Saturday, August 23, 2014

289. Kecewa?


Dalam bulan lepas mama aku ada tanya ke aku.
"Mama rasa mu ni dah kecewa. Betul tak?"

Lepas tu, tadi pakcik aku pulak tanya.
"Ayahteh rasa alang ni ada terasa kecewa yang besar."

Benda ni membuatkan aku terfikir.
"Obvious sangat ke?"

Aku rasa aku tak pernah tunjuk ke sesiapa. Mungkin pernah la aku bercerita ke sorang dua rakan aku. Pada aku, aku sehabis baik menyimpan sendiri dan berlaku senormal yang mungkin bagi mengelakkan orang nampak apa yang aku rasa.

Secara jujurnya memang aku kecewa. Tapi takkan aku nak cerita kepada semua orang.

NotaKaki : Lebatnya hujan.

Saturday, August 9, 2014

288. Dilema Bas Vs Kapal Terbang

Sudah, benda apa pulak aku nak merepek kali ni. Main dilema-dilema dah.

Kalau korang ada mengikuti perkembangan semasa, baru-baru ini tokey-tokey bas meminta untuk menaikkan harga tiket bas lagi atau jika tidak mereka-mereka terpaksa menggulung tikar.

Manakala harga-harga tiket kapal terbang pula mantain sama. Malahan ada yang sangat-sangat murah jika dibandingkan dengan harga asal tiket tersebut.

Sehinggakan kadang kala harga tiket kapal terbang sangat jauh lebih murah dari harga tiket bas. Okay, tipu sangatla kalau aku kata jauh lebih murah. Tapi bila kita ambil kira pelbagai kira seperti berapa banyak masa dapat dijimatkan. Sangat murah. Bukan ke orang kata masa itu emas?

Ambil contoh tiket bas Kota Bharu ke Kuala Lumpur berharga lebih kurang RM40 ke RM50 manakala tiket kapal terbang tambang murah pula boleh mencecah serendah RM40. Tak ke gila namanya tu?

Jadi apa yang aku nak kata sebenarnya? Aku takde nak kata apa-apa pun. Nak suruh korang fikir-fikirkan jela. Kenapa tokey-tokey bas masih ingin naikkan lagi harga tiket mereka? Aku tak salahkan mereka, sebab tu aku ajak korang berfikir.

Dah la. Siapa nak ambil aku ni?

NotaKaki :Sebulan.

Thursday, August 7, 2014

287. Watikah untuk Sepupu

Ke hadapan sepupu gua yang berada di Melaka. Apa khabar kamu di sana? Bagaimana kerja? Okay?

Gua kat sini sihat alhamdulillah. Abah dan umi pun sihat-sihat aja. Adik kamu pun nampak gaya masih sihat.

Gua terasa untuk menulis watikah ini bukannya apa, terasa seperti susah untuk menghubungi kamu baik secara message, telefon mahupun sosial media.

Jadi, gua rasa dengan menulis watikah ini di sini, gua berharap kamu akan dapat membaca pada bila-bila masa yang kamu inginkan.

Ada beberapa perkara yang gua nak sampaikan.

Pertama, tahniah atas kejayaan mendapat pekerjaan di Melaka itu. Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan sekarang. Malahan ramai lepasan-lepasan universiti sendiri yang masih menganggur. Tahniah gua ucapkan.

Keduanya gua harap kamu dapat berkongsi perihal tentang kamu di sana. Gua dan keluarga lain terasa amat bimbang apabila kami tidak dapat apa-apa berita dari kamu. Sekurang-kurang kalau boleh cubalah menghubungi kami sekali sehari. Walau dengan apa cara sekali pun. Malahan dengan media sosial pun sudah mencukupi. Ramai di sini yang menunggu kamu berhubung. Gua dan keluarga lain sedia membantu. Kamu hanya perlu menghubungi sesiapa sahaja. Jangan risau, kalau gua dan keluarga lain marah pun, sekejap sahaja. Perasaan risau dan sayang pada kamu melebihi perasaan marah kami.

Ketiganya, gua tahu kamu sangat menyayangi beliau tetapi gua berharap kamu jangan lah melupakan cita-cita kamu untuk menjadi seorang penulis. Teruskan menulis. Insyallah kamu pasti berjaya. Menulis tidak semestinya memerlukan komputer mahupun handphone yang canggih. Kamu boleh mengajak beliau ke kedai buku berhampiran dan belilah sebuah buku tulis yang kosong dan sebatang pensel ataupun pen, yang mana kamu selesa. Semoga berjaya gua ucapkan.

Selain itu, gua berharap kamu tidak lagi membuat apa-apa kesilapan lagi di masa hadapan. Baik dari segi agama mahupun undang-undang. Apa yang lepas kita takkan dapat ubah tapi apa yang belum terjadi kita mampu elakkan. Insyallah.

Gua ni nak tulis panjang-panjang pun tak berapa nak boleh pergi. Jadi gua rasa gua usai watikah gua di sini sahaja la. Okay, gua hentam je. Boleh pakai perkataan usai kat situ pun gua tak tahu. Maaf kalau salah.

Jangan lupa hubungi gua kalau ada baca watikah ini. Insyallah gua sedia membantu.

Selamat maju jaya sepupu.

NotaKaki : Naik nanti jela.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...