Wednesday, January 1, 2014

244. Selamat Tahun Baru 2014!


Kewajiban bagi setiap insan setiap tahun baru yakni tahun masihi atau tahun islam. pasti ada azam tersendiri kan? Apa azam korang tahun ni? Kahwin? Ambil lesen kereta? Buat baby? Belajar masak? Kurangkan berat badan? Cari kerja baru? Menjadi insan yang lebih baik dari tahun sudah?

Walau apa pun korang punya azam, aku harap korang dapat buat dengan jayanya.

Untuk aku?

Aku rasa aku tak pernah terfikir selama ni yang aku perlukan azam untuk tahun-tahun yang baru mendatang. Mungkin tu punca yang tahun 2013 yang sudah adalah tahun kegelapan aku.

 Apa yang aku cuba boleh buat ialah balas balik apa yang tidak mendatangkan kebaikan kepada aku pada tahun-tahun sudah. Mungkin dengan mencari pendapatan tetap yang lebih terjamin, membahagiakan keluarga, belajar lebih tinggi mungkin dan banyak lagi.

Apa lagi ek?

Harapan aku pada tahun 2014 ini lagi, aku berharap rakyat Malaysia akan bertambah-tambah gila punya matang. Harap dapat membuka mata dalam pelbagai isu, kita ni masih jauh ketinggalan dalam pelbagai perkara. Harap tiada yang lupa tahun 2020 yakni Wawasan 2020 hanya tinggal 6 tahun sahaja lagi.

Dalam pemerhatian korang-korang semua, mampu tak Malaysia mencapai Wawasan 2020? Sebelum Malaysia mampu capai, mampu tak korang-korang semua termasuk aku capai apa yang diimpikan oleh Tun Dr Mahathir?

Entahla.

NotaKaki : Aku tulis ini ketika sedang bekerja dari rumah.

8 comments:

  1. Semoga apa yg kita target tercapai

    ReplyDelete
  2. wah bekerja dri umah..meh la story sikit
    moga apa yg dirancangkan kita usahakan utk mencapainya

    ReplyDelete
  3. mesti best kerja dari rumah kan? kan? kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tau best tak, try la. cume kena paham2 la income tu kan..hahah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...