Wednesday, December 31, 2014

337. 2014 Dalam Review.


Amboi kemain.

Takdela, aku tengok orang lain duk buat pasal 2014 ni. Aku pun teringin gak. In fact, aku duk mikir dari awal bulan lagi. Nampak sangat nak tahun ni habis cepat-cepat.

Aku tak peduli.

Jadinya, apa yang best dan tak best tahun ni? Hmmmm.

Yang best?

Aku setahun ni duduk dengan mama dan abah. Di Kota Bharu. Jadinya, bolehlah aku tolong sikit-sikit apa-apa yang patut dan boleh tolong. Walaupun kadang-kadang duk terdengar bebelan mama dan abah pasal tak kerja lagi la apa la.

Lagi?

Aku dapat tengok dunia dari sisi lain. Macam terlampau hyperbola kan? Peduli apa. Kenapa aku kata aku dapat tengok dunia dari sisi lain? Kalau korang dah biasa kerja bertahun-tahun, cuba korang berhenti. Korang akan rasa berrtapa dunia ni masih luas, masih banyak benda yang korang tak tahu selama ni. Contohnya aku sampai sekarang tak tahu apa fungsi Tok Penggawa ni kampung aku.

Selama ni, tak pernah aku tinggal lama-lama di kampung aku. Jadinya ada la jugak cerita-cerita yang aku tak tahu sebelum ni, aku tahu sikit-sikit. Bukan apa sikit tu, aku malu.

Memandangkan aku walaupun tak kerja langsung tahun, tapi sempat jugak aku tolong abah aku, pakcik aku untuk sara duit sikit. Mampulah buat beli barang baru sikit. Ye, sikit je. Daripada aku tak mampu terus kan?

So, tahun ni tak berapa nak best sangat untuk aku.

Jadi yang tak bestnya pulak?

Orang duk tanya bila kahwin. Mentang-mentang adik aku dah bertunang, ni duk cari aku pulak. Adoii.. Boring woi. Bukan aku taknak kahwin, jodohnya takde lagi. jodoh pertemuan kan ketentuan tuhan. Nanti ada la tu, model ke pelakon ke yang muda-muda, yang comey-comey, yang pemes-pemes nak ke aku.

Perasan.

Bisnes baju tak menjadi. Aku tak tahu apa masalah aku, planning atau action tu kurang. Boleh someone teach me how to be a good bussinesman? Ye, saya tak reti eja bisnesman betul-betul. Main taram je tu.

Dan untuk terakhir kalinya,

Kebarangkalian sangat tinggi untuk aku tak dapat tunaikan satu janji yang dibuat pada tahun 2012 kerana hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2014. Aku berjanji pada dia dua tahun. Tapi maaf sebab aku tak dapat tunaikan janji aku. Aku ada satu lagi janji yang mana perlu dibuat dalam masa lima tahun, aku akan cuba walaupun dunia kita dah berbeza.

Dan untuk Malaysia sendiri, aku kira tahun ni mungkin boleh dikatakan tahun kesedihan untuk Malaysia. Dari awal tahun kita dikejutkan dengan kehilangan kapal terbang MAS MH370 yang sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Lepas tu, kapal terbang MAS MH17 pulak ditembak jatuh di sempadan Ukraine yang menjadi rebutan Ukraine dan Russia. Ni akhir tahun pula, banjir teruk yang berlaku hampir seluruh Semenanjung Malaysia.

Harap-harap tahun depan berkuranglah kesedihan kita.

Mari menuju ke 2015 yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

NotaKaki : Esok ada orang nak bertunang woi!

NotaKukuKaki : Ye, aku rasa ayat aku agak pelik. Skema pun ada. Tak peduli,

Monday, December 29, 2014

336. Banjir : Maklumat Palsu.


Ini entry ketiga aku tulis pasal banjir. Aku rasa kalau takde apa-apa sangat, aku tak tulis dah kot pasal banjir ni.

Dengar-dengar Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan mencari penyebar-penyebar maklumat palsu. Bila aku dengar benda ni, aku suka. Sebab aku rasa orang-orang yang menyebar berita-berita palsu adalah seorang yang bodoh dan tak patut hidup di muka bumi ini. Alamak, terover pulak. Sorry.

Aku bukan apa, salah satu punca panik adalah membaca berita-berita yang kemungkinan melibatkan keluarga kita. Lagi-lagi jika kita tak dapat hubungi keluarga kita tu. Makcik kak ipar aku sendiri terkena apabila terputus hubungan beberapa hari. Dia ada di Machang, Kelantan. Jadi bila kita baca sesuatu yang entah betul atau tidak akan menyebabkan kita ni resah. Ye, aku guna perkataan resah.

Ada yang risau, ada yang panik, ada yang tak boleh tidur malam, ada yang nak tak nak akan gerak sendiri untuk cubaan menyelamatkan keluarga mereka-mereka.

Dan satu lagi, nasihat aku kepada orang ramai, jangan main copy paste maklumat yang kita dapat tu. Entah betul atau tak. Please jangan cuba menjadi penyampai berita nombor satu yang salah.

Menyusahkan orang tahu?

NotaKaki : Makan pengat pisang time hujan sedap juga.

Saturday, December 27, 2014

335. Banjir - Panik


Banjir di Kota Bharu makin teruk. Ada sesetengah tempat yang tak pernah kena pun dah kena. Bila jadi gini, rakyat jadi apa?

Panik.

Lagi-lagi, pihak kerajaan baik negeri atau persekutuan tak habis-habis seperti membiarkan sahaja. Kata mereka keadaan masih terkawal. Agaknya nak tunggu orang mati baru kata tak terkawal kot.

Lupakan hal mereka. Aku nak bercerita dari pihak rakyat. Aku agak panik. Mama agak panik. Abah konon-konon tak panik tapi panik jugak. Saudara-mara aku pun panik.

Bila kami panik, apa jadi?

Kami pergi cari beberapa sumber makanan bagi tempoh sekurang-kurangnya seminggu. Tapi tak dapat sangat apa-apa. Ayam memang tak dapat dah, telur pun dah habis. Meggi hampir habis. Roti makin kurang. Dan aku rasa dalam beberapa tempoh lagi barang akan habis kalau keadaan berterusan begini.

Aku tertanya-tanya, kenapa jadi panik? Aku sendiri takde jawapan.

NotaKaki : Siapa pulak ni yang call-call?

Edited. Tq ANON. Big Smile.

Thursday, December 25, 2014

334. Opick - Dealova

Ni lagu baru ke nyanyi balik ek?

NotaKaki : Harap-harap hujan berkurang.

333. Banjir. Apa kata aku?


Sekarang ni musim hujan, lagi-lagi kat area pantai timur. Boleh dikatakan sepanjag masa kita akan dapat berita mengatakan sana banjir, sini banjir. Banyak, terlalu banyak.

Aku rasa ini disebabkan internet. Berita yang kita dapat terlalu cepat. Baru 5 saat terjadi something kat Kota Bharu, orang kat Johor Bahru pun dah boleh dapat berita.

Ini sangat-sangat bagus.

Cuma ada juga yang tak bagusnya. Aku perasan ada beberapa insan yang agak kurang cerdik menyebarkan berita-berita yang tidak betul. Yang ni sangat tak bagus.

Yang lagi tak bagus ada lagi. Berita tak sahih atau confirm, ada yang dah pergi sebarkan. Jangan jadi orang camni. Sangat kurang cerdik.

Yang lagi-lagi tak bagus ada lagi. Orang yang komen dalam internet tentang perkara-perkara ini tanpa memikirkan apa-apa perasaan mangsa-mangsa banjir.

Cukup.

NotaKaki : PU Azman boleh menang ka?

Tuesday, December 23, 2014

332. Alhamdullilah



Tercapai jugak akhirnya hajat aku untuk mendirikan rumah tangga. Opss. Silap pulak.
Mengada-ngada namanya.

Hajat aku untuk rasa sup belut. Dah lama aku terasa nak try rasa sup belut ni. Sejak aku berhenti kerja dan duduk di Kota Bharu. Lebih setahun jugak la kalau kira-kira.

Boleh tahan jugak rasa dia. Kira orang kata boleh pergi la dengan selera aku yang buat masa ni tak boleh makan batu dan kayu saja.

Korang boleh la try kalau datang ke area Kota Bharu. Itu pun kalau area rumah korang takde jual sup belut ni la.

Lepas ni kalau berkesempatan, aku nak try belut masak paprik pulak. Tak tahu la bila, setahun lagi agaknya.

NotaKaki : Senyap je penulis kita tu.

Monday, December 22, 2014

331. Doktor Gigi Pemurah.


"Doktor, kalau saya guna kertas pasir boleh?" Tanya abah kepada doktor gigi.

Bukan apa, abah tanya begitu kerana gigi palsunya kadang kala menyakitkan. Lebih-lebih lagi ketika makan. Barangkali gigi palsu terlebih saiz dari sepatutnya.

"Owh, boleh. Lagi bagus. Pakcik boleh try and error sendiri saiz gigi pakcik tu." Kata doktor.

Bukannya abah faham apa yang dimaksudkan try and error tu. Tapi abah mengangguk juga.

"Apa-apa kertas pasir je ke?" Tanya abah lagi.

"Ye. Kejap ye." Balas doktor. Kelihatan tangannya menekan beberapa nombor di telefonnya.

"Siti, tolong masuk sekejap." Pembantu doktor dipanggil.

Selang beberapa tika kemudian.

Tuk, tukk, tukk.

Bunyi pintu diketuk.

"Ye, masuk." Kata doktor.

"Ye, doktor. Apa saya boleh tolong?" Tanya Siti, pembantu doktor yang dipanggil tadi.

"Awak boleh ambil kertas pasir untuk pakcik ni tak?"

"Owh, sekejap ye doktor."

Selang beberapa tika kemudian lagi.

"Ini doktor."

"Serahkan kepada pakcik." Arah doktor.

Abah menyambut kertas pasir yang sebesar pemadam. Abah ingatkan kertas pasir yang ingin diberi sebesar saiz kertas A4.

"Kedekut." Bisik abah sendirian. Lalu memberi senyuman kepada doktor.

Saturday, December 13, 2014

330. Tahniah Bro!


Kahwin jugak akhirnya kawan aku ni. Tahniah bro. Semoga berkekalan hingga akhir nyawa. Semoga dapat rezeki banyak-banyak.
NotaKaki : Maaf muka aku macam palat.

Thursday, December 11, 2014

329. Ke Final!


Tahniah Malaysia. Tak kisah la orang kata apa, yang penting masuk final!

Lepas ni, menang la pulak masa final nanti ye.

Ni siapa nak belanja tiket final untuk aku ni?

NotaKaki : Design kedai senang tak?

Wednesday, December 10, 2014

328. Tok Gawa Mulut Manis.


"Asalamualaikum." Aku bagi salam lepas nampak seorang lelaki pertengahan tahun. Dia la kot Tok Gawa yang orang perkatakan, bisik hati aku.

"Waalaikumusalam. Masuk-masuk." Balas dia.

Aku mula memasuki pejabat dia. Aku lihat sekeliling. Dia seorang. Tiada orang lain.

"Ye, apa saya boleh tolong?" Tanya dia.

"Nak mintak tolong sahkan sijil saya boleh?" Kata aku tanpa menghulurkan tangan memberi salam. Nampak agak kurang ajar di situ.

"Boleh-boleh. Sijil untuk apa ye?" Tanya dia lagi.

"Takde, sijil ni untuk saya mohon mintak sambung study." Balas aku.

"Haa, boleh-boleh. Meh sijil-sijil tu." Kata dia.

Aku mengeluarkan file dari beg sandang berwarna ungu. Aku keluarkan salinan-salinan sijil yang aku sudah sediakan terlebih dahulu.

"Owh, okay." Kata dia lagi mengambil salinan-salinan sijil yang dihulur oleh aku.

Sampai sekarang aku masih tak tahu apa fungsi Tok Gawa ni. Sama macam ketua kampung ke? Tok Penghulu? Atau pegawai daerah? Aku biarkan persoalan itu dalam kepala aku tanpa mendapatkan jawapan daripada dia.

"Awak mintak U mana ni?" Tanya Tok Gawa. Cuba menutup kesunyian.

"Owh, saya nak try UMK kot." Jawab aku.

"Kos apa?"

"Bisnes." Jawab aku pendek.

"Kalau bisnes kat mana? Jeli ke sini je?" Tanya dia lagi. Sini yang dimaksudkan Pengkalan Chepa.

"Kalau tak silap kat Pengkalan Chepa. Kalau tak silap la."

"Owh, kalau sini je dekatla." Kata dia.

"Awak tak kerja?" Tanya dia lagi.

Banyak pula Tok Gawa ni tanya aku. Ikutkan kebiasaannya mana aku suka beramah mesra ni tapi disebabkan aku ni sedang mintak tolong dia. Aku layankan aje.

"Tak kerja."

"Tak mintak kerja kerajaan?" Tanya dia lagi.

"Owh, tak." Jawab aku pendek lagi.

"Kenapa? Tak minat ke?" Aku senyum tanpa jawapan. Harap dia faham.

"Result SPM awak ni takdela teruk sangat. Okay je ni." Dia sambung. Aku tengok.

"Umur awak dah berapa ni?" Sambil membelek melihat salinan kad pengenalan aku.

"26."

"Wah, ada minat nak belajar lagi ye." Balas dia.

"Hehe, tu la, kawan-kawan saya dah lama habis belajar, dah kahwin pun ada." Balas aku.

"Owh, tak kawin lagi." Aku hanya senyum dan geleng.

"Kenapa tak kawin lagi?" Tanya dia.

"Takde jodoh lagi kot." Jawab aku.

"Takde jodoh? Muka awak ni dah macam artis." Balas dia. Manis betul mulut dia ni.

Aku tersenyum.

Tapi badan saya tak macam artis. Bisik hati aku sendirian.

Nak perli pun agak-agak la Tok Gawa wehhhh.

NotaKaki : Kuih apa sedap dan senang untuk dibuat?

Tuesday, December 9, 2014

327. Buku Salinan Keras VS Buku Salinan Lembut.


Aku tak tahu apa lagi aku nak mengarut hari ni. Aku pun mula bukak laman web itu la, ini la sampai aku bukak satu artikel menunjukkan senarai 10 buku elektronik paling laku di google play store.

Masa tu aku terpikir. Best sangat ke baca buku elektronik ni.

Aku pernah download satu buku elektronik secara percuma dari satu publisher daripada Malaysia. Korang boleh agak kalau dah lama baca blog aku ni.

Masa aku baca tu, bukanlah tak best. Cuma pada aku ianya tidak sama langsung seperti buku biasa. Kau tak boleh pegang, kau tak boleh belek-belek, orang tak nampak kau sedang baca buku, kau tak rasa macam kau baca buku.

Apa lagi ni aku nak merepek hari ni? Sebab aku rasa benda ni aku dah pernah cerita sebelum ni. Rasa malas pulak nak sambung.

Cuma aku terpikir lagi, kita selalu dimomokkan yang kononnya dunia ni akan hancur melalui novel, filem, komik dan apa sahaja media yang ada. Malahan dalam islam sendiri ada mengatakan yang dunia akan kiamat. Opss. Terlalu serius.

Aku cuma nak kata, kalau benarlah dunia akan hancur seperti yang dimomokkan. Agak-agak korang buku elektronik korang tu boleh dibaca tak nanti? Atau korang akan dapat baca buku biasa? Buku yang dicetak? Buku yang boleh dipegang? Buku yang boleh diconteng?

Tepuk dada, tanya selera.

NotaKaki : Abah nak pergi jalan-jalan woi!

Monday, December 8, 2014

326. Jiwa Muda la tu.


Abah tengah menyuap roti yang dicicah kuah kari ke dalam mulut. Seorang diri. Yang lain dah kenyang.

Mata mama pula sedang menuju ke arah skrin televisyen. Rancangan apa, aku tak tahu. Yang aku dengar ada seorang lelaki menyanyi. Kadang-kadang perempuan yang menyanyi.

Aku biarkan. Aku pula sedang mengedit kertas kerja yang tidak siap-siap. Hampir dua minggu aku cuba siapkan. Lama. Bukan apa, banyak yang perlu dibetulkan semula. Lagipun aku tak suka tergopoh-gopoh.

Tiba-tiba.

"Kalau zaman dulu-dulu, orang pakai basikal macam tu tak rock." Kata Mama.

Aku pelik. Adik aku pelik jugak.

"Apa yang tak rock nya?" Tanya adik aku.

"Entah mama, apa yang tak rock nya?" Tanya aku pulak.

"Takdela, sebab basikal tu tak cantik." Balas mama.

"Dah tu, apa kena mengena dengan tak rock?" Balas aku dengan adik aku. Serentak.

"Hehe, mama saja cakap gitu. Mama dengar korang dua selalu kata gitu." Jawab mama selamba.

Amboi, boleh tahan mama ni.

NotaKaki : Internet slow takkan jadi laju jika guna notebook/desktop laju ye tuan-tuan dan puan-puan.

Sunday, December 7, 2014

325. Cuba Lagi!


Tadi Malaysia lawan Vietnam kat Stadium Shah Alam. Oleh sebab aku kekurangan duit sikit, aku lupakan hajat untuk tengok kat stadium. Jadi aku tengok kat tv jela dengan adik aku.

Aku kecewa. Malaysia kalah. Nasib baik ni perlawanan timbal balik. Harap Malaysia buat terbaik masa lawan kat Vietnam nanti.

Aku jugak berharap yang Pablo Dollah Salleh dapat mencari formula yang baru untuk perlawanan kat Vietnam nanti. Aku rasa formula yang dia pakai, orang dah boleh tahu. Tukar-tukar sikit formula tu, mana tahu ada kejayaan ke.

Mana tahu ada rezeki boleh aku tengok final kat stadium ke.

Insyallah.

NotaKaki : Bukan main suka adik aku main PES15.

324. Second Wave.


Untuk pengetahuan korang semua, hujung-hujung tahun ni kebiasaannya Kelantan akan dilanda musim hujan. Kadang-kadang sehingga sesetengah tempat dilanda banjir.

Baru-baru ni hujan dah berhenti. Cuma nak bagitau kat korang semua yang mana kemungkinan kalau ramalan tak silap, gelombang kedua musim hujan akan melanda Kelantan.

Jadi dinasihatkan jika ingin melancong atau berniat datang ke Kelantan, berjaga-jaga sikit. Dan sediakan payung sebelum hujan.

NotaKaki : Jangan lupa mulakan dengan bismillah.

Friday, December 5, 2014

323. UBER. Apa kata aku?


Seumur hidup korang mesti pernah naik pengakutan awam kan? Tipulah kalau korang kata tak pernah. Kat Malaysia sendiri ada pelbagai jenis pengakutan awam, baik train Komuter yang dikendali oleh Keretapi Tanah Melayu dan LRT dikendali oleh Rapid KL. Rapid KL turut kendalikan sistem pengakutan bas di beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia.

Dan last but not least ialah teksi. Aku rasa setiap rakyat Malaysia sekurang-kurangnya akan menggunakan teksi sekali dalam seumur hidup dalam keadaan terpaksa atau rela.

Di Malaysia, perkhidmatan teksi selalu digambarkan dengan imej yang agak tidak berapa baik. Walaupun sebenarnya ada saja pemandu-pemandu teksi yang memberikan perkhidmatan yang baik tetapi mereka telah ditenggelamkan oleh pemandu-pemandu teksi yang memberikan  perkhidmatan yang kurang baik (Aku cuba guna ayat yang baik).

Orang kata sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jadi apa yang aku nak cerita ni? Hari ini aku nak cerita pasal UBER. Apa itu UBER? Ianya bukanlah piala Uber tetapi ianya adalah perkhidmatan teksi yang lebih murah, baik dan bagus. Kata mereka. Di sini bukanlah aku ingin mempromosi mereka secara percuma. Kalau nak tahu lebih lanjut baca tentang mereka di sini.

Apa yang aku nak cerita hari ini adalah aku dengar pemandu-pemandu teksi yang asal marah dan meminta SPAD menutup dan mengharamkan perkhidmatan UBER ni di Malaysia kerana kata mereka UBER mengganggu periuk nasi mereka.

Masa aku baca benda ni aku senyum. Bila ada sesuatu yang lebih murah, baik dan bagus daripada mereka, mereka kata UBER ini mengganggu periuk nasi mereka. Aku tak nafikan dari pembacaan aku UBER memang menawarkan servis yang murah. Jadi bab tu memang aku tak boleh nak sentuh.

Hari ni aku nak sentuh bab lebih BAIK DAN BAGUS. Bertahun-tahun aku dengar dari mulut-mulut teksi di Malaysia ni teruk. Kenapa tak ubah? Biarkan jugak sampai ada satu tahun tu teksi di Malaysia diletakkan dalam 10 senarai perkhidmatan teksi paling teruk dalam dunia. Ulang sekali lagi, dalam dunia.

Bila UBER datang diorang kata mengganggu periuk nasi mereka? Tahi lembu. Aku taknak kata lebih la, UBER ni takkan muncul kalau pemandu-pemandu teksi tak berperangai begitu.

Cuma tak silap aku, ada beberapa negara dalam dunia telah mengharamkan perkhidmatan UBER ni termasuk Germany dan Thailand. Di Malaysia telah ada beberapa siri perbincangan dan dikatakan SPAD bersetuju memberi laluan UBER diteruskan di Malaysia. Aku baca kat sini dan sini.

Tak tahula camne lepas ni.

Owh, kalau korang nak guna perkhidmatan ni, click sini.

NotaKaki : Kusut.

Thursday, December 4, 2014

322. Dia Masih Sayang.


Sebelum ni aku pernah tulis pasal orang yang sikit-sikit berkaitan dengan Malaysia mesti perlekeh. Ada ingat? Kalau tak baca lagi, sila la baca dulu di sini.

Sebenarnya secara jujurnya orang yang aku maksudkan tu ramai. Ada antara kawan-kawan aku dan ada juga dari keluarga aku sendiri lebih-lebih lagi Abah aku. Kalau korang bercakap dengan dia mesti ada saja benda yang diperlekehkan. Kadang-kadang aku sendiri malas nak layan. Teruk jugak perangai aku ni.

Cuma, kalau aku perhati betul-betul, jauh di lubuk hati Abah aku masih sayangkan Malaysia. Walaupun konon-konon mulut mengatakan lain tapi perbuatannya mengatakan lain.

Contoh pasal bola, mulut mesti kata kalahlah Malaysia, tak boleh pergi jauh la tapi bila tengok bola mesti Abah aku akan secara boleh mencari masa nak tengok jugak bola. Bila gol, bersorak bukan main. Cuba nampak la Abah aku kontrol perasaan tu.

Sama jugak kalau pasal kereta atau apa-apa yang melibatkan Malaysia. Mulut kata lain, hati kata lain membuatkan perbuatan jadi lain dalam keadaan tak sedar.

By the way, jangan lupa tengok Malaysia lawan Vietnam hujung minggu ni. Kalau aku ada kat area Kuala Lumpur, mesti aku pergi. Kecuali ada orang nak sponsor aku. Ada tak?

Aku harap Malaysia menang, senang nanti masa lawan kat Vietnam pulak.

NotaKaki : Satu sudah siap, dua lagi.

Wednesday, December 3, 2014

321. Mahkota Bagi Lelaki.


Pernah terfikir apa mahkota bagi seorang lelaki? Aku rasa kita selalu dimomok oleh mana-mana media mengatakan mahkota bagi perempuan ialah rambut.

Sekarang aku tanya, mahkota untuk lelaki tu apa? Rambut juga? Aku rasa betul tapi bukan itu saja. Mahkota seorang lelaki termasuk gigi. Ke perempuan pun sama ye?

Ahh, aku tak peduli. Aku nak cerita kat sini untuk lelaki saja.

Rambut.

Cuba korang bayangkan seorang lelaki tanpa rambut? Aku tak sanggup nak bayangkan yang kalau aku takde rambut suatu masa nanti. Mintakla rambut aku ada lengkap sampai nyawa aku ditarikNya.

Tapi rambut beruban camne pulak? Itu masalah aku sekarang ni. Aku rasa aku mewarisi gen mama aku yang mana mama aku mewarisi gen tok ayah aku yang mana kedua-duanya mula beruban sejak muda lagi. Dan aku tengok rambut aku dah bermula beruban. Terpaksa aku cover kononnya kuat berfikir. Entah betul ke tak, aku sendiri tak tahu.

Gigi.

Satu je aku nak tanya, kalau korang takde gigi, boleh korang bercakap dengan penuh keyakinan?

NotaKaki : Satu sudah setel, tinggal satu lagi.

Monday, December 1, 2014

320. Manusia Boleh Berubah.


Sekarang jam 3.55 petang. 5 Minit lagi dah nak masuk jam 4.00 petang.

Apa aku buat?

Aku tengah edit-edit sikit apa yang si Razimey ni tulis dalam blog dia. Aku copy paste semua tulisan dia dan aku edit-edit. Kalau ada rezeki dia, jadilah sebuah buku. Kalau ada rezeki kitorang lagi, ada la orang yang beli.

Insyallah.

Jadi apa kaitan dengan apa yang aku nak cerita hari ni?

Ada beberapa entry dia yang kadang kala melibatkan aku, dia dan kawan aku. Masa tengah mengedit tu, kadang-kadang aku terbaca la jugak kisah dia dan keluarga dia. Dia dah dia. Dia dan aku. Dia dan kawan kitorang.

Dia menulis kat blog tu sejak tahun 2012 yang mana kisah blog tu berlaku dalam tahun 2012, 2013 dan sedikit 2014. Terasa sekejap je kan? Walaupun kalau korang perasan, ianya terlalu jauh. Korang takkan dapat pergi balik ke masa itu.

Apa yang aku buat aku ingin tulis kali ini disebabkan entry ini.

Aku takkan salah sesiapa melainkan diri aku sendiri dalam hal ini. Walaupun bukan itu yang aku ingin ceritakan hari ini.

Aku dapat rasakan manusia memang akan berubah. Kita tak akan perasan jika hari-hari kita bersama dengan orang itu.

Cuba korang cari balik kawan-kawan korang yang tak berjumpa sekurang-kurangnya setahun. Pasti ada saja perkara yang berubah. Bila aku tengok diri aku sendiri pun, aku rasa diri aku ada perubahan walaupun secara asasnya sama sahaja.

Dulu aku tak tahu apa nak buat, sekarang dah tahu. Dulu ada sokongan dari seseorang, kini tidak lagi. Dunia aku dan dia dah lain. Dulu aku ada duit, sekarang tak lagi. Salah aku, tak kerja. Dulu aku hensem, sekarang tambah hensem. Okay, angkut bakul angkat sendiri. Siapa lagi kan nak puji diri sendiri kalau bukan diri sendiri?

Memandangkan aku dah semakin mengarut. Aku berhenti di sini sahaja.

NotaKaki : Mey, mana-mana tak masuk tahun ni, kira masuk buku next issue la. Amboi. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...