Saturday, July 12, 2014

280. Kisah Ikan Petak Masak Kicap


Hari ni aku terawih tak berapa nak kusyuk sangat. Ok, aku tak pasti solat kusyuk tu pernah ke tak tapi hari ni aku agak pasti masa terawih tadi memang tak berapa kusyuk.

Kenapa?

Aku teringat kat ikan petak masak kicap yang mama aku masak untuk buat lauk berbuka maghrib tadi. Bukanlah aku tak dapat makan ikan petak masak kicap tu tapi aku rasa agak terkilan sikit ni. Rasa sedih pun ada. Itu yang buat masa terawih dok teringat ke ikan petak masak kicap tu.

Apa ceritanya yang sebenar?

Gini, biasala masa nak berbuka tu, kitorang satu family akan duduk dekat meja makan sambil menunggu azan maghrib berkumandang. Biasanya kitorang akan dengar azan tu dalam radio kelantan je.

Masa aku duduk tunggu azan tu, aku perhati lauk berbuka kali ni. Kari daging dan ikan petak masak kicap. Aku tengok kari daging tu biasa-biasa je sebab bukan favourite aku pun. Aku perhati je ikan petak masak kicap tu. Tangan aku tengah buang biji dalam buah kurma, senang sikit bila dah azan nanti kata orang. Nabi kan pesan percepatkan berbuka ketika berpuasa.

Adik aku jenis ambil lauk dulu sebelum masa, katanya nak cepat dan tak nak bergaduh. Walaupun aku tak berapa masuk dengan perangai dia, aku buat tak tahu. Bukan apa, mengelakkan pertengkaran berlaku. Aku perhati dia siap dah ambil semua lauk. Dalam hati, aku agak cukup la tu untuk dia. Lauk yang lain tu memang untuk kitorang yang lain la.

Azan berkumandang. Aku baca doa buka puasa dan doa makan. Sendiri-sendiri je, jenis masing-masing tak sabar.

Habis makan kurma, aku buat-buat rilek. Ambil kari daging sikit. Kata orang, jangan tunjuk sangat kita nak ikan petak masak kicap tu. Aku ambil sudu untuk ambil ikan petak masak kicap tu bahagian kepala sikit. Kan aku dah kata, jangan tunjuk sangat. Ambil sikit dulu.

Tup tup adik aku semua bahagian kepala yang aku tinggalkan. Fuhh, menyirap. Aku perhati je dia tu. Dalam hati agak marah tapi buat rilek lagi. Bulan ramadhan ni setan takde, jangan kita pula yang jadi setan ye.

Aku suap nasi sikit-sikit. Ambil lauk sikit. Makan macam biasa. Control muka bagi nampak rilek je.

Lepas habis tu, konon-konon taknak tambah nasi. Kira penghabisan la ni. Adik aku yang ambil ikan petak masak kicap tadi tak makan langsung ikan petak masak kicap tu. Dia ambil ikan petak masak kicap tu dan letak kat pinggan adik yang seorang lagi.

Fuhh, agak sakit hati gak la. Ingat nak buat-buat lupa ja tapi tup-tup masa terawih tadi dok teringat balik.

Dah la, aku nak tidur.

NotaKaki : Jangan lupa puasa ye awak-awak semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...