Thursday, August 7, 2014

287. Watikah untuk Sepupu

Ke hadapan sepupu gua yang berada di Melaka. Apa khabar kamu di sana? Bagaimana kerja? Okay?

Gua kat sini sihat alhamdulillah. Abah dan umi pun sihat-sihat aja. Adik kamu pun nampak gaya masih sihat.

Gua terasa untuk menulis watikah ini bukannya apa, terasa seperti susah untuk menghubungi kamu baik secara message, telefon mahupun sosial media.

Jadi, gua rasa dengan menulis watikah ini di sini, gua berharap kamu akan dapat membaca pada bila-bila masa yang kamu inginkan.

Ada beberapa perkara yang gua nak sampaikan.

Pertama, tahniah atas kejayaan mendapat pekerjaan di Melaka itu. Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan sekarang. Malahan ramai lepasan-lepasan universiti sendiri yang masih menganggur. Tahniah gua ucapkan.

Keduanya gua harap kamu dapat berkongsi perihal tentang kamu di sana. Gua dan keluarga lain terasa amat bimbang apabila kami tidak dapat apa-apa berita dari kamu. Sekurang-kurang kalau boleh cubalah menghubungi kami sekali sehari. Walau dengan apa cara sekali pun. Malahan dengan media sosial pun sudah mencukupi. Ramai di sini yang menunggu kamu berhubung. Gua dan keluarga lain sedia membantu. Kamu hanya perlu menghubungi sesiapa sahaja. Jangan risau, kalau gua dan keluarga lain marah pun, sekejap sahaja. Perasaan risau dan sayang pada kamu melebihi perasaan marah kami.

Ketiganya, gua tahu kamu sangat menyayangi beliau tetapi gua berharap kamu jangan lah melupakan cita-cita kamu untuk menjadi seorang penulis. Teruskan menulis. Insyallah kamu pasti berjaya. Menulis tidak semestinya memerlukan komputer mahupun handphone yang canggih. Kamu boleh mengajak beliau ke kedai buku berhampiran dan belilah sebuah buku tulis yang kosong dan sebatang pensel ataupun pen, yang mana kamu selesa. Semoga berjaya gua ucapkan.

Selain itu, gua berharap kamu tidak lagi membuat apa-apa kesilapan lagi di masa hadapan. Baik dari segi agama mahupun undang-undang. Apa yang lepas kita takkan dapat ubah tapi apa yang belum terjadi kita mampu elakkan. Insyallah.

Gua ni nak tulis panjang-panjang pun tak berapa nak boleh pergi. Jadi gua rasa gua usai watikah gua di sini sahaja la. Okay, gua hentam je. Boleh pakai perkataan usai kat situ pun gua tak tahu. Maaf kalau salah.

Jangan lupa hubungi gua kalau ada baca watikah ini. Insyallah gua sedia membantu.

Selamat maju jaya sepupu.

NotaKaki : Naik nanti jela.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...