Monday, March 17, 2014

256. Makan angin.


Lama jugak aku tak menulis kat sini. Rindu terasa. Ok, ayat tipikal bila seseorang lama tak menulis.

Banyak benda yang jadi dalam kehidupan aku dalam dua bulan ni. Ada yang aku dah cerita dan ada yang aku tak cerita. Mungkin sampai masa aku akan cerita dan mungkin sampai masa aku sendiri dah lupa apa yang aku tak cerita tu.

Sebelum ni aku ada cerita yang salah seorang makcik aku meninggal dunia. Sedih juga sebab beberapa tahun ni aku tak berapa jumpa dengan makcik aku ni sebab aku menetap di Shah Alam. Ada tergerak di hati untuk singgah ke rumah dia selepas aku balik menetap di Kota Bharu. Dan hati aku mengatakan insyallah nantilah aku pergi. Aku tunda beberapa kali sehinggalah aku dikejutkan dengan berita pemergian dia. Ini menjadi satu pengajaran yang agak besar juga kepada aku sendiri. Terima kasih Cik Ngah untuk apa sahaja.

Kemudian, beberapa minggu sebelum ni aku sempat ke Shah Alam. Menemani ayah aku hantar kereta kepada adik aku yang menetap di Seri Kembangan. Sempat jugak lah aku buat benda lain. Pergi ke Kuala Selangor, hadiri kenduri perkahwinan di sana. First time woi aku masuk kampung dalam kawasan padi yang agak luas. Kalau padi tengah naik mesti cantik gila kawasan tu.

Aku jugak sempat jugak jumpa kawan aku, Nana dan Makcik yang tengah mengandung (bukan nama sebenar. Hahaha). Ingat nak jumpa Razimey sekali, dia ada hal pulak. Malam tu aku godek-godek twitter ke facebook, aku dapat rasakan yang Wank ada kat Subang jugak. Ingat nak ajak lepak tapi lepas godek dengan lebih mendalam, aku dapat rasakan yang dia sedang menjalani titik baru dalam hidup dia. Berita ni diconfirmkan pulak dengan gambar bunga yang ditanam keesokkan harinya. Dia pulak confirmkan sendir bila call aku dua tiga hari kemudian. Tahniah bro atas pertunangan kau. Harap kau capai apa yang kau nak. Menikah. Hahaha

Ahadnya pulak, aku ada pergi kawasan rumah Segambut tempat aku membesar. Teman ayah aku tengok rumah yang disewakan. Aku try call sorang dua member, tak dapat. Diorang mungkin sibuk kot. Aku tak dapat hasil apa-apa sangatlah hari tu.  Hari yang sama hantar kereta ke Seri Kembangan.

Isnin terus gerak ke Kota Bharu naik bas.

Okaylah, sebenarnya bukan ada apa sangat pun terjadi kepada aku dalam dua bulan ni. Aku je malas. Penyakit yang tak ada ubat sampai sekarang.

NotaKaki : Rindu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...