Wednesday, September 18, 2013

230. Langkawi.


Alhamdullilh, selesai juga percutian aku tahun ni. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ni, tahun ni aku pergi bercuti bersama-sama dengan hampir kesemua rakan sepejabat aku. Disponsor. Senang hidup aku masa tu.

Malahan bukan sahaja rakan sepejabat, ada juga yang membawa keluarga mereka bersama. Aku pula mengajak ucop menemani aku ke sana. Mana tahu sejuk malam-malam, ada juga yang teman kan.

Gembira? Mestilah, siapa yang pergi bercuti tak gembira kan? Lebih-lebih lagi jika ditaja pula. Walaupun ada beberapa tempat yang tidak sempat singgah akibat kekangan masa, aku masih bersyukur kerana dapat meligat keindahan alam ciptaan tuhan.

Bezanya kalau percutian ditaja ni, kita kena ikut jadual yang dah ditetapkan walaupun ada yang tak berapa kena dengan jiwa kita. Lagi-lagi jiwa muda macam aku.

 Insyallah kalau ada rezeki lebih lagi pada masa hadapan kita jumpa lagi.


NotaKaki : Pulau Batam?

Saturday, September 7, 2013

Friday, September 6, 2013

228. Tandas Lelaki atau Tandas Perempuan?


Aku nak tanya korang betul-betul ni. Serius ni. Gila babi punya serius. Opss. Sori.

Kalau pondan, maknyah, bapok ataupun apa-apa jela korang panggil, mereka-mereka sepatutnya kalau nak ke tandas awam, yang mana patut dorang ni masuk ek? Tandas lelaki atau tandas perempuan?

Bila aku tanya ni, bukanlah bermaksud aku mengiktiraf mereka-mereka ini. Cuma aku menghormati mereka-mereka ini sebagai manusia biasa sahaja. Insyallah aku tidak akan mengutuk atau mengkeji mereka-mereka kerana aku sendiri tidaklah terlalu sempurna.

Mungkin apa yang aku mampu buat hanya lah menasihati sahaja. Itupun jika aku ada kawan-kawan seperti ini.

Oleh itu, berbalik kepada soalan aku tadi. Tandas lelaki ke tandas perempuan?

Korang cuba bayangkan lah ye.

Kalau masuk tandas lelaki, tak ke bermaksud mereka-mereka ini mengaku yang mereka-mereka adalah lelaki? Jadi apa gunanya mereka-mereka ini berpakaian atau berkelakuan sebegitu rupa kan?

Kalau masuk tandas perempuan pula, mereka-mereka ini bukan masih mempunyai sesuatu yang perempuan tiada? Kecuali dah potong la kan. Itu lain cerita. Untuk mereka-mereka yang tak potong lagi ni, guana cerita ye? Makcik-makcik atau kakak-kakak tidak terasa pelikkah apabila mereka-mereka ini ada bersama dalam tandas itu nanti?

Jadi, tandas lelaki atau tandas perempuan?

Soalan serius ni.

Wednesday, September 4, 2013

227. Hormat Negaraku?


Tahukah anda semua bahawasanya bermula pada minggu lepas, kerajaan mengarahkan lagu Negaraku dimainkan? Tak silap aku sehingga hari ini. Masa arahan ini dikeluarkan, ada yang setuju dan ada juga yang tak setuju.

Aku? Setuju dan tak setuju. Pelik tak?

Ok, aku terangkan kat sini.

Kenapa aku setuju? Sejujurnya pada pendapat aku, takde salah langsung untuk lagu Negaraku dimainkan sebelum filem ditayangkan. Korang cuma perlu bangun dan berdiri tegak ketika lagu itu dimainkan. Kalau rasa semangat lebih? Nyanyi sekali. Lagu tu tak sampai setengah jam pun. Malahan 15minit pun tak sampai.

Dan kenapa aku setuju lagi? Korang tahu tak bertapa naiknya semangat korang apabila lagu Negaraku tu dimainkan dan dinyanyi beramai-ramai dengan penuh semangat? Boleh meremang woi bulu roma korang. Tak caye? Sila ke stadium kalau ada perlawanan bola sepak. Tapi cari stadium yang penuh la. Kalau korang sorang-sorang je tak rasa sangat pun.

Kenapa aku tak setuju pula? Apa gunanya kalau setakat beberapa hari je? Kalau korang tanya aku, lagu Negaraku ni patut terus dimainkan sepanjang tahun. Kenapa pulak? Macam point aku kat atas la, tak lama pun. Serius, korang tak mati langsung kalau berdiri tegak dan nyanyi lagu Negaraku.

Korang nak negara bagi sesuatu kat korang? tapi bila minta nyanyi lagu Negaraku pun tak boleh ke? Dah la nak minta pergi perang tak boleh. Nak bayar cukai pun banyak yang lari. Nak minta bayar hutang PTPTN yang korang sendiri setuju untuk terima tanpa orang paksa-paksa pun payah (Bukan tak boleh kalau korang kerja sambilan kan?).

Tadi aku sendiri nampak dengan mata aku sendiri yang mana ketika lagu Negaraku dimainkan, ada beberapa orang yang tak berdiri langsung. Aku nak tegur? Menteri Penerangan sendiri kata terpulang atas diri masing-masing nak berdiri ke tak. Apa aku boleh buat lagi kat sini?

Minta nyanyi lagu Negaraku pun banyak alasan? Serius la weh, benda ni takde kaitan langsung dengan politik.

Fikir-fikirkan la ye.

NotaKaki : Kembali lagi ke? Haiyaaa...

Tuesday, September 3, 2013

226. Drama dari Malaysia yang Tiada Penamat.

Dalam radio petang semalam kata khabar angin. Tengok berita malam betul-betul pulak.

Apa?! Naik 20sen?

Owh, itu bukan reaksi aku bila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak ron 95.

Suka untuk aku katakan reaksi aku ketika berita tersebut diumumkan ialah aku tersenyum.

Sebab?

Aku minat sejarah. Walaupun aku takdelah sampai mengkaji tetapi aku tetap ambil tahu serba sedikit.

Apa kaitannya kat sini?

Sejarah akan mengajar kita yang mana sejarah akan sentiasa berulang.

Jadi?

Sepanjang pemerhatian semenjak aku mula terdedah kepada politik sikit. Selepas PRU pastinya kerajaan Malaysia akan menaikkan harga minyak. Tempoh sahaja yang tidak sama. Mungkin sekejap mungkin lama. Lama pun tidaklah terlalu lama.

Kemudian?

Pastinya keluarga, rakan atau saudara mara sekeliling kita yakni mereka-mereka ini adalah rakyat Malaysia akan marah. Sana sini bising. Malahan ada yang menyesal mengundi parti-parti tertentu ketika PRU. Ada juga turut yang konon bersumpah tidak akan lagi mengundi parti-parti tertentu itu lagi pada masa depan.

Betulkah?

Gula-gula. Itu sahaja cukup untuk menyejukkan hati rakyat Malaysia.

Apakah itu gula-gula?

Yang paling popular dalam 1- 2 tahun ini semestinya BR1M. Kalau pernah dengar baucer buku 1 Malaysia? Ataupun baucer handphone? Ataupun sekolah di kawasan rumah anda akan dibina? Bonus hujung tahun kepada kakitangan kerajaan? Bonus hari raya kepada kakitangan kerajaan juga? Tol percuma pada jam 2 pagi hingga 3 pagi untuk pulang ke kampung? Ataupun diskaun sebanyak 10 peratus pada minggu raya? Konsert percuma Psy? Harga kereta yang diturunkan berperingkat-ringkat selama 5 tahun akan datang?

Itu sahaja ke?

Aku rasa aku tak perlu senaraikan semua.

Kenapa?

Tak perlu semua, cukup kalau ambil 5 sahaja perkara-perkara di atas sudah mampu menyejukkan hati rakyat Malaysia. Lagipun rakyat Malaysia ini kan suka mengenang budi.

Alhamdullilah. Mari kita lihat drama terbaik dari Malaysia lagi. Takde penamat punya.

NotaKaki : Dua minggu je lagi ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...