Friday, July 18, 2014

283. Cerita Meeting Bos dan Stafnya.

Aku berdiri. Tengok rakan staf yang lain. Berdebar. Bukan apa, hari ini seperti bulan-bulan yang lain. Meeting. Wajib. Tak boleh nak lari. Bulan lepas aku baru lepas kena panggil dengan bos. Kalau boleh bulan ni taknak la kena panggil lagi. Bos aku ni kalau kena masa dia, boleh tahan gak mulut dia. Rasa nak campak je kerusi tempat aku duduk. Nasib dia bos aku.

Bos aku masuk bilik tempat aku dan staf lain berada.

"Assalamualaikum semua. Selamat pagi." Kata bos aku.

"Waalaikumusalam." Jawab aku dan staf lain.

"Okay, macam biasa saya nak report bulanan dari awak semua." Kata bos aku lagi.

"Mula dari awak." Bos aku tunjukkan jari ke arah Zura, kerani opis aku.

Bla, bla, bla, bla, bla. Aku malas nak dengar. Takde kena mengena dengan aku pun. Aku angguk-angguk je. Pura-pura dengar. Senyum sikit.

"Okayla kalau gitu. Kamu la Hakim. Apa report kamu? Bos tunjuk ke arah aku.

"Bulan ni alhamdullilah bos. Semua baik-baik saja." Jawab aku pendek. Bos angguk-angguk tanda setuju. Agaknya.

"Haa, hero kita. Man, kamu pulak?" Giliran Cik Man. Pekera paling senior umur antara kami semua.

"Ermm. Okay je Nor." Jawab Cik Man pendek. Selamba je panggil bos dengan nama. Mentang-mentang kenal dari muda lagi bisik hati aku.

"Kalau camtu, giliran saya la kan?" Tanya bos aku. Aku dan staf lain angguk.

"Kamu Zura. Bla.bla.bla.bla. Bos aku berleter. Panjang. Memang aku takkan dengar.

"Kamu Hakim. Bla.bla.bla.bla.bla." Panjang juga. Aku tak dengar gak. Perkara biasa setiap bulan. Boring.

"Man, kamu la yang paling benefit sekali." Bos aku pandang Cik Man.

"Lepas jumaat, kamu tak masuk opis dah. Sebelum jumaat, balik pun awal." Sambung bos aku lagi.

"Dalam opis pulak, saya tengok kamu ni tidur je selalu. Saya tengok stor kat belakang tu bersepah je. Kamu kenala kemas-kemas sikit kalau boleh Man." Cik Man dengar. Aku tengok bos dan Cik Man. Angguk-angguk sikit. Aku perhati Zura pun buat benda yang sama.

"Satu lagi. Saya tak suka la staf saya ni main facebook masa waktu bekerja. Kita kena tingkat kualiti kerja kita. Ingat tu. Bukan Man je, untuk awak dengan Zura sekali." Bos pandang aku dan Zura.

"Man, kalau boleh kamu ni kena kurangkan cuti la. Saya tengok kamu banyak sangat cuti ni."

Bla, bla, bla, bla, bla, bla, bla.

Aku tak dengar dah apa yang bos aku berleter. Panjang juga, naik kematu bontot aku.

Hampir setengah jam kemudian, bos aku gayanya nak habiskan meeting. Bos aku berdiri. Cik Man pun berdiri menghampiri bos.

"Nor, aku ingat esok dengan lusa aku nak minta cuti ni" kata Cik Man kepada bos aku.

NotaKaki: BBQ woi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...