Saturday, February 22, 2014

254. Mati itu pasti

Okay, tajuk agak berat. Aku tak pasti yang selama ni aku pernah tulis benda yang agak berat camni atau tidak.

Kenapa tiba-tiba aku tulis tajuk tu?

Aku saja nak kongsi dengan korang semua yang mana pagi jumaat lepas salah seorang makcik aku sudah pergi selamanya. Makcik aku ni takdelah sakit teruk. Muda lagi, baru berumur 47tahun.

Sejak raya haji tahun lepas, makcik aku macam terkena satu penyakit. Berulang kali jumpa doktor. Ada doktor yang kata sakit tidak teruk, ada yang kata kencing manis, ada yang angin ahmar.

Tapi

Selepas ujian darah dan lain-lain dibuat, doktor pakar mengesahkan tiada penyakit yang teruk. Cuma makcik tetap buat medical check up every week untuk kepuasan hati.

Selepas beberapa bulan, makcik aku pergi jua. Apa yang aku nak kongsi lagi, makcik aku dimasukkan hospital pada malam hari tetapi percaya atau tidak siang hari tu makcik masih boleh membawa anaknya ke hospital yang berada di Kota Bharu. Makcik aku duduk di Pasir Puteh. Jaraknya kedua tempat ini plus minus 40km.

Ini membuktikan yang ajal maut di tangan tuhan. Kita tak tahu bila masa kita akan pergi tetapi apa yang pasti, mati itu pasti.

Semoga roh makcik aku ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

NotaKaki : Jangan lupa sentiasa memaafkan orang sebelum tidur, insyallah hidup kita tenang.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...