Thursday, April 24, 2014

270. Music Video Hari ni (Welcome Home - Radical Face)



Lagu ni aku asyik dengar time tengok iklan masa tengok wayang. Lain macam feeling dengar lagu ni. Mula-mula aku ingat lagu memang Nikon buat special untuk iklan tu.

Sepupu aku la bagitahu pasal lagu ni.

Enjoy!

NotaKaki : Mood kembalilah!

Monday, April 21, 2014

269. Marah Di Pagi Hari.


Hari ni gua agak marah sikit. Kenapa gua marah? Gua rasa gua kena cerita dari awal-awal baru syok sikit cerita.

Pagi tadi, macam biasa aktiviti sejak tolong pakcik gua. Gua bangun subuh tak tidur dah. Terus pi mandi dulu. Sejuk woi mandi pagi-pagi ni. Gua tak paham kenapa kena mandi time-time sejuk. Mandi time-time panas la syok.

Usai mandi, gua solat semua. Gua turun bawah dengan hati ceria sebab gua sempat la layan adik sepupu gua, Habil. Habil ni baru 10 bulan. Syok layan dia pagi-pagi buta. Aktif.

Hari tu, lain sikit dari hari biasa sebab gua diminta untuk bawak kereta kura-kura pakcik gua. Katanya nak tinggal kereta bintang tiga dia kat bengkel. Enjin bocor. Gua sebagai anak saudara merangkap kerani sementara yang soleh. Gua bawak. Best dia lain macam jugak la bawak kereta antik ni.

Gua dengan sepupu gua, abang Habil naik sekali. Pergi hantar Habil ke rumah pengasuh dia.Lepas tu gua terus ke Gombak. Office pakcik gua. Bila sampai, gua nampak pakcik gua dah tunggu. Gua ingat nak ajak breakfast sekali macam biasa. Gua salah. Dia tunggu abang Habil, Iman sebab nak bawak pergi jumpa dentist.

Kena keluar duit sendiri la gamaknya pagi tu, bisik hati gua seseorang.

Takpe, gua jalan kejap. Tengok ada gerai jual nasi lemak. Gua beli nasi lemak lauk telur rebus. Ni baru betul-betul nasi lemak yang original punya. Mana ada lauk-lauk dah patutnya. Lepas tu, gua pergi 7-E, gua beli roti dengan air mineral buat bekalan kalau lapar di tengah kerja. Perut gua ni lain macam sikit.

Gua jalan pergi kedai mamak Tapah sederet 7-E tadi. Gua nampak operation manager pakcik gua, Hakim. Gua pergi la lepak dengan dia. Dia duduk kat meja luar. Gua pulak ada satu perangai kalau duduk kalau boleh mengadap ke jalan besar. Baru nampak awek-awek sikit. Camnila perangai kalau single.

Gua baca paper seimbas lalu. Mamak datang, gua order nescafe tarik. Buat perangai sikit. Malam tadi tidur lewat. Usai order, gua bukak nasi lemak gua beli tadi. Ajak Hakim, dia malu-malu. Gua biarkan. Gua makan sorang-sorang. Nasi lemak akak tu okla. Boleh makan jugakla. Habis makan, gua lipat-lipat kertas tu elok-elok. Senang mamak tu nak kemas nanti kata gua lagi seseorang.

Gua apa lagi, macam biasa dengar jela cerita Hakim tu. Gua tukang angguk je. Pe mende dia cerita gua pun tak ingat dah sekarang. Nasihat gua, orang pong pang kita jawab haa, hooo, aah la dan disusuli dengan angguk sepam dua.

Tiba-tiba. Benda ni punca gua marah sangat ni. Habis rosak kehenseman gua pagi tu sikit. Nasib takde awek lalu lalang masa tu.

Tengah rancak tu, tiba-tiba gua rasa ada benda jatuh atas dada kanan gua. Gua ingat kena tembak ke apa. Gua buat tak tahu la kan, nama pun hero. Hero mana rasa kalau kena tembak ni.

Tapi gua rasa pelik sikit. Gua rasa gua kena ambil tahu jugak apa jadi kat dada kanan gua yang seksi ni. Sekali gua tengok, gua nampak tahi burung. Setompok. Baik je.

Cilake punya burung. Port aku duduk tu memang betul-betul bawah port tu bertenggek.

NotaKaki : Gua salah tengok kalender daa.

Friday, April 18, 2014

268. Pendengar.


Baru-baru ni kan aku ada tolong pakcik aku. Syarikat takdela besar mana. Kalau kat office tu, ada dalam 4 orang je. Banyak yang kat bahagian luar. Syarikat cleaner la kata kan.

Yang 4 orang tu ialah pakcik aku, aku, pengurus operasi dengan pengurus stor. Kadang-kadang aku ada la jugak lepak-lepak dengan dorang-dorang ni.

Masa tengah lepak-lepak tu sambil borak-borak. Aku terfikir memang manusia macam-macam perangai. Kenapa aku kata camtu?

Ni nak cerita la ni.

Yang pengurus operasi ni cerita memang nak lebat je. Tak boleh kalah, apa kau cerita mesti dia ada cerita dia gak.

Yang pengurus stor ni pulak, apa-apa cerita mesti akan masuk ke bab agama. Alhamdullilah la jugak. Cuma kalau tengah cerita pasal kerja pun tak semena-mena masuk ke bab agama ni. Aku tak tahu nak kata camne la.

Cuma dalam pemerhatian aku selama 2 minggu ni, dorang ni memang bagus dalam tang buat kerja.

Dah tu, apa kerja aku? Dengar dorang ni cerita jela. Takkan habis punya la.

NotaKaki: Moh ke PWTC woi!

Wednesday, April 16, 2014

267. Nasihat dari insan yang biasa-biasa je.


Aku ada nasihat nak bagi kat seseorang tapi segan la pulak nak direct ke dia. Apa aku boleh harap, dia baca apa yang aku tulis ni kat blog ni atau kalau ada rezeki mana-mana buku yang ada apa yang aku tulis ni pada masa hadapan.

Ramai yang tak sedar, anak ni seperti kain putih. Apa warna kain  putih ni atau apa corak kain putih ni, kita yang tentukan. Aku tak tahu berapa yang setuju, aku tak peduli.

Secara sedar atau tak, apa yang kita buat mesti anak ni akan ikut. Bukan tu je, apa yang kita ucap atau sebut pun anak ni akan ikut.

Baik yang kita buat, baiklah anak kita. Baik yang kita sebut, baiklah anak kita. Buruk yang kita buat, buruklah anak kita. Buruk yang kita sebut, buruklah anak kita.

Bagaimana kau mengharapkan anak itu membuat perkara yang baik jika kita tak menunjukkan teladan yang baik?

Kau harapkan anak kau membawa kereta dengan baik tapi kau sendiri bawak kereta macam haram. Kau harapkan anak kau sebut perkara-perkara yang elok tapi mulut kau sentiasa sebut perkataan-perkataan yang agak kurang manis didengar.

Aku tak nafikan yang dari segi lain, kau memang sangat baik tapi kenapa dengan anak kau sendiri macam lain sikit?

Dan kenapa ayat aku kali ni lain macam je. Tak boleh aku tulis panjang-panjang, geli.

NotaKaki : Nasi lemak telur rebus adalah terbaik!

266. Pengganti.


Saja nak cerita kat korang, dah seminggu aku ada kat KL ni. Tolong pakcik aku kejap. Pekerja dia berhenti. Pakcik aku ni ada buka syarikat cleaning services dan dalam masa yang jual peralatan pembersihan dan jug dalam masa yang sama ada buat insurans kecil-kecilan.

Jadinya, kalau takde kerani ni payah la sikit. Aku ni dok tolong dia sampai ada kerani baru masuk la. Kerja dia senang je. Ada orang datang, bukak resit je. Buat insurans pun tak payah kalau kita tak buat apa-apa silap.

Yang tak bestnya, aku lapar ni. Takde orang kat office. Semua pergi keluar ke site kot. Camne aku nak beli roti ke apa ni? Payah betul bila lapar.

NotaKaki : Ada cerita best tak malam ni?

Sunday, April 6, 2014

265. Kisah Angsa

Seperti yang aku pernah cerita sebelum ni, beberapa ekor angsa parent aku dah kena sebat. Untungla orang sebat tu. Mau 600-700 ringgit dalam tangan.

Mama aku kata orang tu mungkin dah usha lama sebabnya bila angsa tu dah agak besar baru curi. Parent aku pun nampak la agak sedih sikit. Yela, benda dah bela lama tup-tup kena curi. Sedihla kan?

Lepas je kes kena curi tu, mama agak berjaga-jaga gak la. Pantang dengar bunyi mesti suruh aku atau adik aku tengok belakang. Nak tinggal rumah lama-lama pun jadi tak keruan.

Nak dijadikan cerita, malam tadi. Masa abah aku dah nak masuk tidur, ada orang call. Adik aku tengok nombor tak dikenali. Abah aku jarang angkat nombor yang tak dikenali ni. Mungkin sebab malam, abah aku angkat gak.

Nak pendek cerita, jiran aku yang call. Abah aku panggil Awang. Dah berkeluarga pun. Mak dia tinggal belakang rumah dia je. Awang ni call sebab nak bagitau yang dia nampak macam ada kelibat yang macam tengah merangkak-rangkak. Dia dah usha lama jugak.

Yang payah sikit, Awang ni takde torchlight yang cahaya besar. Sebab tu dia call abah aku.

Masa aku dengar tu, aku terkejut gak la. Benda baru lagi, nak jadi lagi ke kata hati aku. Cuak pun ada tapi aku buat-buat cool. Adik aku lak konon-konon nak sepak kalau dapat.

Dah usha agak lama tu, abah aku keluar ikut pintu depan perlahan-lahan jimpa dengan Awang tu. Cakap sikit-sikit. Abah suruh aku pergi tengok. Apa lagi, aku turun la bawak lampu suluh yang besar sikit. Bajet berani la kan.

Aku suluh-suluh. Tak nampak apa-apa pun. Awang datang. Dia pergi ke belakang tempat angsa-angsa tu lepak. Check dengan abah aku. Aku dengan adik jaga line. Aku suruh adik aku jaga tempat gelap. Chet, dia takut. Nak sepak orang konon. Pigi dah.

Lepas check-check. Kitorang tak jumpa apa-apa. Tak tahula antara Awang salah nampak atau benda tu dapat lari. Memang tak best rasa kalau camni. Aku harap sangat tak jadi apa-apa.

NotaKaki : Payah benor nak tidur. Nak kijo gane gini woiiii.

Saturday, April 5, 2014

264. Music Video Hari ini ( Let It Go - Multi Language - Behind The Mic)


Ni salah satu bukti kenapa orang kata bahasa music tu bahasa universal. Buat aku nak tengok je filem ni. Haha.

Enjoy!

NotaKaki: Lama ke?

263. Kisah Cinta #2


Setahun dah berlalu. Aku terduduk sendirian. Terkenangkan si Alya yang tak pernah-pernah muncul lagi. Mama pun tak tahu nak buat apa dah dengan aku. Yela, budak-budak yang tiba-tiba senyap. Tiada siapa tahu apa puncanya kecuali budak tu bersuara. Dan aku memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Rutin harian aku seperti biasa, pagi mama dan abah akan hantar aku ke sekolah agama, tengahari sikit aku balik. Lepas zohor akan ada bas yang mengambil aku untuk dibawa ke sekolah kebangsaan pula. Setiap hari kecuali hujung minggu yang mana aku hanya tinggal di rumah sahaja.

Satu hari, sekolah kebangsaan cuti. Aku kena tinggal di nursery sehingga petang. Adik aku seperti biasa bermain dengan kawan yang lain. Aku duduk termenung sendirian. Cuba tidur tapi tidak boleh. Sudah biasa berada dalam kelas. Hanya melihat ke arah sekumpulan budak-budak lain yang sedang bermain.

Datang salah seorang budak perempuan dari sekumpulan budak-budak tadi ke arah aku.

“Weh, awak ni yang pernah main kahwin-kahwin dengan kitorang dulu kan?” Kata budak tu. Aku cuba ingat balik. Dah setahun. Mana aku nak ingat.

“Awak ni sape?” Tanya aku pendek.

“Awak ni. Kita duk kat nursery ni sama-sama pun awak tak kenal ke?” Aku geleng tanda tak kenal. Aku bukanlah jenis campur dengan budak-budak lain. Lagipun aku ada kat nursery ni sekejap je. Mandi dan makan tengahari. Mana ada masa nak main dengan budak-budak lain.

“Awak nii. Kita satu sekolah la. Tak kenal ke?” 

“Awak sekolah mana?”

“Sama dengan awak la.” Aku diamkan diri. Cuba ingatkan muka budak yang berdiri depan aku ni.

“Err. Syikin ke?” Tanya aku.

“Ingat pun nama kita. Kita kan satu kelas. Cuma takdelah penah cakap camni.”

“Nama awak pe?” Tanya Syikin. Tadi marah aku sebab tak kenal dia tapi sekarang dia yang tak kenal aku ni. Takpe-takpe, aku diamkan je. Budak lelaki kena cool sikit.

“Nama saya Usop” Kali ni aku minat aku kartun Usop Sontorian. Kartun tu kelakar, sebab tu aku suka.

“Tipu. Ingat kita tak tahu ke.” Aku terkebil-kebil.

“Dulu awak kata nama awak Joe. Ni Usop pulak. Tipu je.” Aku senyum je.

“Mak kita kata tak baik tipu tau. Nanti masuk neraka.”

“Yela-yela, nama saya Haikal.” Jawab aku.

“Owhh. Haa jom kita main sekali. Awak asyik duk termenung je.” Ajak Syikin.

Kali ini mereka sedang bermain batu seremban. Alaa, yang baling-baling batu lepas tu sambut-sambut tu.

“Awak, saya tak reti la main benda tu.” Kata aku. Ni pertama kali aku tengok permainan batu seremban ni. Biasanya kalau kat sekolah pun aku main tembak-tembak penutup botol je.

“Takpe, kita ajar la awak main.” Aku anggukkan saja.

Syikin mengambil lima buah batu seremban yang tak digunakan di tepi budak-budak yang sedang bermain.

“Ok, mula-mula awak kena ingat. Ada lima step game ni.” Kata Syikin. 

“Awak kena ingat satu, dua, tiga, empat dengan lima ek” Sambung Syikin lagi. Aku hanya melihat. Langsung tak faham.

Syikin mula menunjukkan cara bermain batu seremban. Dia ambil satu batu, baling ke atas dan ambil dua batu ke tangan dan ambil kembali batu yang dibaling tadi. Diulang beberapa kali dengan jumlah batu seremban berlainan. 

“Haa. Camtu je. Senang kan?” Aku tercengang. Melihat dia. Apa benda dia buat bisik hati aku.

“Awak ni faham tak ni?” Aku geleng dan senyum kelat. Syikin mencebik.

“Benda senang camni pun awak tak reti ke? Ish!” Marah Syikin. Aku terdiam. Mereka meneruskan permainanan batu seremban tanpa aku. Aku hanya melihat dari tepi.

Seketika kemudian, Kak Ton memanggil Syikin. Katanya ayah Syikin datang ingin mengambilnya.

“Awak nak ikut kita tak?” Tanya Syikin. Aku pelik.

“Nak gi mana?”

“Rumah kita la. Ada game. Awak boleh main dengan kita.” 

Aku pandang tepat ke arah Syikin. Betul ke minah ni kata hati aku lagi. Lagipun ni pertama kali dia tegur aku. Tak malu betul dah ajak aku balik rumah dia.

“Tapi saya takut mama saya marah saya.” Jawab aku.

“Ala, sekarang baru pukul berapa. Mak awak ambil lambat lagi kan?” 

Memang betul apa yang budak Syikin ni cakap. Aku tengok jam baru pukul 3 petang. Mama aku pun selalunya akan ambil aku pukul 5 petang. Itu pun paling awal. Kadang-kadang lagi lambat.

“Emm. Okayla. Tapi ayah awak tak marah ke nanti?”

“Takdela. Dia lagi suka.” Jawab Syikin lagi.

Rupanya rumah Syikin dekat saja dengan nursery. Hanya dengan berjalan beberapa minit sudah sampai. Ayah Syikin cuma berjalan kaki sahaja. Aku mengikut Syikin dan ayahnya berjalan ke arah rumah mereka. Patutlah beria Syikin mengajak aku ke rumahnya.

Usai sampai ke rumah Syikin, aku diajak terus ke komputer milk ayah Syikin.

“Haa, ni game ni. Game Aladdin. Sonoookkk.” Kata Syikin. Bukan main panjang serenok dia. Pelat pulak tu.

“Owh.”

“Jap ek.Kena tunggu jap.” Kata Syikin. Aku melihat keadaan rumah Syikin ketika menunggu game boleh dimain. Takde orang bisik hati aku. Yang lain tak balik lagi kot.

“Haa. Dah. Ni awak nanti tolong kita tau.”

“Tolong ape?”

“Awak bila nampak ada lubang, awak tekan ni.” Sambil menunjukkan ke arah keyboard komputer.

“Tu je ke?” Tanya aku.

“Aah. Tu je awak tekan. Saya jaga dia jalan-jalan.”
_____________________________________________________________

Sakan aku dan Syikin bermain sehingga terleka yang jam sudah pukul 5.30 petang. Itupun ayah Syikin yang mengingatkan kami.

“Yela pakcik.” Kata aku kepada ayah Syikin apabila dia mengingatkan aku.

“Ermm. Awak, saya balik dulu ye. Game awak tu memang seronokkkk.” Kata aku.

“Emm. Alaaa. Dah nak habis pun.”

“Tapi ni dah lambat ni.” Aku tunjuk ke arah jam.

“Hmm, okayla.”

Aku keluar dari rumah Syikin. Aku blur sekejap.

“Awak. Mana jalan nak balik nursery ni?” Tanya aku. Aku memang tidak pernah menghafal jalan untuk ke mana-mana.

“Awak ikut jalan tu haa.” Tunjuk Syikin.

“Okay. Bye!” Aku berlari mengikut jalan yang ditunjuk oleh Syikin tadi. Jalan ini agak menurun bukit. Hati aku berkata mungkin betul dah jalan ni.

Sampai sahaja penghujung jalan, aku ternampak sebuah kereta. Kereta yang aku sangat kenal. Kereta abah aku. Mati aku, kena marah lagi la ni.

“HAIIKAALLL!!” Jerit mama dari jauh. Memang betul aku kata.

“Masukk!!!” Aku berlari terus ke dalam kereta. Adik aku sudah ada dalam kereta. Mungkin memang dah terlalu lama abah dan mama aku sampai.

Malam tu, aku teruk dimarahi oleh mama. Walaupun aku dah meminta izin dengan Kak Ton tetapi mama tetap tak suka aku pergi ke rumah orang baru dikenali. Risau barangkali diculik atau apa.

Tapi aku cuma nak main game, hati aku berbisik sendirian. Di rumah aku hanya dibenarkan membaca buku. Mana best baca buku. Baik main game. Seronok dia lain macam.

Lepas je kena marah, mama suruh aku masuk bilik siapkan kerja sekolah. Dah siapkan kerja sekolah, mama suruh pulak aku buat buku latihan yang mama belikan. Buku latihan matematik. Tu yang aku power sikit matematik sekarang ni.

Sejak dari hari tu, aku dah tak bertegur sapa dengan Syikin. Lagipun kebetulan pula yang ayah Syikin sekarang sudah bersara. Dia pun sekarang tak perlu tinggal kat nursery lagi.

Sampai sekarang kalau aku lalu depan rumah dia, aku mesti teringat kat game Aladdin tu. Seronok woi!

NotaKaki : Ke Keyel kita woi!

Wednesday, April 2, 2014

262. Ending yang cuba memuaskan hati semua? (Spoiler Alert)



Around bulan mei tahun lepas, aku ada post something pasal cerita How I meet Your mother. Aku post lepas sitcom tu tunjuk siapa yang menjadi watak the mother tu. And ianya quite cantik kata orang.

Hari ni season 9 baru je habis. Ianya merupakan season yang terakhir untuk sitcom ni. Last episode ada tunjukkan camne si Ted tu dapat jumpa the mother untuk kali pertama. Nama The Mother pun dah didedahkan. Nak tau cari la sendiri ye. Dan pada aku rasanya episode last ni cuba membestkan untuk semua orang.

sebab apa aku kata camtu?

sebab pertama. Ramai yang nak kan Ted ni bersama Robin. Dan ramai yang memang nakkan Ted ni bersama The mother.

The Mother
VS

The Robin

And guess what? Dua-dua Ted dapat. Ted dapat The mother sampai dia mati. Mungkin ada penyakit kot. Dan 6 tahun lepas tu, lepas Ted cerita kat anak-anak dia camne dia jumpa The Mother. Anak-anak dia kata yang Ted nak bagitau yang dia nak dapatkan robin balik. Dan anak-anak dia setuju.



Dan itu la ending cerita ni.

Untuk itu, korang boleh la ambil apa yang bagus apa yang tak bagus dari sitcom tu. Cinta sejati pasti akan datang jua. Cewahh. Mungkin bukan untuk aku kot.

Enjoy.

NotaKaki: Bukan aku tak cuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...