Sunday, January 5, 2014

246. Risiko

(sebenarnya aku tulis ni kat post sebelum ni tapi macam panjang sangat aku bahagikan. Bukan orang suka pun baca panjang-panjang kan?)

Risiko, ini satu lagi benda aku nak cerita. Lama dah terfikir, cuma tak tercerita je. Lebih kurang bulan lepas aku ada beberapa barang lama yang ingin dijual. Kalau aku simpan, kebarangkalian untuk aku gunakan balik barang tu memang sangat-sangat tipis. Aku minta adik aku postkan dalam satu group di facebook mengatakan barang-barang tersebut ingin dijual dengan harga sekian-sekian.

Ada beberapa orang yang bertanya, cuma mereka-mereka ini hanya bertanya satu ada dua barang sahaja. Ada barang yang tidak ditanya langsung. Tup-tup ada satu malam tu, ada sorang mamat ni tanya kalau nak ambil semua barang tu boleh tak tapi mintak harga kurang sikit. Pada aku, benda ni bagus sebabnya walaupun murah sedikit tetapi boleh mengosongkan ruang di rumah aku.

Deal punya deal, dia minta hantar dulu barang baru dia masukkan duit ke kitorang. Yang ni pada aku adalah satu risiko yang sangat-sangat tinggi. Lepas deal, dia setuju untuk bagi RM650 untuk kesemua barang dan dia sanggup bayar kos penghantaran bayar sekali.

Lepas bincang balik, ayah aku suggest guna COD daripada perkhidmatan POS Malaysia. Benda ni memang ramai yang tak tahu. Aku rasa pekerja-pekerja baru kat pejabat Pos sendiri tak tahu. Aku pun terasa nak cubalah. Bila aku pergi Pejabat Pos yang terdekat, dorang suruh pergi Pejabat Pos yang terletak di tengah bandar. Agak jauh pada aku sebab aku naik motor dan cuaca pun agak gelap masa tu.

Takpe, aku pergi Pejabat Pos Laju terdekat pulak, pun dorang tak tahu. Aku tak puas hati, aku call terus Ibu Pejabat Pos Malaysia yang kat Kota Bharu. Ada seorang akak jawab dan kata ada tapi dia minta confirmkan balik. Aku puas hati dalam tak puas hati. Lebih kurang 15 minit kemudian, aku dengan adik terus gerak ke sana. Aku tak suka buang masa kat satu tempat tanpa buat apa-apa.

Bila sampai, aku jumpa akak yang jawab telefon tadi. Dia kata perkhidmatan tu memang ada. Cuma.

Okay, sebenarnya korang boleh bayangkan perkataan 'cuma' ni sama dengan 'tapi' je maksud dia. Dan bila perkataan 'tapi' digunakan, kebiasaannya perkara sebaliknya la kan?

Akak tu kata cuma perkhidmatan ni memang sangat jarang orang guna atau lebih tepat lagi dalam setahun memang tak pernah lah orang guna. Akak tu kata dia sanggup tolong. Aku dah okay sikit dah tapi bila aku tanya lebih detail. Rupa-rupanya perkhidmatan ni boleh mengjangkau masa sampai sebulan lamanya.

Dalam hati aku, takkan la aku nak tunggu selama tu kan? Kena-kena orang yang nak beli tu tak jadi beli, macam mana nanti kan. Barang dah hantar. Macam-macam aku fikir dalam kepala otak aku.

 Last-last, aku ambil risiko. Aku hantar barang tu dengan tawakal. Dengan harapan kawan tu tak menipu. Okay, sebenarnya aku takdela amik risiko bodoh-bodoh macam tu je. Aku dah research dulu sebelum tu, kawan yang beli tu boleh percaya ke tak atau pernah tipu orang ke sebelum ni. Dan hati aku mengatakan lebih 50peratus aku boleh percaya.

Which is good for me to trust people. Lebih baik daripada aku tak boleh percaya langsung kan? Sebenarnya kenapa tak 100peratus, ianya sebab dalam internet kalau nak tipu macam-macam boleh buat kan?

Bila balik, ayah aku tak berapa setuju tapi aku dah hantar barang tu. Sekarang ni kira macam tawakkal jela. Hasilnya kawan tu memang masukkan RM650 tanpa kos perkhidmatan hantar barang tu. Dalam dia tak tipu, dia tak juga bayar kos tu. So boleh kata 90peratus boleh percaya la kat kawan tu.

Apa yang aku nak cerita ni sebenarnya, kalau aku tak ambil risiko tu. Aku takkan dapat RM650 tu dan barang tu akan menyepahkan rumah aku sahaja. Aku malu nak cerita barang apa sebenarnya, biarlah rahsia ye?

NotaKaki: Bila aku nak teruskan balik projek-projek lama ni?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...