Wednesday, December 10, 2014

328. Tok Gawa Mulut Manis.


"Asalamualaikum." Aku bagi salam lepas nampak seorang lelaki pertengahan tahun. Dia la kot Tok Gawa yang orang perkatakan, bisik hati aku.

"Waalaikumusalam. Masuk-masuk." Balas dia.

Aku mula memasuki pejabat dia. Aku lihat sekeliling. Dia seorang. Tiada orang lain.

"Ye, apa saya boleh tolong?" Tanya dia.

"Nak mintak tolong sahkan sijil saya boleh?" Kata aku tanpa menghulurkan tangan memberi salam. Nampak agak kurang ajar di situ.

"Boleh-boleh. Sijil untuk apa ye?" Tanya dia lagi.

"Takde, sijil ni untuk saya mohon mintak sambung study." Balas aku.

"Haa, boleh-boleh. Meh sijil-sijil tu." Kata dia.

Aku mengeluarkan file dari beg sandang berwarna ungu. Aku keluarkan salinan-salinan sijil yang aku sudah sediakan terlebih dahulu.

"Owh, okay." Kata dia lagi mengambil salinan-salinan sijil yang dihulur oleh aku.

Sampai sekarang aku masih tak tahu apa fungsi Tok Gawa ni. Sama macam ketua kampung ke? Tok Penghulu? Atau pegawai daerah? Aku biarkan persoalan itu dalam kepala aku tanpa mendapatkan jawapan daripada dia.

"Awak mintak U mana ni?" Tanya Tok Gawa. Cuba menutup kesunyian.

"Owh, saya nak try UMK kot." Jawab aku.

"Kos apa?"

"Bisnes." Jawab aku pendek.

"Kalau bisnes kat mana? Jeli ke sini je?" Tanya dia lagi. Sini yang dimaksudkan Pengkalan Chepa.

"Kalau tak silap kat Pengkalan Chepa. Kalau tak silap la."

"Owh, kalau sini je dekatla." Kata dia.

"Awak tak kerja?" Tanya dia lagi.

Banyak pula Tok Gawa ni tanya aku. Ikutkan kebiasaannya mana aku suka beramah mesra ni tapi disebabkan aku ni sedang mintak tolong dia. Aku layankan aje.

"Tak kerja."

"Tak mintak kerja kerajaan?" Tanya dia lagi.

"Owh, tak." Jawab aku pendek lagi.

"Kenapa? Tak minat ke?" Aku senyum tanpa jawapan. Harap dia faham.

"Result SPM awak ni takdela teruk sangat. Okay je ni." Dia sambung. Aku tengok.

"Umur awak dah berapa ni?" Sambil membelek melihat salinan kad pengenalan aku.

"26."

"Wah, ada minat nak belajar lagi ye." Balas dia.

"Hehe, tu la, kawan-kawan saya dah lama habis belajar, dah kahwin pun ada." Balas aku.

"Owh, tak kawin lagi." Aku hanya senyum dan geleng.

"Kenapa tak kawin lagi?" Tanya dia.

"Takde jodoh lagi kot." Jawab aku.

"Takde jodoh? Muka awak ni dah macam artis." Balas dia. Manis betul mulut dia ni.

Aku tersenyum.

Tapi badan saya tak macam artis. Bisik hati aku sendirian.

Nak perli pun agak-agak la Tok Gawa wehhhh.

NotaKaki : Kuih apa sedap dan senang untuk dibuat?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...