Saturday, June 21, 2014

279. Ukur Baju Di Badan Sendiri


Bila aku baca tajuk tu, aku dok termenung. Bukan apa, konon2 sedang berpikir jauh la.
Apa yang aku pikirkan?

Wahhh hebatnya Malaysia ni nak mohon jadi tuan rumah World Cup. Tak kisahla cepat ke lambat.

Itulah ku pikirkan kalau  berumur 12 tahun. Atau 17 tahun mungkin. Masih mentah.

Korang masih ingat Malaysia pernah jadi tuan rumah bersama 3 lagi negara untuk Piala Asia 2007?
Apa jadi? Korang boleh google sendiri. Sedih. Cuma ada kebaikan juga, tak silap aku dari situ Ultras Malaya ditubuhkan.

Tapi bukan itu yang aku ingin ceritakan kat sini. Ye tatabahasa aku kurang, asyik guna ayat sama je.

Apa yang mereka-mereka ini hajatkan sangat bagus tapi pada aku mereka-mereka ini kena mengukur baju di badan sendiri dahulu.

Lebih baik mereka-mereka ini pikirkan apa yang perlu dibuat terlebih dahulu. Layak ke kita bermain di pentas tertinggi? Sedangkan dalam peringkat asean sendiri kita masih tercaru-cari rentak, belum lagi peringkat asia.

Baru-baru ni ada satu video, Yb KJ berkata hanya berapa peratus sahaja peruntukan digunakan untuk pembangunan. Sebahagian besar digunakan untuk membayar gaji pemain-pemain senior. Ini silapnya kita, patutnya peruntukan lebih besar digunakan untuk pembangunan kerana masa depan lebih penting dari masa kini. Kita patutnya dah belajar dari kesilapan-kesilapan kita dari dulu dan juga dari sukan-sukan lain. Apa terjadi apabila kita hanya fokus pada masa kini sahaja.
Bab insfrastruktur rasanya tak perlu aku tekankan sangat. Korang boleh tengok sendiri.


Actually aku nak cari video yang baru tapi tak jumpa. AKu pos jela.hahaha

Cuma satu je soalan aku. Perlukah negara kita menganjurkan Piala Dunia ni? Apa kesannya pada rakyat negara kita? Baik atau buruk? Samalah dengan kes panda.

Korang pikirlah sendiri.

NotaKaki: Apa nak jadi la?

Wednesday, June 18, 2014

Wednesday, June 11, 2014

277. Owh Doonniaaa.


Apa yang aku nak tulis kali ni tertimbul selepas aku baca artikel ni. Aku nasihat kalau ada yang rajin nak baca apa aku nak tulis baca la dulu artikel tu dulu ye.

Secara jujurnya, aku tak tahu benda yang terjadi tu hanya berlaku di Malaysia atau berlaku di seluruh dunia. Cuma disebabkan aku sekarang berada di Malaysia, kemungkinan aku akan menetap di Malaysia sampai aku mati. Jadi aku akan cerita based on Malaysia jela ye.

Oklah, aku tak tau tu artikel ke apa. Senang cerita post kat blog orang jela. Hehe. Dalam post tu, kawan tersebut bagi 10 sebab kenapa dia menyesal belajar graphic design. Aku taknak cerita lebih-lebih pasal tu, korang boleh baca kat sana sendiri.

Apa yang aku nak tekan kali ni, rasanya perkara yang sama terjadi dalam bidang yang aku pernah terlibat dalam alam pekerjaan sebelum ni. Secara ringkas, aku pernah terlibat dalam pekerjaan ukur tanah. Tak famous pun tapi alhamdullilah dapat bagi aku rezeki lebih 4 tahun.

Aku tak tahu dalam bidang kerja lain tapi bila korang terlibat dalam bidang kerja aku, korang akan perasan yang ramai gila yang terlibat dalam bidang ukur tanah. Jadi apabila ramai yang terlibat, ini bermaksud korang akan mempunyai ramai saingan. Apabila korang mempunyai ramai saingan, percaya atau tidak korang terpaksa bagi harga yang murah untuk mendapat customer. Dan bila korang bagi harga yang murah, korang dapat memberi gaji yang murah kepada pekerja-pekerja korang. Ini membuatkan pekerja-pekerja korang tidak puas hati. Ahhh, aku rasa korang faham apa yang aku nak sampaikan.

Situasi ni makin teruk apabila, ada pegawai-pegawai kerajaan yang sudah mempunyai gaji setiap bulan membuat kerja luar untuk mencari duit lebih. Mereka-mereka ini tidak perlu membayar gaji pekerja, tidak perlu membayar untuk membeli peralatan pekerjaan, tidak perlu membayar bil-bil pejabat. Katakan kalau syarikat-syarikat swasta meletakkan harga sebuah perkhidmatan sebanyak RM1,500.00 , mereka-mereka pegawai-pegawai kerajaan kalau meletakkan cas serendah RM500 - RM800 pun tiada masalah kerana duit itu hanya akan masuk ke dalam poket sendiri tanpa perlu memikirkan hal-hal yang aku sebutkan di atas.

Korang rasa situasi tu dah teruk? Belum lagi.

Lagi bertambah teruk apabila ramai sekarang yang membuat secara freelance. Mereka tanpa lesen, tanpa syarikat bergerak dan bergerak secara sendirian. Mereka-mereka ini kebanyakkan adalah terdiri daripada budak-budak fresh graduate yang mempunyai semangat tinggi dan terdesak untuk mencari duit. Jadi bayangkan apa yang mereka sanggup buat. Pernah diceritakan kepada aku, pada tahun 90-an kerja menanam piling dikatakan setinggi ratusan ringgit tetapi sekarang? Minum air pun lagi mahal. Tolong betulkan kalau aku salah.

Dan korang sebagai pelanggan mestilah mencari yang murah? Betul tak? Aku sendiri mesti cari yang murah. Cuma entahlah, sampai bila? Harga barang makin naik, gaji takat tu je? Cas perkhidmatan takat tu je? Korang pikir logik ke kita kena buat kerja lebih untuk dapat amount yang sama dengan tahun-tahun sebelum ni? Bukanlah aku nak tekan yang kita perlu malas atau apa.

Benda ini membawa kesan lain. Contohnya masa bersama keluarga semakin kurang. Masa rehat kita sendiri tiada. Semua masa dihabiskan untuk mencari duit semata-mata. Kerana apa? Untuk hidup.

Macam biasa, aku dah tak tahu apa aku tulis. Baik aku stop kat sini.

NotaKaki : Gout?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...