Saturday, December 27, 2014

335. Banjir - Panik


Banjir di Kota Bharu makin teruk. Ada sesetengah tempat yang tak pernah kena pun dah kena. Bila jadi gini, rakyat jadi apa?

Panik.

Lagi-lagi, pihak kerajaan baik negeri atau persekutuan tak habis-habis seperti membiarkan sahaja. Kata mereka keadaan masih terkawal. Agaknya nak tunggu orang mati baru kata tak terkawal kot.

Lupakan hal mereka. Aku nak bercerita dari pihak rakyat. Aku agak panik. Mama agak panik. Abah konon-konon tak panik tapi panik jugak. Saudara-mara aku pun panik.

Bila kami panik, apa jadi?

Kami pergi cari beberapa sumber makanan bagi tempoh sekurang-kurangnya seminggu. Tapi tak dapat sangat apa-apa. Ayam memang tak dapat dah, telur pun dah habis. Meggi hampir habis. Roti makin kurang. Dan aku rasa dalam beberapa tempoh lagi barang akan habis kalau keadaan berterusan begini.

Aku tertanya-tanya, kenapa jadi panik? Aku sendiri takde jawapan.

NotaKaki : Siapa pulak ni yang call-call?

Edited. Tq ANON. Big Smile.

4 comments:

  1. Ada sesetengah tempat yang pernah kena pun dah kena.?????????

    ReplyDelete
  2. hurrmmm...samala kiter

    cuma aku diperantaun, family aku kat kelantan tuh, risau yg amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilek bro. kau doa je banyak2. insyallah ok. tu je yang orang jauh mampu buat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...