Wednesday, May 28, 2014

276. Sikap Pemandu Malaysia


Kalau tak silap aku, semalam atau hari ni ada pelumba basikal Malaysia yang kena langgar dengan kereta ketika training. Aku tak sure nama dia. Maaf. Malas google sebab tu bukan tujuan aku nak tulis kat sini.

Dan kalau aku tak silap lagi, tahun lepas di Terengganu pun ada pelumba basikal Malaysia yang sedang training dilanggar. Rasanya sehingga menyebabkan kematian.

Ini baru beberapa kes yang keluar di media. Rasanya kalau kita selidik lagi, mungkin banyak lagi kes-kes camni yang kita akan dapat tahu.

Apa yang aku nak sampaikan ni, bukanlah benda baru. Sebelum ni masa aku cerita yang aku rasa tak selamat masa naik basikal yang berpunca dari tiada rasa hormat pemandu di negara kita kepada pengguna jalan raya yang lain. Di sini apabila aku mengatakan pengguna jalan raya lain bukanlah bermaksud pada penunggang motorsikal atau basikal sahaja, aku maksud pejalan kaki juga.

Korang boleh tengok sendiri camne pemandu kereta di negara kita bawak kerata camne. Bawak laju-laju, masuk simpang takde signal, berhenti sesuka hati kat mana-mana, u-turn suka-suka kat mana dia nak tanpa memikirkan sesuai atau tak kalau dia buat camtu.

Lagi best, mana nak hormat pada pejalan kaki, nampak ada nak melintas makin bawak laju macam nak langgar kawan tu. Sehinggakan kawan yang melintas tu terpaksa belari. Apa salahnya kita perlahankan kenderaan kita? Takde beza sangat pun masa kita nanti.

Aku membebel panjang-panjang pun kalau kita sendiri tak nak berubah takde guna. Masalah ni kalau kita taknak ubah, 10 tahun lagi pun sama sahaja.

NotaKaki : Ada trauma sikit-sikit.

275. Wordless Wednesday

Dah lama tak buat.

Kalau pandai, cuba cari kesilapan dalam gambar kat atas.

NotaKaki : Masa boleh menukar seseorang.

Saturday, May 17, 2014

274. Pecah


Malam semalam, rumah aku kena pecah masuk. Alhamdullilah tiada bahaya yang menimpa family aku. Cuma yang hilang barang-barang biasa. Benda boleh cari atau buat balik.

Mula-mula ingat rumah aku je yang kena. Masa aku dengan Abah aku pergi buat report polis, polis bagitau ada juga rumah lain yang kena pecah masuk

Bila balik rumah, borak-borak rupanya rumah kawan adik aku. Dan bila polis sampai, dorang gitau ada lagi sebuah kena jugak.  Tiga buah rumah kena pecan. Memang gila. Aku ingat kesudahannya kat situ je, petang masa mama aku pergi jumpa orang, ada gitau sebuah lagi yang kena. Sah gila.
Kalau tanya aku, aku takde terkilan sangat dengan barang yang hilang kecuali dua benda. Iaitu satu hand phone Abah aku. Kitorang haritu kongsi duit beli until bagi hadiah sempena birthday Abah aku. Satu lagi gambar dia. Aku rasa aku takkan dapat dah gambar dia. Dia tak balas dah apa-apa message atau call dari aku.

NotaKaki: Risau. Mampu tawakal jela.

Tuesday, May 13, 2014

273. Berpeluh jugak la.


Korang semua tau kan aku dah balik Kota Bharu. Masa aku kat Gombak, boleh dikatakan hari-hari jugakla hujan turun. Habis sikit pun hujan turun rintik-rintik. Aku tak tahu hujan buatan ke hujan real punya.

Cuma nak cerita, bila aku kat Kota Bharu, panas yang amat. Dikatakan sepanjang aku berada kat Gombak, takde hujan turun langsung. Tak tahula kalau family aku tak perasan kan. Dan tak silap aku sebelum aku tolong pakcik aku haritu pun, dah lama jugak hujan tak turun.

Ini ke El-nino yang dikatakan tu? Kau duduk saja pun berpeluh woi.!

NotaKaki : Tolong jela dulu.

Friday, May 9, 2014

272.Tamat sudah

Alhamdullilah akhirnya habis gak sesi penggantian aku. Lama juga aku jadi tukang ganti. Sebulan. Masa mula-mula hari tu ingat dalam 2 minggu je.

Takpela, insyallah kita tolong orang, in future orang tolong kita balik. Aku harap pekerja baru tu boleh tahan lama la dengan pakcik aku tu. Hehe. Lagipun dapat la sagu hati sikit-sikit.

Sekarang ni aku ada kat Penang. Lepak rumah abang aku sepam dua. Plan sabtu ni kitorang balik Kota Bharu.

Kedian, life aku jadi seperti sedia kala balik.

Notakaki: Nak pi mana?

Thursday, May 1, 2014

271. Selamat Hari Buruh 2014


Memandangkan aku ni dikira macam kerja jugak. Aku nak bagitau yang aku faham kenapa orang suka hari buruh. Terima kasih.

Selamat Hari Buruh kepada yang menyambutnya. Sekian.

NotaKaki : Nak gi tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...