Monday, October 28, 2013

235. Tajuk dan isi

Lama juga aku tak menulis kat sini. Biasalah memikirkan masa depan. Kalau tengok tajuk aku tu. Apa korang rasa yang aku nak kongsikan kali ni?

Hari ni aku nak tulis pasal filem pulak. Lama juga rasanya tak menulis pasal filem. Pernah tak korang nak tengok cerita kat panggung atau tv tapi tak tahu nak tengok apa? Apa yang korang buat, korang akan pilih cerita berdasarkan tajuk. Tak kisah apa-apa cerita. Mesti ada kan?

Aku tertarik nak tulis pasal ni sebab baru-baru ni kawan aku ada belanja aku tengok cerita kat panggung. Tak perlu diceritakan di mana kan.

Tajuk filem tu Longkai. Mulanya aku tak tahu apa maksud longkai ni sehingga kawan aku bagitau longkai ialah orang yang tarik kereta yang rosak kat tepi jalan.

Berdasarkan trailer filem tu yang aku dah tengok sebelum tu dan maksud longkai tu, aku dah setkan minda aku yang cerita tu memang mengisahkan pasal kehidupan longkai-longkai ini.

Dah tu apa yang aku tulis ni? Tak sampai-sampai lagi ke. Rilek. Nak cerita la ni.

Lepas aku tengok cerita tu dan berkongsi dengan kawan aku tu. Aku boleh katakan yang cerita ni bukan cerita longkai sangat pun. Kehidupan longkai tu hanyalah sampingan. Kalau ditukarkan kepada pekerjaan lain pun tak mengganggu perjalanan cerita ini langsung.

Jadi?

Apa yang aku perasan, kenapa ada lagi yang buat filem begini? Guna tajuk konon nak menarik orang tengok tapi sebaliknya ceritanya takde kena mengena sangat. Aku tak kata filem tempatan sahaja, malahan hollywood pun ada yang gitu.

Kecewa tau.

Malaslah nak story moli lagi pasal ni.

NotaKaki: Esok nak hantar motor.
NotaTapakkaki: Dia baca lagi ke blog aku sekarang?

Saturday, October 19, 2013

234. Ikut Peraturan atau Undang-undang


Aku ni dah berada di  muka bumi ni lebih suku abad. Alhamdullilah. Selama suku abad ni, aku kebanyakkannya berada di Malaysia.

Selama ni, apa yang aku perasan, orang Malaysia ni sangat susah untuk ikut peraturan atau undang-undang. Kenapa ek?

Terlalu banyak, contoh paling ketara kalau pagi-pagi nak pergi ke tempat kerja. Korang akan nampak berapa ramai yang akan menggunakan laluan kecemasan.

Lagi?

Kalau siapa yang pernah tinggal kat asrama, tipu kalau tak pernah budak-budak yang lompat pagar sebab nak pergi mana-mana kan?

Lagi?

Naik kapal terbang, mesti ada sahaja yang tak padamkan atau buat handphone tu dalam flight mode. Kan?

Nak lagi?

Berapa ramai yang suka langgar lampu merah? Yang bawak perlahan kat lorong laju?

Err.. Apa lagi ek? Siot pulak, masa ni la aku tak boleh nak fikir apa-apa dah.

Layan meegi sedap gak ni.

NotaKaki : Jet lag woi!

Thursday, October 10, 2013

233. Akhirnya.

Aku ni boleh dikatakan senang terpengaruh dengan sesuatu movie ataupun siri tv. Paling terpengaruh bila bab-bab makanan ni.

Dari bulan puasa dan kebelakangan ni, aku layan Orang Berlari. Dalam tu dorang ada tunjuk yang dorang makan Mee Ramen. Aku tertanya-tanya apa rasa dia.

Yang best, aku pergi beli mee segera dan konon-konon cuba buat sendiri mee ramen tu. Macam-macam rasa ada. Padahal aku sendiri tak tahu apa rasa, bentuk dan ciri-ciri yang perlu ada dalam mee ramen tu.

Sehinggalah kawan baik aku bawak aku ke tempat makan Mid Valley. Kat situ ada jual makanan Korea. Aku apa lagi, mula-mula tak tahu la nak ambil apa kan. Last-last aku ambil Mee Ramen Seafood. Harga dalam RM12 lebih kurang. Tapi kat situ tak eja ramen tapi ramyun. Tak tahu apa beza.

So, apa rasa dia? mee dia tu memang sebijik macam mee segera yang korang beli dan makan masa jadi student atau gaji korang lambat masuk tu. Sup dia ataupun kuah dia? Aku tak tahu. Bukan macam tomyam, tak sama dengan asam laksa, malahan jauh sangat dengan rasa laksa.

Sedap ke tak? Boleh tahan. Cuma mungkin harga dia tu agak mahal kerana memang bahan-bahan dia penuh. Malahan dorang siap bagi kimchi lagi. Masam. Katanya macam jeruk.

Korang boleh la try rasa kat sana nanti ye. Bawak sedara mara pi sana. Sekali sekala makan makanan negara lain. Apa salahnya kan?

Gini la rupa mee ramen tu.

NotaKaki : Tak sabar nak balik kampung.

232. Handphone hilang


Beberapa minggu yang lepas, aku pergi tengok wayang kat sebuah pusat membeli belah terkemuka di Bangsar. Korang boleh agak kot yang mana, ala yang besar tepi Lebuhraya Persekutuan tu. Boleh kot?

Lepas je tengok dengan salah seorang kawan baik aku, aku nak gerak ke Shah Alam sebab tertinggal barang. Masa dalam perjalanan tu aku nak telefon budak rumah aku nak tanya dorang ada tak kat rumah sebab aku tertinggal kunci kat rumah makcik aku kat Rawang. Jauh woi kalau nak ambil. Masa tu la aku tersedar yang handphone aku dah hilang.

Aku cemas, kalut, gabra, sedih. Semua ada. Handphone pemberian seseorang. Aku sayang gila kat handphone tu. Mula-mula aku ingat nak balik je ke Shah Alam, nasib baik kawan baik aku macam paksa sikit patah balik ke pusat membeli belah terkemuka tu.

Aku patah balik. Dengan harapan yang menggunung ada lagi handphone tu kat tempat aku tengok tadi. Pendekkan cerita. Takde. Aku sedih gila. Aku bagitau kat orang yang bagi handphone tu ke aku. Dia kata takpe. Lagi aku sedih, macam dah tak kisah je. Aku pasrah walaupun sedih.

Esoknya aku buat simcard baru. By the way, nak buat simcard baru terlalu senang dan cepat. Tak perlu ambil cuti satu hari pun kalau korang bekerja.

Nak dijadikan cerita, kakak aku message aku pada petang hari Rabu bagitau ada orang suruh ambil handphone kat pawagam tempat aku tengok wayang tu. Ada orang jumpa. Suruh ambil kat kaunter pawagam tu. Aku gembira.

Esoknya, lepas kerja aku gerak ke pawagam tu dengan harapan nak ambil handphone aku. Sampai je, aku bagitau kat pekerja pawagam tu. Mula-mula dorang bagitau manager takde, suruh tungguh yang shift malam punya. Okay, tak pe. Aku tunggulah. Tak lama pun, dalam pukul 8 malam tu je. Sempat la nak makan dan solat maghrib kan?

Aku pergi la sana bertanyakan handphone aku. Datang pula pekerja yang lain. Bagitau manager malam pun tak datang-datang lagi. Kononnya semalam bekerja sampai pukul 7 pagi. Dia suruh aku call balik esok atau tunggu dorang je call. Aku balik. Sedih.

Esok aku tak pergi sebab penat. Aku tak call sebab kononnya dorang akan call aku. Aku tunggu.

Sabtu siang aku call dorang 2 3 kali. Tapi sama jugak. Petang tu, aku pergi pawagam tu tapi aku tak jumpa dorang. Aku call dekat bahagian depan orang beratur beli tiket. Kononnya lagi dorang akan call aku balik malam tu jugak. Aku tunggu punya tunggu, haram takde call.

Masa ni aku dah pasrah balik yang mana rasanya takkan jumpa lagi handphone aku dah.

Tup tup hari Khamis, kawan baik aku suruh aku call pawagam tu sebab dorang ada call aku tapi tak dapat. Aku call dan dorang suruh datang ambil handpone aku kat pawagam tu.

Aku pergi bertemankan budak rumah aku. Aku pergi jumpa manager dan akhirnya handphone aku dapat jugak. Rupa-rupanya ada staff yang mencuri handphone aku. Kononnya staff tersebut dah dibuang kerja. Entah betul atau tidak aku tak tahu. Banyak nombor-nombor dalam tu dah dibuang, semua gambar aku dibuang. Sedih lagi.

Kalau korang baca apa yang aku tulis panjang-panjang kat atas tu, korang akan nampak bertapa susahnya aku nak dapatkan balik handphone aku tu. Kan lebih mudah pihak pawagam tu menceritakan perkara sebenar kepada aku? Tidak lah aku perlu ke sana berulang kali, atau telefon mereka berulang kali. Mudah kan jika jujur?

Lantaklah, yang penting aku dapat handphone aku balik. Alhamdullilah.

NotaKaki : Esok nak masak ayam goreng woi!

231. Fasa hidup yang baru

Lama juga aku tak menulis kat sini. Bukan apa, malas je. Okay, aku tahu. Ayat cliche. Aku pun benci orang tulis ayat-ayat tu.

Bulan oktober, rasanya ini adalah suku terakhir untuk tahun ini kan? Betulkan aku kalau aku silap.

Apa yang jadi kat aku bulan ni? Apa yang fasa baru nya? Ni nak cerita la ni.

Akhirnya setelah bekerja lebih 3 tahun di sebuah syarikat swasta di Subang Jaya, aku berhenti. Ini adalah rekod paling lama aku bertahan di sebuah syarikat aku bekerja. Okay, ini pun kerja rasmi aku yang kedua selepas habis belajar di sebuah politeknik Kuantan tahun 2009.

Banyak yang bertanyakan kepada aku, apa yang ingin aku lakukan selepas ini? Secara jujurnya aku nak balik kampung dan tinggal bersama Mama dan Abah aku dulu. Mungkin berehat beberapa ketika dan memikirkan kembali masa depan aku.

Pada aku, kalau aku terus buat apa yang sedang buat sekarang. Aku takkam gembira sampai bila-bila. Dah la jauh daripada keluarga. Lebih baik tidak gembira tapi dekat dengan keluarga kan? Dah tu, itulah sebab paling kuat untuk aku balik kampung.

Mungkin rezeki aku lebih selepas ni. Siapa tahu kan? Bak kata orang-orang tua, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Okay, aku tak tahu betul ke tak. Aku tabur je tu.

Ramai rakan-rakan aku bertanya apa yang boleh aku buat di Kelantan. Sekali lagi, jujurnya aku tak tahu. Aku pernah tinggal kat Kelantan tak lebih 6 bulan iaitu masa aku buat praktikal tahun 2008. Aku pulak banyak duduk kat rumah lepas bekerja. Memang aku takde input apa yang aku boleh buat kat Kelantan. Tapi aku percaya, rezeki ada di mana-mana. Jadi, selagi kita tak tengok dengan betul-betul, kita takkan nampak. Kan?

Aku dah jauh mengarut. Bye.

NotaKaki : Pawagam kat KB mall dah siap belum?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...