Sunday, January 19, 2014

250. Jaga diri


"Ingat orang tak tahu jaga diri ke?" Kata seorang budak kecil kepada ibu dan bapanya. Budak kecil itu membebel kerana dipaksa melekat tag nama di baju kesayangannya. Dia bersama dengan mama, abah dan adiknya. Mereka ketika ini sedang menghadiri perjumpaan hari keluarga pejabat bapanya.


Budak kecil itu berumur 12 tahun. Seorang yang akan mengambil ujian penilaian sekolah rendah atau lebih dikenali UPSR. Konon sudah mempunyai kekasih hati. Budak-budak zaman sekarang, sunat belum sembuh dah mula memikirkan untuk berkahwin. Padahal banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.


"Ala, lekat jela. Tak rosak pun baju tu." Pujuk mama budak kecil itu tadi. Mamanya faham perangai budak yang sedang membesar, lebih-lebih lagi budak yang baru lepas sunat seperti anaknya itu. Budak kecil itu tidak menghiraukan pujukan mamanya. Masih marah.


"Senang orang nak kenal anak siapa nanti. Bukan takut hilang." Tambah mama budak kecil itu lagi.


"PERHATIAN! Upacara akan bermula dalam 30 minit. Diharap semua peserta dapat bersiap sebelum upacara bermula. Terima kasih." Pengumuman dibuat oleh pihak pengurusan.


"Dah, pergi tukar baju dengan seluar tu." Arah mama budak kecil itu kepada budak kecil itu.


"Nak tukar katne mama?" Tanya budak kecil tu.


"Tukar kat sini jela."Jawab mama budak kecil itu.


"Malulah mama. Nanti orang tengok."Jawab budak kecil itu pula.


"Kalau dah malu sangat, pergila toilet kat atas sana." Sambil menunjuk ke arah tandas yang berada di kedudukan agak tinggi berbanding mereka sekarang.


Mata budak kecil itu memandang ke arah tandas yang ditunjuk oleh mamanya tadi. Matanya memandang kembali ke arah mamanya.


"Pergilah cepat." Kata mama budak kecil itu. Budak kecil itu mula berjalan ke arah tandas itu. Menaiki beberapa anak tangga. Seketika kemudian, budak kecil itu sampai betul-betul di hadapan pintu tandas yang ditunjuk oleh mamanya tadi. Matanya melihat tepat ke arah pintu tandas itu sambil berdiri tegak. Lagaknya seperti memikirkan sesuatu.


"La, kenapa tak tukar lagi ni?" Tanya mama budak kecil tu apabila melihat budak kecil itu kembali kepadanya tanpa menukar baju dan seluar yang dipakai pagi tadi.


"Mama, takutlah. Teman boleh?"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...