Thursday, October 10, 2013

231. Fasa hidup yang baru

Lama juga aku tak menulis kat sini. Bukan apa, malas je. Okay, aku tahu. Ayat cliche. Aku pun benci orang tulis ayat-ayat tu.

Bulan oktober, rasanya ini adalah suku terakhir untuk tahun ini kan? Betulkan aku kalau aku silap.

Apa yang jadi kat aku bulan ni? Apa yang fasa baru nya? Ni nak cerita la ni.

Akhirnya setelah bekerja lebih 3 tahun di sebuah syarikat swasta di Subang Jaya, aku berhenti. Ini adalah rekod paling lama aku bertahan di sebuah syarikat aku bekerja. Okay, ini pun kerja rasmi aku yang kedua selepas habis belajar di sebuah politeknik Kuantan tahun 2009.

Banyak yang bertanyakan kepada aku, apa yang ingin aku lakukan selepas ini? Secara jujurnya aku nak balik kampung dan tinggal bersama Mama dan Abah aku dulu. Mungkin berehat beberapa ketika dan memikirkan kembali masa depan aku.

Pada aku, kalau aku terus buat apa yang sedang buat sekarang. Aku takkam gembira sampai bila-bila. Dah la jauh daripada keluarga. Lebih baik tidak gembira tapi dekat dengan keluarga kan? Dah tu, itulah sebab paling kuat untuk aku balik kampung.

Mungkin rezeki aku lebih selepas ni. Siapa tahu kan? Bak kata orang-orang tua, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Okay, aku tak tahu betul ke tak. Aku tabur je tu.

Ramai rakan-rakan aku bertanya apa yang boleh aku buat di Kelantan. Sekali lagi, jujurnya aku tak tahu. Aku pernah tinggal kat Kelantan tak lebih 6 bulan iaitu masa aku buat praktikal tahun 2008. Aku pulak banyak duduk kat rumah lepas bekerja. Memang aku takde input apa yang aku boleh buat kat Kelantan. Tapi aku percaya, rezeki ada di mana-mana. Jadi, selagi kita tak tengok dengan betul-betul, kita takkan nampak. Kan?

Aku dah jauh mengarut. Bye.

NotaKaki : Pawagam kat KB mall dah siap belum?

2 comments:

  1. sampai kelatan, jangan terus pegi wayang. nanti hilang henphone plak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...