Sunday, March 30, 2014

261. Hidup di kampung.


Saja nak kongsi dengan korang, kawasan kampung pun tak berapa selamat pun. Kenapa aku kata camtu?

Baru beberapa bulan aku duduk kat kampung ni, dah dengar macam-macam kes. Ada kes ragut di subuh hari, kes kecurian kabel, kes pecah rumah, kes curi lori, kes curi kambing, kes curi motor.

Saja nak kongsi, parent aku ada bela beberapa ekor angsa kat belakang rumah. Tujuan parent aku tu lebih kepada keselamatan. Sebab apa keselematan? Angsa ni akan mengeluarkan bunyi jika ada apa-apa pergerakan atau terasa diri mereka tak selamat. Memang menjadi kebiasaan di kaawasan kampung aku membela angsa untuk tujuan tu.

Cuma yang peliknya, apa korang akan fikir kalau pagi ada 11 ekor tapi petang cuma ada 7 ekor sahaja? Mestilah kena curi kan? Ni yang pelik ni. Sebabnya aku ada di rumah sepanjang hari dan takde sekelumit masa pun aku terdengar angsa ni mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik. Dan ini juga bermaksud angsa-angsa parent aku dicuri.

Kenapa angsa-angsa tu tidak mengeluarkan bunyi satu hal. Dari mana diorang masuk satu hal. Dan ini juga menguatkan statement aku apabila mengatakan kawasan kampung pun tak berapa selamat juga. So, berhati-hati la walau di mana jua korang berada.

Notakaki : Aku dah cuba.

Wednesday, March 26, 2014

260. Kali Pertama


Kepada yang follow Liga Super Malaysia mesti pernah dengar ayat This Is Kota Bharu sejak beberapa tahun ni. Dikatakan stadium keramat kepada pasukan bola sepak Kelantan. Sejak aku tinggal kat Kota Bharu, pernah la ajak adik aku pergi stadium. Konon-konon nak jugak rasa apa yang This Is Kota Bharu tu kan.

Lepas je Kelantan kalah Piala Malaysia tahun lepas, aku dah bagitau adik aku yang aku nak pergi. Memandangkan aku dan dia takde bajet macam orang-orang lain. Kitorang kena pilih tarikh yang sesuai je untuk pergi. Dan memandangkan ada satu pasukan yang power gila dari Selatan semenanjung Malaysia, kitorang decide nak pergi tengok masa lawan team JDT atau lebih dikenali sebagai Johor darul Ta'zim 1.

Nak jadi cerita semalam sempat la kitorang pergi dengan sepupu kitorang. Tapi sebelum pergi tu, ada beberapa masalah perlu kitorang hadapi. Yang pertama, beratur nak beli tiket. Solusi dia (macam tahi solusi, penyelesaian dia) suruh kawan adik yang pergi. Power tak strategi kitorang? Setel masalah tu, nak gerak dari rumah jam berapa. Korang bayangkan la betapa jem nye Kota Bharu kalau time cuti sekolah ni. Alhamdullilah gerak jam 6.00 petang, setengah jam je dah sampai. Tak jem.

Ada la beberapa lagi masalah lain, nak masuk awal ke lepas solat maghrib ke, makan mahal ke murah ke. Parkir kat mana dan beberapa lagi. Nasib tak ada apa sangat masalah dengan semua tu. Apa yang aku boleh kata, makan sama je macam kat pasar malam biasa-biasa. Air seringgit, kuih goreng lidi seringgit ke singgit setengah. Parkir ni sial sikit sebab stadium ni takde parkir khusus, so korang kena parkir kat tempat-tempat berhampiran dan owner kedai or rumah akan kenakan bayaran. Aku kena tiga ringgit. Tempat solat pun disediakan kalau nak solat dulu.

Gambar petang je ada woi.
Pengalaman aku memang seronok jugakla sebab dapat rasa This Is Kota Bharu. Stadium akan betul-betul penuh bila dah makin dekat dengan masa mula. Standard mana-mana stadium kot. Dan memang kat mana-mana kau pergi tengok bola mesti akan ada coach bola duduk sebelah kau. Segala strategi dan perancangan team bola dia tunjukkan. Kau takkan dapat elak. Satu lagi, stadium ni takde kerusi, so korang duduk atas kerusi simen sama macam stadium-stadium lama. Untuk orang sakit belakang tak berapa sesuai la.

dab yang tak paling bestnya ialah Kelantan kalah kepada team yang paling power gila tu. 2 berbalas 1.

Rasa macam nak buat jadikan salah satu jadual pelancongan pulak kalau ada kawan aku datang Kota Bharu. Boleh gitu?

NotaKaki : Alhamdullilah.

Friday, March 21, 2014

259. Kisah Cinta #1


Masa aku kecil, umur 5-6 tahun mama dan abah aku hantar aku tinggal di nursery berhampiran rumah aku. Banyak kenangan manis aku kat sana. Antara yang aku masih ingat ialah cinta hati aku yang pertama. Amboi, bukan main kan? Kecik-kecik lagi dah bercinta hati. Kononnya la kan.

Masa mula-mula aku dihantar ke nursery tu, aku dengan adik aku. Beza umur kitorang setahun je. Jadi aku bertemankan adik aku jela ke sana sini. Agak bosan jugakla. Kalau hari-hari aku hadap muka dia je. Dahla dari kecik lagi orang duk buat konon-konon kitorang ni macam kembar. Padahal bukan.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku buat perangai. Taknak pergi nursery. Nangis-nangis. Last-last kena paksa pergi nursery tu jugak. Kalau tak hanger hinggap ke belakang badan aku. Sakit woi, serius aku tak tipu.

Bila dah sampai nursery tu, aku saja la buat perangai lagi. Taknak makan. Aku tidur je. Konon-konon merajuk la. Jiwa memberontak dari kecik lagi aku ni rupanya. Tak semena-mena datang seorang budak perempuan menghampiri aku. Comelnya dia ni bisik hati aku.

"Kenapa awak camni?" Kata budak perempuan tu kepada aku. Aku tak layan. Mata aku dialihkan ke arah lain.

"Awak ni macam perempuan la." Okay, ini dah agak kurang ajar bisik hati aku.

"Biarlah. Awak sibuk buat apa." Jawab aku kasar.

"Ala, kita boringla. Jom la main dengan kita." Biasalah budak-budak. Tertukar perkataan saya dengan kita.

"Saya taknak la main dengan awak." Jawab aku kasar lagi dan penuh berilmu tanpa menggunakan kata ganti nama yang salah.

"Kita main kawin-kawin nak tak?" Aku pandang dia.

"Budak kecik mana boleh kawin la mama saya kata." Jawab aku.

"Sebab tu kita kata kita main. Bukan kawin betul-betul la awak."

"Nama kita Alya. Nama awak apa?" Budak perempuan tu memperkenalkan diri. Terkebil-kebil aku melihat budak perempuan tu. Lagaknya bersungguh-sungguh ingin mengajak aku bermain. Dengan mata bulatnya yang memandang tepat ke arah muka aku. Kadang-kadang terkelip tanpa dia sedari. Comelnya kau ni bisik hati aku lagi.

"Hmm, yela-yela." Aku tergoda. Aku bangun dari tempat aku baring tadi. Mengikut Alya. Entah apa yang dia nak buat pun aku tak tahu. Aku hanya mengikut.

"Nama awak apa?" Tanya Alya lagi. Terlupa pula aku nak beritahu nama aku kepada dia.

"Nama saya Joe." Aku tipu. Saja aku bagi nama dalam satu rancangan kat tv iaitu Joe Jambul. Aku suka Joe Jambul. Dia hensem. Aku nak jadi hensem macam dia jugak.

"Tipula. Ntah apa-apa la nama awak tu. Macam orang tua je." Kata Alya sambil gelak mengetawakan nama yang aku beritahu kepadanya. Aku mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa kepada Alya. Saja.

"Awak. Bagitau la betul-betul nama awak apa?!" Gayanya seperti marah sedikit. Tetap comel bisik hati aku.

Aku tersenyum nipis. Nampak tak perangai aku masa kecik macam mana? Mengada-ngada. Orang tanya tu patut aku jawab jela elok-elok. Alya mencebik mata dia. Mungkin menyampah dengan perangai aku.

"Awak nak main apa ni?" Tanya aku. Membiarkan pertanyaan Alya tadi. Aku lihat dia. Dia lihat aku.

"Ishh, awak ni. Kan kita dah kata. Kita main kawin-kawin." Yela, baru aku teringat. Cuma takkan nak main berdua je dengan dia. Boring gila.

"Tapi, takkan nak main kita dua je?"

"Taklah, kita main dengan kawan-kawan kita sekali nak?" Sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah sekumpulan budak perempuan yang bermain di laman nursery. Di laman nursery tu ada mini taman permainan. Kat situlah sekumpulan budak perempuan kawan si Alya ni bermain.

"Ala, saya malu la awak." Jawab aku. Memang sejak kecik lagi aku jenis malu sikit. Lagi-lagi dengan budak perempuan. Ramai pulak tu. Bukan apa, aku kan hensem sejak kecik lagi. Mau tak malu, kang semua nak berebut main dengan aku. Susah.

"Ish awak ni. Malu apanye. Dengan kita awak tak malu pun?" Kata Alya. Memangla, dah kau tu seorang je bisik hati aku lagi.

"Jomlah." Alya tarik tangan aku. Aku ikut walaupun melangkah dengan terpaksa. Usai sampai depan kawan-kawan Alya. Mereka pandang ke arah aku. Buat muka pelik. Mungkin sebab ini pertama kali aku ke arah mereka. Selama ni pun aku dengan adik aku je. Adik aku pun entah kat mana, aku pun tak tahu. Mungkin bermain di tingkat atas nursery bersama budak-budak yang lain.

"Haa, dia ni jadi suami kita." Kata Alya kepada budak-budak lain. Aku tercengang. Aku tak kenal diorang.

"Cepat-cepat. Awak duk sini, awak pulak duk sini ye." Kata salah seorang daripada budak-budak tu sambil menunjukkan ke arah dua kerusi. Alya duduk di salah satu kerusi dan mengarahkan aku duduk di sebelah dia. Aku duduk. Tunduk ke bawah, tanda malu.

Kelepok, kelepok, kelepang, kelepang!!!!!

Bunyi yang dibuat oleh budak-budak lain. Konon-kononnya mengikut bunyi kompang yang kebiasaannya ada di kenduri perkahwinan. Beberapa kali budak-budak itu mengulang perkara yang sama. Aku malu. Aku pandang ke arah Alya. Senyum lebar. Tak malu ke dia ni bisik hati aku lagi yang entah kali ke berapa.

"Okay, sekarang awak dua dah jadi suami isteri." Jerit salah seorang dari budak-budak tu.

"Yeeayyyyy!!!" Jerit budak-budak itu pula.

"ALYAA! ooo Alya! Mana kamu ni?" Terdengar suara Kak Ton, pengasuh kami di nursery tersebut.

"Haa, ini pun kamu. Ni haa mak kamu dah mari. Jom."  Alya terus mengikut Kak Ton. Aku tengok sahaja Alya pergi. Dalam hati aku kata hari esok masih ada. Boleh main lagi. Alya masuk ke dalam kereta mak dia. Ketika kereta mak Alya bergerak, Alya masih sempat melambai ke arah aku. Tanda sayang la tu.

_________________________________________________________________________________

"Kak Ton, Kak Ton, Alya mana?" Tanya aku ke arah Kak Ton bila usaha mencari Alya gagal bila sampai ke nursery pagi ini.

"Alya? Kenapa dengan dia?" Tanya Kak Ton balik ke arah aku. Aku tenang.

"Yela, mana dia? Saya cari dia tak jumpa pun hari ni?"

"Owh, memang la dia takde nak oii. Semalam tu dia numpang je kat nursery ni. Mak dia tu kawan Kak Ton, semalam dia ada hal. Tu yang numpangkan Alya kat sini."

"HAH!" Aku terkejut. Cinta pertama aku hilang begitu sahaja.

Sehingga kini, aku tak pernah nampak Alya lagi. Orang kata cinta pertama ni susah nak lupa. Mungkin betul.

NotaKaki : Nak pergi ke tak ek?

Tuesday, March 18, 2014

258. Music Video Hari ini (My Heart Will Go on - Celion Dion)

Sebelum zohor tadi, aku sempat tengok Star King. Rancangan dari Korea Selatan tentang bakat-bakat yang diorang ada untuk jadi popular. Mungkin.

Ada seorang budak perempuan berumur 7 tahun nyanyi lagu ni. Buatkan aku teringat kelegendan lagu ni. Tu yang pasang ni.

Enjoy!

NotaKaki : Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tak boleh ditutup.

257. Jangka Hayat buku fizikal?


Apa pulak yang aku merepek ni? Takdela. Saja nak cerita apa yang tersimpan dalam hati sejak malam tadi. Kalau ada yang mula ikut atau terajin baca blog aku dari mula mesti tahu yang mana aku pernah menjual novel-novel yang dikatakan alternatif kepada novel-novel yang ada di pasaran Malaysia.

Untuk katakan berjaya, aku dan rakan kongsi aku dah tak mengerakkan perniagaan tersebut, lebih-lebih lagi aku langsung tidak agreasif apabila rakan kongsi aku berpindah ke selatan semanjung demi sesuap nasi. Untuk kata tidak berjaya pula, kami sempat mengrollingkan duit daripada hasil jualan novel tersebut beberapa kali.

Setelah beberapa ketika, perniagaan tersebut seperti hanyut. Dalam hati aku masih mempunyai perasaan untuk meneruskan lagi. Cuma kebarangkalian menggunakan kedai online kami yakni SePenaRaya mungkin tidak. Lebih-lebih lagi tidak adil kerana ianya hasil usaha sama beberapa orang lain. Kini kesemuanya sibuk dengan kerjaya masing-masing yang mana mungkin agak payah untuk meluangkan masa kembali.

Lepas aku balik Kota Bharu, aku ada bincang dengan abang aku untuk menjalankan satu perniagaan. Salah satunya adalah sama seperti dulu yang aku pernah buat. Cuma kali ini mungkin aku tidak akan menjual buku sahaja. Insyallah.

Cuma aku tertarik dengan satu soalan yang dilemparkan oleh abang aku.

"Mu agak berapa lama lagi buku fizikal ni akan bertahan dan E-Book akan ambil alih pasaran?"

Pernah aku terfikir tentang perkara ni, cuma tidak pernah aku mendapatkan jawapannya sehinggalah abang aku bertanyakan soalan itu.

Pernah aku terbaca di mana kini pasaran e-book telah menghampiri dan mungkin mendahului pasaran buku fizikal kelak. Tak ingat lah pulak aku kat mana aku baca. Maaf. Cuma katakan artikel itu betul, adakah buku fizikal akan tamat suatu masa nanti?

Adakah boleh untuk aku dan abang aku memulakan perniagaan menjual buku kini? Adakah artikel itu menunjukkan statistik bagi negara-negara maju atau seluruh dunia? Terlibatkah Malaysia? Ataupun sanggupkah orang Malaysia menukar cara pembacaan mereka?

Jangan korang lupa yang mana statistik menunjukkan jualan surat khabar saban hari menurun. Okay, yang ni aku tak tahu. Aku bedal je sebab aku rasa surat khabar sendiri mengambil bahannya daripada internet. Kenapa perlu baca suratkhabar jika kita boleh mendapatkan berita di internet bukan?

Cuma aku tersilap satu sahaja, soalan yang sepatutnya aku tanya ialah ADAKAH MEMBACA SUDAH MENJADI BUDAYA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA KELANTAN di mana aku berada sekarang?

NotaKaki : Duit, duit, di mana kau duit?!!!

Monday, March 17, 2014

256. Makan angin.


Lama jugak aku tak menulis kat sini. Rindu terasa. Ok, ayat tipikal bila seseorang lama tak menulis.

Banyak benda yang jadi dalam kehidupan aku dalam dua bulan ni. Ada yang aku dah cerita dan ada yang aku tak cerita. Mungkin sampai masa aku akan cerita dan mungkin sampai masa aku sendiri dah lupa apa yang aku tak cerita tu.

Sebelum ni aku ada cerita yang salah seorang makcik aku meninggal dunia. Sedih juga sebab beberapa tahun ni aku tak berapa jumpa dengan makcik aku ni sebab aku menetap di Shah Alam. Ada tergerak di hati untuk singgah ke rumah dia selepas aku balik menetap di Kota Bharu. Dan hati aku mengatakan insyallah nantilah aku pergi. Aku tunda beberapa kali sehinggalah aku dikejutkan dengan berita pemergian dia. Ini menjadi satu pengajaran yang agak besar juga kepada aku sendiri. Terima kasih Cik Ngah untuk apa sahaja.

Kemudian, beberapa minggu sebelum ni aku sempat ke Shah Alam. Menemani ayah aku hantar kereta kepada adik aku yang menetap di Seri Kembangan. Sempat jugak lah aku buat benda lain. Pergi ke Kuala Selangor, hadiri kenduri perkahwinan di sana. First time woi aku masuk kampung dalam kawasan padi yang agak luas. Kalau padi tengah naik mesti cantik gila kawasan tu.

Aku jugak sempat jugak jumpa kawan aku, Nana dan Makcik yang tengah mengandung (bukan nama sebenar. Hahaha). Ingat nak jumpa Razimey sekali, dia ada hal pulak. Malam tu aku godek-godek twitter ke facebook, aku dapat rasakan yang Wank ada kat Subang jugak. Ingat nak ajak lepak tapi lepas godek dengan lebih mendalam, aku dapat rasakan yang dia sedang menjalani titik baru dalam hidup dia. Berita ni diconfirmkan pulak dengan gambar bunga yang ditanam keesokkan harinya. Dia pulak confirmkan sendir bila call aku dua tiga hari kemudian. Tahniah bro atas pertunangan kau. Harap kau capai apa yang kau nak. Menikah. Hahaha

Ahadnya pulak, aku ada pergi kawasan rumah Segambut tempat aku membesar. Teman ayah aku tengok rumah yang disewakan. Aku try call sorang dua member, tak dapat. Diorang mungkin sibuk kot. Aku tak dapat hasil apa-apa sangatlah hari tu.  Hari yang sama hantar kereta ke Seri Kembangan.

Isnin terus gerak ke Kota Bharu naik bas.

Okaylah, sebenarnya bukan ada apa sangat pun terjadi kepada aku dalam dua bulan ni. Aku je malas. Penyakit yang tak ada ubat sampai sekarang.

NotaKaki : Rindu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...