Wednesday, December 31, 2014

337. 2014 Dalam Review.


Amboi kemain.

Takdela, aku tengok orang lain duk buat pasal 2014 ni. Aku pun teringin gak. In fact, aku duk mikir dari awal bulan lagi. Nampak sangat nak tahun ni habis cepat-cepat.

Aku tak peduli.

Jadinya, apa yang best dan tak best tahun ni? Hmmmm.

Yang best?

Aku setahun ni duduk dengan mama dan abah. Di Kota Bharu. Jadinya, bolehlah aku tolong sikit-sikit apa-apa yang patut dan boleh tolong. Walaupun kadang-kadang duk terdengar bebelan mama dan abah pasal tak kerja lagi la apa la.

Lagi?

Aku dapat tengok dunia dari sisi lain. Macam terlampau hyperbola kan? Peduli apa. Kenapa aku kata aku dapat tengok dunia dari sisi lain? Kalau korang dah biasa kerja bertahun-tahun, cuba korang berhenti. Korang akan rasa berrtapa dunia ni masih luas, masih banyak benda yang korang tak tahu selama ni. Contohnya aku sampai sekarang tak tahu apa fungsi Tok Penggawa ni kampung aku.

Selama ni, tak pernah aku tinggal lama-lama di kampung aku. Jadinya ada la jugak cerita-cerita yang aku tak tahu sebelum ni, aku tahu sikit-sikit. Bukan apa sikit tu, aku malu.

Memandangkan aku walaupun tak kerja langsung tahun, tapi sempat jugak aku tolong abah aku, pakcik aku untuk sara duit sikit. Mampulah buat beli barang baru sikit. Ye, sikit je. Daripada aku tak mampu terus kan?

So, tahun ni tak berapa nak best sangat untuk aku.

Jadi yang tak bestnya pulak?

Orang duk tanya bila kahwin. Mentang-mentang adik aku dah bertunang, ni duk cari aku pulak. Adoii.. Boring woi. Bukan aku taknak kahwin, jodohnya takde lagi. jodoh pertemuan kan ketentuan tuhan. Nanti ada la tu, model ke pelakon ke yang muda-muda, yang comey-comey, yang pemes-pemes nak ke aku.

Perasan.

Bisnes baju tak menjadi. Aku tak tahu apa masalah aku, planning atau action tu kurang. Boleh someone teach me how to be a good bussinesman? Ye, saya tak reti eja bisnesman betul-betul. Main taram je tu.

Dan untuk terakhir kalinya,

Kebarangkalian sangat tinggi untuk aku tak dapat tunaikan satu janji yang dibuat pada tahun 2012 kerana hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2014. Aku berjanji pada dia dua tahun. Tapi maaf sebab aku tak dapat tunaikan janji aku. Aku ada satu lagi janji yang mana perlu dibuat dalam masa lima tahun, aku akan cuba walaupun dunia kita dah berbeza.

Dan untuk Malaysia sendiri, aku kira tahun ni mungkin boleh dikatakan tahun kesedihan untuk Malaysia. Dari awal tahun kita dikejutkan dengan kehilangan kapal terbang MAS MH370 yang sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Lepas tu, kapal terbang MAS MH17 pulak ditembak jatuh di sempadan Ukraine yang menjadi rebutan Ukraine dan Russia. Ni akhir tahun pula, banjir teruk yang berlaku hampir seluruh Semenanjung Malaysia.

Harap-harap tahun depan berkuranglah kesedihan kita.

Mari menuju ke 2015 yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

NotaKaki : Esok ada orang nak bertunang woi!

NotaKukuKaki : Ye, aku rasa ayat aku agak pelik. Skema pun ada. Tak peduli,

Monday, December 29, 2014

336. Banjir : Maklumat Palsu.


Ini entry ketiga aku tulis pasal banjir. Aku rasa kalau takde apa-apa sangat, aku tak tulis dah kot pasal banjir ni.

Dengar-dengar Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan mencari penyebar-penyebar maklumat palsu. Bila aku dengar benda ni, aku suka. Sebab aku rasa orang-orang yang menyebar berita-berita palsu adalah seorang yang bodoh dan tak patut hidup di muka bumi ini. Alamak, terover pulak. Sorry.

Aku bukan apa, salah satu punca panik adalah membaca berita-berita yang kemungkinan melibatkan keluarga kita. Lagi-lagi jika kita tak dapat hubungi keluarga kita tu. Makcik kak ipar aku sendiri terkena apabila terputus hubungan beberapa hari. Dia ada di Machang, Kelantan. Jadi bila kita baca sesuatu yang entah betul atau tidak akan menyebabkan kita ni resah. Ye, aku guna perkataan resah.

Ada yang risau, ada yang panik, ada yang tak boleh tidur malam, ada yang nak tak nak akan gerak sendiri untuk cubaan menyelamatkan keluarga mereka-mereka.

Dan satu lagi, nasihat aku kepada orang ramai, jangan main copy paste maklumat yang kita dapat tu. Entah betul atau tak. Please jangan cuba menjadi penyampai berita nombor satu yang salah.

Menyusahkan orang tahu?

NotaKaki : Makan pengat pisang time hujan sedap juga.

Saturday, December 27, 2014

335. Banjir - Panik


Banjir di Kota Bharu makin teruk. Ada sesetengah tempat yang tak pernah kena pun dah kena. Bila jadi gini, rakyat jadi apa?

Panik.

Lagi-lagi, pihak kerajaan baik negeri atau persekutuan tak habis-habis seperti membiarkan sahaja. Kata mereka keadaan masih terkawal. Agaknya nak tunggu orang mati baru kata tak terkawal kot.

Lupakan hal mereka. Aku nak bercerita dari pihak rakyat. Aku agak panik. Mama agak panik. Abah konon-konon tak panik tapi panik jugak. Saudara-mara aku pun panik.

Bila kami panik, apa jadi?

Kami pergi cari beberapa sumber makanan bagi tempoh sekurang-kurangnya seminggu. Tapi tak dapat sangat apa-apa. Ayam memang tak dapat dah, telur pun dah habis. Meggi hampir habis. Roti makin kurang. Dan aku rasa dalam beberapa tempoh lagi barang akan habis kalau keadaan berterusan begini.

Aku tertanya-tanya, kenapa jadi panik? Aku sendiri takde jawapan.

NotaKaki : Siapa pulak ni yang call-call?

Edited. Tq ANON. Big Smile.

Thursday, December 25, 2014

334. Opick - Dealova

Ni lagu baru ke nyanyi balik ek?

NotaKaki : Harap-harap hujan berkurang.

333. Banjir. Apa kata aku?


Sekarang ni musim hujan, lagi-lagi kat area pantai timur. Boleh dikatakan sepanjag masa kita akan dapat berita mengatakan sana banjir, sini banjir. Banyak, terlalu banyak.

Aku rasa ini disebabkan internet. Berita yang kita dapat terlalu cepat. Baru 5 saat terjadi something kat Kota Bharu, orang kat Johor Bahru pun dah boleh dapat berita.

Ini sangat-sangat bagus.

Cuma ada juga yang tak bagusnya. Aku perasan ada beberapa insan yang agak kurang cerdik menyebarkan berita-berita yang tidak betul. Yang ni sangat tak bagus.

Yang lagi tak bagus ada lagi. Berita tak sahih atau confirm, ada yang dah pergi sebarkan. Jangan jadi orang camni. Sangat kurang cerdik.

Yang lagi-lagi tak bagus ada lagi. Orang yang komen dalam internet tentang perkara-perkara ini tanpa memikirkan apa-apa perasaan mangsa-mangsa banjir.

Cukup.

NotaKaki : PU Azman boleh menang ka?

Tuesday, December 23, 2014

332. Alhamdullilah



Tercapai jugak akhirnya hajat aku untuk mendirikan rumah tangga. Opss. Silap pulak.
Mengada-ngada namanya.

Hajat aku untuk rasa sup belut. Dah lama aku terasa nak try rasa sup belut ni. Sejak aku berhenti kerja dan duduk di Kota Bharu. Lebih setahun jugak la kalau kira-kira.

Boleh tahan jugak rasa dia. Kira orang kata boleh pergi la dengan selera aku yang buat masa ni tak boleh makan batu dan kayu saja.

Korang boleh la try kalau datang ke area Kota Bharu. Itu pun kalau area rumah korang takde jual sup belut ni la.

Lepas ni kalau berkesempatan, aku nak try belut masak paprik pulak. Tak tahu la bila, setahun lagi agaknya.

NotaKaki : Senyap je penulis kita tu.

Monday, December 22, 2014

331. Doktor Gigi Pemurah.


"Doktor, kalau saya guna kertas pasir boleh?" Tanya abah kepada doktor gigi.

Bukan apa, abah tanya begitu kerana gigi palsunya kadang kala menyakitkan. Lebih-lebih lagi ketika makan. Barangkali gigi palsu terlebih saiz dari sepatutnya.

"Owh, boleh. Lagi bagus. Pakcik boleh try and error sendiri saiz gigi pakcik tu." Kata doktor.

Bukannya abah faham apa yang dimaksudkan try and error tu. Tapi abah mengangguk juga.

"Apa-apa kertas pasir je ke?" Tanya abah lagi.

"Ye. Kejap ye." Balas doktor. Kelihatan tangannya menekan beberapa nombor di telefonnya.

"Siti, tolong masuk sekejap." Pembantu doktor dipanggil.

Selang beberapa tika kemudian.

Tuk, tukk, tukk.

Bunyi pintu diketuk.

"Ye, masuk." Kata doktor.

"Ye, doktor. Apa saya boleh tolong?" Tanya Siti, pembantu doktor yang dipanggil tadi.

"Awak boleh ambil kertas pasir untuk pakcik ni tak?"

"Owh, sekejap ye doktor."

Selang beberapa tika kemudian lagi.

"Ini doktor."

"Serahkan kepada pakcik." Arah doktor.

Abah menyambut kertas pasir yang sebesar pemadam. Abah ingatkan kertas pasir yang ingin diberi sebesar saiz kertas A4.

"Kedekut." Bisik abah sendirian. Lalu memberi senyuman kepada doktor.

Saturday, December 13, 2014

330. Tahniah Bro!


Kahwin jugak akhirnya kawan aku ni. Tahniah bro. Semoga berkekalan hingga akhir nyawa. Semoga dapat rezeki banyak-banyak.
NotaKaki : Maaf muka aku macam palat.

Thursday, December 11, 2014

329. Ke Final!


Tahniah Malaysia. Tak kisah la orang kata apa, yang penting masuk final!

Lepas ni, menang la pulak masa final nanti ye.

Ni siapa nak belanja tiket final untuk aku ni?

NotaKaki : Design kedai senang tak?

Wednesday, December 10, 2014

328. Tok Gawa Mulut Manis.


"Asalamualaikum." Aku bagi salam lepas nampak seorang lelaki pertengahan tahun. Dia la kot Tok Gawa yang orang perkatakan, bisik hati aku.

"Waalaikumusalam. Masuk-masuk." Balas dia.

Aku mula memasuki pejabat dia. Aku lihat sekeliling. Dia seorang. Tiada orang lain.

"Ye, apa saya boleh tolong?" Tanya dia.

"Nak mintak tolong sahkan sijil saya boleh?" Kata aku tanpa menghulurkan tangan memberi salam. Nampak agak kurang ajar di situ.

"Boleh-boleh. Sijil untuk apa ye?" Tanya dia lagi.

"Takde, sijil ni untuk saya mohon mintak sambung study." Balas aku.

"Haa, boleh-boleh. Meh sijil-sijil tu." Kata dia.

Aku mengeluarkan file dari beg sandang berwarna ungu. Aku keluarkan salinan-salinan sijil yang aku sudah sediakan terlebih dahulu.

"Owh, okay." Kata dia lagi mengambil salinan-salinan sijil yang dihulur oleh aku.

Sampai sekarang aku masih tak tahu apa fungsi Tok Gawa ni. Sama macam ketua kampung ke? Tok Penghulu? Atau pegawai daerah? Aku biarkan persoalan itu dalam kepala aku tanpa mendapatkan jawapan daripada dia.

"Awak mintak U mana ni?" Tanya Tok Gawa. Cuba menutup kesunyian.

"Owh, saya nak try UMK kot." Jawab aku.

"Kos apa?"

"Bisnes." Jawab aku pendek.

"Kalau bisnes kat mana? Jeli ke sini je?" Tanya dia lagi. Sini yang dimaksudkan Pengkalan Chepa.

"Kalau tak silap kat Pengkalan Chepa. Kalau tak silap la."

"Owh, kalau sini je dekatla." Kata dia.

"Awak tak kerja?" Tanya dia lagi.

Banyak pula Tok Gawa ni tanya aku. Ikutkan kebiasaannya mana aku suka beramah mesra ni tapi disebabkan aku ni sedang mintak tolong dia. Aku layankan aje.

"Tak kerja."

"Tak mintak kerja kerajaan?" Tanya dia lagi.

"Owh, tak." Jawab aku pendek lagi.

"Kenapa? Tak minat ke?" Aku senyum tanpa jawapan. Harap dia faham.

"Result SPM awak ni takdela teruk sangat. Okay je ni." Dia sambung. Aku tengok.

"Umur awak dah berapa ni?" Sambil membelek melihat salinan kad pengenalan aku.

"26."

"Wah, ada minat nak belajar lagi ye." Balas dia.

"Hehe, tu la, kawan-kawan saya dah lama habis belajar, dah kahwin pun ada." Balas aku.

"Owh, tak kawin lagi." Aku hanya senyum dan geleng.

"Kenapa tak kawin lagi?" Tanya dia.

"Takde jodoh lagi kot." Jawab aku.

"Takde jodoh? Muka awak ni dah macam artis." Balas dia. Manis betul mulut dia ni.

Aku tersenyum.

Tapi badan saya tak macam artis. Bisik hati aku sendirian.

Nak perli pun agak-agak la Tok Gawa wehhhh.

NotaKaki : Kuih apa sedap dan senang untuk dibuat?

Tuesday, December 9, 2014

327. Buku Salinan Keras VS Buku Salinan Lembut.


Aku tak tahu apa lagi aku nak mengarut hari ni. Aku pun mula bukak laman web itu la, ini la sampai aku bukak satu artikel menunjukkan senarai 10 buku elektronik paling laku di google play store.

Masa tu aku terpikir. Best sangat ke baca buku elektronik ni.

Aku pernah download satu buku elektronik secara percuma dari satu publisher daripada Malaysia. Korang boleh agak kalau dah lama baca blog aku ni.

Masa aku baca tu, bukanlah tak best. Cuma pada aku ianya tidak sama langsung seperti buku biasa. Kau tak boleh pegang, kau tak boleh belek-belek, orang tak nampak kau sedang baca buku, kau tak rasa macam kau baca buku.

Apa lagi ni aku nak merepek hari ni? Sebab aku rasa benda ni aku dah pernah cerita sebelum ni. Rasa malas pulak nak sambung.

Cuma aku terpikir lagi, kita selalu dimomokkan yang kononnya dunia ni akan hancur melalui novel, filem, komik dan apa sahaja media yang ada. Malahan dalam islam sendiri ada mengatakan yang dunia akan kiamat. Opss. Terlalu serius.

Aku cuma nak kata, kalau benarlah dunia akan hancur seperti yang dimomokkan. Agak-agak korang buku elektronik korang tu boleh dibaca tak nanti? Atau korang akan dapat baca buku biasa? Buku yang dicetak? Buku yang boleh dipegang? Buku yang boleh diconteng?

Tepuk dada, tanya selera.

NotaKaki : Abah nak pergi jalan-jalan woi!

Monday, December 8, 2014

326. Jiwa Muda la tu.


Abah tengah menyuap roti yang dicicah kuah kari ke dalam mulut. Seorang diri. Yang lain dah kenyang.

Mata mama pula sedang menuju ke arah skrin televisyen. Rancangan apa, aku tak tahu. Yang aku dengar ada seorang lelaki menyanyi. Kadang-kadang perempuan yang menyanyi.

Aku biarkan. Aku pula sedang mengedit kertas kerja yang tidak siap-siap. Hampir dua minggu aku cuba siapkan. Lama. Bukan apa, banyak yang perlu dibetulkan semula. Lagipun aku tak suka tergopoh-gopoh.

Tiba-tiba.

"Kalau zaman dulu-dulu, orang pakai basikal macam tu tak rock." Kata Mama.

Aku pelik. Adik aku pelik jugak.

"Apa yang tak rock nya?" Tanya adik aku.

"Entah mama, apa yang tak rock nya?" Tanya aku pulak.

"Takdela, sebab basikal tu tak cantik." Balas mama.

"Dah tu, apa kena mengena dengan tak rock?" Balas aku dengan adik aku. Serentak.

"Hehe, mama saja cakap gitu. Mama dengar korang dua selalu kata gitu." Jawab mama selamba.

Amboi, boleh tahan mama ni.

NotaKaki : Internet slow takkan jadi laju jika guna notebook/desktop laju ye tuan-tuan dan puan-puan.

Sunday, December 7, 2014

325. Cuba Lagi!


Tadi Malaysia lawan Vietnam kat Stadium Shah Alam. Oleh sebab aku kekurangan duit sikit, aku lupakan hajat untuk tengok kat stadium. Jadi aku tengok kat tv jela dengan adik aku.

Aku kecewa. Malaysia kalah. Nasib baik ni perlawanan timbal balik. Harap Malaysia buat terbaik masa lawan kat Vietnam nanti.

Aku jugak berharap yang Pablo Dollah Salleh dapat mencari formula yang baru untuk perlawanan kat Vietnam nanti. Aku rasa formula yang dia pakai, orang dah boleh tahu. Tukar-tukar sikit formula tu, mana tahu ada kejayaan ke.

Mana tahu ada rezeki boleh aku tengok final kat stadium ke.

Insyallah.

NotaKaki : Bukan main suka adik aku main PES15.

324. Second Wave.


Untuk pengetahuan korang semua, hujung-hujung tahun ni kebiasaannya Kelantan akan dilanda musim hujan. Kadang-kadang sehingga sesetengah tempat dilanda banjir.

Baru-baru ni hujan dah berhenti. Cuma nak bagitau kat korang semua yang mana kemungkinan kalau ramalan tak silap, gelombang kedua musim hujan akan melanda Kelantan.

Jadi dinasihatkan jika ingin melancong atau berniat datang ke Kelantan, berjaga-jaga sikit. Dan sediakan payung sebelum hujan.

NotaKaki : Jangan lupa mulakan dengan bismillah.

Friday, December 5, 2014

323. UBER. Apa kata aku?


Seumur hidup korang mesti pernah naik pengakutan awam kan? Tipulah kalau korang kata tak pernah. Kat Malaysia sendiri ada pelbagai jenis pengakutan awam, baik train Komuter yang dikendali oleh Keretapi Tanah Melayu dan LRT dikendali oleh Rapid KL. Rapid KL turut kendalikan sistem pengakutan bas di beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia.

Dan last but not least ialah teksi. Aku rasa setiap rakyat Malaysia sekurang-kurangnya akan menggunakan teksi sekali dalam seumur hidup dalam keadaan terpaksa atau rela.

Di Malaysia, perkhidmatan teksi selalu digambarkan dengan imej yang agak tidak berapa baik. Walaupun sebenarnya ada saja pemandu-pemandu teksi yang memberikan perkhidmatan yang baik tetapi mereka telah ditenggelamkan oleh pemandu-pemandu teksi yang memberikan  perkhidmatan yang kurang baik (Aku cuba guna ayat yang baik).

Orang kata sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jadi apa yang aku nak cerita ni? Hari ini aku nak cerita pasal UBER. Apa itu UBER? Ianya bukanlah piala Uber tetapi ianya adalah perkhidmatan teksi yang lebih murah, baik dan bagus. Kata mereka. Di sini bukanlah aku ingin mempromosi mereka secara percuma. Kalau nak tahu lebih lanjut baca tentang mereka di sini.

Apa yang aku nak cerita hari ini adalah aku dengar pemandu-pemandu teksi yang asal marah dan meminta SPAD menutup dan mengharamkan perkhidmatan UBER ni di Malaysia kerana kata mereka UBER mengganggu periuk nasi mereka.

Masa aku baca benda ni aku senyum. Bila ada sesuatu yang lebih murah, baik dan bagus daripada mereka, mereka kata UBER ini mengganggu periuk nasi mereka. Aku tak nafikan dari pembacaan aku UBER memang menawarkan servis yang murah. Jadi bab tu memang aku tak boleh nak sentuh.

Hari ni aku nak sentuh bab lebih BAIK DAN BAGUS. Bertahun-tahun aku dengar dari mulut-mulut teksi di Malaysia ni teruk. Kenapa tak ubah? Biarkan jugak sampai ada satu tahun tu teksi di Malaysia diletakkan dalam 10 senarai perkhidmatan teksi paling teruk dalam dunia. Ulang sekali lagi, dalam dunia.

Bila UBER datang diorang kata mengganggu periuk nasi mereka? Tahi lembu. Aku taknak kata lebih la, UBER ni takkan muncul kalau pemandu-pemandu teksi tak berperangai begitu.

Cuma tak silap aku, ada beberapa negara dalam dunia telah mengharamkan perkhidmatan UBER ni termasuk Germany dan Thailand. Di Malaysia telah ada beberapa siri perbincangan dan dikatakan SPAD bersetuju memberi laluan UBER diteruskan di Malaysia. Aku baca kat sini dan sini.

Tak tahula camne lepas ni.

Owh, kalau korang nak guna perkhidmatan ni, click sini.

NotaKaki : Kusut.

Thursday, December 4, 2014

322. Dia Masih Sayang.


Sebelum ni aku pernah tulis pasal orang yang sikit-sikit berkaitan dengan Malaysia mesti perlekeh. Ada ingat? Kalau tak baca lagi, sila la baca dulu di sini.

Sebenarnya secara jujurnya orang yang aku maksudkan tu ramai. Ada antara kawan-kawan aku dan ada juga dari keluarga aku sendiri lebih-lebih lagi Abah aku. Kalau korang bercakap dengan dia mesti ada saja benda yang diperlekehkan. Kadang-kadang aku sendiri malas nak layan. Teruk jugak perangai aku ni.

Cuma, kalau aku perhati betul-betul, jauh di lubuk hati Abah aku masih sayangkan Malaysia. Walaupun konon-konon mulut mengatakan lain tapi perbuatannya mengatakan lain.

Contoh pasal bola, mulut mesti kata kalahlah Malaysia, tak boleh pergi jauh la tapi bila tengok bola mesti Abah aku akan secara boleh mencari masa nak tengok jugak bola. Bila gol, bersorak bukan main. Cuba nampak la Abah aku kontrol perasaan tu.

Sama jugak kalau pasal kereta atau apa-apa yang melibatkan Malaysia. Mulut kata lain, hati kata lain membuatkan perbuatan jadi lain dalam keadaan tak sedar.

By the way, jangan lupa tengok Malaysia lawan Vietnam hujung minggu ni. Kalau aku ada kat area Kuala Lumpur, mesti aku pergi. Kecuali ada orang nak sponsor aku. Ada tak?

Aku harap Malaysia menang, senang nanti masa lawan kat Vietnam pulak.

NotaKaki : Satu sudah siap, dua lagi.

Wednesday, December 3, 2014

321. Mahkota Bagi Lelaki.


Pernah terfikir apa mahkota bagi seorang lelaki? Aku rasa kita selalu dimomok oleh mana-mana media mengatakan mahkota bagi perempuan ialah rambut.

Sekarang aku tanya, mahkota untuk lelaki tu apa? Rambut juga? Aku rasa betul tapi bukan itu saja. Mahkota seorang lelaki termasuk gigi. Ke perempuan pun sama ye?

Ahh, aku tak peduli. Aku nak cerita kat sini untuk lelaki saja.

Rambut.

Cuba korang bayangkan seorang lelaki tanpa rambut? Aku tak sanggup nak bayangkan yang kalau aku takde rambut suatu masa nanti. Mintakla rambut aku ada lengkap sampai nyawa aku ditarikNya.

Tapi rambut beruban camne pulak? Itu masalah aku sekarang ni. Aku rasa aku mewarisi gen mama aku yang mana mama aku mewarisi gen tok ayah aku yang mana kedua-duanya mula beruban sejak muda lagi. Dan aku tengok rambut aku dah bermula beruban. Terpaksa aku cover kononnya kuat berfikir. Entah betul ke tak, aku sendiri tak tahu.

Gigi.

Satu je aku nak tanya, kalau korang takde gigi, boleh korang bercakap dengan penuh keyakinan?

NotaKaki : Satu sudah setel, tinggal satu lagi.

Monday, December 1, 2014

320. Manusia Boleh Berubah.


Sekarang jam 3.55 petang. 5 Minit lagi dah nak masuk jam 4.00 petang.

Apa aku buat?

Aku tengah edit-edit sikit apa yang si Razimey ni tulis dalam blog dia. Aku copy paste semua tulisan dia dan aku edit-edit. Kalau ada rezeki dia, jadilah sebuah buku. Kalau ada rezeki kitorang lagi, ada la orang yang beli.

Insyallah.

Jadi apa kaitan dengan apa yang aku nak cerita hari ni?

Ada beberapa entry dia yang kadang kala melibatkan aku, dia dan kawan aku. Masa tengah mengedit tu, kadang-kadang aku terbaca la jugak kisah dia dan keluarga dia. Dia dah dia. Dia dan aku. Dia dan kawan kitorang.

Dia menulis kat blog tu sejak tahun 2012 yang mana kisah blog tu berlaku dalam tahun 2012, 2013 dan sedikit 2014. Terasa sekejap je kan? Walaupun kalau korang perasan, ianya terlalu jauh. Korang takkan dapat pergi balik ke masa itu.

Apa yang aku buat aku ingin tulis kali ini disebabkan entry ini.

Aku takkan salah sesiapa melainkan diri aku sendiri dalam hal ini. Walaupun bukan itu yang aku ingin ceritakan hari ini.

Aku dapat rasakan manusia memang akan berubah. Kita tak akan perasan jika hari-hari kita bersama dengan orang itu.

Cuba korang cari balik kawan-kawan korang yang tak berjumpa sekurang-kurangnya setahun. Pasti ada saja perkara yang berubah. Bila aku tengok diri aku sendiri pun, aku rasa diri aku ada perubahan walaupun secara asasnya sama sahaja.

Dulu aku tak tahu apa nak buat, sekarang dah tahu. Dulu ada sokongan dari seseorang, kini tidak lagi. Dunia aku dan dia dah lain. Dulu aku ada duit, sekarang tak lagi. Salah aku, tak kerja. Dulu aku hensem, sekarang tambah hensem. Okay, angkut bakul angkat sendiri. Siapa lagi kan nak puji diri sendiri kalau bukan diri sendiri?

Memandangkan aku dah semakin mengarut. Aku berhenti di sini sahaja.

NotaKaki : Mey, mana-mana tak masuk tahun ni, kira masuk buku next issue la. Amboi. Amin.

Saturday, November 29, 2014

319. Teaser Movie Hari Ini : Star Wars: Episode 7 - The Force Awaken

Layan. Aku tak kira pengarah orang lain, penulis cerita orang lain. This is Star wars we are talking about.

Amboi.

NotaKaki : Apa itu retro?

Tuesday, November 25, 2014

318. Tukar Nama


Tahukah anda bila aku bangun dari tidur pagi tadi, aku baca berita di internet mengatakan akan ada penukaran beberapa nama jalan. Nama jalan yang dah sebati dengan rakyat, dah terbiasa di mulut-mulut rakyat, dah sedia ada sejak aku kecik, sudah tertulis di peta-peta yang terjual atau di dalam GPS atau google maps.

Ditukar.

Namanya ditukar kepada nama yang lebih panjang dan tak silap aku bersempena nama-nama Sultan yang pernah menjadi Yang di Pertuan Agung sebelum ini.

Walaupun aku kurang gemar tapi aku hormat. Cuma satu je aku tak paham dari dulu. Kenapa perlu tukar satu nama yang memang dah tersemat di dalam hati pengguna? Kenapa tak namakan kepada jalan-jalan baru?

Bila kau tukar nama, ia mesti libatkan duit. Duit nak tukar signboard kat jalan-jalan yang ada. Semua pakai duit oiii. Bawak-bawaklah berjimat sikit. Baik duit tu korang pergi baiki mana-mana jalan yang tak bagus ke sampai dah takde apa-apa masalah dan duit tu memang terlebih-lebih barulah korang membazir dalam hal-hal gini.

Dah la, dari aku membebel lama-lama, baik aku pergi buat air soya dan tau fu fah. Kenyang jugak abah aku.

NotaKaki : Cepatnya rasa.

Monday, November 24, 2014

317. Kegembiraan?


Pernah tak korang renung kat dinding atau syiling rumah korang masa korang tengah baring-baring sebelum tidur dan terfikir apakah itu kegembiraan? Bagaimana nak dapatkan kegembiraan? Mengapa kita perlu kegembiraan? Di mana boleh kita dapat kegembiraan? atau dengan siapa kita boleh dapatkan kegembiraan?

Aku tak pernah.

Cuma aku rasa mungkin aku pernah rasa apa itu kegembiraan, aku pernah tahu apa itu kegembiraan, aku pernah tahu kena kita perlu kegembiraan, aku pernah jumpa kegembiraan dan aku pernah berkongsi kegembiraan.

Aku jugak rasa yang mana setiap benda ada permulaan dan ada pengakhiran. Termasuk kegembiraan. Bezanya cepat atau lambat, cara bermula dan berakhir dan akan jumpa balik atau tak.

Aku tak rasa yang perlu kongsi semuanya yang akan atas tu. Tapi kalau aku kongsi pun, aku tak rasa ada yang baca pun. Lagipun tujuan asal aku menulis semua dalam blog ni pun aku nak buat macam sebuah diari tentang kisah aku. Bezanya diari aku ni boleh dibaca oleh orang ramai.

Aku rasa sekarang ni aku kena cari balik apa yang aku dah hilang. Aku dah kena berpindah. Orang putih kata moved on. Ke tak boleh translate terus camtu? Aku belasah je.

Aku kena fikir masa depan aku, aku kena fikir tentang keluarga aku. Aku tak patut fikir sesuatu yang dah tak nak bertindih kisah dengan aku. Betul ke aku kalau fikir camni?

Secara jujurnya, aku tak tahu. Aku takut.

NotaKaki : Minggu last adik aku SPM.

Sunday, November 23, 2014

316. Music Video Hari Ini : Ku Mohon Oleh Sheila Majid

Kuatkan hati woi!

NotaKaki : Malaysia seri je ni.

315. Saya Rindu Awak.


Ishh, tajuk bukan kemain lagi kan.

Nak buat camne, message saya tak direply-reply langsung. Ini jela caranya kot-kot awak ada baca lagi blog saya ni.

Saya cuma nak bagitau yang mana saya rindu sangat-sangat kat awak ni. Tolong reply ye?

NotaKaki : Malaysia tengah lawan ni.

Tuesday, November 18, 2014

314. Review Filem : Interstellar Oleh Christopher Nolan


Dah tengok trailer yang entah ke berapa kat atas?

Filem ni tentang kisah masa hadapan yang mana masa tu bumi diambang kemusnahan. Jadi NASA mencari planet baru untuk manusia.

Pada aku filem ni memang cantik. Ikutkan filem ni terlalu berat ke arah sains tapi untuk orang yang tak berapa nak bijak sains macam aku, kalau tengok dengan teliti boleh enjoy filem ni.

Kenapa aku kata filem ni memang cantik? Sebab kau boleh terpukau dengan set filem ni. Baik di bumi, di dalam kapal angkasa, di angkasa atau di planet yang ditunjukkan. Memang cantik. Aku tergamam masa ni, entah mulut aku ni ternganga atau tertutup.

Storyline dia pun cantik. Mula-mula kau akan kata aik ni filem pasal apa, tapi bila dah tengok dan tengok baru kau akan paham sikit-sikit. Walaupun filem ni berat ke arah sains macam aku kata kat atas, kau tetap boleh paham sebab nama pun sains fiction yang mana benda masih ada rekaan sikit-sikit.

Cuma satu je rosak masa aku tengok filem ni. Ada seekor minah ni tak paham pasal filem ni dan boleh jerit kuat-kuat kata filem ni entah apa-apa la, tak paham la. Aku rasa dia ni memang mangkok hayon. Dah tak paham senyap. Tengok je. Bila keluar, baru kau cakap. Orang lain nak tengok filem ni sungguh-sungguh.
So kalau korang nak filem yang lain sikit dari yang lain, sila la tengok filem ni. Aku tak tahu berapa lama lagi kat panggung yang berdekatan.

Selamat menonton.

NotaKaki : SEJUK!

Wednesday, November 12, 2014

313. How To Do It : Kuih Poli Ubi


Sebelum ni aku ada bagitau yang aku nak buat Poli Ubi kan? Oleh sebab dah lama gila aku rasa aku tak kongsi cara-cara nak buat apa-apa makanan, aku rasa kali ni aku nak kongsi la dengan korang. Manalah tahu bakal isteri aku nak buat untuk aku in future kan? Boleh rujuk kat blog aku ni.

senyum kambing sensorang

Apa yang korang perlu ada?

1. Ubi Kayu
Tips untuk korang, cari masa musim hujan. Sangat murah.

2. Kelapa muda yang dah diparut
Kalau boleh ambil yang putih-putih je.

3. Daun Pisang

4. Air

5. Garam

6. Daun pandan

7. Gula melaka


8. Kerajinan dan ketabahan dalam hati

So, bila korang dah ada semua bahan-bahan yang aku bagitau kat atas.
Korang ikut cara ni pulak.

1. Buang kulit ubi kayu.


Pastikan korang buang kulit dia betul-betul. Kalau yang tak berapa reti akan buang satu kulit je, Ubi kayu ni ada dua kulit, satu yang biasa satu yang tebal.

2. Kisar ubi kayu tu. (Betul ke perkataan kisar ni? Aku tak ingat perkataan yang betul)

Kalau boleh yang tengah-tengah isi dia buang. 

3. Habis je kisar ubi kayu tu, korang letak atas daun pisang. Tak perlu besar sangat dan jangan terlalu kecik sangat.



Pastikan daun pisang tak berapa rapuh. Tips dari mama aku, kalau rapuh, layur atas api panas sekejap.

4. Tutup dan ikat daun pisang.

Yang ni kena minta tolong mama aku, aku tak berapa reti. Thanks mama.

5. Ulang sampai ubi kayu yang dah dikisar tu habis.


6. Dalam masa yang sama korang dah boleh panaskan air. 

Yang ni just untuk pastikan tak bazir masa korang je.

7. Masukkan ubi kayu yang dah diletakkan dalam daun pisang tu ke dalam air yang dipanaskan tadi.

8. Rebus selama sekurang-kurangnya 30 minit.


9. Dalam masa yang sama jugak, selagi lagi korang dah boleh start panaskan gula melaka dalam air. Letak daun pandan dalam tu sekali, bagi ada bau wangi-wangi sikit.
Kepekatan gula melaka ni terpulang atas minat masing-masing. 

10. Lepas setengah jam, cuba ambil satu dan korang tengok dah masak ke belum.

Kalau dah, boleh angkat semua. Kalau belum, korang ikat dan letak balik. Nak tau masak ke tak, sekurang-kurangnya benda ni kena terapung.

11. Korang bukak daun pisang tu dan potong ubi tu menjadi bentuk dadu. Lepas tu letak atas kelapa. Sebelum terlupa, garam diletakkan dalam kelapa yang dah diparut tu.
Saiz potongan korang tu ikut suka hati. Cuma kalau besar sangat mungkin tak best masa makan nanti.

12. Gaul bagi ubi dan kelapa menjadi seperti dalam gambar kat bawah

13. Ambil sedikit dan letak di atas pinggan. Kemudian ambil sedikit gula melaka yang korang dah cairkan tadi dan letakkan di atas poli ubi tadi.

14. Siap.

Selamat menjamu selera.

Owh, aku rasa aku tak bagitau kenapa kena ada kerajinan dan ketabahan hati kan?

Kerajinan tu sebab kalau korang malas, jangan harap korang akan buat benda ni semua. Lagi-lagi kalau korang ni nak buat sensorang.

Ketabahan hati tu pulak sebab nak buat kuih ni agak memakan masa kalau buat sensorang. Aku sendiri buat benda ni dari 1.00 petang sampai 4.30 petang baru boleh makan.

NotaKaki : Tangan aku sakit ni woi. Lama tak buat kerja kuat. Kah3!!

Tuesday, November 11, 2014

312. Poli Ubi


Hari ni aku pagi-pagi dah siap mandi. Biasa-biasa time ni tengah menembak orang sebelah Luke Skywalker.

Punca dia sekarang ni musim hujan kat area kampung aku. Okay, area Kota Bharu. Jadinya kebiasaannya masa musim hujan ni, ubi mesti banyak gila dijual tepi jalan-jalan utama.

Oleh itu, banyak la kuih-muih sempena musim hujan ni akan muncul. Salah satunya kuih poli ubi ni la. Aku terasa nak buat sendiri.

Harap-harap jadi.

NotaKaki : KOLOMPO kau tungguuuuu!

Saturday, November 8, 2014

311. Taklimat


Tahukah anda semua yang mana aku dah menganggur lebih satu tahun. Macam-macam dah aku buat. Jual baju, tak jalan sangat. Jual buku, tak jalan-jalan, Jual rumah, terjual tapi bukan buyer aku jumpa. Tolong pakcik, dalam sebulan dua saja.

Jadinya mama aku tak boleh tengok sangat aku ni duduk rilek, pergi cerita kat sepupu abah aku masa dia datang berjumpa abah aku. Masa tu aku takde kat rumah, kat KL rasanya.

Dipendekkan cerita, baru-baru ni masa aku dengan abah aku sedang buat kerja kitorang, sepupu abah call. Kata ada taklimat bisnes. Dia minta aku pergi. Mula-mula berat jugak la tapi dah orang kata sepupu-sepupu ni jangan buat main sangat, aku setuju untuk pergi.

Masa tu dia tak bagitau apa-apa pasal taklimat tu kecuali tarikh, masa dan tempat.

Bila sampai tarikh tu, aku tunggu masa. Bila masa dah dekat, aku pergi ke tempat tu. Part ni paling tak best, bila aku sampai saja tempat tu, aku nampak logo satu syarikat insurans.

Okay, terima kasih kerana agak membuang masa aku selama dua jam. Cuma ada rasa tergugat juga iman aku tadi.

NotaKaki : Sekejap je rasa kan?

Friday, November 7, 2014

310. Naruto Tamat.


Saja nak cerita kat korang semua yang mana manga Naruto yang pernah jadi kegilaan orang ramai dah tamat. Bila manga tamat, kebarangkalian anime Naruto pun akan tamat jugak la dalam tak lama lagi.

Untuk aku tinggal One Piece jela untuk betul-betul layan. Habis yang tu, habis la kisah remaja aku. Ye, aku tahu aku dah berumur sikit tapi jangan dilupa kisah yang lama.

Naruto ni tak silap dah lama, dari tahun 1999 lagi. 15 tahun. 700 Chaper. Gila kan industri komik dorang? Cukup buat satu siri komik yang popular, kau dah tak payah pikir apa-apa sampai mati. Hidup dengan royalti je.

Apa silap industri komik kat Malaysia? Entah, mana aku tahu. Aku tak lukis komik.

NotaKaki : Banyaknya makan dua tiga hari ni. Adoiii.

Wednesday, November 5, 2014

309. Trailer Film Hari ini : Chappie oleh Neill Blomkamp



Oleh pengarah filem yang pernah mengarah filem District 9 dan Elysium.

Sinopsis filem ni tentang robot yang mempunyai seperti kanak-kanak yang sedang membesar. Bertempat di Afrika Selatan. Apa yang jadi? Tunggu jela filem ni keluar, aku pun tak tahu.

NotaKaki : Esok kena bangun awal-awal.

308. Wordless Wednesday

Dah seminggu dah.

NotaKaki : Pergi jela.

307. Gelap


Aku tengah boring. Sajala nak cerita kat korang semua pasal gelap. Kalau korang ada baca blog aku dari awal, korang akan tahu yang aku ni tinggal kat Kota Bharu. Yang mana sebelum family aku duduk sini, mama dan abah aku pernah keluar mencari rezeki kat Kuala Lumpur.

Jadi bila mama dan abah pindah ke Kota Bharu, kebanyakkan anak-anaknya taknak ikut. Aku la salah satu. Konon kawan takde, tak biasa dan banyak lagi la alasan kitorang bagi. Nak tak nak, kitorang memang kena mengalah la kan.

Mula-mula pindah Kota Bharu, mama dan abah menyewa rumah terlebih dulu. Bukan apa, masa pindah tu pun secara mengejut sebab mama tiba-tiba dapat kelulusan untuk tukar ke Kota Bharu. So, masa menyewa tu, mama abah cari rumah area bandar. Kalau malam, penuh dengan lampu jalan.

Bila dah hampir 2 tahun duduk situ, mama dan abah start buat rumah sendiri. Alhamdullilah 2010 kitorang dah start duduk kat rumah mama dan abah sendiri. Walaupun masa tu aku still kerja kat Subang Jaya dan menetap kat Shah Alam.

Start tahun lepas, aku balik dan tinggal bersama mama dan abah. Barulah aku perasan macam-macam. Rumah ni atas tanah pemberian datuk aku. Sebelum ni, kawasan ni agak hutan. Tak berapa ramai yang buat rumah kawasan ni. Kebetulan masa mama dan abah buat rumah, banyak jugak rumah yang naik kawasan ni. Depan rumah kitorang pun ada sebuah sekolah agama swasta. Takdela sunyi sangat.

Cumanya, kesan-kesan hutan tu masih ada. Ianya kat area belakang rumah aku. Malam-malam kalau aku tidur lewat (selalu) mesti aku akan tengok luar. Yang tak bestnya tak nampak apa-apa sebab takde rumah langsung. Gelap.

Jadi apa yang aku nak cerita sebenarnya? Aku haraplah ada orang buat rumah kat area belakang tu. Itu sahaja.

NotaKaki : Memandai-mandai pulak dah.

Saturday, November 1, 2014

306. Pahang Juara Piala Malaysia


Di sini aku ingin mengucapkan tahniah kepada juara Piala Malaysia 2014 iaitu Pahang.

Walaupun aku tak menyokong mana-mana pasukan tetapi kerana sebab aku ni minat la jugak bola ni, aku layan kan jugak. Aku actually lepas Kelantan kalah haritu harapkan Kedah atau Felda masuk final. Barulah ada underdog.

Boleh kata best la jugak final tahun ni. Serangan bertali arus, gol demi gol, lari dan terus lari.

Akhirnya Pahang menang.

NotaKaki : Kelantan, please rebuild.

305. Khidmat Pesanan Masyarakat- Kenapa Kena Tutup Enjin Kereta Semasa Isi Minyak.


Satu ketika dahulu, kereta adalah kehendak atau senang kata barang yang kau tak perlu pun. Malah aku pernah dengar yang mana suatu ketika dahulu nak pergi mana-mana kereta tu hanya disewa sahaja.

Sekarang di Malaysia ni, kalau takde kereta payah. Ianya dah jadi keperluan. Nak harapkan pengangkutan awam. Naya kita. Nak beli barang pun payah. Bukan tak boleh tapi menyusahkan kita. Solusinya? Orang banyak beli kereta.

Bila pakai kereta, mesti kena isi minya kan? Tapi apa yang aku perasan masyarakat Malaysia ni masa nak beli kereta banyak yang tak tutup enjin kereta. Aku pelik.

Hari ni aku nak kongsi kenapa kau perlu tutup enjin.

Pertama sekali, kalau korang sensorang masa isi minyak. Mesti kalau tak tutup enjin, pintu kereta tu tak boleh kunci kan? So, sesiapa pun boleh curi kereta tu. Dan kesalahan kali ni bukan seratus peratus salah pencuri tu tapi korang sendiri harus dipersalahkan. Malahan aku rasa kesalahan terbesar jatuh ke atas korang sendiri, seolah-olah mengajak pencuri tu mencuri.

Kedua, jimat minya. Korang pun tahu baru-baru harga minyak naik, opss subsidi dikurangkan. Jadi dengan menutup enjin tu korang dapat la jimat sikit minyak dalam tangki tu.

Ketiga. Yang ni paling aku tak berkenan. Katanya korang dengan anak-anak korang. Anak-anak kecil. Pastu korang keluar dari kereta dan meninggalkan anak kecil korang dengan enjin kereta yang tidak dimatikan. Tahu tak ini tindakan paling bahaya dan BODOH. Korang tahu tak yang yang anak-anak kecil ini sedang membesar? Dan dalam tempoh ini la anak-anak kecil akan mencuba apa-apa sahaja.We never know what will happen. Owh, ini pun boleh jadi kes curi dan CULIK.

So, pandai-pandai la korang nilai dan fikir. Gunakan akal yang diberi oleh tuhan dengan elok.

NotaKaki : Malas betul hari ni.

Thursday, October 30, 2014

304. Cita-Cita?


Sejak kecil, dalam kelas mesti cikgu korang pernah tanya apa cita-cita korang kalau dah membesar nanti kan? Ada yang jawab polis, ada yang jawab bomba, ada yang jawab doktor. Kalau korang perasan ini semua adalah jawapan yang popular. Kenapa? Kerana budak-budak hanya didedahkan dengan bidang-bidang ini sahaja. Habis kuat ada yang jawab nak nak jadi cikgu ataupun nak jadi pemain bola sepak profesional.

Dan aku pun sama je macam budak-budak tu. Dari aku berumur darjah 4. Aku akan bagi cita-cita pertama aku ialah doktor. Sebab? Ada sorang cikgu kelas aku ni kata tulisan aku macam cakar ayam. Doktor je yang tulis camtu. Aku pun ingat dengan tulis camtu akan menyebabkan aku jadi doktor secara tiba-tiba. Rupanya tidak. Ianya perlu belajar rajin-rajin dan ambil subjek Biologi semasa tingkatan 4. Dan juga kena skor dan ambil pula ape ntah. Mana aku tau, buat aku jadi doktor pun.

Rasanya tak perlu untuk aku cerita apa cita-cita aku nombor dua, tiga, empat dan seterusnya.

So, bila aku habis SPM. Aku terpinga-pinga. Apa aku nak buat lepas ni? Dah la masa sekolah duk main cinta je. Lepas SPM terus blur. Nak jadi cerita, result SPM membuatkan aku tak boleh masuk matrik. Oleh itu, jalan aku boleh ke tingkatan 6 dan mengambil STPM ataupun mengambil diploma di mana-mana pusat pengajian tinggi.

Masa aku nak minta bidang yang aku nak sambung, aku blur balik. Minta pendapat abah aku. Minta pendapat abang aku. Abang aku tanya aku balik, apa aku minat. Aku jawab, minat kerja macam abah aku yang duduk dalam office pakai baju kemeja, seluar slack dan berkasut hitam. Abang aku jawab itu la ini la. Bila sampai ke abah aku, abah aku suruh ambil bidang ukur tanah. Aku ambil. Satu lagi dia suruh aku pilih sendiri.

Bila aku nak ambil masak-masak, abah aku kata jangan tiru Chef Wan. Bila nak ambil bidang hiasan dalaman, jangan tiru Eric Leong. Semua bidang tu yang femes-femes jangan ambil. Mungkin abah aku tak yakin dengan aku. Takpe, aku tak jadi ambil. Aku ambil ape ntah. Masa nak tulis la dok lupa.

Takpe, kita teruskan. Alhamdullilah aku dapat sambung dalam bidang ukur tanah. Aku habiskan diploma aku dalam bidang tu. Lepas saja habis, aku blur balik. Kali ini adalah sebab aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Kerja atau sambung study? Aku tak nak kerja di Kelantan masa tu. Darah panas kononnya. Nak sambung study result diploma aku tak power. Susah. Kena ada pengalaman sekian-sekian. Try punya try, aku dapat kerja dalam bidang ukur tanah di Kota Damansara. Setahun kerja situ, lepas tu tukar ke Subang Jaya.

Masa kat Subang Jaya ni la lama sikit. Hampir 4 tahun aku kat situ. Aku ada banyak masa aku fikir balik apa aku buat sebelum-sebelum ni. Antara silap aku, tak minta sambung belajar betul-betul. Bila kau dah kerja, kau akan rasa takde masa sahaja. KONONNYA. Tak semua orang macam aku.

Apa lagi aku fikir masa tu? Baru lah aku tahu yang mana selagi mana kau makan gaji, selagi itu kau akan duduk tahap itu sahaja. Kecuali kau makan gaji tahap ribu-ribu yang melampau-lampau. Kalau setakat bawah RM2,000.00. Usahla nak bermimpi itu la ini la kecuali korang tak ubah sendiri benda itu.

Kalau sekarang orang tanya apa cita-cita aku, aku dah ada jawapan. Nanti kalau rajin aku cerita la kat korang. Sekarang aku nak sambung buat apa patut aku buat dari setahun yang lepas.

NotaKaki : Selang seli ni okay ke tak?

Tuesday, October 28, 2014

303. Online Shopping.


Ramai yang sering kali mengatakan yang jika ingin memudahkan diri beli lah apa-apa secara atas talian atau bahasa mudahnya beli online. Jadinya adakah ianya mudah sungguh? Lebih-lebih lagi sekarang ni dah banyak memang terlalu ramai yang menjual secara online, bahkan syarikat-syarikat besar pun sama ada jual secara online. Itu belum termasuk website yang memang dibina untuk menjual barang secara atas talian contohnya mudah, lazada, lelong dan lain-lain.

Yang tak bestnya apasal ayat-ayat yang dipakai aku ni gayanya seperti terlalu skema.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya?

Gini, aku setuju dan tak setuju dengan apa yang aku tulis kat atas.

Kenapa aku setuju? Aku setuju untuk beli online jika barang itu bernilai dari RM0.01 sehingga RM150.00 sahaja. Jika lebih, ianya akan meningkatkan peratusan kau terkena atau senang kata kau dah kena tipu. Ataupun habis kuat pun korang  pergi lah sendiri mengadap si penjual itu dahulu. Ianya dipanggil COD dalam bahasa pasar. Maksud COD ini ialah Cash On Delivery. Ini bermaksud korang jumpa si penjual, tengok barang dan jika berpuas hati barulah bayar kepada si penjual. Ini pada aku adalah cara paling selamat.

Cuma kalau barang yang korang nak beli tu si penjual sangat jauh, apa patut korang buat? Korang janganlah membabi buta teruskan pembelian tu. Korang usha dulu website dia. Kalau atau laman sosial macam facebook, twitter atau instagram, korang usha dulu. Tengok apa feedback dari customer-customer terdahulu. Kalau okay barulah korang jalankan urusan pembelian tersebut.

Kenapa aku tak setuju? Sebenarnya aku dah bagitau kat atas. Korang bayangkan korang keluarkan duit lebih dari RM150.00 dan korang tertipu? Apa perasaan korang? Sedih kan? Okaylah, katakan korang dapat jugak barang korang tu tapi barang tak menepati ciri-ciri yang korang nak masa beli. Contoh nak colour hitam dapat putih atau nak kecik dapat besar. Tak ke sedih?

Okay, katakan korang hantar balik barang tu kepada si penjual, belum tentu dia nak layan. Katakan kalau dia layan jugak dan korang dapat refunds balik, agak-agak korang masa korang terbuang tak? Tahukan korang yang mana masa itu tidak ternilai harganya.

Di sini aku mencadangkan, jika korang terasa nak cepat atau barang itu akan menjadikan korang barang berharga. Rajinkan lah diri korang dapat berjalan sahajalah ke kedai-kedai berhampiran kawasan yang korang tinggal dan belilah sendiri. Lebih puas hati.

Aku nasihat ni based on pengalaman terlibat dalam urusan pembelian secara talian ini sejak 2009. Lama kan? 5 tahun tu. Lagipun bukan aku sendiri tak pernah kena, kawan-kawan aku sendiri pun ada. Ada yang sampai gaduh dengan tunang. Yes, kau la. Takde orang lain. Hehe, maaf.

NotaKaki : Alhamdullilah dah dapat. Harap-harap tak mengecewakan.

Monday, October 27, 2014

302. Cuci-cuci


Kali ini aku nak cerita kat korang pasal cuci-cuci. Takdelah, takde kena mengena dengan syarikat pakcik aku yang aku tolong tempohari pun.

Apa yang nak dicuci pulak ni?

Biasanya, kita selalu dengar perkataan cuci ini berkait rapat dengan kebersihan dan kekotoran. Betul? Kali ini tidak.

Aku nak cuci mana-mana blog yang dah tidak diupdate lebih dari tempoh tertentu. Sebab aku rasa kot la aku nak follow orang lain boleh la kan? Aku akan tinggalkan mana-mana yang tak terupdate kalau mereka-mereka itu aku kenali atau dikemudian hari jika berkesempatan pula.

Cuma, internet rumah ni agak slow nak mampus. Jadi ianya menyukarkan proses pencucian yang ingin aku lakukan. Dan dari pemerhatian aku, gaya macam payah sungguh untuk mengunfollow sesuatu blog. Leceh.

NotaKaki : Esok nak bangun awal!

Sunday, October 26, 2014

301. Fikir.


Aku pandang Iqbal. Tunggu giliran dia yang sedang memikirkan perkataan sesuai. Iqlima dan Isa turut berdebar. Apa-apa perkataan yang digunaakan Iqbal bakal mengubah corak permainan ini.

"Cepatlah!" Jerit Iqlima. Mungkin ingin mengganggu tumpuan Iqbal. Lebih cepat Iqbal membuat keputusan, lebih cepat dia boleh meneruskan permainan.

"Sabarlah." Balas Iqbal lembut. Sama seperti perwatakkannya.

"Cepatlah, orang tunggu lama dah ni." Isa pula berbunyi. Aku sekadar memerhati. Aku mengerti sebarang gangguan akan menyebabkan tumpuan lari. Ini juga akan menyebabkan permainan ini berlarutan lebih panjang.

Iqbal meletakkan jari di dahi dan menggerakkannya. Lagak seperti orang yang sedang berfikir. Mata Iqlima dan Isa memandang serius ke arah Iqbal. Tidak sabar. Menunggu giliran mereka yang tidak tiba-tiba.

"Lamanya fikir?" Aku bertanya akhirnya.

"Aku tak tahu nak letak apa." Jawab Iqbal pendek.

Masakan tiada apa-apa perkataan yang sesuai. Iqbal terlalu lama memikirkan perkataan tersebut.

Ting tong. Bunyi loceng.

"Yeeeaahhhh! Abah sampai." Jerit Iqlima.

Aku kecewa tak dapat habiskan permainan Shahiba ini. Sudah berbulan lama tidak bermain permainan ini.

NotaKaki : Online?

300. BOT?


Ini adalah entry aku yang ke 300. Tahniah untuk aku walaupun kadang-kadang aku sangat malas jadi entry tu aku letak video atau music video.

Aku tengok ramai jugak yang baca entry-entry aku yang lepas. Aku rasa suka gila. Rasa tak gembira tak terhingga. Pernah dekat-dekat 800 orang jugak la baca. Terharunya rasa.

Tapi satu je aku pelik. Yang komen semuanya spam-spam je.

Ni buat aku terfikir, Bot je ke yang masuk dalam blog aku ni? Sebab ye aku faham blog ni bukan menarik macam blog-blog yang lain. Ayat pun tunggang terbalik. Ayat mintak kaki je.

Hmmm.

NotaKaki : Gembira sungguh main dengan budak-budak.

Wednesday, October 22, 2014

299. Music Video - Sang Mantan oleh Nidji


dulu aku kau puja
dulu aku kau sayang
dulu aku sang juara
yang selalu engkau cinta
kini roda telah berputar
kini aku kau hina
kini aku kau buang
jauh dari hidupmu
kini aku sengsara
roda memang telah berputar
mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri
akulah sang mantan
akulah sang mantan
sakit teriris sepi
ketika cinta telah pergi
akulah sang mantan
akulah sang mantan
mana janji manismu
setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi
saat ku jatuh dan sendiri
mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri
akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan
mana janji-janjimu

Amacam, buat sedih sikit hari ni. Kah3.
NotaKaki: Syok betul depa buat BBQ.

298. Kereta kecil.


"Ekelen, ntah apa-apa la kereta ini." Kata Alya. Kakaknya, Ain senyap sahaja.

"Apa yang tak bestnya?" Aku tanya,

"Yela, kereta ni kecik je. Kereta kita best. Besar." Jawab Alya dengan muka yang berlagak. Aku senyum.

"Hei, tak baik la kata macam tu." Kata Ain yang nampak lebih cerdik berbanding Alya.

"Ishh apanya. Betul apa Alya kata." Aku senyum lagi. Cuba mendengar apa yang ingin diperkatakan.

"Kakak tengok la. Baru dua orang yang duduk kat belakang ni dah sempit."

"Kereta kita jugak best. Mami boleh duduk. Alya boleh duduk. Kak Ain pun boleh duduk." Tambah Alya.

"Yela-yela, kereta ni tak best, slow, kecik pulak tu kan." Kata aku.

"Haa, tahu pun. Lain kali pakai la kereta besar-besar."

Mama datang dan masuk ke dalam kereta. Aku pandu pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah, kelihatan pakcik aku sudah sampai.

"Chik lama dah ke sampai?"

"Takdela, baru je." Jawab pakcik aku.

"Ni haa kunci kereta tu. Budak-budak tu ada dalam kereta tu." Sambil menunjuk ke arah anak-anak pakcik aku. Seorang berumur 10 tahun dan seorang 5 tahun.

Aku senyum sahaja.

297.Ekelen, Malaysian je pun.


Aku ada satu isu. Dalam banyak-banyak isu yang aku ada, aku rasa isu ini yang paling aku rasa yang ramai tak sama dengan aku. Apa benda?

Aku ada satu perasaan di mana ciri-ciri aku sayangkan Malaysia tu amat tinggi. Aku agak jela. Kalau tak betul nak buat camne kan.

Aku boleh tegur kesilapan dibuat oleh orang Malaysia tetapi aku tak boleh dengar orang mengutuk yang amat sangat tentang Malaysia.

Contoh?

Filem Malaysia.

Aku sangat pantang apabila orang katakan SEMUA filem yang dibuat oleh orang Malaysia sangat teruk.

Pada aku, mereka-mereka ini ada masalah. Korang tahu kan yang korang ada kuasa untuk memilih? Yang korang pergi pilih untuk tonton filem Malaysia yang bodoh-bodoh dan bangang-bangang tu kenapa? Tetapi korang pilih untuk tidak tonton filem-filem yang berkualiti.

Kereta Malaysia.

Semua kereta Proton takde kualiti.

Yang ni pun sama jugak. Kereta tu belum keluar di pasaran pun lagi. Dah kena. Malahan, ada yang baru keluar gambar je, dah kena tuduh tiru kereta itu tiru kereta ini. Sebelum bagi komen apa-apa, korang pergi la test drive dulu ke. Cukup-cukuplah bagi komen membabi buta. Nasib baik Perodua ramai yang dah boleh terima walaupun Perodua sekarang ini under UMW.

Bola sepak Malaysia, Harimau Malaya dan sukan di Malaysia.

Isu yang ni pelik sikit. Ramai penyokong-penyokong bola sepak di Malaysia lebih meminati sesuatu pasukan bola sepak yang bertumpu kepada negeri kelahiran masing-masing atau tempat mereka membesar. Jadi, apabila sesebuah pasukan melakukan perubahan yang amat bagus, mereka dikutuk kerana bukan negeri kelahiran atau tempat membesar. Contoh, aku boleh terima apabila sebuah pasukan dari selatan tanah air memancing pemain dengan memberi gaji yang lumayan, itu hak mereka untuk memilih. Cuma, janganlah kau ada kontrak  lagi, kau lari macam tu je. Itu namanya buat taik.

Lain pula dengan sukan lain di Malaysia. Belum apa-apa lagi, kau dah kata OUT AWAL-AWAL la Malaysia tu nanti. Kau gelakkan mereka apabila sasaran mereka tak cukup.

Ada orang yang tak minat apa-apa tentang Malaysia. Dorang tolak awal-awal filem Malaysia. Dorang tolak awal-awal untuk pakai kereta Malaysia. Dorang kutuk awal-awal apabila pasukan Malaysia bermain bola.

Ini baru tiga isu. Ada banyak lagi isu-isu lain seperti politik di Malaysia, pelancongan di Malaysia, rancangan tv, buku-buku terbitan syarikat Malaysia dan lain-lain.

Tapi ye, ini bukan seratus peratus salah mereka-mereka ini juga. Kau bayanglah, orang yang suruh kita pakai kereta Proton pun pakai kereta buat luar negara. Orang yang terlibat dalam filem Malaysia sendiri mengagung-agungkan filem terbitan luar khususnya Hollywood. Yang pasal sukan aku tak tahu. Maaf.

Ada satu lagi bab yang aku cukup suka nak sentuh tapi itu nantilah. Aku bagitau tajuk cukup kot. SEJARAH MALAYSIA.

NotaKaki : Lambat la gini.

Saturday, October 18, 2014

296. Music Video Hari ini : "The Edge of Night" (The Return of the King) performed by Billy Boyd



Dok boring ni, saja la nak kongsi lagu ni. Sedih. Lagipun, nak bagi semangat sikit suruh korang tengok The Hobbit yang last sekali bulan Disember nanti. Harap tak mengecewakan macam yang dua movie sebelum ni.

NotaKaki : Lambat la pulak. Masalah ni.

Friday, October 17, 2014

295. Tajaan


Dalam dua tiga hari ini, ada satu pasangan suami isteri dikatakan akan mendapat tajaan bagi tujuan beranak anak mereka. Alhamdullilah kalau aku jadi pasangan suami isteri ini.

Iyela, bukan senang kan nak dapat tajaan orang? Lagi-lagi aku dengar kalau perbelanjaan untuk proses beranak ni bukan murah.

Tapi heboh sana sini orang bising. Katanya pasangan suami isteri tak layak. Aik, aku pelik. Orang nak sponsor pun bising?

Kenapa pulak?

Siasat punya siasat, rupanya pasangan suami isteri tergolong dalam golongan berkemampuan yang amat sangat. Dengar-dengar anak si isteri ni dapat hadiah sebuah kereta kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Hmmm.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang lain sedang kira duit syiling. Yela, nak kira balik bajet untuk cover kenaikan harga minyak. Opss, pengurangan subsidi.

NotaKaki : Baru kata sikit, semua dah tahu. Adooiii.

Saturday, October 11, 2014

293. Kisah Cinta #3


Aku membesar seperti budak-budak normal yang lain. Bermain dan berseronok sahaja dalam kepala aku. Aku dah tak ingat langsung kisah-kisah aku bersama Alya dan Syikin. Sehingga la aku berusia 12 tahun. Sesuatu mengingatkan yang aku ini adalah seorang budak lelaki.

Aku ingat lagi, tahun tu 2000. Aku terpaksa masuk kelas yang kebanyakkan pelajar lain adalah sangat asing daripada aku. Tak silap aku, hanya 2 atau 3 orang sahaja dari kelas darjah 5 aku yang masuk ke kelas tu. 6 Gigih nama kelas tu. Sebelum tu aku dalam kelas 5E. Erat kot. Tak ingat.

Masa hari pertama masuk kelas tu, aku senyap. Aku memang macam tu, lagi-lagi bila ramai yang aku tak kenal mana. Sama macam hari-hari pertama aku dari kecil, aku mesti masuk kelas awal. Aku perhati je sorang-sorang masuk dalam kelas tu. Muka-muka sorang demi sorang aku tengok. Aku cuba ingat balik, kalau-kalau ada yang aku pernah kenal sebelum ni.

Dalam ramai-ramai tu, aku nampak Edwan masuk kelas. Aku senyum. Aku pernah satu kelas dengan dia sebelum ni. Lepas tu aku nampak Ali pula masuk dalam kelas tu. Bertambah senyum aku. Aku pernah kelas dengan dia jugak sebelum ni. Ada dua orang aku kenal. Kebetulan pula, meja kat area aku duduk tu ada tiga meja. Aku panggil diorang duduk sebelah aku.

Aku borak-borak dengan diorang. Yela, sebenarnya bukannya aku rapat sangat dengan diorang. Sebab satu kelas ni jela, aku kena berbaik-baik dengan dorang. Kira sambil menyelam minum air kata orang tua-tua. Pandai kan aku berfalsafah? Sebenarnya bukan ini yang aku nak cerita.

Sama macam tajuk cerita ni, kesinambungan dari Kisah Cinta #1 dan Kisah Cinta #2 yang pernah aku ceritakan sebelum ni.

Aku ingat lagi, bila kelas dah penuh. Cikgu masuk. Cikgu lelaki. Mungkin guru kelas aku. Aku bertambah takut. Semua budak dalam kelas aku berdiri.

"SELAMAT PAGIII, CIKGGUUU!" Jerit satu kelas. Aku turut ikut.

"Selamat pagi. Ok, duduk semua." Jawab cikgu tadi.

"Nama saya Ismawi. Boleh panggil saya Cikgu Ismawi." Cikgu lelaki tadi perkenalkan dirinya. Satu kelas mengangguk-angguk kepala atas dan bawah. Yela, mana ada orang angguk kepala kiri kanan kan?

"Sekarang saya nak awak perkenalkan diri masing-masing." Bila dengar je yang ni. Aku lemah. Aku paling tak suka perkenalkan diri aku.

"Kita start dari belakang kiri saya." Sambung Cikgu Ismawi. Memang elok perangai cikgu ni, aku dah la duduk barisan belakang sekali. Nasib baik sikit je aku duduk belah kanan Cikgu Ismawi tu.
Sorang-sorang pelajar berdiri perkenalkan diri.

Blaaaa, hassan, blaaaa, segambut, blaaaa, oktober, blaaaa, kelantan, blaaaa, perak, blaaa, kuala lumpur, blaaaa.

Aku tak layan sangat apa yang budak-budak lain perkenalkan diri. Dalam kepala otak aku tengah hafal nama penuh aku, tarikh lahir aku, alamat rumah, tempat lahir dan kampung aku berulang-ulang kali. Takut tersilap.

Seketika kemudian, giliran aku tiba. Aku berdiri.

"Nama saya Haikal, lahir..." Aku perkenalkan diri aku.

"Jap, jap, jap. Saya tak dengar la. Tolong kuat sikit." Jerit Cikgu Ismawi. Malu gila rasa, habis kuat dah aku rasa aku jerit perkenalkan diri aku.

"NAMA SAYA HAIKAALLL! LAHIRRR 14 OKTOBERRR 1988!! DI HOSPITAL USM, KUBANG KERIAN! TINGGAL DI TAMAN SPPK SEGAMBUT DAN KAMPUNG SAYA DI KOTA BHARU CIKGGUUUU!" Jerit aku. Cikgu Ismawi terangguk-angguk tanda dia dengar. Aku duduk.

Blaaaa, hassan, blaaaa, segambut, blaaaa, oktober, blaaaa, kelantan, blaaaa, perak, blaaa, kuala lumpur, blaaaa, kuantan, blaaa, selangor, blaaaa, kedah, blaaaa jun, blaaaa ogos, blaaa januari, blaaa negeri sembilan, blaaa.

Aku tak layan apa yang budak-budak lain sebut. Otak aku melayang entah memikirkan apa. Hanya mata aku sahaja yang memandang ke arah budak-budak yang berdiri.

Sampailah giliran seorang budak perempuan. Dia berdiri. Aku tengok dia. Aku tertanya-tanya. Siapa dia ni? Apa nama dia? Dia ni duduk mana? Banyak persoalan yang terbenak dalam kepala aku. Aku tumpu perhatian betul-betul kali ni. Nak dengar apa dia cakap.

"Nama saya Filzah. Lahir 15 Jun 1988." Lepas tu aku tak dengar. Aku perhati je ke arah dia sepanjang kelas tu.

Lepas setengah jam, kelas tamat. Cikgu Ismawi keluar. Ada masa terluang.

Aku pandang je ke arah budak perempuan tu. Aku perhati dia baik dengan dua orang budak perempuan. Dalam kepala aku pikir, kalau aku nak baik dengan perempuan ni. Aku kena baik dengan dia jugak. Tak pun kena minta tolong dia ni kenalkan aku ke apa ke. Aku senyum pandang ke arah mereka. Salah seorang kawannya balas pandangan aku.

Senyum kembali. Pelik.

Hati aku mengatakan dia ini cantik. Tapi aku pemalu. Tak tahu apa aku ingin buat. Aku pendam seorang diri. Tidak memberitahu sesiapa.

Perkara ini berlanjutan sehingga aku mengetahui salah seorang kawan aku cuba mengorat dia. Hati aku tersentak.

Aku diamkan. Aku lupakan dia.

NotaKaki : Trauma woi.

Friday, October 10, 2014

294. Sakit Otak Lagi

Tak sampai sebulan lagi, adik aku akan menghadapi SPM.

Mama aku tengok result adik hari tu dan ianya agak membimbangkan.

Jadinya, mama minta aku tolong ajar mana yang aku boleh. Lebih-lebih lagi matematik.

Aku okay saja.

Jadinya, malam ni aku cuba la tolong. Ia buat aku sakit kepala gila-gila.

Sebab?

Dah lama gila aku tinggalkan benda-benda ini.

Ini bermaksud, kalau nak power matematik korang kena terus menerus buat latihan matematik.

Kecuali korang ni genius nak mampus!

NotaKaki : Kelantan kalah.

Thursday, October 9, 2014

292. Sakit Otak

Aku betul-betul sakit otak ni. Sedang memikirkan sesuatu sendirian tanpa sesiapa yang memberi kata-kata semangat. Sakit.

Apa yang aku fikirkan? Aku fikirkan apa yang aku nak tulis ni. Seriusly memang otak aku sakit. Buntu.

Benar kata orang, jika kau tidak membaca otak kau akan beku. Percayalah kata-kata ini. Kau akan rasa otak kau sedang membuat kerja tetapi tiada isi di dalam otak kau. Apa kau dapat? Habuk. Ianya ibarat kau start enjin kereta tanpa minyak, mana nak hidup enjin kereta tu.

Tapi itu la masalahnya sekarang ni. Aku terasa ingin bekerja untuk cari duit untuk beli sesuatu yang aku boleh baca.

Tapi bukan tidak mahu tetapi aku pun tak tahu apa aku merepek dah.

NotaKaki : Cubaan bermula kembali.

Wednesday, September 24, 2014

291. Muzik Video Hari Ini - Patah Seribu oleh Shila Amzah


Entah aku pernah kongsi ke tak. Biar la lagu lama pun. Dah aku rasa sedap je telinga aku dengar.

NotaKaki : Nak habis dah.

Monday, September 22, 2014

290. Gembira

Aku start tanpa tajuk. Gila payah nak mikir tajuk ni.

Seperti bulan yang sudah, aku dua bulan ni tolong pakcik aku. More to support his moral.

And

Adik lelaki aku dah bertunang. Tahniah. Semoga ke jinjang pelamin.

Dan juga

Dua sepupu aku sudah berkahwin. Tahniah juga.

Ianya berlaku dalam dua bulan ini. Memang penat. Bergerak ke sana sini. Melaka, rawang, klang, sri kembangan dan rawang. Orang kata memang pack la calendar aku.

Sampaikan aku masih tak sempat nak melawat kawan aku yang baru dapat baby. Not really baru sebab dah lebih sebulan. Tahniah ye Puan Aishah.

Insyallah hujung bulan ni aku balik ke Kota Bharu balik.

NotaKaki : Doa yang terbaik untuk semua.

Saturday, August 23, 2014

289. Kecewa?


Dalam bulan lepas mama aku ada tanya ke aku.
"Mama rasa mu ni dah kecewa. Betul tak?"

Lepas tu, tadi pakcik aku pulak tanya.
"Ayahteh rasa alang ni ada terasa kecewa yang besar."

Benda ni membuatkan aku terfikir.
"Obvious sangat ke?"

Aku rasa aku tak pernah tunjuk ke sesiapa. Mungkin pernah la aku bercerita ke sorang dua rakan aku. Pada aku, aku sehabis baik menyimpan sendiri dan berlaku senormal yang mungkin bagi mengelakkan orang nampak apa yang aku rasa.

Secara jujurnya memang aku kecewa. Tapi takkan aku nak cerita kepada semua orang.

NotaKaki : Lebatnya hujan.

Saturday, August 9, 2014

288. Dilema Bas Vs Kapal Terbang

Sudah, benda apa pulak aku nak merepek kali ni. Main dilema-dilema dah.

Kalau korang ada mengikuti perkembangan semasa, baru-baru ini tokey-tokey bas meminta untuk menaikkan harga tiket bas lagi atau jika tidak mereka-mereka terpaksa menggulung tikar.

Manakala harga-harga tiket kapal terbang pula mantain sama. Malahan ada yang sangat-sangat murah jika dibandingkan dengan harga asal tiket tersebut.

Sehinggakan kadang kala harga tiket kapal terbang sangat jauh lebih murah dari harga tiket bas. Okay, tipu sangatla kalau aku kata jauh lebih murah. Tapi bila kita ambil kira pelbagai kira seperti berapa banyak masa dapat dijimatkan. Sangat murah. Bukan ke orang kata masa itu emas?

Ambil contoh tiket bas Kota Bharu ke Kuala Lumpur berharga lebih kurang RM40 ke RM50 manakala tiket kapal terbang tambang murah pula boleh mencecah serendah RM40. Tak ke gila namanya tu?

Jadi apa yang aku nak kata sebenarnya? Aku takde nak kata apa-apa pun. Nak suruh korang fikir-fikirkan jela. Kenapa tokey-tokey bas masih ingin naikkan lagi harga tiket mereka? Aku tak salahkan mereka, sebab tu aku ajak korang berfikir.

Dah la. Siapa nak ambil aku ni?

NotaKaki :Sebulan.

Thursday, August 7, 2014

287. Watikah untuk Sepupu

Ke hadapan sepupu gua yang berada di Melaka. Apa khabar kamu di sana? Bagaimana kerja? Okay?

Gua kat sini sihat alhamdulillah. Abah dan umi pun sihat-sihat aja. Adik kamu pun nampak gaya masih sihat.

Gua terasa untuk menulis watikah ini bukannya apa, terasa seperti susah untuk menghubungi kamu baik secara message, telefon mahupun sosial media.

Jadi, gua rasa dengan menulis watikah ini di sini, gua berharap kamu akan dapat membaca pada bila-bila masa yang kamu inginkan.

Ada beberapa perkara yang gua nak sampaikan.

Pertama, tahniah atas kejayaan mendapat pekerjaan di Melaka itu. Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan sekarang. Malahan ramai lepasan-lepasan universiti sendiri yang masih menganggur. Tahniah gua ucapkan.

Keduanya gua harap kamu dapat berkongsi perihal tentang kamu di sana. Gua dan keluarga lain terasa amat bimbang apabila kami tidak dapat apa-apa berita dari kamu. Sekurang-kurang kalau boleh cubalah menghubungi kami sekali sehari. Walau dengan apa cara sekali pun. Malahan dengan media sosial pun sudah mencukupi. Ramai di sini yang menunggu kamu berhubung. Gua dan keluarga lain sedia membantu. Kamu hanya perlu menghubungi sesiapa sahaja. Jangan risau, kalau gua dan keluarga lain marah pun, sekejap sahaja. Perasaan risau dan sayang pada kamu melebihi perasaan marah kami.

Ketiganya, gua tahu kamu sangat menyayangi beliau tetapi gua berharap kamu jangan lah melupakan cita-cita kamu untuk menjadi seorang penulis. Teruskan menulis. Insyallah kamu pasti berjaya. Menulis tidak semestinya memerlukan komputer mahupun handphone yang canggih. Kamu boleh mengajak beliau ke kedai buku berhampiran dan belilah sebuah buku tulis yang kosong dan sebatang pensel ataupun pen, yang mana kamu selesa. Semoga berjaya gua ucapkan.

Selain itu, gua berharap kamu tidak lagi membuat apa-apa kesilapan lagi di masa hadapan. Baik dari segi agama mahupun undang-undang. Apa yang lepas kita takkan dapat ubah tapi apa yang belum terjadi kita mampu elakkan. Insyallah.

Gua ni nak tulis panjang-panjang pun tak berapa nak boleh pergi. Jadi gua rasa gua usai watikah gua di sini sahaja la. Okay, gua hentam je. Boleh pakai perkataan usai kat situ pun gua tak tahu. Maaf kalau salah.

Jangan lupa hubungi gua kalau ada baca watikah ini. Insyallah gua sedia membantu.

Selamat maju jaya sepupu.

NotaKaki : Naik nanti jela.

Monday, July 28, 2014

286. Selamat Hari Raya 2014

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua.

Jika ada salah dan silap di masa lampau, saya minta maaf sesangat ye. Semoga kita saling maaf memaafi.

Kalau boleh, korang jangan lupa ye. Esok sembahyang raya tepat jam 8.45 pagi. Mana-mana yang berkesempatan sila la pergi. Walaupun solat sunat aidilfitri tu sunat tapi kita seboleh-bolehnya kena la peegi.

Jangan lupa ye. Aku pun tulis apa dah ni. Bukan retis woi nak tulis ngarut-ngarut ni.

NotaKaki : Angsa pun angsa la labu..

Wednesday, July 23, 2014

285. Happy Ulang Tahun yang Pertama.


Sebenarnya aku tak ingat pun hari ini adalah ulang tahun yang pertama. Benda ni aku ingat balik sebab aku dok usha balik benda-benda yang aku tulis dari tahun lepas.

Aku rasa macam tak percaya je. Sekejap je rasa. Masa ni memang mencemburui kita betul la.

Aku tak tahu berapa banyak ulang tahun yang akan dapat aku sambut. Sebelum terlambat, selamat ulang tahun yang pertama.

Owh, korang nak tahu ke apa mendea aku tengah merepek? Ulang tahun aku tengok orang berlari buat pertama kali je,

Bye.

NotaKaki : Belajarlah sehingga ke negara China.

Sunday, July 20, 2014

284. Video Hari Ini (Semangat Hari Raya 2014)

Iklan Raya dari Petronas. Sweet je aku tengok. By the way, suara siapa ek? Sedap je dengar.

Yang ni buat aku terasa sikit. Haha. Cuma ending iklan ni pelik sikit. Ada ke orang pakai baju melayu dan baju kurung malam-malam? Musykil.

NotaKaki : Vaccum sudah. Mop belum. Adoi..

Friday, July 18, 2014

283. Cerita Meeting Bos dan Stafnya.

Aku berdiri. Tengok rakan staf yang lain. Berdebar. Bukan apa, hari ini seperti bulan-bulan yang lain. Meeting. Wajib. Tak boleh nak lari. Bulan lepas aku baru lepas kena panggil dengan bos. Kalau boleh bulan ni taknak la kena panggil lagi. Bos aku ni kalau kena masa dia, boleh tahan gak mulut dia. Rasa nak campak je kerusi tempat aku duduk. Nasib dia bos aku.

Bos aku masuk bilik tempat aku dan staf lain berada.

"Assalamualaikum semua. Selamat pagi." Kata bos aku.

"Waalaikumusalam." Jawab aku dan staf lain.

"Okay, macam biasa saya nak report bulanan dari awak semua." Kata bos aku lagi.

"Mula dari awak." Bos aku tunjukkan jari ke arah Zura, kerani opis aku.

Bla, bla, bla, bla, bla. Aku malas nak dengar. Takde kena mengena dengan aku pun. Aku angguk-angguk je. Pura-pura dengar. Senyum sikit.

"Okayla kalau gitu. Kamu la Hakim. Apa report kamu? Bos tunjuk ke arah aku.

"Bulan ni alhamdullilah bos. Semua baik-baik saja." Jawab aku pendek. Bos angguk-angguk tanda setuju. Agaknya.

"Haa, hero kita. Man, kamu pulak?" Giliran Cik Man. Pekera paling senior umur antara kami semua.

"Ermm. Okay je Nor." Jawab Cik Man pendek. Selamba je panggil bos dengan nama. Mentang-mentang kenal dari muda lagi bisik hati aku.

"Kalau camtu, giliran saya la kan?" Tanya bos aku. Aku dan staf lain angguk.

"Kamu Zura. Bla.bla.bla.bla. Bos aku berleter. Panjang. Memang aku takkan dengar.

"Kamu Hakim. Bla.bla.bla.bla.bla." Panjang juga. Aku tak dengar gak. Perkara biasa setiap bulan. Boring.

"Man, kamu la yang paling benefit sekali." Bos aku pandang Cik Man.

"Lepas jumaat, kamu tak masuk opis dah. Sebelum jumaat, balik pun awal." Sambung bos aku lagi.

"Dalam opis pulak, saya tengok kamu ni tidur je selalu. Saya tengok stor kat belakang tu bersepah je. Kamu kenala kemas-kemas sikit kalau boleh Man." Cik Man dengar. Aku tengok bos dan Cik Man. Angguk-angguk sikit. Aku perhati Zura pun buat benda yang sama.

"Satu lagi. Saya tak suka la staf saya ni main facebook masa waktu bekerja. Kita kena tingkat kualiti kerja kita. Ingat tu. Bukan Man je, untuk awak dengan Zura sekali." Bos pandang aku dan Zura.

"Man, kalau boleh kamu ni kena kurangkan cuti la. Saya tengok kamu banyak sangat cuti ni."

Bla, bla, bla, bla, bla, bla, bla.

Aku tak dengar dah apa yang bos aku berleter. Panjang juga, naik kematu bontot aku.

Hampir setengah jam kemudian, bos aku gayanya nak habiskan meeting. Bos aku berdiri. Cik Man pun berdiri menghampiri bos.

"Nor, aku ingat esok dengan lusa aku nak minta cuti ni" kata Cik Man kepada bos aku.

NotaKaki: BBQ woi.

282. Gua Perhati je

Gua perhati je si razimey dua tiga bulan. Gua tengok makin bahagia je dia. Alhamdullilah la untuk dia. Boleh pi date. Sampai tinggalkan mak dia. Gua perhati je ni.

Kat wassap pun dah makin jarang berbalas. Takpe, gua paham je. Orang bahagia la katakan. Kalau kat blog lagilah, gua rasa tak pandang dah.

Takpe-takpe, gua doakan lu bro. Amin

Gua perhati je ni.

NotaKaki : Mencari Lailatul Qadar. Ingat 23, 25, 27 dan 29. Jap. Gua lupa ni. 21 masuk tak?

281. Baca?

Pernah tak masa kecik-kecik dulu, bila cikgu atau sesiapa tanya korang atau rakan korang apa hobi korang, ada yang jawab hobi saya membaca.

Dan pada korang yang kalau dah agak berumur ni, membaca itu memang salah satu hobi.

Pada korang, betul ke membaca itu hobi atau membaca itu sebenarnya satu keperluan?

Cuba korang bayangkan nabi kita sendiri masa mula-mula disampaikan wahyu kepada dirinya, perkara pertama yang disampaikan ialah iqra' yakni bacalah.

Korang masih rasa membaca itu satu hobi bukan keperluan?

Kali ni cuba korang bayangkan, orang duk heboh sana sini pasal sesuatu. Korang terpinga-pinga. Apa dah jadi ni? Korang pun pergi tanya kawan korang. Kawan korang pun cerita la. Korang pun dengar. Habis cerita, korang hebahkan ke orang lain tanpa korang tau benda yang korang hebahkan itu fakta yang betul atau tak. Semua ni sebab apa? Sebab korang rasakan membaca itu satu hobi. Maksudnya korang taknak buat sebab bukan hobi korang.

Siapa yang malu? Korang jugak kan?

Takpe, kita cuba pergi ke contoh lebih mudah. Korang ada anak, anak korang tanya korang siapa timbalan perdana menteri malaysia pertama. Agak-agak korang siapa boleh jawab? Rasanya kalau korang tak membaca boleh tahu tak? Oklah, soalan agak payah.

Kita pergi ke soalan lebih mudah. Boleh tak kita tidur ketika membawa kereta? Mesti korang tak tahu kan? Aku pun tahu gak sebenarnya ni.

Dah-dah. Niat puasa jangan lupa.

NotaKaki: Bercakap memang mudah.

Saturday, July 12, 2014

280. Kisah Ikan Petak Masak Kicap


Hari ni aku terawih tak berapa nak kusyuk sangat. Ok, aku tak pasti solat kusyuk tu pernah ke tak tapi hari ni aku agak pasti masa terawih tadi memang tak berapa kusyuk.

Kenapa?

Aku teringat kat ikan petak masak kicap yang mama aku masak untuk buat lauk berbuka maghrib tadi. Bukanlah aku tak dapat makan ikan petak masak kicap tu tapi aku rasa agak terkilan sikit ni. Rasa sedih pun ada. Itu yang buat masa terawih dok teringat ke ikan petak masak kicap tu.

Apa ceritanya yang sebenar?

Gini, biasala masa nak berbuka tu, kitorang satu family akan duduk dekat meja makan sambil menunggu azan maghrib berkumandang. Biasanya kitorang akan dengar azan tu dalam radio kelantan je.

Masa aku duduk tunggu azan tu, aku perhati lauk berbuka kali ni. Kari daging dan ikan petak masak kicap. Aku tengok kari daging tu biasa-biasa je sebab bukan favourite aku pun. Aku perhati je ikan petak masak kicap tu. Tangan aku tengah buang biji dalam buah kurma, senang sikit bila dah azan nanti kata orang. Nabi kan pesan percepatkan berbuka ketika berpuasa.

Adik aku jenis ambil lauk dulu sebelum masa, katanya nak cepat dan tak nak bergaduh. Walaupun aku tak berapa masuk dengan perangai dia, aku buat tak tahu. Bukan apa, mengelakkan pertengkaran berlaku. Aku perhati dia siap dah ambil semua lauk. Dalam hati, aku agak cukup la tu untuk dia. Lauk yang lain tu memang untuk kitorang yang lain la.

Azan berkumandang. Aku baca doa buka puasa dan doa makan. Sendiri-sendiri je, jenis masing-masing tak sabar.

Habis makan kurma, aku buat-buat rilek. Ambil kari daging sikit. Kata orang, jangan tunjuk sangat kita nak ikan petak masak kicap tu. Aku ambil sudu untuk ambil ikan petak masak kicap tu bahagian kepala sikit. Kan aku dah kata, jangan tunjuk sangat. Ambil sikit dulu.

Tup tup adik aku semua bahagian kepala yang aku tinggalkan. Fuhh, menyirap. Aku perhati je dia tu. Dalam hati agak marah tapi buat rilek lagi. Bulan ramadhan ni setan takde, jangan kita pula yang jadi setan ye.

Aku suap nasi sikit-sikit. Ambil lauk sikit. Makan macam biasa. Control muka bagi nampak rilek je.

Lepas habis tu, konon-konon taknak tambah nasi. Kira penghabisan la ni. Adik aku yang ambil ikan petak masak kicap tadi tak makan langsung ikan petak masak kicap tu. Dia ambil ikan petak masak kicap tu dan letak kat pinggan adik yang seorang lagi.

Fuhh, agak sakit hati gak la. Ingat nak buat-buat lupa ja tapi tup-tup masa terawih tadi dok teringat balik.

Dah la, aku nak tidur.

NotaKaki : Jangan lupa puasa ye awak-awak semua.

Saturday, June 21, 2014

279. Ukur Baju Di Badan Sendiri


Bila aku baca tajuk tu, aku dok termenung. Bukan apa, konon2 sedang berpikir jauh la.
Apa yang aku pikirkan?

Wahhh hebatnya Malaysia ni nak mohon jadi tuan rumah World Cup. Tak kisahla cepat ke lambat.

Itulah ku pikirkan kalau  berumur 12 tahun. Atau 17 tahun mungkin. Masih mentah.

Korang masih ingat Malaysia pernah jadi tuan rumah bersama 3 lagi negara untuk Piala Asia 2007?
Apa jadi? Korang boleh google sendiri. Sedih. Cuma ada kebaikan juga, tak silap aku dari situ Ultras Malaya ditubuhkan.

Tapi bukan itu yang aku ingin ceritakan kat sini. Ye tatabahasa aku kurang, asyik guna ayat sama je.

Apa yang mereka-mereka ini hajatkan sangat bagus tapi pada aku mereka-mereka ini kena mengukur baju di badan sendiri dahulu.

Lebih baik mereka-mereka ini pikirkan apa yang perlu dibuat terlebih dahulu. Layak ke kita bermain di pentas tertinggi? Sedangkan dalam peringkat asean sendiri kita masih tercaru-cari rentak, belum lagi peringkat asia.

Baru-baru ni ada satu video, Yb KJ berkata hanya berapa peratus sahaja peruntukan digunakan untuk pembangunan. Sebahagian besar digunakan untuk membayar gaji pemain-pemain senior. Ini silapnya kita, patutnya peruntukan lebih besar digunakan untuk pembangunan kerana masa depan lebih penting dari masa kini. Kita patutnya dah belajar dari kesilapan-kesilapan kita dari dulu dan juga dari sukan-sukan lain. Apa terjadi apabila kita hanya fokus pada masa kini sahaja.
Bab insfrastruktur rasanya tak perlu aku tekankan sangat. Korang boleh tengok sendiri.


Actually aku nak cari video yang baru tapi tak jumpa. AKu pos jela.hahaha

Cuma satu je soalan aku. Perlukah negara kita menganjurkan Piala Dunia ni? Apa kesannya pada rakyat negara kita? Baik atau buruk? Samalah dengan kes panda.

Korang pikirlah sendiri.

NotaKaki: Apa nak jadi la?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...