Wednesday, November 12, 2014

313. How To Do It : Kuih Poli Ubi


Sebelum ni aku ada bagitau yang aku nak buat Poli Ubi kan? Oleh sebab dah lama gila aku rasa aku tak kongsi cara-cara nak buat apa-apa makanan, aku rasa kali ni aku nak kongsi la dengan korang. Manalah tahu bakal isteri aku nak buat untuk aku in future kan? Boleh rujuk kat blog aku ni.

senyum kambing sensorang

Apa yang korang perlu ada?

1. Ubi Kayu
Tips untuk korang, cari masa musim hujan. Sangat murah.

2. Kelapa muda yang dah diparut
Kalau boleh ambil yang putih-putih je.

3. Daun Pisang

4. Air

5. Garam

6. Daun pandan

7. Gula melaka


8. Kerajinan dan ketabahan dalam hati

So, bila korang dah ada semua bahan-bahan yang aku bagitau kat atas.
Korang ikut cara ni pulak.

1. Buang kulit ubi kayu.


Pastikan korang buang kulit dia betul-betul. Kalau yang tak berapa reti akan buang satu kulit je, Ubi kayu ni ada dua kulit, satu yang biasa satu yang tebal.

2. Kisar ubi kayu tu. (Betul ke perkataan kisar ni? Aku tak ingat perkataan yang betul)

Kalau boleh yang tengah-tengah isi dia buang. 

3. Habis je kisar ubi kayu tu, korang letak atas daun pisang. Tak perlu besar sangat dan jangan terlalu kecik sangat.



Pastikan daun pisang tak berapa rapuh. Tips dari mama aku, kalau rapuh, layur atas api panas sekejap.

4. Tutup dan ikat daun pisang.

Yang ni kena minta tolong mama aku, aku tak berapa reti. Thanks mama.

5. Ulang sampai ubi kayu yang dah dikisar tu habis.


6. Dalam masa yang sama korang dah boleh panaskan air. 

Yang ni just untuk pastikan tak bazir masa korang je.

7. Masukkan ubi kayu yang dah diletakkan dalam daun pisang tu ke dalam air yang dipanaskan tadi.

8. Rebus selama sekurang-kurangnya 30 minit.


9. Dalam masa yang sama jugak, selagi lagi korang dah boleh start panaskan gula melaka dalam air. Letak daun pandan dalam tu sekali, bagi ada bau wangi-wangi sikit.
Kepekatan gula melaka ni terpulang atas minat masing-masing. 

10. Lepas setengah jam, cuba ambil satu dan korang tengok dah masak ke belum.

Kalau dah, boleh angkat semua. Kalau belum, korang ikat dan letak balik. Nak tau masak ke tak, sekurang-kurangnya benda ni kena terapung.

11. Korang bukak daun pisang tu dan potong ubi tu menjadi bentuk dadu. Lepas tu letak atas kelapa. Sebelum terlupa, garam diletakkan dalam kelapa yang dah diparut tu.
Saiz potongan korang tu ikut suka hati. Cuma kalau besar sangat mungkin tak best masa makan nanti.

12. Gaul bagi ubi dan kelapa menjadi seperti dalam gambar kat bawah

13. Ambil sedikit dan letak di atas pinggan. Kemudian ambil sedikit gula melaka yang korang dah cairkan tadi dan letakkan di atas poli ubi tadi.

14. Siap.

Selamat menjamu selera.

Owh, aku rasa aku tak bagitau kenapa kena ada kerajinan dan ketabahan hati kan?

Kerajinan tu sebab kalau korang malas, jangan harap korang akan buat benda ni semua. Lagi-lagi kalau korang ni nak buat sensorang.

Ketabahan hati tu pulak sebab nak buat kuih ni agak memakan masa kalau buat sensorang. Aku sendiri buat benda ni dari 1.00 petang sampai 4.30 petang baru boleh makan.

NotaKaki : Tangan aku sakit ni woi. Lama tak buat kerja kuat. Kah3!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...