Thursday, January 23, 2014

252. Betul ke?


Jangan tulis sebab anda nak bercerita tetapi tulis sebab anda ada benda nak cerita.

Baru-baru ni aku ada layan satu akaun kat twitter. Lama dah aku follow twitter ni. Tak silap setiap minggu akan tukar orang yang jaga akaun ni. So, setiap orang tu akan membebel apa sahaja yang dorang nak masa tu. Malahan ada yang buat orang unfollow akaun tersebut. Macam tu akaun dia sorang je kan.

Ayat yang kat atas sekali tu ada sorang penjaga akaun ni tulis yang mana membuatkan aku berfikir berkali-kali. Ok, aku tipu je. Masa aku nak fikir aku terfikir.

Apa yang aku fikirkan?

Selama ni aku terasa nak menulis, hajat ni memang lama dah. Aku pendam dan pendam sehingga aku dah start kerja aku buat satu blog. Blog ni aku rahsiakan dan tak silap aku, memang sekejap sangat aku tulis.

Kemudian, satu fenomena berlaku kat Malaysia yang mana banyak buku-buku kononnya tidak cliche diterbitkan oleh penerbit-penerbit alternatif or ada yang panggil mereka-mereka ini penerbit indie. Masa tu, aku terpanggil untuk konon-kononnya terikut-ikut dengan budaya tu.

Terasa nak menulis tu ada. Macam-macam idea yang timbul. Di office aku buat kerja sikit, tulis idea sikit. Aku ada bentangkan idea aku kepada beberapa kawan aku. Ada yang minta aku tulis blog dan lain-lain. Jadi timbul la blog baru yakni yang korang tengah baca (Ada ke?) ni. Kalau ada yang mula ikut dari awal aku tulis blog ni akan perasan yang kadang-kadang aku berkongsi cerpen-cerpen kepada korang.

Malahan aku sempat berklobrasi dengan beberapa rakan aku buat satu blog iaitu blog SePena Raya yang matlamatnya menyimpan segala hasil karya kitorang. Pada beberapa bulan yang awal, agak rancak. Masuk tahun baru, karya makin berkurang. Hujung tahun, sangat kurang. Nasib baik ada seorang kawan aku yang agak rajin untuk tulis walaupun dia hanya update di blog di sahaja. Aku hargai usaha dia tu. Terima kasih bro.

Apa yang aku nak sampaikan ialah aku macam tak berapa setuju dengan apa yang diperkatakan oleh penjaga akaun tu. Entahla. Pada aku, orang yang nak bercerita adalah orang yang ada cerita. Cuma bezanya ialah mereka-mereka mungkin kekurangan cara untuk bercerita.

Contohnya aku, dalam kepala otak aku macam-macam idea yang ada. Ada yang mula tulis tapi sekerat jalan. Ada yang idea meletup-letup tetapi tak tertulis. Bukan taknak tapi tidak tahu cara yang betul. Aku boleh kata cerita yang ada dalam kepala aku ni boleh dijadikan novel tapi tertulisnya tidak langsung. Kenapa ek?

Aku rasa dah takde alasan untuk aku tidak menulis tapi haram tetap tak menulis jugak!

NotaKaki: Sometimes we do need to judge a book by its cover.

3 comments:

  1. It's really a nice and helpful piece of information.

    I am happy that you simply shared this helpful info with
    us. Please stay us up to date like this. Thanks for sharing.


    my homepage pediatrics training

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...