Monday, December 22, 2014

331. Doktor Gigi Pemurah.


"Doktor, kalau saya guna kertas pasir boleh?" Tanya abah kepada doktor gigi.

Bukan apa, abah tanya begitu kerana gigi palsunya kadang kala menyakitkan. Lebih-lebih lagi ketika makan. Barangkali gigi palsu terlebih saiz dari sepatutnya.

"Owh, boleh. Lagi bagus. Pakcik boleh try and error sendiri saiz gigi pakcik tu." Kata doktor.

Bukannya abah faham apa yang dimaksudkan try and error tu. Tapi abah mengangguk juga.

"Apa-apa kertas pasir je ke?" Tanya abah lagi.

"Ye. Kejap ye." Balas doktor. Kelihatan tangannya menekan beberapa nombor di telefonnya.

"Siti, tolong masuk sekejap." Pembantu doktor dipanggil.

Selang beberapa tika kemudian.

Tuk, tukk, tukk.

Bunyi pintu diketuk.

"Ye, masuk." Kata doktor.

"Ye, doktor. Apa saya boleh tolong?" Tanya Siti, pembantu doktor yang dipanggil tadi.

"Awak boleh ambil kertas pasir untuk pakcik ni tak?"

"Owh, sekejap ye doktor."

Selang beberapa tika kemudian lagi.

"Ini doktor."

"Serahkan kepada pakcik." Arah doktor.

Abah menyambut kertas pasir yang sebesar pemadam. Abah ingatkan kertas pasir yang ingin diberi sebesar saiz kertas A4.

"Kedekut." Bisik abah sendirian. Lalu memberi senyuman kepada doktor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...