Sunday, March 30, 2014

261. Hidup di kampung.


Saja nak kongsi dengan korang, kawasan kampung pun tak berapa selamat pun. Kenapa aku kata camtu?

Baru beberapa bulan aku duduk kat kampung ni, dah dengar macam-macam kes. Ada kes ragut di subuh hari, kes kecurian kabel, kes pecah rumah, kes curi lori, kes curi kambing, kes curi motor.

Saja nak kongsi, parent aku ada bela beberapa ekor angsa kat belakang rumah. Tujuan parent aku tu lebih kepada keselamatan. Sebab apa keselematan? Angsa ni akan mengeluarkan bunyi jika ada apa-apa pergerakan atau terasa diri mereka tak selamat. Memang menjadi kebiasaan di kaawasan kampung aku membela angsa untuk tujuan tu.

Cuma yang peliknya, apa korang akan fikir kalau pagi ada 11 ekor tapi petang cuma ada 7 ekor sahaja? Mestilah kena curi kan? Ni yang pelik ni. Sebabnya aku ada di rumah sepanjang hari dan takde sekelumit masa pun aku terdengar angsa ni mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik. Dan ini juga bermaksud angsa-angsa parent aku dicuri.

Kenapa angsa-angsa tu tidak mengeluarkan bunyi satu hal. Dari mana diorang masuk satu hal. Dan ini juga menguatkan statement aku apabila mengatakan kawasan kampung pun tak berapa selamat juga. So, berhati-hati la walau di mana jua korang berada.

Notakaki : Aku dah cuba.

2 comments:

  1. ye la..kampung sekarang bukan macam kampung dulu..kampung dulu jiran2 pun prihatin,nampak je orang datang umah pun dah tanya tu siapa..sekarang ni tak de peduli nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa kita.kih3..kadang2 sebab orang sekarang taknak masuk campur kot kononnya.huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...