Sunday, January 12, 2014

248. Tiap-tiap tahun.


Hujung tahun lepas, aku dengan family berkesempatan ke Kuala Lumpur. Ada kerja yang perlu diselesaikan, sambil-sambil abang sepupu aku bertunang dan makcik aku membuat majlis kesyukuran. Sebenarnya kawan aku pun ada buat majlis perkahwinan dia tapi aku tak berkesempatan langsung ke sana. Sorry bro.

Apa yang tiap-tiap tahun yang aku cuba perkatakan ni? Ini adalah dialog antara ayah aku dan datuk aku.

"Kalau umur kita panjang, tiap-tiap tahunla kita ada kenduri." Kata ayah aku kepada datuk aku.

Mula-mula datuk aku tak berapa paham. Lama kemudian baru paham yang mana ayah aku maksudkan mungkin setiap tahun akan ada kenduri perkahwinan dalam keluarga kitorang. Ianya bermula dari tahun lepas yang mana abang aku kahwin. Tahun ni dah dibooking oleh abang sepupu aku pulak.

Dan apa yang menyebabkan ayah aku kata camtu adalah jarak umur kitorang semua tak banyak. Dalam setahun atau dua tahun sahaja beza.

Dan aku semakin mempercayai teori ini apabila ramai kawan-kawan aku yang mula mengajak ke majlis perkahwinan mereka.

Mana-mana yang tak sedar diri dah tua ni, sila la cermin-cerminkan diri tu ye. Aku? Baru nak mula bertapak balik kot.

NotaKaki : Banyaknya kena fikir.

6 comments:

  1. terasa seyh bila cakap bab2 kawen ni..haha
    kawan2 aku yg sebaya sume dah kawen.
    xpa, belom tiba masa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai masa nanti jangan lupa pulak.hahahah

      Delete
  2. kalau da sampai jodoh khabar khabarkan di blog (:

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...