Thursday, October 30, 2014

304. Cita-Cita?


Sejak kecil, dalam kelas mesti cikgu korang pernah tanya apa cita-cita korang kalau dah membesar nanti kan? Ada yang jawab polis, ada yang jawab bomba, ada yang jawab doktor. Kalau korang perasan ini semua adalah jawapan yang popular. Kenapa? Kerana budak-budak hanya didedahkan dengan bidang-bidang ini sahaja. Habis kuat ada yang jawab nak nak jadi cikgu ataupun nak jadi pemain bola sepak profesional.

Dan aku pun sama je macam budak-budak tu. Dari aku berumur darjah 4. Aku akan bagi cita-cita pertama aku ialah doktor. Sebab? Ada sorang cikgu kelas aku ni kata tulisan aku macam cakar ayam. Doktor je yang tulis camtu. Aku pun ingat dengan tulis camtu akan menyebabkan aku jadi doktor secara tiba-tiba. Rupanya tidak. Ianya perlu belajar rajin-rajin dan ambil subjek Biologi semasa tingkatan 4. Dan juga kena skor dan ambil pula ape ntah. Mana aku tau, buat aku jadi doktor pun.

Rasanya tak perlu untuk aku cerita apa cita-cita aku nombor dua, tiga, empat dan seterusnya.

So, bila aku habis SPM. Aku terpinga-pinga. Apa aku nak buat lepas ni? Dah la masa sekolah duk main cinta je. Lepas SPM terus blur. Nak jadi cerita, result SPM membuatkan aku tak boleh masuk matrik. Oleh itu, jalan aku boleh ke tingkatan 6 dan mengambil STPM ataupun mengambil diploma di mana-mana pusat pengajian tinggi.

Masa aku nak minta bidang yang aku nak sambung, aku blur balik. Minta pendapat abah aku. Minta pendapat abang aku. Abang aku tanya aku balik, apa aku minat. Aku jawab, minat kerja macam abah aku yang duduk dalam office pakai baju kemeja, seluar slack dan berkasut hitam. Abang aku jawab itu la ini la. Bila sampai ke abah aku, abah aku suruh ambil bidang ukur tanah. Aku ambil. Satu lagi dia suruh aku pilih sendiri.

Bila aku nak ambil masak-masak, abah aku kata jangan tiru Chef Wan. Bila nak ambil bidang hiasan dalaman, jangan tiru Eric Leong. Semua bidang tu yang femes-femes jangan ambil. Mungkin abah aku tak yakin dengan aku. Takpe, aku tak jadi ambil. Aku ambil ape ntah. Masa nak tulis la dok lupa.

Takpe, kita teruskan. Alhamdullilah aku dapat sambung dalam bidang ukur tanah. Aku habiskan diploma aku dalam bidang tu. Lepas saja habis, aku blur balik. Kali ini adalah sebab aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Kerja atau sambung study? Aku tak nak kerja di Kelantan masa tu. Darah panas kononnya. Nak sambung study result diploma aku tak power. Susah. Kena ada pengalaman sekian-sekian. Try punya try, aku dapat kerja dalam bidang ukur tanah di Kota Damansara. Setahun kerja situ, lepas tu tukar ke Subang Jaya.

Masa kat Subang Jaya ni la lama sikit. Hampir 4 tahun aku kat situ. Aku ada banyak masa aku fikir balik apa aku buat sebelum-sebelum ni. Antara silap aku, tak minta sambung belajar betul-betul. Bila kau dah kerja, kau akan rasa takde masa sahaja. KONONNYA. Tak semua orang macam aku.

Apa lagi aku fikir masa tu? Baru lah aku tahu yang mana selagi mana kau makan gaji, selagi itu kau akan duduk tahap itu sahaja. Kecuali kau makan gaji tahap ribu-ribu yang melampau-lampau. Kalau setakat bawah RM2,000.00. Usahla nak bermimpi itu la ini la kecuali korang tak ubah sendiri benda itu.

Kalau sekarang orang tanya apa cita-cita aku, aku dah ada jawapan. Nanti kalau rajin aku cerita la kat korang. Sekarang aku nak sambung buat apa patut aku buat dari setahun yang lepas.

NotaKaki : Selang seli ni okay ke tak?

Tuesday, October 28, 2014

303. Online Shopping.


Ramai yang sering kali mengatakan yang jika ingin memudahkan diri beli lah apa-apa secara atas talian atau bahasa mudahnya beli online. Jadinya adakah ianya mudah sungguh? Lebih-lebih lagi sekarang ni dah banyak memang terlalu ramai yang menjual secara online, bahkan syarikat-syarikat besar pun sama ada jual secara online. Itu belum termasuk website yang memang dibina untuk menjual barang secara atas talian contohnya mudah, lazada, lelong dan lain-lain.

Yang tak bestnya apasal ayat-ayat yang dipakai aku ni gayanya seperti terlalu skema.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya?

Gini, aku setuju dan tak setuju dengan apa yang aku tulis kat atas.

Kenapa aku setuju? Aku setuju untuk beli online jika barang itu bernilai dari RM0.01 sehingga RM150.00 sahaja. Jika lebih, ianya akan meningkatkan peratusan kau terkena atau senang kata kau dah kena tipu. Ataupun habis kuat pun korang  pergi lah sendiri mengadap si penjual itu dahulu. Ianya dipanggil COD dalam bahasa pasar. Maksud COD ini ialah Cash On Delivery. Ini bermaksud korang jumpa si penjual, tengok barang dan jika berpuas hati barulah bayar kepada si penjual. Ini pada aku adalah cara paling selamat.

Cuma kalau barang yang korang nak beli tu si penjual sangat jauh, apa patut korang buat? Korang janganlah membabi buta teruskan pembelian tu. Korang usha dulu website dia. Kalau atau laman sosial macam facebook, twitter atau instagram, korang usha dulu. Tengok apa feedback dari customer-customer terdahulu. Kalau okay barulah korang jalankan urusan pembelian tersebut.

Kenapa aku tak setuju? Sebenarnya aku dah bagitau kat atas. Korang bayangkan korang keluarkan duit lebih dari RM150.00 dan korang tertipu? Apa perasaan korang? Sedih kan? Okaylah, katakan korang dapat jugak barang korang tu tapi barang tak menepati ciri-ciri yang korang nak masa beli. Contoh nak colour hitam dapat putih atau nak kecik dapat besar. Tak ke sedih?

Okay, katakan korang hantar balik barang tu kepada si penjual, belum tentu dia nak layan. Katakan kalau dia layan jugak dan korang dapat refunds balik, agak-agak korang masa korang terbuang tak? Tahukan korang yang mana masa itu tidak ternilai harganya.

Di sini aku mencadangkan, jika korang terasa nak cepat atau barang itu akan menjadikan korang barang berharga. Rajinkan lah diri korang dapat berjalan sahajalah ke kedai-kedai berhampiran kawasan yang korang tinggal dan belilah sendiri. Lebih puas hati.

Aku nasihat ni based on pengalaman terlibat dalam urusan pembelian secara talian ini sejak 2009. Lama kan? 5 tahun tu. Lagipun bukan aku sendiri tak pernah kena, kawan-kawan aku sendiri pun ada. Ada yang sampai gaduh dengan tunang. Yes, kau la. Takde orang lain. Hehe, maaf.

NotaKaki : Alhamdullilah dah dapat. Harap-harap tak mengecewakan.

Monday, October 27, 2014

302. Cuci-cuci


Kali ini aku nak cerita kat korang pasal cuci-cuci. Takdelah, takde kena mengena dengan syarikat pakcik aku yang aku tolong tempohari pun.

Apa yang nak dicuci pulak ni?

Biasanya, kita selalu dengar perkataan cuci ini berkait rapat dengan kebersihan dan kekotoran. Betul? Kali ini tidak.

Aku nak cuci mana-mana blog yang dah tidak diupdate lebih dari tempoh tertentu. Sebab aku rasa kot la aku nak follow orang lain boleh la kan? Aku akan tinggalkan mana-mana yang tak terupdate kalau mereka-mereka itu aku kenali atau dikemudian hari jika berkesempatan pula.

Cuma, internet rumah ni agak slow nak mampus. Jadi ianya menyukarkan proses pencucian yang ingin aku lakukan. Dan dari pemerhatian aku, gaya macam payah sungguh untuk mengunfollow sesuatu blog. Leceh.

NotaKaki : Esok nak bangun awal!

Sunday, October 26, 2014

301. Fikir.


Aku pandang Iqbal. Tunggu giliran dia yang sedang memikirkan perkataan sesuai. Iqlima dan Isa turut berdebar. Apa-apa perkataan yang digunaakan Iqbal bakal mengubah corak permainan ini.

"Cepatlah!" Jerit Iqlima. Mungkin ingin mengganggu tumpuan Iqbal. Lebih cepat Iqbal membuat keputusan, lebih cepat dia boleh meneruskan permainan.

"Sabarlah." Balas Iqbal lembut. Sama seperti perwatakkannya.

"Cepatlah, orang tunggu lama dah ni." Isa pula berbunyi. Aku sekadar memerhati. Aku mengerti sebarang gangguan akan menyebabkan tumpuan lari. Ini juga akan menyebabkan permainan ini berlarutan lebih panjang.

Iqbal meletakkan jari di dahi dan menggerakkannya. Lagak seperti orang yang sedang berfikir. Mata Iqlima dan Isa memandang serius ke arah Iqbal. Tidak sabar. Menunggu giliran mereka yang tidak tiba-tiba.

"Lamanya fikir?" Aku bertanya akhirnya.

"Aku tak tahu nak letak apa." Jawab Iqbal pendek.

Masakan tiada apa-apa perkataan yang sesuai. Iqbal terlalu lama memikirkan perkataan tersebut.

Ting tong. Bunyi loceng.

"Yeeeaahhhh! Abah sampai." Jerit Iqlima.

Aku kecewa tak dapat habiskan permainan Shahiba ini. Sudah berbulan lama tidak bermain permainan ini.

NotaKaki : Online?

300. BOT?


Ini adalah entry aku yang ke 300. Tahniah untuk aku walaupun kadang-kadang aku sangat malas jadi entry tu aku letak video atau music video.

Aku tengok ramai jugak yang baca entry-entry aku yang lepas. Aku rasa suka gila. Rasa tak gembira tak terhingga. Pernah dekat-dekat 800 orang jugak la baca. Terharunya rasa.

Tapi satu je aku pelik. Yang komen semuanya spam-spam je.

Ni buat aku terfikir, Bot je ke yang masuk dalam blog aku ni? Sebab ye aku faham blog ni bukan menarik macam blog-blog yang lain. Ayat pun tunggang terbalik. Ayat mintak kaki je.

Hmmm.

NotaKaki : Gembira sungguh main dengan budak-budak.

Wednesday, October 22, 2014

299. Music Video - Sang Mantan oleh Nidji


dulu aku kau puja
dulu aku kau sayang
dulu aku sang juara
yang selalu engkau cinta
kini roda telah berputar
kini aku kau hina
kini aku kau buang
jauh dari hidupmu
kini aku sengsara
roda memang telah berputar
mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri
akulah sang mantan
akulah sang mantan
sakit teriris sepi
ketika cinta telah pergi
akulah sang mantan
akulah sang mantan
mana janji manismu
setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi
saat ku jatuh dan sendiri
mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri
akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan
mana janji-janjimu

Amacam, buat sedih sikit hari ni. Kah3.
NotaKaki: Syok betul depa buat BBQ.

298. Kereta kecil.


"Ekelen, ntah apa-apa la kereta ini." Kata Alya. Kakaknya, Ain senyap sahaja.

"Apa yang tak bestnya?" Aku tanya,

"Yela, kereta ni kecik je. Kereta kita best. Besar." Jawab Alya dengan muka yang berlagak. Aku senyum.

"Hei, tak baik la kata macam tu." Kata Ain yang nampak lebih cerdik berbanding Alya.

"Ishh apanya. Betul apa Alya kata." Aku senyum lagi. Cuba mendengar apa yang ingin diperkatakan.

"Kakak tengok la. Baru dua orang yang duduk kat belakang ni dah sempit."

"Kereta kita jugak best. Mami boleh duduk. Alya boleh duduk. Kak Ain pun boleh duduk." Tambah Alya.

"Yela-yela, kereta ni tak best, slow, kecik pulak tu kan." Kata aku.

"Haa, tahu pun. Lain kali pakai la kereta besar-besar."

Mama datang dan masuk ke dalam kereta. Aku pandu pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah, kelihatan pakcik aku sudah sampai.

"Chik lama dah ke sampai?"

"Takdela, baru je." Jawab pakcik aku.

"Ni haa kunci kereta tu. Budak-budak tu ada dalam kereta tu." Sambil menunjuk ke arah anak-anak pakcik aku. Seorang berumur 10 tahun dan seorang 5 tahun.

Aku senyum sahaja.

297.Ekelen, Malaysian je pun.


Aku ada satu isu. Dalam banyak-banyak isu yang aku ada, aku rasa isu ini yang paling aku rasa yang ramai tak sama dengan aku. Apa benda?

Aku ada satu perasaan di mana ciri-ciri aku sayangkan Malaysia tu amat tinggi. Aku agak jela. Kalau tak betul nak buat camne kan.

Aku boleh tegur kesilapan dibuat oleh orang Malaysia tetapi aku tak boleh dengar orang mengutuk yang amat sangat tentang Malaysia.

Contoh?

Filem Malaysia.

Aku sangat pantang apabila orang katakan SEMUA filem yang dibuat oleh orang Malaysia sangat teruk.

Pada aku, mereka-mereka ini ada masalah. Korang tahu kan yang korang ada kuasa untuk memilih? Yang korang pergi pilih untuk tonton filem Malaysia yang bodoh-bodoh dan bangang-bangang tu kenapa? Tetapi korang pilih untuk tidak tonton filem-filem yang berkualiti.

Kereta Malaysia.

Semua kereta Proton takde kualiti.

Yang ni pun sama jugak. Kereta tu belum keluar di pasaran pun lagi. Dah kena. Malahan, ada yang baru keluar gambar je, dah kena tuduh tiru kereta itu tiru kereta ini. Sebelum bagi komen apa-apa, korang pergi la test drive dulu ke. Cukup-cukuplah bagi komen membabi buta. Nasib baik Perodua ramai yang dah boleh terima walaupun Perodua sekarang ini under UMW.

Bola sepak Malaysia, Harimau Malaya dan sukan di Malaysia.

Isu yang ni pelik sikit. Ramai penyokong-penyokong bola sepak di Malaysia lebih meminati sesuatu pasukan bola sepak yang bertumpu kepada negeri kelahiran masing-masing atau tempat mereka membesar. Jadi, apabila sesebuah pasukan melakukan perubahan yang amat bagus, mereka dikutuk kerana bukan negeri kelahiran atau tempat membesar. Contoh, aku boleh terima apabila sebuah pasukan dari selatan tanah air memancing pemain dengan memberi gaji yang lumayan, itu hak mereka untuk memilih. Cuma, janganlah kau ada kontrak  lagi, kau lari macam tu je. Itu namanya buat taik.

Lain pula dengan sukan lain di Malaysia. Belum apa-apa lagi, kau dah kata OUT AWAL-AWAL la Malaysia tu nanti. Kau gelakkan mereka apabila sasaran mereka tak cukup.

Ada orang yang tak minat apa-apa tentang Malaysia. Dorang tolak awal-awal filem Malaysia. Dorang tolak awal-awal untuk pakai kereta Malaysia. Dorang kutuk awal-awal apabila pasukan Malaysia bermain bola.

Ini baru tiga isu. Ada banyak lagi isu-isu lain seperti politik di Malaysia, pelancongan di Malaysia, rancangan tv, buku-buku terbitan syarikat Malaysia dan lain-lain.

Tapi ye, ini bukan seratus peratus salah mereka-mereka ini juga. Kau bayanglah, orang yang suruh kita pakai kereta Proton pun pakai kereta buat luar negara. Orang yang terlibat dalam filem Malaysia sendiri mengagung-agungkan filem terbitan luar khususnya Hollywood. Yang pasal sukan aku tak tahu. Maaf.

Ada satu lagi bab yang aku cukup suka nak sentuh tapi itu nantilah. Aku bagitau tajuk cukup kot. SEJARAH MALAYSIA.

NotaKaki : Lambat la gini.

Saturday, October 18, 2014

296. Music Video Hari ini : "The Edge of Night" (The Return of the King) performed by Billy Boyd



Dok boring ni, saja la nak kongsi lagu ni. Sedih. Lagipun, nak bagi semangat sikit suruh korang tengok The Hobbit yang last sekali bulan Disember nanti. Harap tak mengecewakan macam yang dua movie sebelum ni.

NotaKaki : Lambat la pulak. Masalah ni.

Friday, October 17, 2014

295. Tajaan


Dalam dua tiga hari ini, ada satu pasangan suami isteri dikatakan akan mendapat tajaan bagi tujuan beranak anak mereka. Alhamdullilah kalau aku jadi pasangan suami isteri ini.

Iyela, bukan senang kan nak dapat tajaan orang? Lagi-lagi aku dengar kalau perbelanjaan untuk proses beranak ni bukan murah.

Tapi heboh sana sini orang bising. Katanya pasangan suami isteri tak layak. Aik, aku pelik. Orang nak sponsor pun bising?

Kenapa pulak?

Siasat punya siasat, rupanya pasangan suami isteri tergolong dalam golongan berkemampuan yang amat sangat. Dengar-dengar anak si isteri ni dapat hadiah sebuah kereta kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Hmmm.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang lain sedang kira duit syiling. Yela, nak kira balik bajet untuk cover kenaikan harga minyak. Opss, pengurangan subsidi.

NotaKaki : Baru kata sikit, semua dah tahu. Adooiii.

Saturday, October 11, 2014

293. Kisah Cinta #3


Aku membesar seperti budak-budak normal yang lain. Bermain dan berseronok sahaja dalam kepala aku. Aku dah tak ingat langsung kisah-kisah aku bersama Alya dan Syikin. Sehingga la aku berusia 12 tahun. Sesuatu mengingatkan yang aku ini adalah seorang budak lelaki.

Aku ingat lagi, tahun tu 2000. Aku terpaksa masuk kelas yang kebanyakkan pelajar lain adalah sangat asing daripada aku. Tak silap aku, hanya 2 atau 3 orang sahaja dari kelas darjah 5 aku yang masuk ke kelas tu. 6 Gigih nama kelas tu. Sebelum tu aku dalam kelas 5E. Erat kot. Tak ingat.

Masa hari pertama masuk kelas tu, aku senyap. Aku memang macam tu, lagi-lagi bila ramai yang aku tak kenal mana. Sama macam hari-hari pertama aku dari kecil, aku mesti masuk kelas awal. Aku perhati je sorang-sorang masuk dalam kelas tu. Muka-muka sorang demi sorang aku tengok. Aku cuba ingat balik, kalau-kalau ada yang aku pernah kenal sebelum ni.

Dalam ramai-ramai tu, aku nampak Edwan masuk kelas. Aku senyum. Aku pernah satu kelas dengan dia sebelum ni. Lepas tu aku nampak Ali pula masuk dalam kelas tu. Bertambah senyum aku. Aku pernah kelas dengan dia jugak sebelum ni. Ada dua orang aku kenal. Kebetulan pula, meja kat area aku duduk tu ada tiga meja. Aku panggil diorang duduk sebelah aku.

Aku borak-borak dengan diorang. Yela, sebenarnya bukannya aku rapat sangat dengan diorang. Sebab satu kelas ni jela, aku kena berbaik-baik dengan dorang. Kira sambil menyelam minum air kata orang tua-tua. Pandai kan aku berfalsafah? Sebenarnya bukan ini yang aku nak cerita.

Sama macam tajuk cerita ni, kesinambungan dari Kisah Cinta #1 dan Kisah Cinta #2 yang pernah aku ceritakan sebelum ni.

Aku ingat lagi, bila kelas dah penuh. Cikgu masuk. Cikgu lelaki. Mungkin guru kelas aku. Aku bertambah takut. Semua budak dalam kelas aku berdiri.

"SELAMAT PAGIII, CIKGGUUU!" Jerit satu kelas. Aku turut ikut.

"Selamat pagi. Ok, duduk semua." Jawab cikgu tadi.

"Nama saya Ismawi. Boleh panggil saya Cikgu Ismawi." Cikgu lelaki tadi perkenalkan dirinya. Satu kelas mengangguk-angguk kepala atas dan bawah. Yela, mana ada orang angguk kepala kiri kanan kan?

"Sekarang saya nak awak perkenalkan diri masing-masing." Bila dengar je yang ni. Aku lemah. Aku paling tak suka perkenalkan diri aku.

"Kita start dari belakang kiri saya." Sambung Cikgu Ismawi. Memang elok perangai cikgu ni, aku dah la duduk barisan belakang sekali. Nasib baik sikit je aku duduk belah kanan Cikgu Ismawi tu.
Sorang-sorang pelajar berdiri perkenalkan diri.

Blaaaa, hassan, blaaaa, segambut, blaaaa, oktober, blaaaa, kelantan, blaaaa, perak, blaaa, kuala lumpur, blaaaa.

Aku tak layan sangat apa yang budak-budak lain perkenalkan diri. Dalam kepala otak aku tengah hafal nama penuh aku, tarikh lahir aku, alamat rumah, tempat lahir dan kampung aku berulang-ulang kali. Takut tersilap.

Seketika kemudian, giliran aku tiba. Aku berdiri.

"Nama saya Haikal, lahir..." Aku perkenalkan diri aku.

"Jap, jap, jap. Saya tak dengar la. Tolong kuat sikit." Jerit Cikgu Ismawi. Malu gila rasa, habis kuat dah aku rasa aku jerit perkenalkan diri aku.

"NAMA SAYA HAIKAALLL! LAHIRRR 14 OKTOBERRR 1988!! DI HOSPITAL USM, KUBANG KERIAN! TINGGAL DI TAMAN SPPK SEGAMBUT DAN KAMPUNG SAYA DI KOTA BHARU CIKGGUUUU!" Jerit aku. Cikgu Ismawi terangguk-angguk tanda dia dengar. Aku duduk.

Blaaaa, hassan, blaaaa, segambut, blaaaa, oktober, blaaaa, kelantan, blaaaa, perak, blaaa, kuala lumpur, blaaaa, kuantan, blaaa, selangor, blaaaa, kedah, blaaaa jun, blaaaa ogos, blaaa januari, blaaa negeri sembilan, blaaa.

Aku tak layan apa yang budak-budak lain sebut. Otak aku melayang entah memikirkan apa. Hanya mata aku sahaja yang memandang ke arah budak-budak yang berdiri.

Sampailah giliran seorang budak perempuan. Dia berdiri. Aku tengok dia. Aku tertanya-tanya. Siapa dia ni? Apa nama dia? Dia ni duduk mana? Banyak persoalan yang terbenak dalam kepala aku. Aku tumpu perhatian betul-betul kali ni. Nak dengar apa dia cakap.

"Nama saya Filzah. Lahir 15 Jun 1988." Lepas tu aku tak dengar. Aku perhati je ke arah dia sepanjang kelas tu.

Lepas setengah jam, kelas tamat. Cikgu Ismawi keluar. Ada masa terluang.

Aku pandang je ke arah budak perempuan tu. Aku perhati dia baik dengan dua orang budak perempuan. Dalam kepala aku pikir, kalau aku nak baik dengan perempuan ni. Aku kena baik dengan dia jugak. Tak pun kena minta tolong dia ni kenalkan aku ke apa ke. Aku senyum pandang ke arah mereka. Salah seorang kawannya balas pandangan aku.

Senyum kembali. Pelik.

Hati aku mengatakan dia ini cantik. Tapi aku pemalu. Tak tahu apa aku ingin buat. Aku pendam seorang diri. Tidak memberitahu sesiapa.

Perkara ini berlanjutan sehingga aku mengetahui salah seorang kawan aku cuba mengorat dia. Hati aku tersentak.

Aku diamkan. Aku lupakan dia.

NotaKaki : Trauma woi.

Friday, October 10, 2014

294. Sakit Otak Lagi

Tak sampai sebulan lagi, adik aku akan menghadapi SPM.

Mama aku tengok result adik hari tu dan ianya agak membimbangkan.

Jadinya, mama minta aku tolong ajar mana yang aku boleh. Lebih-lebih lagi matematik.

Aku okay saja.

Jadinya, malam ni aku cuba la tolong. Ia buat aku sakit kepala gila-gila.

Sebab?

Dah lama gila aku tinggalkan benda-benda ini.

Ini bermaksud, kalau nak power matematik korang kena terus menerus buat latihan matematik.

Kecuali korang ni genius nak mampus!

NotaKaki : Kelantan kalah.

Thursday, October 9, 2014

292. Sakit Otak

Aku betul-betul sakit otak ni. Sedang memikirkan sesuatu sendirian tanpa sesiapa yang memberi kata-kata semangat. Sakit.

Apa yang aku fikirkan? Aku fikirkan apa yang aku nak tulis ni. Seriusly memang otak aku sakit. Buntu.

Benar kata orang, jika kau tidak membaca otak kau akan beku. Percayalah kata-kata ini. Kau akan rasa otak kau sedang membuat kerja tetapi tiada isi di dalam otak kau. Apa kau dapat? Habuk. Ianya ibarat kau start enjin kereta tanpa minyak, mana nak hidup enjin kereta tu.

Tapi itu la masalahnya sekarang ni. Aku terasa ingin bekerja untuk cari duit untuk beli sesuatu yang aku boleh baca.

Tapi bukan tidak mahu tetapi aku pun tak tahu apa aku merepek dah.

NotaKaki : Cubaan bermula kembali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...