Thursday, January 23, 2014

252. Betul ke?


Jangan tulis sebab anda nak bercerita tetapi tulis sebab anda ada benda nak cerita.

Baru-baru ni aku ada layan satu akaun kat twitter. Lama dah aku follow twitter ni. Tak silap setiap minggu akan tukar orang yang jaga akaun ni. So, setiap orang tu akan membebel apa sahaja yang dorang nak masa tu. Malahan ada yang buat orang unfollow akaun tersebut. Macam tu akaun dia sorang je kan.

Ayat yang kat atas sekali tu ada sorang penjaga akaun ni tulis yang mana membuatkan aku berfikir berkali-kali. Ok, aku tipu je. Masa aku nak fikir aku terfikir.

Apa yang aku fikirkan?

Selama ni aku terasa nak menulis, hajat ni memang lama dah. Aku pendam dan pendam sehingga aku dah start kerja aku buat satu blog. Blog ni aku rahsiakan dan tak silap aku, memang sekejap sangat aku tulis.

Kemudian, satu fenomena berlaku kat Malaysia yang mana banyak buku-buku kononnya tidak cliche diterbitkan oleh penerbit-penerbit alternatif or ada yang panggil mereka-mereka ini penerbit indie. Masa tu, aku terpanggil untuk konon-kononnya terikut-ikut dengan budaya tu.

Terasa nak menulis tu ada. Macam-macam idea yang timbul. Di office aku buat kerja sikit, tulis idea sikit. Aku ada bentangkan idea aku kepada beberapa kawan aku. Ada yang minta aku tulis blog dan lain-lain. Jadi timbul la blog baru yakni yang korang tengah baca (Ada ke?) ni. Kalau ada yang mula ikut dari awal aku tulis blog ni akan perasan yang kadang-kadang aku berkongsi cerpen-cerpen kepada korang.

Malahan aku sempat berklobrasi dengan beberapa rakan aku buat satu blog iaitu blog SePena Raya yang matlamatnya menyimpan segala hasil karya kitorang. Pada beberapa bulan yang awal, agak rancak. Masuk tahun baru, karya makin berkurang. Hujung tahun, sangat kurang. Nasib baik ada seorang kawan aku yang agak rajin untuk tulis walaupun dia hanya update di blog di sahaja. Aku hargai usaha dia tu. Terima kasih bro.

Apa yang aku nak sampaikan ialah aku macam tak berapa setuju dengan apa yang diperkatakan oleh penjaga akaun tu. Entahla. Pada aku, orang yang nak bercerita adalah orang yang ada cerita. Cuma bezanya ialah mereka-mereka mungkin kekurangan cara untuk bercerita.

Contohnya aku, dalam kepala otak aku macam-macam idea yang ada. Ada yang mula tulis tapi sekerat jalan. Ada yang idea meletup-letup tetapi tak tertulis. Bukan taknak tapi tidak tahu cara yang betul. Aku boleh kata cerita yang ada dalam kepala aku ni boleh dijadikan novel tapi tertulisnya tidak langsung. Kenapa ek?

Aku rasa dah takde alasan untuk aku tidak menulis tapi haram tetap tak menulis jugak!

NotaKaki: Sometimes we do need to judge a book by its cover.

Wednesday, January 22, 2014

251. Mimpi


Aku ada satu mimpi ni, betul-betul hari ni aku mimpi. Boleh kata aku ingatla sikit pasal mimpi ni. Lagipun mimpi ni aku rasa-rasa macam pernah bermimpi je dulu.

Korang tahu apa aku mimpi? Nak tau taknak ni? Lantak korang la, aku nak cerita gak.

Mimpi aku bermula apabila aku bawak satu kereta dan parking kat kawasan parking yang agak sunyi. Kat kawasan parking ada dua kereta je, kereta aku dengan kereta siapa ntah. Aku pun blah dari tempat tu dan tinggalkan kereta tu kat situ.

Tak silap aku, aku naik pengakutan awam ke tempat lain. Lepas je aku berjimba ke sana sini, aku pun baliklah ke tempat parking tu. Masa aku sampai tu, aku nampak ada tiga orang kat kereta yang parking sekali dengan kereta aku tu.

Bila aku berjalan berhampiran kereta dorang tu, aku senyum dan angkat tangan la kat dorang tiga tu. Kalau dalam dunia betul, sampai mati aku takkan buat macam ni. OK, abaikan. Dorang balas balik senyuman aku tu. Lepas tu salah sorang dari dorang tanya kat aku.

"Sorang je ke bang?"
"Sorang je." Aku jawab.

Tak semena-mena, dorang datang ke aku dan berkelakuan pelik. Macam orang yang merompak dan  memang itu pun tujuan dorang. Mula-mula aku buat-buat terima je apa nak jadi kan.

Tapi tengah-tengah dorang check kereta aku, aku jadi marah. Syaitan dah hasut aku. Apa lagi, aku serang salah seorang daripada dorang tu. Dengan menggunakan kunci kereta aku, aku tikam. Darah keluar dan mamat yang kena tikam tu rebah jatuh ke tanah. Yela, mana ada orang rebah jatuh ke atas langit kan?

Yang lagi dua orang tu melarikan diri lepas nampak apa yang aku buat. Aku? Tersedar dari apa yang aku buat tu. Aku call polis dan bagitau apa yang aku dah buat. Lepas tu aku takut dan pengsan.

Bila aku bangun, aku dah ada kat rumah yang tak dikenali. Rupa-rupanya aku dah dibawa oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu kat kawasan tu. Aku tak tahu kenapa dia dengan selamba boleh bawak aku balik, tak risau ke tengok ada mayat kat area situ.

Masa tu aku dah cuak dah, aku pun buat-buat la tanya pasal benda tu. Dia kata dia nampak aku terbaring sorang-sorang je kat situ. Aku pelik.

Lepas tu, aku tak ingat. Boleh tak cerita mimpi aku habis kat sini je?

Terima kasih.

NotaKaki : Seminggu sudah berlalu.

Sunday, January 19, 2014

250. Jaga diri


"Ingat orang tak tahu jaga diri ke?" Kata seorang budak kecil kepada ibu dan bapanya. Budak kecil itu membebel kerana dipaksa melekat tag nama di baju kesayangannya. Dia bersama dengan mama, abah dan adiknya. Mereka ketika ini sedang menghadiri perjumpaan hari keluarga pejabat bapanya.


Budak kecil itu berumur 12 tahun. Seorang yang akan mengambil ujian penilaian sekolah rendah atau lebih dikenali UPSR. Konon sudah mempunyai kekasih hati. Budak-budak zaman sekarang, sunat belum sembuh dah mula memikirkan untuk berkahwin. Padahal banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.


"Ala, lekat jela. Tak rosak pun baju tu." Pujuk mama budak kecil itu tadi. Mamanya faham perangai budak yang sedang membesar, lebih-lebih lagi budak yang baru lepas sunat seperti anaknya itu. Budak kecil itu tidak menghiraukan pujukan mamanya. Masih marah.


"Senang orang nak kenal anak siapa nanti. Bukan takut hilang." Tambah mama budak kecil itu lagi.


"PERHATIAN! Upacara akan bermula dalam 30 minit. Diharap semua peserta dapat bersiap sebelum upacara bermula. Terima kasih." Pengumuman dibuat oleh pihak pengurusan.


"Dah, pergi tukar baju dengan seluar tu." Arah mama budak kecil itu kepada budak kecil itu.


"Nak tukar katne mama?" Tanya budak kecil tu.


"Tukar kat sini jela."Jawab mama budak kecil itu.


"Malulah mama. Nanti orang tengok."Jawab budak kecil itu pula.


"Kalau dah malu sangat, pergila toilet kat atas sana." Sambil menunjuk ke arah tandas yang berada di kedudukan agak tinggi berbanding mereka sekarang.


Mata budak kecil itu memandang ke arah tandas yang ditunjuk oleh mamanya tadi. Matanya memandang kembali ke arah mamanya.


"Pergilah cepat." Kata mama budak kecil itu. Budak kecil itu mula berjalan ke arah tandas itu. Menaiki beberapa anak tangga. Seketika kemudian, budak kecil itu sampai betul-betul di hadapan pintu tandas yang ditunjuk oleh mamanya tadi. Matanya melihat tepat ke arah pintu tandas itu sambil berdiri tegak. Lagaknya seperti memikirkan sesuatu.


"La, kenapa tak tukar lagi ni?" Tanya mama budak kecil tu apabila melihat budak kecil itu kembali kepadanya tanpa menukar baju dan seluar yang dipakai pagi tadi.


"Mama, takutlah. Teman boleh?"

Monday, January 13, 2014

249. Jual Baju


Saja nak bagitau kat korang-korang semua yang aku berkolabrasi dengan keluarga aku untuk jual baju. Buat masa ni, kitorang akan mula dengan jual baju kaftan dulu.

Untuk yang tak tahu apa itu kaftan. Kalau cedok dari wikipedia,

A kaftan or caftan ( قفطان qaftân) is a front-buttoned coat or overdress, usually reaching to the ankles, with long sleeves. It can be made of wool, cashmere, silk, or cotton, and may be worn with a sash.

It is a variant of the robe or tunic, versions of which have been worn by countless cultures around the world, for thousands of years. The kaftan is associated with Islamic or Islamicate cultures. Kaftans were often worn as court robes; the splendor and specific decorations of the kaftan indicated the rank of the wearer. Sovereigns often gave ornate kaftans as a mark of favor.

Boleh baca yang panjang lagi kat wikipedia sendiri.

Katakanlah korang tak paham jugak, korang boleh google kaftan tu apa kat sini. Cuma yang ni adalah kaftan yang lebih beruniversal ataupun yang satu dunia punya.

Kitorang punya lebih kepada Malaysia sendiri atau lebih tepat Kelantan. Mana-mana yang nak tengok-tengok tu, jemputlah ke page fb kami ye. Jangan malu dan jangan segan. Semua peramah kat situ. Lagipun tak penah pun window shopping kat situ.

Detail :

Facebook : Kaftan Malaysia Clothing
Twitter : @KaftanMalaysiaC
Web :  kaftanmalaysiaclothing.blogspot.com
Google+ : Kaftan Malaysia Clothing

Notakaki : Sudah bermula.

Sunday, January 12, 2014

248. Tiap-tiap tahun.


Hujung tahun lepas, aku dengan family berkesempatan ke Kuala Lumpur. Ada kerja yang perlu diselesaikan, sambil-sambil abang sepupu aku bertunang dan makcik aku membuat majlis kesyukuran. Sebenarnya kawan aku pun ada buat majlis perkahwinan dia tapi aku tak berkesempatan langsung ke sana. Sorry bro.

Apa yang tiap-tiap tahun yang aku cuba perkatakan ni? Ini adalah dialog antara ayah aku dan datuk aku.

"Kalau umur kita panjang, tiap-tiap tahunla kita ada kenduri." Kata ayah aku kepada datuk aku.

Mula-mula datuk aku tak berapa paham. Lama kemudian baru paham yang mana ayah aku maksudkan mungkin setiap tahun akan ada kenduri perkahwinan dalam keluarga kitorang. Ianya bermula dari tahun lepas yang mana abang aku kahwin. Tahun ni dah dibooking oleh abang sepupu aku pulak.

Dan apa yang menyebabkan ayah aku kata camtu adalah jarak umur kitorang semua tak banyak. Dalam setahun atau dua tahun sahaja beza.

Dan aku semakin mempercayai teori ini apabila ramai kawan-kawan aku yang mula mengajak ke majlis perkahwinan mereka.

Mana-mana yang tak sedar diri dah tua ni, sila la cermin-cerminkan diri tu ye. Aku? Baru nak mula bertapak balik kot.

NotaKaki : Banyaknya kena fikir.

Thursday, January 9, 2014

247. Salah Siapa?

Semenjak aku duduk bersama keluarga aku, ada la timbul beberapa isu. Tapi yang paling-paling aku rasa isu yang aku nak kongsi ialah isu internet.

Ayah aku melanggan perkhidmatan streamyx paling murah, walaupun aku kisah tapi aku syukur tetap ada. Ianya memang sangat-sangat berbeza daripada ketika aku duduk kat Shah Alam dulu yang mana budak-budak rumah aku melanggan unifi yang paling murah. Bak kat Sang heng memang berbeza.

Cuma, bukan itu yang aku nak cerita hari ni. Korang semua mesti tahu kalau kita guna perkhidmatan dari TM mesti guna kabel telefon kan? Dan korang mesti tahu kabel ni boleh terputus walau dengan apa cara sekalipun kan? Sekali sekala jadi mesti korang tak kisah atau tak terasa sangat kan?

Tapi korang bayangkan kalau dalam masa hanya cuma tiga bulan aku kat sini, tiga kali kabel terputus. First sebab ada jentolak langgar kabel tu. Mungkin dia tak perasan. Kali kedua dan ketiga macam kena curi. Ianya sangat-sangat menyakitkan hati.

Korang bayangkan la ye, kali kedua dan ketiga tu jadi lepas korang bangun tidur. Katakan korang tidur lewat dan sedang buat kerja. Buat keputusan nak sambung esok, lupakan jela niat tu. Bila-bila je boleh terbantut.

Kebiasaannya ayah aku akan buat report ke TM as soon as posibble. Bukan aku taknak buat tapi ayah aku berkeras, jadi aki biarkan sahaja. Yang ni lagi satu masalah yang menyakitkan hati.

Apa yang aku perhatikan, kalau terjadi kes-kes gini dan lepas kita report kepada TM. Tak pernah selesai dalam satu hari atau dua hari. Kes pertama empat hari diperlukan. Kes kedua yang paling lama. Kebetulan keluarga aku ke KL masa ni dan bila kitorang balik pun masih tak selesai lagi.

Berapa lama? Korang bayangkan sendiri. Benda jadi hari isnin malam selasa. Report dibuat hari selasa. Aku pergi ke KL hari jumaat dan berada kat sana sampai hari isnin. Takde langsung kerja-kerja orang datang betulkan kabel tu. Ayah aku buat report balik dan hari khamis baru selesai kes ni. A week and three days. Best kan?

Dan kes ketiga selesai dalam masa empat hari jugak.

Bila aku fikir-fikir balik, kenapa boleh jadi gini? Double standard? Sebab kitorang pakai pakej paling murah? Atau sebab rumah kitorang di kampung? Tak layak dapat service yang cepat? Atau memang banyak kes kabel putus? Atau kes kecurian kabel terlalu tinggi sampai tak boleh buat apa-apa?

Tapi pelik jugak, takde penyelesaian langsung ke dalam kes kecurian kabel camni ek? Takkan TM nak tanggung kos kerugian macam tu je?

Notakaki: Akan datang dalam masa terdekat.

Sunday, January 5, 2014

246. Risiko

(sebenarnya aku tulis ni kat post sebelum ni tapi macam panjang sangat aku bahagikan. Bukan orang suka pun baca panjang-panjang kan?)

Risiko, ini satu lagi benda aku nak cerita. Lama dah terfikir, cuma tak tercerita je. Lebih kurang bulan lepas aku ada beberapa barang lama yang ingin dijual. Kalau aku simpan, kebarangkalian untuk aku gunakan balik barang tu memang sangat-sangat tipis. Aku minta adik aku postkan dalam satu group di facebook mengatakan barang-barang tersebut ingin dijual dengan harga sekian-sekian.

Ada beberapa orang yang bertanya, cuma mereka-mereka ini hanya bertanya satu ada dua barang sahaja. Ada barang yang tidak ditanya langsung. Tup-tup ada satu malam tu, ada sorang mamat ni tanya kalau nak ambil semua barang tu boleh tak tapi mintak harga kurang sikit. Pada aku, benda ni bagus sebabnya walaupun murah sedikit tetapi boleh mengosongkan ruang di rumah aku.

Deal punya deal, dia minta hantar dulu barang baru dia masukkan duit ke kitorang. Yang ni pada aku adalah satu risiko yang sangat-sangat tinggi. Lepas deal, dia setuju untuk bagi RM650 untuk kesemua barang dan dia sanggup bayar kos penghantaran bayar sekali.

Lepas bincang balik, ayah aku suggest guna COD daripada perkhidmatan POS Malaysia. Benda ni memang ramai yang tak tahu. Aku rasa pekerja-pekerja baru kat pejabat Pos sendiri tak tahu. Aku pun terasa nak cubalah. Bila aku pergi Pejabat Pos yang terdekat, dorang suruh pergi Pejabat Pos yang terletak di tengah bandar. Agak jauh pada aku sebab aku naik motor dan cuaca pun agak gelap masa tu.

Takpe, aku pergi Pejabat Pos Laju terdekat pulak, pun dorang tak tahu. Aku tak puas hati, aku call terus Ibu Pejabat Pos Malaysia yang kat Kota Bharu. Ada seorang akak jawab dan kata ada tapi dia minta confirmkan balik. Aku puas hati dalam tak puas hati. Lebih kurang 15 minit kemudian, aku dengan adik terus gerak ke sana. Aku tak suka buang masa kat satu tempat tanpa buat apa-apa.

Bila sampai, aku jumpa akak yang jawab telefon tadi. Dia kata perkhidmatan tu memang ada. Cuma.

Okay, sebenarnya korang boleh bayangkan perkataan 'cuma' ni sama dengan 'tapi' je maksud dia. Dan bila perkataan 'tapi' digunakan, kebiasaannya perkara sebaliknya la kan?

Akak tu kata cuma perkhidmatan ni memang sangat jarang orang guna atau lebih tepat lagi dalam setahun memang tak pernah lah orang guna. Akak tu kata dia sanggup tolong. Aku dah okay sikit dah tapi bila aku tanya lebih detail. Rupa-rupanya perkhidmatan ni boleh mengjangkau masa sampai sebulan lamanya.

Dalam hati aku, takkan la aku nak tunggu selama tu kan? Kena-kena orang yang nak beli tu tak jadi beli, macam mana nanti kan. Barang dah hantar. Macam-macam aku fikir dalam kepala otak aku.

 Last-last, aku ambil risiko. Aku hantar barang tu dengan tawakal. Dengan harapan kawan tu tak menipu. Okay, sebenarnya aku takdela amik risiko bodoh-bodoh macam tu je. Aku dah research dulu sebelum tu, kawan yang beli tu boleh percaya ke tak atau pernah tipu orang ke sebelum ni. Dan hati aku mengatakan lebih 50peratus aku boleh percaya.

Which is good for me to trust people. Lebih baik daripada aku tak boleh percaya langsung kan? Sebenarnya kenapa tak 100peratus, ianya sebab dalam internet kalau nak tipu macam-macam boleh buat kan?

Bila balik, ayah aku tak berapa setuju tapi aku dah hantar barang tu. Sekarang ni kira macam tawakkal jela. Hasilnya kawan tu memang masukkan RM650 tanpa kos perkhidmatan hantar barang tu. Dalam dia tak tipu, dia tak juga bayar kos tu. So boleh kata 90peratus boleh percaya la kat kawan tu.

Apa yang aku nak cerita ni sebenarnya, kalau aku tak ambil risiko tu. Aku takkan dapat RM650 tu dan barang tu akan menyepahkan rumah aku sahaja. Aku malu nak cerita barang apa sebenarnya, biarlah rahsia ye?

NotaKaki: Bila aku nak teruskan balik projek-projek lama ni?

245. Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang.


Haritu aku ada tulis yang aku bekerja di rumah, so ada la yang komen kata best la, untungla dan sebagainya. Memang aku ada buat kerja kat rumah tapi aku tak kata pun aku ada income lagi daripada kerja yang aku buat tu.

Malahan, aku tak tahu pun lagi yang aku boleh dapat income tak daripada kerja yang aku buat tu. Nasihat aku, kalau rasa-rasa tak boleh tahan dengan cara hidup gini atau tak sanggup susahkan orang lain. Janganlah bermimpi untuk buat macam aku buat ni.

Ianya lebih kurang macam memperjudikan nasib diri sendiri. Kau tak tahu apa masa depan kau, kau akan cemburu dengan rakan-rakan kau yang mempunyai pendapatan tetap setiap bulan dan kadang-kadang kau tak sedar pun yang masa tu berlalu dengan cepat.

Macam aku, tau-tau je dah lebih dua bulan aku duduk di kampung bersama keluarga aku dan tiga bulan aku berhenti kerja. Korang boleh bayangkan sendiri bertapa korang tak boleh nak berbelanja lebih untuk bergembira kalau korang buat apa yang aku buat sekarang.

Ada sambungan untuk post ni.

NotaKaki: Dia ingat lagi ke?

Wednesday, January 1, 2014

244. Selamat Tahun Baru 2014!


Kewajiban bagi setiap insan setiap tahun baru yakni tahun masihi atau tahun islam. pasti ada azam tersendiri kan? Apa azam korang tahun ni? Kahwin? Ambil lesen kereta? Buat baby? Belajar masak? Kurangkan berat badan? Cari kerja baru? Menjadi insan yang lebih baik dari tahun sudah?

Walau apa pun korang punya azam, aku harap korang dapat buat dengan jayanya.

Untuk aku?

Aku rasa aku tak pernah terfikir selama ni yang aku perlukan azam untuk tahun-tahun yang baru mendatang. Mungkin tu punca yang tahun 2013 yang sudah adalah tahun kegelapan aku.

 Apa yang aku cuba boleh buat ialah balas balik apa yang tidak mendatangkan kebaikan kepada aku pada tahun-tahun sudah. Mungkin dengan mencari pendapatan tetap yang lebih terjamin, membahagiakan keluarga, belajar lebih tinggi mungkin dan banyak lagi.

Apa lagi ek?

Harapan aku pada tahun 2014 ini lagi, aku berharap rakyat Malaysia akan bertambah-tambah gila punya matang. Harap dapat membuka mata dalam pelbagai isu, kita ni masih jauh ketinggalan dalam pelbagai perkara. Harap tiada yang lupa tahun 2020 yakni Wawasan 2020 hanya tinggal 6 tahun sahaja lagi.

Dalam pemerhatian korang-korang semua, mampu tak Malaysia mencapai Wawasan 2020? Sebelum Malaysia mampu capai, mampu tak korang-korang semua termasuk aku capai apa yang diimpikan oleh Tun Dr Mahathir?

Entahla.

NotaKaki : Aku tulis ini ketika sedang bekerja dari rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...