, 2015

427. Confident Level.


1MRyD programme.

Tahu tak apa tu?

Program yang tidak disukai oleh pelajar dan pensyarah.

Tapi memandangkan aku ini sangat skema, aku tetap pergi walaupun aku tak suka.

Ianya berlangsung dua hari, satu sabtu minggu lepas dan satu lagi hari ini.

Tajuk hari ini adalah mengenai identiti dan autonomi. Tak paham pun apa maksud dia. Tapi layan jela sebab dah terpaksa kan?

Lagipun ini je masa aku satu kelas dengan dia. Dia namo sekelas dengan. Jeles katanya.

Jadinya apa yang ingin aku ceritakan di sini? Pada ketika ini?

Pada hujung-hujung kelas, aku dipanggil ke depan bersama dua rakan aku.

Tujuan?

Berlakon kononnya untuk ditemuduga. Untuk menjadi seorang peguam.

Lupa nak bagitau, kelas ini dijalankan dalam english walaupun pensyarah sendiri kadang kala ada menggunakan bahasa melayu.

Jadinya sesi temuduga pun dijalankan dalam english juga.

Aku diminta untuk memperkenal diri. Jadi aku bagitau nama, umur, sekolah di mana, keluarga dia mana dan sebagainya. Lepas aku, kawan aku pun turut kena.

Dan komen pensyarah?

Pedas tapi benar. Aku tiada confident walaupun dah ada pengalaman berkerja selama empat tahun.

Selain itu? Tiada pengetahuan.

Yup, tiada pengetahuan. Aku tak tahu nak kata camna.

Cuma saja nak kata, aku memang tak reti berlakon.

K bye.

NotaKaki: Dua minggu lagi.

Tuesday, November 3, 2015

Friday, October 30, 2015

425. Boleh Tak Nak Format Otak Sikit?


Sakit kepala.

Itu apa yang aku rasa sekarang. Dalam dua bulan ni banyak sangat yang aku pikirkan. Sampaikan aku rasa otak ni dah nak meletup. Apa yang lecturer ajar dalam kelas pun haram tak masuk.

Entahlah, aku tak tahu nak cerita camna.

Aku nak lari dari semua orang.

Aku dah penat. Aku perlukan rehat. Aku malas belajar, aku malas berfikir, aku malas.

Ataupun satu bilik kecik. Yang kedap bunyi, yang tertutup, yang tiada pintu, yang jauh dari orang.

Aku nak jerit sorang-sorang. Aku nak nangis sorang-sorang. Aku nak ketawa sorang-sorang. Aku nak senyum sorang-sorang. Semua aku nak buat sorang-sorang.

Mungkin dengan cara tu aku takkan kecewakan orang, aku takkan sedihkan orang, aku takkan marah orang, aku takkan gembirakan orang.

Mungkin. Siapa tahu kan?

NotaKaki : Lima ikatan.

Wednesday, October 28, 2015

424. Etika.


Etika.

Rakyat Malaysia masih banyak yang perlu belajar apa itu etika. Tapi sebelum tu apa maksud etika? Etika tu bermaksud korang tahu membezakan antara baik dan buruk, apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat.

Contoh?

Buang sampah keluar kereta, membuang sampah merata-rata, membuat bising ketika pensyarah sedang mengajar *Ye, aku selalu buat yang ni.* dan lain-lain lagi.

Dah kenapa aku nak bising pasal etika ni?

Aku bising sebab aku sangat-sangat pantang apabila office hour dah habis tapi majikan masih mencari pekerjanya membincangkan pasal kerja ataupun pensyarah/tutor mencari pelajarnya untuk menyuruh membuat sesuatu yang sepatutnya bukan tugas pelajarnya.

Okaylah, kalau nak jugak mintak tolong, bukan cari masa lewat malam. Habis lewat pun sebelum jam 10.00 malam. Itu limit paling teruk sepatutnya.

Sebab?

Pekerja ada kehidupannya sendiri, pelajar ada kehidupan sendiri. Majikan dan pensyarah/tutor tiada hak untuk kacau kehidupan mereka kecuali bersebab. Dan sebab inilah paling aku tak suka. Selalunya sebabnya adalah tak lain selain sebab peribadi.

Bodoh.

Itu perkataan paling sesuai untuk orang begini. Tak guna belajar tinggi-tinggi tapi tak reti nak menghormati kehidupan orang lain.

Office hour adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ataupun lari pun setengah jam sahaja, Selain dari itu, stop.

Manusia adalah manusia. Bukan robot yang boleh kau arah-arah tanpa henti.

Stupid ass.

Sorry terkasar bahasa. Teremo.

Sebab aku memang pantang. Harap kalau korang-korang ada yang camni, tolong ubah. Lagi-lagi tutor yang dari Kelantan yang ada kat Universiti kat Utara Semenanjung Malaysia yang sedang membuat PhD. Yup, engkau. Stop it.

Dah la. Aku jauh menyimpang dah ni.

NotaKaki : Serabut kepala.

Monday, October 26, 2015

423. Seketika.


Mati.

Satu perkataan yang kuat. Bila gua terdengat perkataan mati tu, pasti jantung gua bergetar. Gua tak boleh bayangkan kalau sesiapa dalam keluarga atau kenalan gua yang akan pergi dulu.

Semalam.

Gua ada gunakan perkataan tersebut. Tak sampai lima minit kemudian, rangkaian bisnes kereta sewa gua call. Dia kata ada budak nak cari kereta sewa nak hantar kawan dia kat Changlun. Urgent katanya.

Sebab?

Nenek kawan dia meninggal.

Tak sangka kan? Baru saja aku guna perkataan tu, ada yang berkaitan call. Banyak lagi perkara-perkara yang tidak disangka boleh berlaku.

Hargailah masa yang korang ada dengan keluarga atau rakan-rakan korang.

Chaloo..

NotaKaki : Sabar itu sebahagian daripada iman.

Wednesday, October 14, 2015

422. Thanks Google!


Google yang tak pernah kenal siapa aku pun boleh wish kat aku.  Yup, aku tahu benda ni dia set ja tapi tak kisah la. Ada yang aku tunggu dari malam tadi, senyap. Terima kasih sebab buat macam ni.

Ego takkan bawak ke mana pun. Sorry kali ni aku tak kan mengalah.

NotaKaki : Sakit tekak.

421. Selamat Hari Tua Orang Tua!


Yup, gua dah tua dah. Tapi kehidupan gua tak berapa meyakinkan lagi. Alhamdullilah tahun ni gua dah tak statik macam tahun sudah. 

Tahun ni gua dah sambung belajar. Yup, walaupun kalau dibandingkan kehidupan aku dan rakan-rakan sebaya dengan aku, aku agak ketinggalan. Ada yang dah kahwin, ada yang dah ada anak.

Gua? Nak ajak orang tunang pun kena tolak. Ini kan pula nak ajak kahwin dan mempunyai anak.

Takpela, tuhan tahu apa untuk hamba-hambanya. Siapa tahu rezeki aku di kemudian hari kan?

Tiada.

Selamat hari tua yang ke 27 untuk gua sendiri. Banyak lagi gua kena belajar.

NotaKaki : Tiada kata

Monday, October 5, 2015

419. Kenapa Saya Tak Tunjuk Saya Sokong Mana?

Ke main kan gua punya tajuk hari ni?

Di UUM sekarang sedang berlangsungnya Pilihan Raya Kampus (PRK) di mana pada siang tadi pernamaan calon sudah dilakukan.

Jadi ketika gua sedang menulis entry ini, ketika ini adalah masa berkempen. Gua perati rakan-rakan gua sudah ada yang mula menunjuk yang mana satu pilihan mereka.

Ada yang pernah tanya gua, gua sokong mana. Gua takkan jawab. Pada gua, cukup lah korang dengar aku bercakap dan ambillah dari kata-kata gua. Kemudian korang semua nilailah sendiri gua di pihak sebelah mana.

Baik kanan atau kiri.

Berbalik pada tajuk gua di atas, kenapa gua tak tunjuk gua sokong mana? Sebab gua tak sokong sebab parti. Maaf gua tak tahu istilah dalam kampus.

Gua akan sokong mana yang akan memberi kebaikan kepada diri gua sendiri, rakan-rakan gua, masyarakat dan negara.

Biarlah orang nak mengatakan gua ini lalang. Gua lebih sanggup dikatakan lalang daripada mengundi atas dasar gua kenal siapa calon itu, gua sokong parti itu atau apa-apa yang berkaitan

Pada gua, suasana mengundi sudah patut berubah yang mana kita bukan mengundi atas dasar parti tetapi apa calon tersebut boleh berikan. Calon yang mana boleh berikan yang terbaik. Itulah sepatutnya calon yang dipilih.

Cukuplah gua rasa kat sini saja, gua berhenti jela. Panjang-panjang pun, bukan gua tercalon. Gua cuma mengundi. Gua akan jalankan tanggungjawab gua supaya tiada sesiapa boleh pertikaikan gua ada hak atau tidak untuk mempertikai apa-apa yang dilakukan pihak-pihak tertentu jika terdapat kesalahan.

Kepada calon-calon baik dari Perubahan, Transformasi Mahasiswa, Hijrah dan Bebas. Aku doakan hanya yang terbaik yang akan menang. Dan kepada sesiapa yang menang, buat kerja yang terbaik. Bukan dah menang, korang lupa janji-janji korang.

NotaKaki : Tak terkejut.

Wednesday, September 30, 2015

418. Aku Sangat-sangat Bodoh.


Dia.

Aku dah jumpa yang terbaik tapi aku sia-siakan. Dia terlalu baik untuk aku. Sangat terlampau baik. Aku tak kan jumpa yang terbaik sepertinya lagi.

Kenapa aku buat jugak?

Bodohnya aku ni.

Kenapa aku ni bodoh?

Tuhan, aku berharap hukuman yang kau berikan kepada ku, dapat aku tanggung.

Dia. Aku sangat-sangat berharap dapat maafkan aku dan terima aku kembali.

Serious aku tak tahu camna nak teruskan hidup aku.

Aku betul-betul sayang dia.

Monday, September 21, 2015

417. Movie Review : Polis Evo





Pada mulanya bila aku tahu pasal filem ni, aku terus ada satu perasaan stigma apabila aku dapat tahu yang Zizan Razak akan berlakon dalam filem ini walaupun aku dapat tahu Shaheizy Zam jaga badan untuk kelihatan sangat tough di dalam filem ni. Aku buat tidak tahu pasal filem ini sampailah keluar trailer filem Polis Evo ni.


Hati kecil aku katakan filem ni ada potensi ni. Tapi aku masih ada stigma pada Zizan Razak. Ia mengatakan cukuplah aku melayan filem-filem dia.

Tapi aku mengalah untuk pergi tengok jugak cerita ni bila DIA ajak aku. Tu cerita lain. Haha

Masa mula-mula filem ni start, aku masih ada stigma. 10 minit filem ni main, aku terasa lain. Aku terasa ok, not bad. 20 minit,

WOW!.

30 minit? WOWWWWW!!

40? Fuyooo.

50 minit? Lama lagi ke filem ni? Woowwww. Tak rugi sangat duit. Haha

Tak silap filem ni selama 2 jam. Lama tu.

Apa yang boleh aku katakan pasal filem n? Pergilah tengok. Korang tak akan rasa rugi. Come on, ini antara filem-filem yang patut diberi sokongan supaya filem-filem sebegini semakin banyak dikeluarkan.

Pilihlah yang terbaik.

NotaKaki : Nasi lemak sedap jugak.

Friday, September 18, 2015

416. Lava Song From Disney Pixar


Maaf sebab banyak lagu je sekarang. Takde mood menulis.

NotaKaki : Go-kart!!

Friday, September 11, 2015

415. Music Video Hari Ini - With Me By Sum41



I don't want this moment to ever end,
Where everything's nothing without you.
I'd wait here forever just to, to see you smile,
'Cause it's true, I am nothing without you.

Through it all, I've made my mistakes.
I stumble and fall, but I mean these words.

I want you to know,
With everything I won't let this go.
These words are my heart and soul.
I'll hold on to this moment, you know,
As I bleed my heart out to show,
And I won't let go.

Thoughts read, unspoken, forever in vow,
And pieces of memories fall to the ground.
I know what I didn't have, so I won't let this go,
'Cause it's true, I am nothing without you.

All the streets, where I walked alone,
With nowhere to go, have come to an end.

I want you to know,
With everything I won't let this go.
These words are my heart and soul.
I'll hold on to this moment, you know,
As I bleed my heart out to show,
And I won't let go.

In front of your eyes, it falls from the skies,
When you don't know what you're looking to find.
In front of your eyes, it falls from the skies,
When you just never know what you will find.

I don't want this moment to ever end,
Where everything's nothing without you.

I want you to know,
With everything I won't let this go.
These words are my heart and soul.
I'll hold on to this moment, you know,
As I bleed my heart out to show,
And I won't let go.

I want you to know,
With everything I won't let this go.
These words are my heart and soul.
I'll hold on to this moment, you know,
As I bleed my heart out to show,
And I won't let go.

NotaKaki : Mana ye mau pergi?

414. Hala Tuju.


Satu hari di tahun 2015.

Bertempat di salah sebuah rumah di bandar Klang, Selangor.

"Nanti you nak pergi Serdang tu tau jalan dak?" Ayah Naha tanya Ayong.

"Errr, tak tahu tapi rasanya boleh sampai." Balas Ayong.

"Takpa-takpa. Camni, nanti you ikut ja LKSA lepas tu you follow KESAS ja. Lepas tu straight jala." Ayah Naha terangkan jalan kepada Ayong.

Ayong menganggukkan kepalanya. Tanda memahami apa yang diperkata oleh Ayah Naha.

"You faham kan? Senang ja." Tanya Ayah Naha.

"Faham-faham." Balas Ayong.

"Kalau camtu, takpala. Kalau apa-apa you call je, nanti Ayah Naha boleh tolong."

"Okay Ayah Naha."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang tau tak jalan nak pergi Serdang ni?" Isteri Ayong tanya.

"Tak." Balas Ayong pendek sambil mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya.

"La, dah tu? Nanti abang tak tanya Ayah Naha tadi?"

"Jap." Balas Ayong. Pendek lagi. Jari ayong bergerak di skrin telefon pintarnya. Melakukan sesuatu.

"Nah, pegang ni." Ayong menghulurkan telefon pintarnya ke arah isterinya.

GO STRAIGHT ABOUT 100 METERS.

Jerit GPS dengan suara perempuannya di telefon pintar Ayong.

NotaKaki : Rezeki.

413.Lagu Hari Ini - Hingga Akhir Nanti Oleh Alleycats


NotaKaki : Terima kasih!!!!!!

412. Jodoh


Tu dia, tajuk aku. Kemain.

Berapa ramai yang percaya yang jodoh telah ditetapkan oleh tuhan? Aku rasa ramai dan aku sendiri percaya yang jodoh memang telah ditetapkan oleh tuhan.

Ada jugak yang berkata ada jodoh tu ada lah. Malahan aku sendiri berkata demikian bila kawan-kawan dan ahli keluarga aku bertanya tentang jodoh aku.

Tapikan.

Berapa ramai yang percaya jodoh tu takkan datang tanpa ada usaha sendiri?

Pada aku, jodoh tu memang perlu ada usaha sendiri juga, bukan 100% meletakkan pada kuasa tuhan sahaja.

Kita sendiri boleh lihat berapa ramai yang bercerai pada masa kini.

Pernah tak guna akal dan fikiran yang dikurniakan tu untuk berfikir kenapa?

Hmmm. Aku tak tahu dah ke mana aku nak tuju dalam entry kali ni. Mengarut dah ni. Tak konsisten langsung. Dalam kepala lain, jari type lain.

Takkan nak guna alasan typo, jari gemok jugak?

NotaKaki : Bawak-bawaklah tidur. Esok ada customer menunggumu.

411. Cuci-cuci.

Yo wasap.

Lama menyepi. Biasala, baru nak start sem baru. Dah mula buat perangai. Cari pasal betul SBM ni. Nasib baik aku ni jenis penyabar ja. Err, okay. Dusta semuanya.

Tak tahu berapa ramai kawan-kawan aku yang tahu, aku jenis yang simpan dalam. Aku boleh ingat orang yang buat tahik kat aku bertahun-tahun lamanya. Ni sampai sekarang aku still boleh ingat budak yang tahik kat aku masa aku form1.

Yup, lama kan?

Jadinya, elakkan la ye membuat tahik ke aku. Memang tahik tu boleh dibasuh tetapi kena ingat, kesannya takkan hilang. Bau mungkin akan hilang tapi kesannya pun takkan hilang.

Hmmm, aku merepek lagi.

NotaKaki : Sardin dan telur.

Wednesday, September 2, 2015

410. Timur Ke Barat.


Esok insyallah kalau tiada aral melintang, aku akan bergerak ke Utara Semenanjung Malaysia. Seorang diri. Apa boleh buat, orang tu takut nak minta kebenaran. *Jangan marah ye*

Aku akan ke Penang dahulu. Tidur satu malam di rumah abang aku dan pada keesokkan harinya baru bergerak ke Sintok, the best town in the world. Yang ini harapnya memang akan berteman. *Tak sabar yooo*

Jadinya, apa yang aku nak sampaikan di sini? Saja nak bagitau, lepas ni mungkin akan kurang sikit aku update blog ni. Mungkin aku sibuk sikit. Nak aim dekan barangkali. *Amin ya rabba al-amin*

Oleh itu, mana-mana yang rasa akan merindui tulisan-tulisan aku. Harap bersabar. *Poyo*

NotaKaki : Harap nak lompat dua hari terus ja.

409. Ikan Di Laut, Asam Di Darat. Dalam Periuk, Bertemu Juga.


Pernah aku ceritakan yang mana dunia ini sebenarnya kecik atau besar.

Boleh refresh di sini.

Kali ini aku nak cerita lagi pasal ni. Bukan apa, aku rasa ianya terlalu menarik untuk tidak dikongsikan.

Alhamdullilah seperti yang aku pernah kongsi sebelum ni, adik aku selamat mendirikan rumah tangganya pada pertengahan bulan lepas.*Abang dia? Tunggu Cik Sabariah bagi greenlight ja*

Nak dijadikan cerita, isteri adik aku tu rupa-rupanya adalah anak saudara kepada kawan sepupu mama aku. Tu dia, kecik ja dunia kan? Ingatkan dah jauh-jauh camni takde pape hubungan.

Tuhan memang maha kaya.

Sepupu mama aku tu bekerja sebagai seorang guru. Pernah menetap di Sabah beberapa tahun sebelum berpindah ke Gombak yang mana tempat tinggal dia sekarang. Tak silap sepupu mama tu kenal ayah saudara isteri adik aku tu ketika di Gombak. Ataupun rakan sekelas. Aku pun tak ingat.

Cuma nak bagitau, kecik kan dunia ni?

Jap, korang ingat cerita aku dah habis kat sini jeke?

Belom lagi. Ada lagi.

Isteri adik aku tu duduk di salah sebuah taman perumahan di Melaka. Salah seorang jirannya yang agak baik sudah berpindah ke Kelantan. Nak dijadikan cerita lagi, dia pun ada kenal salah seorang kenalan keluarga aku di sini. Boleh berjumpa di kenduri menyambut menantu di rumah family aku.

Sememangnya tuhan itu sangat maha kaya.

NotaKaki : Kenapa orang Malaysia terikat sangat pada jenama?

408. Hanya NamaMu - Caliph Buskers



Menuju ke sinar yang sama. Insyallah.

NotaKaki : Gusar.

Monday, August 31, 2015

407. Apa Korang Kata?


Ada yang kata, kalau lah ada yang tu.

Ada yang kata, alhamdullilah ada.

Ada yang kata, syukur ada.

Ada yang kata, ekelen itu aja?

Ada yang kata, tak cukup ni.

Ada yang kata, kena tukar ni.

Ada yang kata, ini kesukaan kami.

Ada yang kata, kau ada aku kena ada.

Jadi, di mana kita berada?

NotaKaki :

406. Isn't SHe Lovely - Stevie Wonder


Kan?

NotaKaki : Cukuplah sampai di sini saja. Bawak-bawaklah diet sikit. Haha

405. Lawok. Kata dia.


NotaKaki : Kurang dah sikit debor. Harap tak debor dah lepas ni.

404. Malaysia! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke ....?




Tahniah Malaysia. Masih dapat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke ....?

Haha.

Apesal aku letak dot dot dot?

Sebab kalau ikutkan birthday Malaysia ialah pada 16 September bukannya 31 Ogos. Jadinya aku keliru di sini.

Jadinya kalau merdeka dan tertubuhnya Malaysia adalah pada tarikh yang berbeza? Begitu? Keliru kan?

Apa-apa pun.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!

NotaKaki : Hari tak selalunya cerah, hari juga tak selalunya mendung. Kadang kala panas terik, kadang kala ribut dan kadang kala hujan.

Sunday, August 30, 2015

403. Setahun Hanya Dua Kali Ianya Datang. Harap Ianya Adalah Yang Terakhir.

Bapak panjang tajuk

Ada tak ek perkhidmatan mendengar orang melepaskan makian?

Haha

Ataupun perkhidmatan mendengar orang melepaskan perasaan kecewa?

Haha

Kalau ada, aku memang memerlukan sangat-sangat perkhidmatan tu.

Tu pun entah boleh hilang ke tak nanti perasaan yang aku rasa sekarang ni.

NotaKaki : Masih menggigil dan tidak dapat tidur. Berpeluh juga. Migrain tu camne ek?

403. BERSIH4.0 - Apa Kata Aku?


Seriously aku betul-betul dah lama tak berbicara tentang ini dalam blog aku. Isu-isu berat.

Tak silap, pernah aku katakan aku tidak berapa minat untuk berkongsi tentang ini lagi tetapi sejak isu ini semakin bermaharajalela di ruang-ruang media sosial, ianya membuatkan aku ingin berkata-kata.

First of all, korang boleh check sini dulu untuk tahu apa yang aku pernah rasa tentang perhimpuan ini. Maaf, aku terasa ayat aku kelakar masa tu, dan agak kasar mungkin?

Ada sesetengah pendapat aku masih tak berubah. Pada aku, isu yang cuba diketengah oleh pihak terbabit bukanlah isu politik, ianya adalah isu negara yang mana harus dipandang serious oleh semua pihak.

Cumanya masalah di sini, hanya sebelah pihak sahaja yang menggunakan peluang ini sepenuhnya, sebelah pihak lagi masih tidak berubah. Sedaya upaya mengatakan perhimpunan ini haram, perhimpunan ini menyusahkan, perhimpunan ini tidak akan mendatangkan hasil, perhimpunan ini merugikan dan pelbagai lagi yang tidak sedap didengari oleh telinga dan dibaca oleh mata kita.

Pada aku, hentilah mengampu orang di atas itu. Biarlah dia berundur secara hormat. Janganlah sehingga negara kita betul-betul tidak dapat diselamatkan sehingga menjadi seperti negara-negara lain.

Sila buka mata anda dan ketahuilah pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang meniupnya. Jap, ada orang sengaja goyangkan pokok? Jadi siasat dengan betul dan telus, benarkah ada orang yang menggoyangkan pokok tu? Apa tujuan asal dia goyang pokok tersebut? Bukan dengan hanya menafi secara membabi buta sahaja.

Satu lagi, berhentilah menipu rakyat. Hanya orang yang kurang menggunakan akal fikiran sahaja yang akan mengatakan semakin ramai orang semakin rugi bisnes kamu. Belajar ke tak sebelum keluar statement tu? Cukuplah.

Kalau tanya aku, sokong ke tak dengan perhimpunan?

Secara jujur dan telus, tak. Sebab? Aku tak nampak motif utama yang solid kenapa. Dan aku tetap percaya cara terbaik untuk menurunkan kerajaan adalah ketika PILIHAN RAYA UMUM.

TETAPI aku takkan menghalang mereka-mereka yang ingin meminta satu perubahan yang telus dari akar umbi bagi kebaikan masa hadapan

Dan juga, Tun Dr Mahathir turut menyuarakan sokongan terhadap perhimpuan Bersih4.0 ini. Pelik kan? Sebelum-sebelum ini, dia lah salah seorang yang sangat-sangat tidak menyokong. Jadi kenapa kali ini dia menyokong? Salah satunya negara kita memang sudah tenat.

Sedarlah. Bangun dari tidur.

NotaKaki : 3 jam je boleh tidur.

402. Aku Ingin Kongsi Nasi Lemak Dengan Engkau.


Terasa ingin buat second blog yang mana mau dirahsiakan segala isi dalam tu.

Terasa seperti perlu ruang untuk tidak berkongsi dengan sesiapa.

Kat situ mungkin aku akan bebas sedikit.

Jika kecewa, tiada yang tahu.

Jika gembira pun tiada yang tahu.

Jika menangis pun tiada yang tahu.

Jika marah, tiada yang tahu.

Jika riang pun tiada yang tahu.

Jika sakit, tiada yang tahu.

Jap, ada tak yang ambil tahu? Kadangkala seperti ada, kadangkala seperti tiada. Chipsmore ke? Kejap ada kejap tiada.

Haha.

NotaKaki : Esok mungkin lewat lagi dia balas. Harapnya tidak.

401. Apa Kerja Yang Ada?


Takpe, akan aku ingat kata-kata kau kawan.

Aku takkan buat.

Dua kali.

Aku kuat. Insyallah.

Dia lupa aku pun takpe asalkan dia gembira.

Aku terseksa pun takpe asalkan dia gembira.

Aku akan cuba buat-buat sibuk walaupun takde kerja supaya aku tak terlalu memikirkan pasal tu.

Aku akan cuba fikir yang baik-baik. Insyallah tuhan akan jaga dia dari segalanya baik dan buruk.

Amin.

Untuk mintak kau tidak bergambar sebegitu pun aku tak tau nak halang. Cuma aku mintak, tolong jangan letak gambar ada camtu..

Aku tak kuat untuk tu. Maaf.

NotaKaki : Ya, aku menggigil. Dua kali gigil.

Tambahan

Tak boleh tidur. Menggigil. Berpeluh.

Friday, August 28, 2015

400. Terima Kasih Tak Terhingga.


Alhamdullilah dah masuk entry ke 400. Entry ni aku tujukan kepada Tokayah dan nenek aku.

Aku berharap semoga aku mendapat jodoh seperti mereka.

Walaupun mama aku dah berumur 55 tahun yang mana petunjuk kepada sekurang-kurangnya jodoh mereka dah 55 tahun, mereka masih bersama.

Susah senang bersama. Tipulah tak pernah bergaduh dan bermasam muka, itulah asam garam sebuah perkahwinan.

Ya Allah, mungkin aku ada lalai. Tak. Bukan mungkin. Memang aku lalai selama ini. Tetapi aku memohon pada mu agar jodoh aku nanti sekuat mereka. Dalam masa yang sama, ingatkan aku untuk saling mengingati agar tidak melupakan mu.

Semoga aku mampu. Dan juga maafkan aku selama ini. Memang dosa-dosa aku ada yang tak layak dimaafkan tapi aku tau kau maha pengampun lagi maha  mengasihi.

Amin.

NotaKaki : Aku berserah. Lapaq!

Thursday, August 27, 2015

399. Teaser Kisah Cinta #2


Aku hanya mampu berharap dan berdoa agar satu hari nanti hanya aku sahaja lelaki yang kau ingin bergambar.

Maaf kerana tamak.

Maaf.

NotaKaki : Terima kasih kawan.

398. Hati Ayam Tak Elok Dimakan Selalu.


Bagitau je. Kalau terluka pun mungkin sekejap ja.

Takpe kot. Kau tak payah la fikirkan pasal perasaan aku.

Mungkin aku boleh tahan. Mungkin.

Kalau tak boleh pun, takpe. Fikir jela perasaan kau.

Aku harap dapat jaga kau sampai mati. Kalau aku terseksa pun takpe kot. Kot.

Jangan risau, insyallah aku tak balas. Tu janji aku dengan tuhan.

NotaKaki : Terima kasih tuhan kau sempurnakan diri ini.

397. Pesan Nabi


Nabi pernah berpesan,

Kalau marah jangan bercakap.

Kalau marah ketika berdiri, duduk.

Kalau marah ketika duduk, baring.

Kalau marah ketika baring, bangun dan ambil wudhuk, kemudian solat sunat.

Insyallah kurang kemarahan.

Tapi,

Kenapa aku susah sangat nak ikut?

Ya Allah, bantu umatmu yang kerdil ini. Aku memohon kepadamu.

NotaKaki : Aku takkan buat.

Wednesday, August 26, 2015

396. Keliru.


Kau kata kau dah besar,
Tapi,
Kadang kala lagak gaya seperti budak kecik.

Kau kata kau seperti budak kecik,
Tapi,
Kadang kala lagak gaya seperti orang dah besar.

Aku keliru.

Yang mana satu engkau yang sebenar?
Yang besar atau yang kecik?

NotaKaki : Aku sang pengcinta.

Tuesday, August 25, 2015

395. Semuanya Dah Disusun Cantik Olehnya.


Kata orang, kalau dah takde rezeki tu, buatlah macam mana pun, tetap takkan dapat. Korang semua setuju tak? Setuju? Tak setuju? Terpulanglah.

Aku?

Sebelum ni, tak pernah kot terfikir pasal ni. Aku just ikut ja flow yang telah ditentukan atau ditetapkan oleh keadaan sekeliling aku. Yup, walaupun dah almost 27, aku masih camtu. Pretty bad when it's come like that. *Okay, stop english start malay. Dah-dah, berhenti.*

Cumanya, baru-baru ni, aku telah membuat satu keputusan yang agak besar dalam hidup aku yang mana mungkin memakan masa untuk menghabiskannya. Ya, mungkin untuk aku agak besar, untuk lain agak kecil. Kehidupan masing-masing.

Ini adalah cara untuk aku memulakan hidup aku kembali selepas beberapa kali jatuh tersungkur. Kalau dikira, lebih kurang tiga kali aku jatuh tersungkur. Aku tak boleh putus asa, harap ini adalah kali terakhir.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang aku merepek ni kan? Camni jela, apa yang aku boleh kata ke korang, nasi lemak takkan sedap jika tiada yang membuatnya. Okay, aku dah merepek di sini.

Aku bagi teaser dah la, SV dan PLUS.

Ada baik dan buruknya jugakla. Aku redha.

NotaKaki : Rupa-rupanya maksud sebenar TEASER dalam bahasa melayu ialah PENGGODA. Baru aku tahu.

394. Panas Terik Di Siang Hari.


"Mana pulak dorang ni?" Tanya aku sendirian. Menunggu dia dan rakan-rakannya sampai. Katanya hampirnya sampai. Dah hampir setengah jam aku menunggu di V-mall. Mati kutu. Aku mengeluarkan telefon pintar, mungkin dia ada menghantar chat yang aku tidak baca.

Tiada.

"Lama lagi ke dorang ni? Tanya aku lagi. Sendirian lagi. Bukan apa, aku malas berdiri di hadapan gerai kek ni. Takut tak boleh tahan. Terliur. Nampak menyelerakan.

"Baik aku pusing jap." Aku buat keputusan. Bergerak ke arah kedai buku yang terbesar di V-mall. Membelek-belek buku. Sebuah demi sebuah.

Te ne ne nung te teng nu neng na. Telefon pintar aku berbunyi.

"Dia ke?" Kata aku. Aku tersenyum bila melihat wajah dan nama dia terpampang di permukaan telefon pintar.

"Hello?" Aku jawab.

"Hello, ni orang dah nak sampai dah ni. Mu kat ne?" Dia kata.

"Kat V-mall." Aku balas.

"Owh, okay-okay. Ni kereta ada masalah sikit ni." Dia kata lagi.

"Masalah pe?" Aku tanya.

"Nanti mu tengok-tengokla." Dia kata lagi.

"Owh, okay. Orang tunggu kat depan V-mall. Kat parking." Tup dia letak.

Ya, dia memang suka letak macam tu ja. Rasa nak cubit-cubit ja pipi dia bila dia buat macam tu. Aku terus menunggu dan menunggu.

"Hmm, mana ni? Kata nak sampai dah." Aku merengek. Lama sangat dah ni. Aku risau.

Tup-tup aku nampak ada sebuah kereta Perodua Viva dari jauh menuruni bukit. Tersangkut-sangkut. Aku pelik.

"Dah kenapa pulak tu?" Tanya aku sendirian lagi.

 Perlahan-lahan dan tersangkut-sangkut kereta tersebut menghampiri aku dan berhenti di ruang parkir yang kosong.

"Hah nape ni?" Tanya aku kepada dia.

"Entohla. Ce mu tengok-tengok." Dia kata. Kawan-kawannya senyap. Malu barangkali.

"Kereta berasap ke? Panas? Temperature? Okay?" Tanya aku. Lagak tahu apa yang ditanya. Padahal satu apa pun tak tahu.

"Tak pun, temperature pun okay je." Jawab salah seorang kawan dia.

"Ce try start engine keta tu. Nak tengok." Aku buat pandai. Depan dia, mana boleh kata tak tahu. Jatuh saham.

Kawan dia yang memandu tadi memulas kunci, Beberapa kali. Gagal.

"Hmm, tadi isi minyak tak?" Tanya aku.

"Isi." Dia jawab pendek.

"Berapa?" Tanya aku. Pendek.

"Hmmm, 10. Mula-mula 5 pastu 5." Jawab dia lagi.

"Gi mana je tadi? Changlun kan?"

"Gi mana je. Changlun, pastu sekolah. Tu jela."

"Rasanya minyak takde ni." Aku buat pandai lagi.

"Takkanla. Sebab memang dok tersangkut-sangkut dari balik Changlun lagi."

"Hmm, dah tu. Takde sebab lain dah ni." Balas aku, Cubaan buat pandai sekali lagi.

"Ce kau try call abang keta sewa ni." Dia menyuruh salah seorang kawannya.

"Aku takde kredit."

"Yela-yela. Meh nombor abang tu." Dia minta nombor abang tu dan menghubungi abang kereta sewa tersebut. Aku lihat dan mendengar sahaja.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta menghampiri aku, dia dan rakan-rakan dia. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut.

"Haa, apa cerita ni?" Tanya lelaki itu.

"Entahla. Tanya dorang, saya tak tahu apa-apa." Aku mengelak.

"Ni, kereta ni semput-semput, sangkut-sangkut. Rosak ke apa ni?" Dia balas.

"Tadi isi minya tak? Gi mana je tadi?" Lelaki tu tanya apa yang aku dah tanya.

"Isi, gi Changlun ja. Isi 15 inggit." Dia jawab.

Aku tersenyum.

"Owh, yeke?" Lelaki itu cuba melakukan apa yang aku lakukan tadi.

"Yela bang. Kereta ni rosak ke apa ni." Dia balas lagi.

"Jap, saya try isi minyak. Rasa minyak takde ni."

"Ish, sama jela. Kitorang dah isi minyak dah tadi." Kawan dia pula yang balas.

"Takpela, saya try je." Lelaki tu mengisi minyak yang dibawa di dalam botol ke dalam tangki minyak kereta yang disewa oleh dia dan rakan-rakan dia.

"Yela-yela."

Aku hanya tersenyum. Melihat mata dia.

Lelaki tersebut memulas kunci kereta tersebut beberapa kali.

Vromm, vrooom, vroommm. Enjin kereta berbunyi. Senyuman aku bertambah lebar dan memandang ke arah dia. Dia membuat isyarat tanda diam ke arah aku. Aku menahan gelak. Tetapi dalam hati gelak berdekah-dekah tanpa henti.


HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!


NotaKaki : Apesal aku dok gian minum kopi sejuk ni?

Monday, August 24, 2015

393. Teaser Kisah Cinta


NotaKaki : Seminggu ke dua minggu?

392. Sehati Sejiwa.


Buku. Siapa kat sini yang suka baca buku, sila tarik bulu hidung. Okay, maafkan saya. Rasa tak kelakar pulak, tak sama masa saya berfikir untuk menulis.

Cuba korang semua cari sepuluh secara rawak dan tanya pada mereka, suka membaca buku tak? pada mereka. Catat jawapan mereka, jika tidak biarkan. Jika ya, tanya soalan seterusnya, buka apa? pada mereka.

Saya berani katakan tidak ramai yang akan memberi jawapan buku sejarah, lebih-lebih berkaitan sejarah negara kita sendiri yakni negara Malaysia.

Bila saya perhatikan di kedai-kedai buku pun, kalau ada buku-buku sejarah yang laku pun terdiri dari sejarahwan islam yang tiada kaitan dengan negara Malaysia. Ya, ianya ada kaitan dengan agama kebanyakkan rakyat Malaysia.

Saya jadi tertanya-tanya, mahukan rakyat menyintai negara tetapi kurangnya buku-buku sejarah berkaitan negara Malaysia.

Jap-jap, apa saya mengarut ni? Apa kaitan dengan gambar yang saya selitkan ni? Saya kurang pasti.

Tapi apa yang pasti, jika ada usaha-usaha menerbitkan buku-buku tersebut. Harganya terlalu mahal. Ya, saya faham ianya memerlukan modal. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan cetakan bewarna.

Tapi, pada saya, tidak perlu pun cetakan bewarna dan bersaiz besar gabak pun. Hitam putih dan bersaiz A5 pun sudah memadai.

Cukuplah takat ni aku serious, lepas-lepas ni balik ke asal pula. Sweetness overload. K bye.



NotaKaki : Nasi kerabu golok dengan nasik kerabu kelantan lain tau.

Sunday, August 23, 2015

391. Satu Tambah Satu Sama Dengan Dua.


Tokayah aku sedang sakit. Lama. Dari awal tahun lagi.

Aku sedih.

Aku masih perlukan penunjuk jalan. Masih banyak aku perlu belajar.

Tapi tuhan lebih tahu mana bagus untuk umatnya.

Aku memohon padamu tuhan.

Berikan yang terbaik untuk tokayah, untuk keluarga aku, untuk rakan-rakan aku, untuk dia dan untuk aku.

Apa yang kau rancang adalah yang terbaik untuk umatmu. Aku banyak melakukan salah dan silap, harap kau tidak berhenti menunjuk cahaya ke dalam jalan aku.

NotaKaki : Tiada nota.

390. Aku Tidak Sempurna.


Tiada manusia yang sempurna, yang ada hanyalah manusia yang sedar kekurangan diri dan ingin cuba membaiki dirinya tanpa berselindung di sebalik kekurangannya.

Ataupun

Manusia yang terus-menerus melakukan kesilapan tersebut walaupun tahu dirinya sedang melakukan kesilapan tersebut da melarikan diri dari mencuba untuk memperbaiki masalah tersebut.

Pilihla yang mana terbaik untuk diri sendiri. Tuhan tidak pernah menghalangnya.

Saling tegur menegur antara satu sama lain.

Kerana manusia tidak pernah sempurna.

NotaKaki : 2weeks to go. Sabarlah hati.

Wednesday, August 19, 2015

389. Buat Silap Lagi.


Di sini saya ingin mengutarakan permintaan maaf saya.

Saya berjanji akan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan itu lagi.

Ianya adalah kesilapan kecil sahaja.

Apa yang terjadi memang salah saya sendiri 95% dan dimana lagi 5% adalah kesilapan awak sendiri.

Kenapa saya berkata begitu? Sebab masa gayut sokmo-sokmo awak panggil saya sayang.

Eh. Ok. Saya silap 100%. Tak boleh salahkan orang lain.

Saya minta maaf ye awak.

NotaKaki : Lapar la pulak malam-malam gini. Nyesal makan biskut ja.

Monday, August 17, 2015

388. Tahniah


Pengantin tu adik aku dengan bini dia yakni adik ipar.

Tahniah. Saja spam muka aku sikit.

NotaKaki : Kuatkan hati ini.

387. Punya Engkau.


Bila aku punya engkau,
aku tidak perlu yang lain.

Bila aku punya engkau,
masa aku hanya untuk engkau,

Bila aku punya engkau,
Jiwa ini terarah ke engkau.

Bila aku punya engkau,
Aku berhenti mencari.

NotaKaki : Tiada.

Monday, August 3, 2015

386. Andai Aku Pergi Dulu


Dah kenapa tajuk camtu?

Saja.

Rasa nak tulis warkah je. Kalau-kalau aku pergi dulu sebelum korang.

Yela, ajal dan maut ni bukan kita yang tentukan. Semua dah tertulis oleh yang lebih berkuasa dari kita. Sampai masa kita kat dunia ni, kita akan pergi jugak.

Tak kira usia. Tua ke muda ataupun yang baru lahir, kita takkan dapat lari dari ajal yang telah tertulis.

Cuma apa yang kita boleh buat?

Cukupkan ilmu kita supaya ketika sampai masanya nanti kita akan redha dan bukannya menyesal.

Hargai orang sekeliling kita. Jika kita ada keluarga, tegurla sapa. Yup, nasihat untuk diri sendiri. Jika kita ada kawan, tegurlah. Jika kita suami, tegurlah. Jika kita ada isteri, tegurlah. Jika kita ada anak, tegurlah.

Kerana apa?

Kerana seperti yang aku tulis di atas, kita tidak tahu bila kita akan pergi tinggalkan dunia ini.

Ramai yang kata tak suka berkata tentang kematian. Ini yang bahaya. Kenapa? Ianya akan menyebabkan kita alpa dengan keduniaan semata-mata. Mencari rezeki siang dan malam tanpa henti.

Katanya bukan untuk sesiapa tetapi untuk ahli keluarganya juga. Ataupun untuk membantu ahli keluarganya. Tidak ingin menyusahkan ahli keluarganya.

Pernah terfikir kenapa sampai begitu sekali kita mencari rezeki? Kerana telah dikaburi dengan keduniaan. Ehh cantiklah, ehh lawalah, ehh style gila, ehh aku kena ada jugak ni, ehh dia ada kenapa aku takde.

Sedangkan sebahagian darinya bukanlah keperluan, ianya adalah lebih kepada kemahuan semata-mata.

Selain dari mencari rezeki, mencari hiburan tanpa henti sehingga menyisihkan diri dari keluarga sendiri. Lepak tanpa henti siang dan malam, release tension katanya. Naik gunung, release tension katanya. Bersukan tanpa henti, release tension katanya.

Bukanlah tidak boleh langsung buat perkara-perkara di atas, tetapi berpada-padalah.

Kalau korang baca warkah aku ini untuk kali kedua atau ketiga, mungkin ianya dah terlambat untuk aku. Tapi untuk korang belum terlambat.

Andai ditakdirkan aku pergi dulu, pejamkan mata. Doakan aku dan jangan berhenti ingat aku.

Sekian sahaja dari aku.

NotaKaki : Sebulan, harap bila aku buka mata tamatlah engkau.

Friday, July 17, 2015

385. Selamat Hari Raya Tahun 2015


Di sini saya mewakili diri saya dan bakal isteri saya dan anak-anak saya, turut serta keluarga saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada pembaca blog ini.

Err ada ke? Lantak. Yang penting aku wish.

Semoga syawal ini sama seperti-seperti yang lepas jika baik, yang buruk kita tinggal-tinggalkan. Haha

NotaKaki : Manis sampai potong kaki!

Sunday, July 12, 2015

Wednesday, July 8, 2015

383. Beritahu


Beritahu,
Lelaki ini bodoh,
Beritahu,
Lelaki sangat bodoh,
Beritahu,
Jangan pendam,
Beritahu.

NotaKaki : Tak makan satu hari boleh? Tengok boleh tahan ke tak. Haha

Monday, July 6, 2015

382. Dialog Seisi Keluarga Ketika Berbuka Bersama Di Rumah Abah Dan Mama


"Banyaknya makan?" Kak Long kata kepada Ayong.

"Mana ada banyak."

"Tu banyak, kata diet." Kata Kak Long lagi.

"Alaa, kat sini ja. Nanti kat Penang makan sikit balik." Jawab Ayong. Sini yang dimaksudkan oleh Ayong adalah rumah Abah dan Mama.

"Eleh, yela tu." Kak Long mencebik muka.

"Lagipun dalam diet ada cheat day. So kalau balik sini kenalah cheat."

"Haha, sebab tu Alang pun kat taknak balik." Mama menyampuk.

"Alaa, Alang tu taknak balik sebab ada bunga kat sana." Balas Ayong.

Alang tersenyum malu. Yang lain hanya memerhati tanpa berkata apa-apa. Abah seperti biasa diam.

"Owh, ada bunga kat sana." Kata Achik yang kebetulan duduk di sebelah Alang.

"Ehh, mestila ada." Jawab Mama.

Alang tunduk malu. Pipinya kemerahan. Sangat malu.

"Tunggu bunga habis exam baru nak balik." Tambah Mama.

"Mama, kalau boleh jangan lebih-lebih ye." Kata Alang memecah kesepian. Bertegas kononnya walaupun secara hakikatnya Alang memang ingin menunggu bunganya habis exam.

NotaKaki : Kalau ditanya, jangan dirahsia-rahsia ya.

Sunday, July 5, 2015

381. Pinggan Yang Pecah Tak Boleh Digunakan lagi.


Siang tadi kecoh dekat media sosial yang ada satu syarikat yang menggunakan seekor babi yang berpakaian baju melayu dan mengucapkan selamat hari raya.

Apa yang menyebabkan kecoh?

Kecohnya adalah kerana babi dan baju melayu dan ucapan selamat hari raya. Yes, tanpa periksa, pihat tersebut melontarkan tuduhan.

Jap. Korang tak nampak lagi apa pointnya kat sini?

Sebenarnya kecohnya kat sini adalah disebabkan sebenarnya binatang tersebut bukanlah seekor babi tetapi adalah seekor beruang. Yang mana beruang tersebut adalah maskot bagi syarikat tersebut.

Jadinya apa yang aku nak sampaikan kat sini, siasatlah dulu sebelum nak buat tuduhan melulu.

Cumanya, pihak syarikat tersebut sepatutnya tengok betul-betul. Sebenarnya kalau perhati seimbas lalu, sesiapa pun boleh tersilap. Lagi-lagi orang-orang tertentu.

Tak paham? Lupakan.

Maaf tajuk macam takde kaitan. Muahahaha

NotaKaki : Jeles woi!

380. Music Video - Knock Knock by Brunettes Shoot Blondes


NotaKaki : Takut. Seorang. Malam. Sunyi.

Saturday, July 4, 2015

379. Tunggul.

Aku dah kata maaf
Aku dah kata maaf sekali lagi
Aku dah kata maaf berulang kali
Aku tak tahu apa lagi
Aku rasa aku tak salah
Aku biarkan masa berlalu
Aku hanyut menunggu

Apa aku ini hanya tunggul?

Wednesday, July 1, 2015

378. Kenapa Aku Kurang Gemar Ke Bazaar Ramadhan?


Malam ni malam ke 13 terawih tak silap aku. Aku tak kira mana, malas. Kalau betullah 13 malam dah terawih, saja nak bagitau kat korang yang aku hanya sempat ke bazaar ramadhan hanya sekali. Iye, ulang sekali lagi. Sekali.

Menakjubkan tak? Tak? Lantak korang. Pada aku ianya amat menakjubkan.

Kenapa? Sebab kalau korang pergi ke bazaar ramadhan korang akan nampak bertapa ramainya umat manusia di situ. Fuhhh..

Berbalik kepada soalan utama aku, kenapa aku kurang gemar ke bazaar ramadhan? Ada beberapa sebab.

Pertamanya, sebab aku malas. Serius weh, malas aku nak berhimpit-himpit dalam kawasan yang penuh sesak tu. Tu belum lagi yang badan berbau. Wangi ke busuk ke semua ada. Cukup pakej. Pulak tu, dengan jem yang amat kat kawasan-kawasan bazaar ni. Malas woi nak layan semua ni.

Keduanya, aku rasa takde yang sedap. Okay, tipulah takde yang sedap. Maksud aku, contoh ada 10 gerai, mungkin 1 atau 2 sahaja yang sedap. Yang lain? Tangkap muat. Jual tak ikhlas. Malahan ada yang dah basi. Tapi nak salahkan penjual pun tak boleh sebab penjual tu sendiri berpuasa.

Ketiganya, sebab aku rasa membazir. Perut ketika lapar dan melihat makanan depan mata, semuanya akan rasa nak. Jadi untuk elak semua ini, baik aku tak payah pergi kan?

Keempatnya adalah untuk menjimatkan duit. Kenapa aku kata gini? Sebab aku rasa kalau masak memang akan jauh lebih jimat dari mengeluarkan duit di bazaar. Dengan risiko-risiko seperti dia atas. Baik aku masak.

Kelima dan mungkin yang terbesar pada aku adalah untuk makan masakan mama aku lah. Mama aku masak sedap.

k bye.

NotaKaki : Mahu beli ke idok ni?

Sunday, June 21, 2015

377. Manusia Pernah Bersyukur?


Masa aku kat Sintok, aku merungut sejuk-sejuk. Sekarang aku kat Kota Bharu, aku merungut panas-panas.

Masa musim panas, aku merungut minta hujan. Masa musim hujan, aku merungut minta panas.

Masa lapar, nak makan. Masa kenyang, menyesal makan banyak.

Masa belajar, nak kerja. Masa kerja, nak belajar.

Masa bujang, nak kahwin. Masa kahwin, nak anak kot. *tak kahwin lagi, takde pengalaman.*

Hakikatnya, manusia ini tidak pernah bersyukur dengan apa yang dah dapat. Mama selalu pesan ke aku, kalau kita dapat 4 daripada 10 yang kita hajat, kita ini dikatakan beruntung dalam dunia ini.

Berapa ramai lagi dalam dunia yang tak pernah dapat apa-apa walaupun apa yang mereka hajat hanyalah 1 perkara sahaja.

Jadi, bersyukurlah. Nasihat ini juga untuk diri sendiri yang sentiasa tahu merungut sahaja.

NotaKaki : Air asam boi di bulan ramadhan. Hmmm, sedap.

Thursday, June 18, 2015

376. Permulaan

"Awak, jom couple." Aku tanya dia lagi. Dia mamai. Penat barangkali. Satu malam tidak tidur.

"Tanya camtu je ke?" Tanya dia. Sama seperti dulu.

"Dah tu?"

"Alaa, nak sweet-sweet sikit." Balas dia.

"Awak, saya ni tak pandai nyanyi, dah berumur, tua, tak pandai mana dan sudi tak awak jadi couple saya? Err couple dalam bahasa melayu apa ek?" Kata aku. Dia tersenyum

"Alaa, camne ek nak jawab?" Dia tanya. Manja. Aku senyum.

"Kena jawab sweet-sweet jugak ke?" Dia tanya lagi.

"Haha, mestila." Jawab aku pendek.

"Alaa, tak retila." Jawab dia dengan nada manja lagi.

"Awak tak biasa ek?" Aku tanya dia.

"Tak." Dia gelengkan kepalanya.

"Haha, awak ingat saya biasa?"

"Alaaa, hmmmm. Camne ek?"

"Terpulangla." Aku jawab pendek. Sekali lagi.

"Okay-okay. Cuba tanya balik." Kata dia.

"Okay. Awak...."

"Jap." Dia potong kata-kata aku. Aku pelik.

"Kenapa?"

"Takyah sweet-sweetla awak. Tak reti. Hahaha." Jelas dia.

"Ek?"

"Ye awak." Balas dia pendek.

"Nak couple dengan saya tak?"

"Yes I do." Dia jawab. Aku terdiam. Aku senyum. Panjang.

Aku tak mempeduli apa yang jadi seterusnya. Aku gembira!!!

NotaKaki : Lama pulak rasa tak main game ni.

Tuesday, June 16, 2015

375. 16.06.2015


Semalam tamat final untuk semester pertama aku. Hanya mampu berdoa. Sedang berkira-kira balik pada hari esok atau lusa. Boleh try terawih satu hari di sini. Bila lagi kan?

Dan juga. Harap hubungan kali ini berkekalan sehingga hingga mati. Amin

NotaKaki : Baju tak basuh lagi woi!

Tuesday, June 9, 2015

374. Profile.


From now on, i will use my own identity instead of my nickname that i have been using since after school. THis is because i want to move on. Haha

Ayat english macam sial. Nak masuk kelas ECOM camna ni woi??! Matilah aku.

NotaKaki : Semakin hari semakin dekat dengan mati.

Tuesday, June 2, 2015

373. Selamat Hari Keluar Perut Mak!


Semalam hari jadi kau, tapi aku tak wish pun. Ye, agak ego sikit. Tapi takpelah, better macam tu. Masing-masing dah ada kehidupan masing-masing kan?

Aku wish kat sini cukuplah, kalau kau baca lagi blog aku ni, kau dapatlah wish kau ni. Kalau tak, biarlah wish aku ni terawang-awang di internet. Ok, ayat ntah apa-apa.

Selamat Hari Jadi yang ke 27. Haha, dah tua. Maaf untuk segalanya.

Ok bye

NotaKaki : Kita dapat 4 daripada 10 yang dihajati pun sudah mencukupi dan sudah dikira untung berbanding rakan-rakan kita yang hidup dalam kesusahan. Pada mereka, 1 pun belum tentu dapat. Bersyukurlah.

Monday, June 1, 2015

372. Perlu ke tak?


"Hmmm, perlu ke ek couple-couple ni?" Aku tanya dia.

"Tu la, tak perlu kot." Dia jawab.

"Kalau kita kawan je sampai kahwin?" Aku tanya dia lagi.

"Kan?"Dia tak jawab.

"U setuju?" Aku tanya.

"I okay je. I suka gak camtu." Dia jawab.

"Tapikan, kalau camtu. Kita terikat tak sayang?"

"Hmmm, tak kot?" Dia angkat sebelah kening.

"Tak ke?" Aku tanya.

"Tak-tak." Dengan yakin, dia jawab.

Aku senyap. Termenung. Membawa kereta. Membiarkan dia memandang aku.

Friday, May 29, 2015

371. Tiada Lagi Harapan.


"Awak, awak rasa saya bagi harapan ke ek?" Dia tanya aku.

"Harapan? Harapan apa?" Aku tanya dia balik.

"Yela, harapan." Dia angguk.

"Saya tak faham la." Aku jawab.

"Hmmm, awak rasa awak dengan saya ni boleh pergi jauh tak?" Dia tanya soalan lain.

"La, boleh je kalau kita isi minyak banyak." Aku jawab. Konon tidak faham. Sengaja ingin soalan yang lebih jelas.

"Alaa, saya tak reti la tanya." Dia mencebik.

"Dah tu?"

"Awak rasa cukup ke tempoh kita kenal ni?" Dia tanya lagi. Dengan soalan yang lain.

"Awak tak nak saya ek?" Aku tanya balik. Dia tergamam,

"Ermm. Bukanla."

"Dah tu? Cuba awak explain betul-betul. Saya tak faham ni." Aku minta penjelasan.

"Dah la, malas dah. Jom pi makan. Kedai mana ni? Yang tu ke?" Dia melarikan diri.

"Awak nak tak couple dengan saya?" Aku tanya dia. Mata dia terbeliak. Tersenyum.

"Ermm, camtu je?" Dia tanya.

"Yela, camtu je." Aku jawab.

"Tak naklah kalau camtu je."  Dia membalas. Walaupun senyuman masih terukir di bibirnya.

"Alaaaa, orang tak retilah nak susun-susun ayat ni." Aku kata.

"Kalau tak reti, tak mau la." Dia membalas.

"Haa, azan dah habis. Jom solat dulu."

"Jom. Kat situ kan?" Dia menunjuk ke arah RTC bertentangan dengan aku dan dia.

Tuesday, May 19, 2015

369. Nur Di Hujung Terowong.


Apakah itu nur? Nur bermaksud cahaya. Cahaya seringkali dikaitkan dengan yang elok-elok.

Jadinya di sini aku ingin mengharapkan adanya nur di hujung terowong. Aku tak tahu nak kata camne, tapi seriously aku mengharapkan begitulah yang akan terjadi kepada diri ini.

Aku berharap ianya akan menjadi kekuatan pada diri aku untuk menempuh rintangan yang akan aku hadapi pada masa hadapan.

Ye, ayat aku macam palat. Dua tiga bulan ni pun tak menulis sangat dah. Apa nak jadi ni HAKIMI?!!!!!

NotaKaki : Ada ke nur di hujung terowong?

Saturday, May 9, 2015

368. Jiwa kacau.


Aku nak luahkan sesuatu. Aku tak tahu dengan siapa. Aku tak rasa aku boleh luahkan benda ni dekat sebarangan orang walaupun dianya kawan baik aku. Maaf bro.

But I really-really need it.

Tolong tuhan bantu umatmu yang lemah ini. Maaf jika aku ada terleka seketika. Betulkan niat hati aku, sedarkan diri aku wahai tuhan. 

NotaKaki : Rasa nak tulis diari je. Takde sesiapa boleh baca.

Wednesday, April 29, 2015

367. Tiket Tol.

"Weh, tol wehh." Kata Daud, pemandu kereta.

"Dah tu kenapanye?" Tanya Halim.

"Tiket mana?" Tanya Daud menjawab soalan Halim.

"Mana aku tau. Kan kau yang pegang tadi?" Jawab Halim.

"Kau try cari balik." Arah Daud.

Tangan Halim mula mengular mencari tiket tol. Dibuka dashboard, tiada. Dicari di bawah kerusi, tiada. Di celah-celah kerusi, pun tiada. Halim buntu. Kereta yang dinaiki mereka berdua berhenti di pondok tol.

"Bang, sekejap ye." Kata Daud. Abang jurutol mengangguk.

"Weh, kau try keluar. Tengok dari luar." Kata Halim. Daud turuti kata Halim.

Pintu dibuka, Halim keluar dan mula mencari dari luar. Bawah kerusi, tiada. Celah-celah kerusi pun tiada. Di tempat kaki pemandu, tiada. Daud buntu. Halim buntu. 

"Awak dua ni cari apa sebenarnya?" Tanya Pakcik Jurutol.

"Tiket." Jawab Daud pendek.

"Tiket apa?" Tanya Pakcik Jurutol lagi.

"Tiket tol la pakcik." Jawab Daud lagi.

"La, sini bayar je, Mana ada tiket la."

NotaKaki : Teruskan ke tak ni?

Wednesday, April 22, 2015

366. Indahnya Dunia

Saja nak cerita kat korang. Lebih kurang dua minggu lepas aku ikut Kelab Uniutama Kembara naik Gunung Bintang, Sedim, Kulim, Kedah.

Tu dia nama tempat. Panjang gila.

Meh aku cerita sikit pasal gunung ni. Ketinggiannya lebih kurang 1800meter. Jarak perjalanan dari bawah pula ialah lebih kurang 15km. Di sini terdapat beberapa binatang liar seperti gajah, harimau, babi dan lain-lain.

Tempoh perjalanan yang kitorang buat lebih kurang dua hari satu malam termasuk berehat. Mungkin lebih cepat jika aku takde. Sorry geng.

Tempat sangat cantik.

Kemudian aku sempat naik Puncak TQ (gelaran diberi oleh budak kelab), Sintok. Perjalanan tak ambil masa yang lama. Lebih kurang 30 minit ke 45 minit sahaja.

Kat sini korang boleh nampak matahari terbit dan terbenam.

Sekian, terima kasih.

NotaKaki : Takkan marah pulak. Adoiii

365. Hari Pertama


"Okay, awak perlu ingat senarai nama yang akan jadi ajk-ajak awak semua pada sem ini." Jelas En. Mas.

Seluruh kelas senyap mendiamkan diri. Segelintir menganggukkan kepala sedikit.

"Faham tak ni?" Tanya En. Mas.

"Faham!!!!" Semua jerit.

"Okay, kalau semua faham, kita boleh bersurai." Kata En. Mas.

Semua pelajar termasuk Akim berkemas untuk keluar dari kelas tersebut. Lapar. Ingin cepat mencari kedai makan.

Tiba-tiba seseorang menghampiri Akim. Berhenti di hadapan Akim. Akim terkejut.

"Awak Akim kan?" Dia bertanya.

"Yup." Akim angguk.

"Sapa dia ni?" Bisik hati Akim.

"Boleh tolong tak?" Dia bertanya lagi.

"Ermm, tolong apa ek?" Akim berdebar.

"Tolong tukar jawatan dengan saya boleh?" Dia bertanya sekali lagi.

"Owhh, awak jawatan yang kerohanian tu kan?" Akim pula bertanya.

"Haaa, boleh tak?" Mata dia membulat seperti mendapat harapan daripada Akim.

"Ehh takpela. Saya takde rohani-rohani ni." Jawab Akim menolak perlawaan dia.

Wajah dia berubah. Berpaling daripada Akim dan berlalu pergi meninggalkan Akim.

"Aku ada buat benda salah ke?" Tanya Akim sendirian.

NotaKaki : Next? Tahan pulak ke? Hahaha. Memang kena training gila-gila.

Sunday, April 19, 2015

364. Trailer Mode On. Nerdgasm On.



Batman V Superman : Dawn Of Justice

Setahun lagi bakhang!!


Star Wars : The Force Awaken

Hujung tahun ni bakhangg!!

Gila weii. Kena kumpul duit cepat-cepat ni.

NotaKaki : Dia ke?

Tuesday, April 7, 2015

363. Alhamdullilah!!!!


Aku ada satu cerita. Cerita yang menggembirakan gila-gila ni. Hari ni aku sangat-sangat happy. Ahh tak tahu la nak cerita kat korang camne sebab aku terlalu sangat-sangat yang teramat gembira.

Okay, hyperbola sangat kan? Ke metafora? Aku dah lupa yang mana betul.

Apa yang aku nak bagitau kat korang ni?

Pasal life aku? Nope.

Pasal kekasih hati? Mana ada. Sedih kan?

Pasal abah mama aku? Tak jugak.

Pasal adik beradik aku pulak? Pun tidak.

Pasal sepupu-sepupu aku? Lagila tidak.

Dah tu pasal apa?

Pasal kehidupan yang baru sahaja melihat dunia yang luas terbentang ini. Yang baru sahaja melihat ibu dan bapanya buat pertama kali. Yang baru saja menjerit ketangisan yang membuatkan ramai gembira. Yang baru menghirup udara di muka bumi ini.

Siapa dia? Cukuplah aku bagi hint yang aku sekarang dah jadi PAKCIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

NotaKaki : Tolong betulkan statement janji melayu tu kepada asal.

Saturday, April 4, 2015

362. Gunung Bintang.


Bulan lepas agak kurang aku menulis di sini. Konon-konon aku sangat sibuk. Entah betul atau tidak. Mungkin sibuk melihat jodoh.

Alhamdullilah sudah lebih satu bulan aku bermaustatin di kawasan Hutan Sintok ni. Ada yang duka dan ada yang suka.

Apa yang aku kongsikan hari ini?

Aku nak bagitau yang aku penat. Hampir setiap hari aku penat. Sebelum ni aku seringkali tak percaya jika kawan-kawan aku yang belajar kata mereka sibuk. Mungkin bukan tak percaya, lebih kepada cemburu barangkali.

Aku rasa aku patut betulkan niat aku kat sini. Belajar. Tolong. Yang lain sepatutnya sampingan sahaja.

NotaKaki : Lama tak makan nasi lemak sedap.

361. Jatuh Cinta Lagi Oleh Matta


NotaKaki : Nak naik gunung ni. Harap-harap tak menyusahkan orang lain.

Thursday, March 5, 2015

360. Call je, aku tunggu.


Amacam. Nampak serius tak? Saja nak tunjuk kat korang yang aku rasa hensem gila pagi tadi. Nak buat camna, dah wajib. Pakai jela labu.

NotaKaki : Nak pi ke tak ni? Hmmm.

359. Music Video : Nobody by Wonder Girl.



NotaKaki : Pasaipa takde bas bayar-bayar?

Tuesday, March 3, 2015

358. Kenapa Tali Leher Dicipta?


Pernah tak masa korang semua tengah pakai tali leher, korang terfikir kenapa tali leher dicipta? Sehingga kadang-kadang ianya sangat menyusahkan. Tahukah korang kalau kita pakai kat Malaysia ni, panas gila pakai tali leher ni. Pernah? Korang semua pernah dapat jawapan kenapa tali leher dicipta?

Tali leher dicipta adalah bertujuan untuk mewajibkan korang semua memakai tali leher. Aik apa yang aku merepek ni? Takpe-takpe, korang follow je aku.

Bila korang diwajibkan untuk memakai tali leher di satu-satu tempat, hendak atau tidak korang terpaksa pakai baju kemeja.

Betul tak?

Bila korang dah pakai kemeja, korang mesti akan pakai seluar yang sesuai kan? Mahu tak mahu korang akan kasut yang sesuai jugak.

Nampak tak permainan dorang yang mencipta tali leher ni? Tapi benda ni belum habis lagi.

Bila korang semua dah buat apa yang kat atas tu, takkan la korang nak biarkan rambut korang serabai kan? Mesti korang akan sikat rambut korang kan? Mesti korang akan kemaskan rambut korang kan? 

Nampak? 

Dan bila lelaki dah nampak segak bergaya, takkan la perempuan-perempuan nak tengok saja? Dorang mana boleh mengalah dalam bab-bab camni. Itu yang korang jalan sikit je asyik jumpa jodoh baru je.

So, semua itu adalah berpunca dari sebuah tali leher. Kata Captain Dr Haji Zaharuddin.

NotaKaki : Apesal buku mahal-mahal sangat ni? Duit tak cekang woii,,

Tuesday, February 24, 2015

356. Dunia Kecik Atau Besar?


Dah lama aku tertanya-tanya pasal benda ni. Aku rasa benda ni subjektif. Dari sudut mana korang tengok dunia.

Kalau korang cuba berjalan keliling dunia memang akan rasa dunia ni sangat-sangat besar. Tapi cuba kalau korang naik atas kapal terbang dan tengok ke bawah, nampak kecik je kan? Ye aku mengarut je.

Kenapa kali ni aku nak tulis pasal ni?

Kalau siapa yang ikut blog aku dari awal akan tahu la yang aku ni membesar kat Segambut, Kuala Lumpur. Cuma sekarang ni family aku dah pindah Kota Bharu, Kelantan. Jadinya aku dah banyak tinggalkan kawan-kawan aku yang ada kat sana. Lagi-lagi aku ni jenis pemalu sikit. *Ye, pemalu kan?*

Kalau orang kata tuhan tu maha kaya dan maha mengetahui, aku percaya. Lebih-lebih lagi setelah hampir 10 tahun keluarga aku berpindah ke Kota Bharu, alhamdullilah aku dapat sambung pengajian. Ye, sangat lambat berbanding kawan-kawan aku. Malahan lambat dibandingkan dengan adik-adik aku. Seorang tengah sambung Master, seorang lagi dah masuk tahun ketiga. Memang ketinggalan betul

Nak dijadikan cerita, tempat aku sambung belajar ni bagi 100% tempat penginapan kepada pelajar-pelajar dia. Jadinya aku tak tahu nak kata kebetulan atau suratan takdir ataupun tuhan nak tunjuk sesuatu, budak sebilik aku ni pun berasal dari Segambut, Kuala Lumpur. Cuma beza dia, family aku tinggal kat Taman Segambut (SPPK), dia kat Segambut Dalam.

Kecik kan dunia ni? Pergi sana pergi sini, last-last kat sempadan siam jugak jumpa budak dari Segambut.

Tapi betul ke kecik? Kenapa tak pernah kebetulan terjumpa dia?

NotaKaki : Tak bawak kasut futsal woi!!!!!

355. Teka-teki Malam Hari

"Aku ada satu teka-teki ni untuk korang." Azam membuka bicara apabila melihat masing-masing kebosanan.

"Korang nak dengar tak?" Sambung Azam.

"Kau bagi jela." Balas Meran.

"Okay. Dalam banyak-banyak kemas, kemas apa paling orang malas nak buat?" Tanya Azam.

"Kemas?" Mior mengangkat sebelah kening tanda pelik.

"Iye, kemas."

"Ni main-main ke betul-betul?" Celah Akim.

"Nama pun teka-teki. Mana boleh bagitau. Korang teka la."

"Hmmm. Kemaskan rumah?" Jawab Mior.

"Salah." Kata Azam pendek.

"Kemas kereta?" Akim cuba menjawab.

"Salah gak."

"Kemas beg kalau nak jalan jauh kot." Mior mencuba lagi.

"Haha, apa mende la jawapan kau. Salah." Balas Azam.

"Aku rasa ni soalan trick ni." Meran menunjukkan bakatnya yang ala-ala penyiasat terkenal.

"Takde trick-trick pun. Teka-teki biasa je." Balas Azam.

"Ntahla. Kau bagi jela jawapan dia." Kata Akim. Mengalah.

"Kau Meran? Mior?" Tanya Azam.

Kedua-duanya mengakat bahu berulang kali tanda tidak tahu.

"Apa la korang ni. Tu pun tak tahu ke. Jawapan dia ke masjid." Azam memberi jawapan. Dengan muka selamba tanpa rasa bersalah.

Yang lain terpinga-pinga. Melihat wajah yang lain. Akim lihat Mior, Mior pandang Meran, Meran pandang Akim, Akim balas pandangan Meran kembali.

Azam megambil telefon pintarnya dan mula bermain permainan video yang selalu dimainnya.

NotaKaki : Staff ke student? Aku keliru.

Monday, February 23, 2015

354. Review Filem : Kingsman: The Secret Service


Lama jugak aku rasa dah tak review filem ni. Last week aku berpeluang menonton filem ni kat Penang.

Sinopsis filem ni?

Mengenai pertubuhan penyiasat yang rahsia. Seorang budak yang cuba masuk dan apa yang jadi. Nak tahu lebih-lebih tengok sendiri.

Apa kata aku?

Best. Aku suka cerita-cerita mengenai spy-spy ni. Jadi mungkin aku ada bias sikit kat sini. Lain daripada yang lain. Kostum yang smart gila. Aku bias dengan orang pakai baju full suit. Smart. Atur cerita yang sedang elok je.

Cuma storyline ada macam kurang logik sikit. Tapi ada ke cerita yang logik?

So, korang pergi la tengok. Aku tak rasa rugi sikit pun.

NotaKaki : Cukup dah aku rasa harini 10,000 langkah.

353. Muzik Video : Ada Apa Dengan Cinta Oleh Melly Goeslaw & Eric


NotaKaki : Hari pertama.

352. Malam Yang Pendek

"La tak tidur lagi?" Kata Meran bila melihat Mior masuk ke biliknya.
"Hmm. Tak." Jawab Mior pendek.
"Resah ke?" Tanya Meran.
"Apa dia?" Tanya Mior balik. Tak dengar.
"Kau resah esok ke?" Jelas Meran.
"Nervous la tu." Akim menyampuk.
"Hehe, takdela." Jawab Mior pendek.
Mior melihat ke luar tingkap. Suasana gelap. Mior tidak dapat melihat apa-apa. Melihat kembali ke arah Azam yang senyap sejak tadi.
"Boleh tak buat?" Mior tanya kepada Azam. Merujuk kepada pinjaman pelajaran yang ingin dibuat Azam dari tadi lagi.
Mior melabuhkan bontotnya di sebelah Akim sambil menunggu jawapan dari Azam.
"Tak boleh. Lembap sangat." Jawab Azam.
"Aku rasa kau kena buat time subuh esok
la." Akim cuba melawak.
Lawaknya disambut secara hambar. Rasanya Akim boleh melupakan hasratnya untuk menyertai pertandingan Pelawak Paling Kelakar 2015.
"Tidur la Mior. Esok tak bangun kang." Kata Meran.
"K la. Aku tidur dulu."
Mior keluar dari bilik Akim dan Meran dan menuju ke arah biliknya yang bertentangan dengan bilik mereka. Menutup dan mengunci pintu biliknya.
Dua minit kemudian. Mior membuka pintu biliknya kembali. Menutup lampu dan kipas. Mengambil bantal dan selimutnya dan menuju ke arah bilik Akim dan Meran.
"Weh, malam ni aku tidur bilik korang la. Aku takut dowh." Kata Mior.
"La patutla dari tadi duk ulang alik." Balas Meran.
Puncanya Mior tinggal keseorangan. Masih tiada teman sebilik. Tidak ketahui akan duduk keseorang sehingga habis atau teman sebiliknya masih tidak berdaftar.
Teman wanita boleh pula bertanya takut ke tidak duduk keseorangan.
NotaKaki : Mengharapkan empat tahun yamg cemerlang, gemilang dan terbilang.

Thursday, February 12, 2015

351. Al-Fatihah Kepada Tok Guru Nik Aziz



                                إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
                                                          Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Walaupun beberapa tahun kebelakangan ni aku dah kurang berjinak dalam bab-bab politik tetapi bila dapat tahu pasal Tok Guru dah meninggal dunia memberi impak sedikit sebanyak dalam diri aku sendiri. Aku dapat berita ni masa tengah tengok twitter time aku tunggu turn nak gunting rambut. Takut salah dapat berita aku tanya family aku, adik aku confirmkan. Memang lain.

Satu lagi era dah berakhir.

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan takziah kepada keluarga Tok Guru Nik Aziz. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Seorang lagi yang pergi meninggalkan kita tanpa kita ketahui bila pula masa kita kan?

NotaKaki : Dua hari lagi.

350. Berapa Pendapatan Korang Sebulan? Bersih.


Tahun 2008

Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

"Mu percaya ke Wawasan 2020 akan tercapai?" Ayong tanya aku.

"Percayalah. Kenapa?" Aku jawab.

"Aku rasa tak." Jawab Ayong.

"Kenapa pulak?"

"Kalau ikut kajian aku, Malaysia takkan capai." Sambung Ayong.

Aku pelik. Aku diam. Aku pandang ayong.

"Owh, dan satu lagi. Kalau Malaysia tak capai apa yang dirancang pun mesti akan ada yang cakap KITA MENCAPAI KEMAJUAN DENGAN CARA KITA TERSENDIRI." Sambung Ayong lagi.

Aku diam lagi. Aku pandang ayong. Aku tak tahu apa nak jawab.

"Mu ingat kata-kata aku ni." Pesan Ayong.

Tahun 2015

Kampung Mentuan, Jalan Tali Air Binjai, Kota Bharu, Kelantan.

Aku termenung. Membaca artikel-artikel membincangkan mengenai Wawasan 2020 secara amnya. Terfikir berapa ramai kawan-kawan yang mempunyai pendapatan tinggi?

Secara azalinya Wawasan 2020 hanya beberapa tahun je lagi ni. Aku sendiri baru nak sambung belajar balik. Lagi jauh ketinggalan dengan kawan-kawan aku yang lain.

Owh ya, Nasib seseorang itu takkan berubah jika diri sendiri tak nak berubah. Jom buat bisnes.

Haha.

NotaKaki : Seluar kakies boleh tak ni?

Sunday, February 8, 2015

348. Enam Hari Lagi.


Asalamualaikum.

Amacam? Gua bagi salam kat korang semua ni. Jawab la. Tok Ayah kata kalau boleh jawab di bibir bukan di hati. Gua sampaikan ke korang je.

Jadinya, apa yang enam hari lagi?

Bukan ada apa-apa pun, cuma satu family gua nak berjalan ke Penang hari sabtu depan. Insyallah hari isnin pulak family gua terasa nak ke Sintok. Gua nak try duduk situ beberapa bulan tengok best ke tak. Family gua tanpa gua pulak akan ke Alor Star. Lama tak melawat saudara mara gua kat sana tapi apakan daya gua tak berkesempatan ke sana.

Sehari atau dua hari kemudian, mereka akan ke Penang kembali. Dan beberapa hari sebelum tahun baru cina, mereka akan ke Kuala Lumpur. Jauh kan berjalan family aku? Nak buat camne, rezeki masing-masing. Adik aku sorang di Bangi, sorang di Labuan. Nak taknak kena la pergi katanya.

Dah banyak kali aku kata, takpe, aku pergi sendiri je. Abah tak bagi, mama pun tak bagi. Aku tak tahu kenapa. Padahal aku tahu family aku pun kesempitan wang jugak. Lagi-lagi aku sendiri takde pendapatan tetap. Tapi aku tetap tak boleh halang. Aku iyakan saja la.

Harap-harap semuanya berjalan lancar.

NotaKaki : Kelantan menang woi semalam!

Wednesday, February 4, 2015

347. Wordless Wednesday : Masih Mencari

NotaKaki : Sempat tak ni?

346. Tips Berumah Tangga.


Ye, aku ni belum berkahwin lagi. Tak kira, aku tetap nak bagi tips-tips berumah tangga untuk korang-korang. Lagipun boleh jadi rujukan untuk aku in future kan? Seperti biasa borang-borang masih boleh diambil ye.

Tips-tips yang diberi bukanlah berdasarkan pengalama sendiri tetapi lebih kepada pemerhatian kasar dari mata turun ke hati.

1. Memasak.

Pada aku, inilah yang paling-paling penting dalam berumah tangga. Suami korang takkan cari lain punya kalau korang suka memasak. Aku jamin 99 peratus. Satu peratus lagi aku tak berapa jamin sebab tuhan itu lagi berkuasa. Apa-apa pun boleh jadi kan? Owh ya, ini tips lebih kepada isteri berbanding suami. Maaf.

Cuma dalam islam, sebenarnya suamilah yang patut menguruskan hal makan.

2. Makan bersama.

Walau camne sibuk pun korang, walau camne penat pun korang. Tolonglah cuba untuk makan bersama sekurang-kurang sekali sehari. Duduk bersama di meja makan. Isteri pandang muka suami, suami pandang muka isteri. Sebab apa? Masa ni lah kemesraan korang akan terjalin sentiasa. Korang akan berborak. Bila berborak korang akan bercerita hal-hal yang terjadi kan? Sebab apa bila korang berhenti bercakap, korang takkan tahu apa-apa antara satu sama lain. Hubungan tu lama-lama akan terputus sendiri.

3. Berhias

Sebolehnya-bolehnya bercantiklah untuk suami walaupun ketika di atas katil. Kenapa? Yang ni memang sifat semulajadi manusia iaitu sukakkan yang cantik sahaja,  So paham-paham sendiri jela ye. Si suami pun, kalau boleh buat yang sama.

4. Komunikasi

Cari masa untuk berhubung jika masing-masing terlalu sibuk. Macam apa yang aku tulis di point 2 aku tadi. Korang berhenti berhubung. Habis. Jadi, kalau boleh sekurang-kurangnya tanya dia dah makan ke belum, balik pukul berapa, nak makan apa, apa plan hujung minggu ke. Pastikan korang ada komunikasi antara satu sama lain.

5. Kerjasama

Tolong jangan suami harapkan isteri, isteri harapkan suami.Korang kena ingat, korang memerlukan antara satu sama lain. Tolong menolong itu lebih bagus. Jika suami nampak isteri penat untuk memasak, ajak masak bersama, bukan berleter suruh masak la apa. Jika isteri nampak suami sedang bertukang, duduk sebelah dia. Tanya apa boleh tolong. Ambil tahu.

6. Ambil tahu

Yang ni aku rasa antara yang penting. Ambil tahu kehidupan pasangan masing-masing. Bukan buat endah tak endah. Si isteri suka shopping, teman. Si suami suka bersukan, teman. Walaupun korang tak suka, pastikan korang ada untuk diorang. Bukannya membiarkan pasangan korang mencari orang lain untuk teman dorang.

Aku rasa cukuplah sampai di sini dahulu tips-tips yang diberi oleh aku, lagi-lagi bila aku dah start merapu. Sekian terima kasih.

NotaKaki : Serabut woi.

Friday, January 30, 2015

345. Hanya Dua Hari.


Kalau korang ada baca pasal ni tempohari, korang mesti tahu apa yang aku tengah nak perkatakan lepas ni.

Lepas je siap TM betulkan pada hari ahad yang lepas, aku sekeluarga gembira bukan main. Dapat menggunakan telefon kembali. Alhamdullilah. Terima kasih TM menyiapkan kerja korang.

Ye, bukan kitorang nak guna telefon pun, sebenarnya nak guna internet je.

Malangnya, tepat jam 12.00 tengah malam hari selasa malam rabu, kabel kena potong balik. Memang perangai dorang ni serupa macam setan. Aku tak tahu nak kata apa lagi dah. Nak doa yang teruk-teruk kang kata tak boleh. Tapi tahu tak aku ni nak kena pakai internet urgent. Perlukan line yang stabil celaka!

Kadang-kadang tertanya-tanya jugak aku, banyak sangat ke dorang ni dapat sampai sangup menyusahkan orang. Betul ke dalam kabel tu pakai tembaga? Aku rasa kalau betul, TM patut tukar dah. Nak harapkan kabel unifi masuk kampung aku ni entah bila aku pun tak tahu.

Ada jugak aku nak pihak TM membuat cubaan menaik dalam satu atau dua meter tiang. Aku rasa itu penyelesaian jangka pendek yang amat sangat. Apa agaknya penyelesaian jangka panjang yang bernas? Kena jadikan kampung aku ni jadi bandar ke? Hmmm.

Kalau letak bawah tanah agak-agak senang ke payah ek?

Ni pun aku try pakai data plan celcom. Dalam kawasan rumah aku ni pun ada kawasan okay ada kawasan macam tahi. Tak tahu nak kata la.

NotaKaki : Jumaat blues.

Monday, January 26, 2015

344. Aku Buntu!


Tu dia, bukan main aku bagi tajuk kat korang semua. Nampak tak aku ni macam serius sikit untuk menulis? Nampak?!

Buntu? Ye aku buntu ni.

Aku nak kena cari seluar slack or kakies ni. Masalahnya di sini aku ni jarang-jarang sekali membeli seluar. Jadinya apabila aku menyopping (Ambik kau ayat aku), aku tak reti. Aku tak reti nak pilih seluar yang aku nak, aku tak reti nak bertanya kat pelayan-pelayan di kedai itu. Aku tak reti nak bercakap secara tiba-tiba.

Ada seluar cantik tapi mahal nak mampus. Ada seluar tak cantik tapi mahal jugak. Ada seluar murah tapi bukan jenis yang aku nak cari. Adoiii.

Tiba-tiba aku jadi blank atau blur. Jadinya aku pun buntu.

Sekarang ni aku nak tanya kat korang semua, memang payah ke nak beli seluar ni?

Takde ke sesiapa nak isi borang untuk menjadi pembeli seluar untuk aku seumur hidup aku? Kira kalau cukup pakej, boleh aku masuk meminang. Okay jauh menyimpang.

NotaKaki : Mama suruh pakai tie sekolah. Boleh?

Sunday, January 25, 2015

343. Apa Patut Dibuat?


Tahukah anda, kita semua berada di zaman kecanggihan teknologi maklumat yang tinggi. Sehinggakan kalau tak dapat menggunakan internet dalam masa satu jam pun boleh membuatkan seseorang menjadi tidak keruan?

Tahu ke tak ni?

Tak tahu?

ke tahu?

Kalau tahu, baguslah. Aku bukan apa, baru-baru ni line telefon area rumah aku kena potong setelah hampir setahun mereka-mereka ini tidak melakukan aktiviti-aktiviti terkutuk itu. Fuhh, bukan main ayat aku.

Jadi ianya telah mengganggu perjalanan seharian hidup aku selama tiga hari setengah. Lama kan? Ada la jugak aku try guna mobile data ke apa ntah panggilnya daripada Celcom. Malangnya area rumah aku yang berada agak ke dalam kawasan ceruk kampung ni agak kurang kelajuannya. Hanya di area-area tertentu dalam rumah ni sahaja yang akan membuatkan fuhh lega ada internet daripada Celcom.

Dah la pulak tu, aku kena buat sesuatu pada 22 Januari yang lepas. Nasib baik boleh.

Jadinya, benda ni terjadi pada hari rabu lepas. Call untuk report pada hari yang sama tapi alah ke tengahari sikit. Ada jugak aku dengar operator repair-repair tu datang tengok hari rabu. Tak elok lagi, kemudian kitorang tunggu mungkin dorang nak siapkan hari khamis kot. Dan hari khamis memang ada yang datang. Cuma bila dekat-dekat jam 2.00 petang tu aku rasa dorang dah berhenti buat kerja. Aku ingat dorang berhenti untuk lunch dan sembahyang zohor tapi tak.

Hari jumaat? Cuti.

Hari sabtu? Cuti jugak.

Pagi tadi baru start buat. Aku tak sure dorang start pukul berapa tapi bila jam 3 lebih kurang baru macam setel. Itu pun ada masalah lagi. Terpaksa report sekali lagi bagitau tak setel lagi. Lepas asar lebih kurang baru setel.

Itu dia. Panjang lebar aku menulis. Agak-agak korang apa patut aku buat lagi? Bukan ke TM ni sekarang dah jadi swasta? Kenapa tak macam swasta cara dorang kerja ek? Hmmm.

NotaKaki : Nak cari beg baru ke ek? Hahaha.

342. Syukur.


Gua saja nak bersyukur kat sini. Harap-harap takde apa-apa rintangan di masa hadapan.

NotaKaki : Masa makin pendek.

Tuesday, January 20, 2015

341. Tolong Beli Buku Keluaran SePena Raya.


Hari ahad yang lepas berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 29. Tahun-tahun sebelum ni aku ada jugaklah sempat tengok kat tv. Malahan beberapa tahun lepas aku sempat jugak dibawa oleh kawan aku untuk melihatnya secara live. Ye, aku pergi tempat lagha. Sekali sekala.

Tahun ni entah kenapa aku langsung tak berminat nak tengok. Walaupun sedikit. Padahal dalam fb, twitter bukan main lagi rancak orang komen. Aku tak tahu la. Mungkin atas beberapa faktor.

Tapi faktor paling besar adalah penajanya. Aik, rasa macam Chef Wan la pulak. Seriusly, aku rasa benda ni memang dah patut bawak ke tengah.

Topik penaja ni dari saban tahun aku tengok makin menjadi-jadi. Cuba korang tengok filem-filem terbitan Malaysia, kalau disponsor kalau boleh sepanjang masa akan ada produk placement. Benda ni sedikit sebanyak akan merosakkan filem tu sendiri.

Cuba la cari idea sikit, tengok sikit filem-filem luar camne dorang buat product placement tu. Memang dorang tonjolkan tapi bukannya setiap masa kena tunjuk. Yang ni pun takkan nak aku yang ajar.

Kalau korang tengok cerita-cerita korea lagi gila, dorang siap sensor mana-mana product. Aku tak tahu apa polisi dorang tapi aku takdelah sampai mintak jadi camni. Tapi kita boleh memandang ke arah sana apa. Bak dasar Dr.Mahathir yakni Dasar pandang ke timur tu. Dah lupa ke?

Tu belum lagi kalau korang tengok show-show yang ada kat Malaysia. Mak aihh, tak sampai seminit dok ulang je. Boring gila.

Aku paham yang mana dorang ni mengeluarkan duit untuk memberitahu semua orang yang produk dorang ada di pasaran dan sila dapatkan segera supaya dorang dapat cover balik duit yang dorang keluar untuk sponsor show-show ni semua. Tapi come on la. Ianya perlu diberhentikan.

Macam biasa, bila aku rasa aku dah start mengarut. Aku nak berhenti taip.

NotaKaki : Dia dah pakai kain pelikat. Wow!

Sunday, January 18, 2015

340. Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya.


Lama benar tak melepas perasaan kat sini. Hmm.

Apa aku duk buat dari awal tahun sampai ke hari ni? Penganggur memang la takde buat apa-apa pun. Busy dengan urusan family jela. Last week ke Rawang, Klang, Shah Alam, Melaka, Dengkil dan Nilai.

Apa aku buat kat sana?

Urusan keluarga. Kena rungkaikan ke?

Rawang takde apa-apa urusan sangat cuma melawat saudara sahaja. Klang pun melawat saudara. Shah Alam pula urusan kakak aku. Melaka urusan adik aku. Nilai dan Dengkil urusan mama aku.

Jadi apa urusan aku? Mungkin melawat abang kawasan Meru je kot. Bincang sikit-sikit. Harap apa yang dibincang menjadi la. Amin.

Dan saja nak bagitahu, yang Kelantan aku tak dapat. Sedih jugak la. Nak tapi tak dapat. Ada orang dapat tapi tak nak. Itu la orang kata rezeki masing-masing.

Dan aku rasa apa yang ditulis semakin bercelaru, baik aku berhenti. Mandi, ambil Tok Ayah dan pergi ambil MyKad baru dia kat JPN Bachok.

NotaKaki : Nasi dah jadi bubur pun sedap dimakan.

Saturday, January 17, 2015

339. Siapa Punya Angkara?


Kelihatan empat pemuda sedang menunggu teksi di tepi jalan besar berhadapan sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam. Aliff, Iman, Afiq dan Iqbal. Mereka berempat memang agak rapat sejak berkenalan ketika mula-mula menyambut pelajaran di pusat pengajian tinggi tersebut.

Aliff yang paling tua lepasan STPM, Iman lepasan diploma manakala Afiq dan Iqbal pula lepasan matrikulasi.

Petang itu mereka ingin ke bandar. Menghabiskan masa sementara menunggu hujung minggu habis. Di bandar bolehlah mereka berjalan-jalan atau mencuci mata mengusha awek-awek bandar. Dress-up katanya berbeza sedikit jika dibandingkan ketika waktu mereka bersekolah dulu.

"Wehh, tu teksi tu. Tahan cepat." Kata Iman.

Aliff mengangkat tangan menahan teksi. Teksi berhenti di hadapan mereka. Pemandu teksi tersebut menurunkan tingkap.

"Mana?" Tanya pemandu teksi pendek.

"Bandar. Boleh?" Tanya Aliff.

Pemandu teksi mengangguk, tanda boleh. Mereka berempat memasuki teksi satu persatu. Aliff di bahagian hadapan. Yang lain di bahagian belakang.

"Ni student lagi ke?" Tanya pemandu teksi.

"Ah ahh. Student." Jawab Aliff.

"Baru ke?"

"Baru je masuk. Tak sampai sebulan pun bang." Jawab Aliff lagi.

"Owh, baguslah. Korang ambil kos apa?" Tanya pemandu teksi lagi. Agak peramah. Mungkin untuk menghilangkan kebosanan membawa kereta sejak pagi lagi.

"Errmm, macam saya amik bisnes. Yang tu kulinari. Lagi dua sains sukan." Tunjuk Aliff ke arah Iman, Afiq dan Iqbal.

"Owhh, baguslah. Belajar rajin-rajin. Jangan nak beromen je nanti." Pemandu teksi tersengih.

"Haha, takdela." Balas Aliff.

Tiba-tiba hidung mereka berlima tercium sesuatu. Bau yang kurang enak. Masing-masing melihat ke arah satu sama lain.

"Woi, sape kentut ni?!" Tanya pemandu teksi ni.

"Tu la, tengik siot." Kata Afiq.

"Kau ke?" Tanya Iqbal ke arah Iman.

"Mana ada aku kentut."

"Lain kali nak kentut tu beragak la sikit. Busuk seyhh." Kata Aliff.

"Kau?" Tanya Iqbal ke arah Afiq pula.

"Ekelen, agak-agakla." Balas Afiq.

"Korang ni tak beragak kan.?" Kata pemandu teksi.

"Ntah-ntah pakcik yang kentut." Kata Iqbal.

"Pakcik ni kalau kentut jenis ngaku. Jangan risau." Balas pemandu teksi itu.

"Dah tu sape ni?" Tanya Iqbal.

"Dah la. Lupakan jela. Lagipun ni dah sampai dah ni. Sini boleh?" Kata pemandu teksi itu lagi.

"Bolehlah pakcik." Balas Aliff.

Pemandu teksi tersebut memberhenti teksinya di tepi sebuah hentian bas.

"Semuanya RM20 je. Ni bayar camne ni?" Kata pemandu teksi usai berhenti kereta.

"Asing-asing." Balas Aliff.

"Kalau camtu RM5 sorang la."

Masing-masing mengeluarkan duit daripada beg duit sendiri. Menghulurkan ke arah pemandu teksi tadi. Usai bayar, mereka berempat keluar dari teksi tersebut dan berjalan ke arah pusat membeli belah di hadapan mereka.

Tak sampai beberapa meter, pemandu teksi tadi membunyikan hon ke arah mereka. Mereka berempat memandang ke arah pemandu teksi tersebut. Lagaknya seperti memanggil-manggil kembali mereka berempat. Mereka pelik tetapi tetap berjalan kembali ke arah teksi tadi.

"Nak, ni yang kentut tadi tak bayar lagi ni." Kata pemandu teksi apabila mereka berempat berdiri di tepi tingkat yang diturunkan.

"Ehh, apa pulak. Saya dah bayar la." Kata seseorang.

"Owh, kau la yang kentut tu. Okaylah." Pemandu teksi tersebut menaikkan tingkapnya dan memandu teksinya menjauhi mereka berempat. Mencari pelanggan lain pula.

"Hehe, aku tak sengaja la tadi. Sorry." Kata Iqbal tersipu-sipu malu. Yang lain malas nak layan meninggalkan Iqbal sendirian.

NotaKaki : Cerita ni dicerita turun temurun sejak aku kecik lagi. Sorry kalau tak paham. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...