Tuesday, September 3, 2013

226. Drama dari Malaysia yang Tiada Penamat.

Dalam radio petang semalam kata khabar angin. Tengok berita malam betul-betul pulak.

Apa?! Naik 20sen?

Owh, itu bukan reaksi aku bila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak ron 95.

Suka untuk aku katakan reaksi aku ketika berita tersebut diumumkan ialah aku tersenyum.

Sebab?

Aku minat sejarah. Walaupun aku takdelah sampai mengkaji tetapi aku tetap ambil tahu serba sedikit.

Apa kaitannya kat sini?

Sejarah akan mengajar kita yang mana sejarah akan sentiasa berulang.

Jadi?

Sepanjang pemerhatian semenjak aku mula terdedah kepada politik sikit. Selepas PRU pastinya kerajaan Malaysia akan menaikkan harga minyak. Tempoh sahaja yang tidak sama. Mungkin sekejap mungkin lama. Lama pun tidaklah terlalu lama.

Kemudian?

Pastinya keluarga, rakan atau saudara mara sekeliling kita yakni mereka-mereka ini adalah rakyat Malaysia akan marah. Sana sini bising. Malahan ada yang menyesal mengundi parti-parti tertentu ketika PRU. Ada juga turut yang konon bersumpah tidak akan lagi mengundi parti-parti tertentu itu lagi pada masa depan.

Betulkah?

Gula-gula. Itu sahaja cukup untuk menyejukkan hati rakyat Malaysia.

Apakah itu gula-gula?

Yang paling popular dalam 1- 2 tahun ini semestinya BR1M. Kalau pernah dengar baucer buku 1 Malaysia? Ataupun baucer handphone? Ataupun sekolah di kawasan rumah anda akan dibina? Bonus hujung tahun kepada kakitangan kerajaan? Bonus hari raya kepada kakitangan kerajaan juga? Tol percuma pada jam 2 pagi hingga 3 pagi untuk pulang ke kampung? Ataupun diskaun sebanyak 10 peratus pada minggu raya? Konsert percuma Psy? Harga kereta yang diturunkan berperingkat-ringkat selama 5 tahun akan datang?

Itu sahaja ke?

Aku rasa aku tak perlu senaraikan semua.

Kenapa?

Tak perlu semua, cukup kalau ambil 5 sahaja perkara-perkara di atas sudah mampu menyejukkan hati rakyat Malaysia. Lagipun rakyat Malaysia ini kan suka mengenang budi.

Alhamdullilah. Mari kita lihat drama terbaik dari Malaysia lagi. Takde penamat punya.

NotaKaki : Dua minggu je lagi ni.

2 comments:

  1. nnti kritik lebih kata tak bersyukur pulak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak komen lebih2 pun tahu la bro..huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...